Orang kata Pulau Pinang adalah destinasi pelancongan syurga makanan. Pendek kata semua makanan berasaskan rempah boleh dapat kalau berkunjung ke Pulau Pinang. Pelbagai jenis dan sedap-sedap belaka. Tapi percutian aku sekeluarga baru-baru ini bukan versi jalan-jalan cari makan. Jadi kami tak explore sangat tempat makan best seperti yang viral di muka buku mahupun media sosial yang lain. Sepanjang kami di sana, dapur bilik hotel (Luxfort118 Service Suites) sentiasa berasap, kami hari-hari masak sendiri.
Cuma dua kali kami makan di luar, sekali sewaktu sarapan dan sekali lagi makan tengah hari. Itu pun tempat yang sama iaitu Jaya Restaurant di Gottlieb Road. Restoran nasi kandar, sesuai dengan selera anak-anak yang suka akan roti canai dan masakan mamak (terutamanya anak kedua aku). Apa yang boleh dikatakan, rasa nasi kandar Penang jauh berbeda dengan masakan mamak di luar Penang. Jauh lebih terasa dan lebih sedap, mungkin rempah yang digunakan berbeza menzahirkan rasa yang berbeda. Malahan nasi goreng kampung yang kami makan sewaktu sarapan pagi pun terasa sedap. Mungkin penangan angin bercuti agaknya.
Destinasi pelancongan yang menjadi target kami bila bercuti ke Pulau Pinang sudah tentulah Bukit Bendera. Orang kata, kalau tidak ke Bukit Bendera, bukan bercuti ke Pulau Pinang namanya. Jadi selesai kami bersarapan di Jaya Restaurant Gottlieb Road, kami terus menuju ke Bukit Bendera. Berpandukan Waze, lokasi Bukit Bendera tidak jauh dari Gottlieb Road dan Tanjong Tokong. Tapi entah kat mana peningnya, Waze membawa kami ke pinggir hutan berhampiran Taman Botani Pulau Pinang. Kebetulan pada hari tersebut ada Pesta Orkid di Taman Botani, laluan trafik agak perlahan kerana bilangan kereta yang banyak dan juga laluan menjadi sempit disebabkan pemandu yang memarkir kereta di bahu jalan.
Apabila tiba di parkir Taman Botani Pulau Pinang, aku cuba reset kembali Waze tapi masih membawa kami ke lokasi yang salah. Jadi aku bertukar kepada Google Map dan zuppp ! kami dipandu ke lokasi yang tepat, Bukit Bendera Pulau Pinang. Setibanya kami di sana, anggota RELA yang bertugas terus mengarahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan di bangunan parkir bertingkat. Dari satu aras ke satu aras yang lain, full house sehinggalah aku tiba ke aras yang paling atas. Duga aku, memang ramai pelancong, jenuhlah nak tunggu turn naik keretapi nanti.
Parkir bertingkat Penang Hill (lower station)
Diruang bawah bangunan parkir bertingkat ada lot-lot kedai termasuklah kedai makan. Jadi kami bersarapan dulu buat kali kedua, nasi lemak kat situ sedap juga. Sambil yang lain bersarapan, aku keluar sekejap untuk meninjau harga tiket dan keadaan di sekitar stesen keretapi Bukit Bendera (lower station). Memang orang penuh sesak, baik yang sedang membeli tiket mahupun yang sedang menunggu turn untuk menaiki keretapi. Aku sempat sembang-sembang dengan security yang menjaga laluan masuk ke stesen. Katanya dalam keadaan tersebut, paling kurang setengah jam beratur baru dapat turn untuk naik keretapi. Aku termenung seketika kerana ahli rombongan ada yang terdiri dari warga emas plus kurang sihat, dan juga anak kecil.
Melihatkan keadaan semasa dan juga kewangan semasa, aku memutuskan untuk membeli tiket Fast Lane, sedikit mahal tetapi tidak perlu beratur panjang dan diberi keutamaan untuk naik keretapi terlebih dahulu berbanding penumpang yang membeli tiket biasa. Kira ok jugalah untuk 2x dewasa, 2x warga emas, 2x kanak-kanak dan 1x bayi. Anak-anak yang berusia bawah 4 tahun tidak dikenakan sebarang bayaran. Keretapi Bukit Bendera beroperasi dari jam 6.30 pagi sehingga 11 malam dengan kekerapan di antara 15 hingga 30 minit.
