Wednesday 5 September 2018

BERCUTI KE PULAU PINANG (OGOS 2018) : 01 - LUXFORT 118 SERVICE SUITES, ISLAND PLAZA


Luxfort 118 Service Suites
118 Island Plaza
Jalan Tanjong Tokong
10470 Pulau Pinang

Phone: +604-890 0381
Email: enquiry@luxfort118.com
Web: Luxfort118

Entri ini aku buat khusus untuk review dan berkongsi pengalaman menginap di Luxfort118 Service Suites, Tanjong Tokong. Aku sekeluarga menginap di sini sewaktu bercuti 3H2M ke Pulau Pinang baru-baru ini.

Asas pemilihan hotel pada kali ini, try and error. Tetapi rujuk juga TripAdvisor jika ada apa-apa komen negative berkaitan Luxfort118, namun semuanya baik-baik belaka. Malahan tersenarai sebagai penerima 2017 Certificate of Excellence oleh TripAdvisor.

Follow sahaja arahan oleh GPS, mudah sahaja kami temui Luxfort118 yang terletak di dalam bangunan komersial Island Plaza. Tetapi nak parking sedikit puzzle, sebab di luar tiada parking khusus untuk pelanggan Luxfort118. Jadi kami terus ke parking awam bersebelahan Island Plaza dan bertemu dengan Mr Balan, penjaga parking. Kami dikenakan caj parking RM5, untuk sehari semalam kata Mr Balan. Agak mesra orangnya, dan dari penampilan kami beliau sudah mengagak yang kami orang luar dan juga pelanggan Luxfort118.

Tanpa disuruh, beliau menunjukkan arah dan membawa kami ke dalam Island Plaza, lalu meninggalkan kami di receptionist desk Island Plaza. Sebelum berlalu, sempat pula dia berpesan supaya call owner dan tunggu owner datang. Kami hanya mengangguk kepala dalam keadaan masih pening lalat kerana kepenatan dalam pemanduan.

Blur seketika, kenapa receptionist desk tiada orang dan macam mana kami nak check-in. Kalau baca review atau blog pun ramai yang menyatakan receptionist desk Luxfort118 agak sukar untuk ditemui. Jadi kami cuba call pihak hotel, sebelum tamat perbualan, dua orang security warga Nepal muncul dan memperkenalkan diri. Lalu bertanya adakah kami customer Luxfort118... ?

Barulah kami sedar, Mr Balan tinggalkan kami di receptionist desk Island Plaza (atau sebenarnya security station Island Plaza), dan untuk check-in kami perlu ke receptionist desk Luxfort118 yang tak jauh dari situ. Tanpa diminta, security tersebut terus menunjukkan arah bagi memudahkan kami check-in. Mudah kata macam ni lah, kita masuk ke Island Plaza melalui pintu yang ada kaunter security Island Plaza (berhampiran dengan lif), kemudian ke kanan lima atau enam langkah, akan nampak receptionist area Luxfort118 di sebelah kiri.

Kami disambut mesra oleh Mr TAQ. Kalau dalam gambar di atas, yang bertopi dan sedang menerangkan sesuatu kepada wife aku. Mesra dan baik orangnya. Check-in mudah sahaja dan cukup cepat. Mr TAQ beri kami 2 security card (nak guna lif perlu swipe card) dan satu card untuk masuk ke basement parking. Rupanya parking untuk pelanggan Luxfort118 terletak di basement. 

Jadi untuk menjimatkan duit parking, jika anda tiba di Island Plaza jangan terus ke public parking. Tetapi park sahaja kereta di mana-mana ruang kosong (pastikan ada pemandu dan tidak mengganggu lalu-lintas), minta ahli keluarga untuk check-in dan dapatkan card untuk basement parking. Kemudian parking kereta di basement, barang-barang tak perlu risau sebab dari basement boleh terus naik ke bilik menggunakan lif. Lagi mudah kami lite travel, memang tak bawa banyak barang.


Selesai check-in, Mr TAQ iringi kami ke bilik untuk menerangkan beberapa perkara. Cara nak guna lif, kat mana letaknya swimming pool dan juga terangkan segala kemudahan di bilik penginapan. Penerangan yang diberi cukup jelas dan berinformasi. Di sini aku nak cerita betapa berpuas-hatinya kami dengan penginapan di Luxfort118.

Bilik penginapan kami adalah Family Suite iaitu apartment satu bilik (2 katil saiz queen) lengkap dengan ruang tamu dan dapur untuk memasak (termasuk peralatan untuk memasak). Sesuai untuk keluarga besar, ruang yang luas boleh menempatkan ramai ahli rombongan dan bila memasak sendiri boleh menjimatkan masa dan juga perbelanjaan. Tambahan pula, washing machine dan dryer turut disediakan, memudahkan kami yang tidak membawa banyak pakaian. 

Kepada yang suka memasak tidak perlu risau, kerana di Island Plaza sendiri ada supermarket Cold Storage, boleh turun untuk dapatkan barangan dapur. Tidak jauh dari Island Plaza, terdapat pasaraya Tesco untuk kita membeli sebarang barang keperluan. Pendek kata kepada siapa yang lebih gemar memasak berbanding makan luar, Luxfort118 sememangnya amat bersesuaian untuk anda jadikan sebagai lokasi penginapan.

Selain daripada itu, di Island Plaza juga ada Guardian dan Japanese Restaurant. Kepada kaki ngopi, boleh lepak-lepak di The Coffee Bean and Tea Leaf sambil menghirup kopi atau teh. Lepas lepak-lepak minum kopi, kalau nak berenang boleh ke tingkat 5. Ini anak-anak aku cukup suka, tidur hotel mesti yang ada kolam.

Paling aku suka, kebersihan bilik, memang tip top ! Lantai langsung tak rasa ada habuk atau pasir halus. Nak baring-baring kat lantai pun tak ada rasa geli, sebab bersih. Tapi jika menginap, housekeeping tidak datang hari-hari, bergantung kepada permintaan pelanggan. Kena call dahulu baru housekeeping akan datang kemaskan apa yang patut. Satu lagi penginapan adalah tanpa breakfast. Untuk mengetahui harga bilik, boleh terus ke laman web Luxfort118. Menurut Mr TAQ, akan ada harga istimewa untuk customer yang datang menginap untuk beberapa kali. Kira itu cara mereka menzahirkan penghargaan untuk para pelanggan setia.



Bonus untuk kami, dapat bilik seaview. Pagi nampak laut dan sunrise. Cuma tak sedapnya, seaview adalah laut yang sedang ditambak. Latarbelakang aku dengan sedikit pendidikan dalam pelestarian alam, keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang. Tetapi aku rasa pihak berwajib lebih tahu dan lebih arif akan keadaan ini. Pemandangan dari bilik kami juga menampilkan pembangunan hartanah di kawasan sekitar, banyak perumahan mewah yang baru didirikan. Tersepit di antaranya aku kira perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah.

Tiap kali bangun pagi dan sebelum tidur, itu yang aku tengok dalu. Pandang laut dan jenguk perumahan rakyat. Tertanya-tanya bagaimana mereka hidup dalam rumah yang aku kira agak kecil juga untuk mereka yang besar ahli keluarga.

Ok, avoid overthinking !

TQ Mr TAQ di atas hospitality anda, dan TQ Luxfort118 di atas kemudahan yang tip-top ! Kami pasti akan kembali jika berpeluang.

Lokasi: 9/10 (berhampiran dengan banyak lokasi menarik) 
Kebersihan: 8/10 (tip-top, cuma housekeeping atas permintaan) 
Servis: 9/10 (Mr TAQ memang superb!)
Nilai: 8/10 (kadar bilik yang berpatutan)

Jalan-jalan ke Bukit Bendera, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 02
Jalan-jalan ke Taman Botani, sila klik Bercuti Ke Pulau Pinang Bhgn 03 

Regards: Ketam Batu.

No comments:

Post a Comment