Jika memegang tiket Fast Lane, kita tak perlu beratur panjang, sebaliknya ada bilik menunggu khas. Ada kerusi untuk duduk-duduk. Sesuai untuk mereka yang datang dengan orang tua, anak-anak kecil mahupun yang sedang berbadan dua. Tetapi jika anda sihat fizikal, apa salahnya ambil saja tiket biasa dan bersesak-sesak, baru adventure namanya. Apabila keretapi tiba, pemegang tiket Fast Lane akan dibenarkan untuk menaiki keretapi terlebih dahulu. Jadi ada peluang untuk memilih gerabak dan dapatkan tempat duduk terutamanya untuk yang tidak berupaya. Sebab di waktu puncak, setiap gerabak akan penuh sesak dengan para pengunjung.
Mula mendaki
Penuh sesak dowh !
Perjalanan agak singkat dari lower ke upper station. Tak puas kata anak aku. Memang singkat sangat tapi sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan hutan yang segar malar hijau. Ok kalau dah sampai upper station apa kita boleh buat...? Banyak juga tarikan kat atas sana tetapi tak pula semua aku jenguk. Just jalan-jalan santai cuci mata disebabkan kekangan bersama warga emas yang tak seberapa sihat dan kuat kudratnya. Antara yang boleh dibuat atau dilawat;
1. Owl Museum
2. Camera Museum
3. Little Village
4. Love Lock
5. Elevated Walkaway
6. Astaka dan Dataran Bukit Bendera
7. Viewing Deck
8. Meriam (berusia 250 tahun)
9. Masjid dan Kuil
10. Buggy Car (bersiar-siar di laluan sejauh 4 km pergi balik)
Itu antara info yang aku dapat hasil pembacaan dan rujukan tapi tak semua aku buat. Paling banyak kami buat adalah lepak-lepak sambil menghirup udara segar. Jalan sekejap, lepak. Jalan depan sikit, lepak lagi. Lepak lama masa buat karikatur dan lepak-lepak di Dataran Bukit Bendera. Ada jugalah kami masuk menjenguk Owl Museum dan Camera Museum (dengan sedikit bayaran). Owl atau burung hantu tak banyak mana tapi kalau minat sejarah kamera kira ok jugalah. Banyak koleksi kamera-kamera lama dipamerkan.
Viewing deck, boleh nampak bandar Georgetown dan Jambatan Pulau Pinang
Lintang pukang anak aku lari, takut badut
Meneropong Butterworth dari viewing area, seringgit untuk 2 minit
Strawberry Hill, dulu zaman penjajah ada banyak strawberry di Bukit Bendera
Fotostat wajah ke dalam bentuk karikatur !
Power suara uncle kita ni !
Owl Museum
Camera Museum
Nature walk pada sesiapa yang minat menyusuri denai hutan
Lepas sampai di dataran, warga emas dalam rombongan dah surrender tak larat nak jalan. Lama juga lepak kat atas sana nun, sempat makan banana split bagai. Kemudian beransur turun dan tiba di Upper Station untuk tunggu keretapi. Waiting room untuk pemegang tiket Fast Lane di Upper Station jauh lebih baik dari Lower Station.
Next destination untuk hari tersebut...? Balik tempat penginapan untuk berehat sekejap dan lewat petangnya kami keluar ke Batu Ferringhi cuci mata. Disebabkan sudah lewat petang, kesemua tarikan pelancongan di Batu Ferringhi telah ditutup. Plan nak lepak-lepak pantai pun tak jadi sebab terlalu ramai orang, begitu juga pasar malam. Tak sesuai untuk warga emas dan anak kecil.
Satu dua destinasi untuk satu hari.... macam tak berbaloi tetapi ok lah. Percutian santai nak rehat-rehat, bukan nak berjalan sakan pun. Next entri berkaitan Taman Botani Pulau Pinang, minggu depan Inshaa Allah akan ditulis.
Sehingga itu, selamat bercuti panjang lagi pada hujung minggu ini.
Entri penginapan kami di Penang, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 01
Entri penginapan kami di Penang, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 01
Jalan-jalan ke Taman Botani Pulau Pinang, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 03
Regards: Ketam Batu.
Regards: Ketam Batu.
No comments:
Post a Comment