Showing posts with label Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Panduan Membuat Pinjaman Perumahan Kerajaan - Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia

As-Salam,

Syukur Alhamdulillah permohonan pinjaman perumahan pertama ambo telah diluluskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia. La ni tengah tunggu surat tawaran rasmi sahaja dari Perbendaharaan Malaysia, kemudian kena submit 'surat setuju terima pinjaman perbendaharaan' dalam masa 2 minggu dari tarikh surat tawaran. 

Entry ini ambo buat khusus sekadar untuk mencoret pengalaman peribadi ambo dalam membuat pinjaman perumahan kerajaan, dan boleh juga dijadikan panduan kepada readers yang berminat.

So, kat mana nak mula?

Mula-mula kena cari rumah yang berkenan di hati, bayar deposit rumah kepada pemaju (ada pemaju baguih tak perlu bayar deposit awal, ini ambo cerita kemudian) dan tanda tangan S&P (omputih kata Sale & Purchase Agreement, orang melayu sebut Perjanjian Jual Beli).

Salinan S&P ni memang wajib ada kalau nak buat pinjaman, tanpanya memang tak boleh proceed (masa submit permohonan jangan bagi S&P original, cukup hanya salinan yang disahkan oleh peguam). 

Pada masa yang sama pemohon bolehlah mengisi borang permohonan secara online. Nak isi borang permohonan kena daftar ID dahulu -  semuanya boleh rujuk sini https://sppb.treasury.gov.my/v2/  

Apa yang perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia dalam usaha untuk memohon pinjaman tersebut?

Sila lampirkan kesemua borang-borang dan dokumen-dokumen berikut;

a) Borang permohonan pinjaman online - lepas isi online sila print out.

b) Surat sokongan Ketua Jabatan - sila berhubung dengan Jabatan Sumber Manusia dimana anda ditugaskan, depa tahulah nak draft surat machiam mana.

c) Salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan @ mana-mana pegawai Gred A.

d) Slip gaji asal atau salinan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan @ mana-mana pegawai Gred A.

e) Salinan surat pengesahan jawatan sekarang dan salinan surat perletakkan ke dalam skim berpencen yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan @ mana-mana pegawai Gred A.

f) Salinan surat pemangkuan jawatan - tak perlu kalau anda tak pangku apa-apa jawatan khusus @ pentadbiran.

g) Borang akuan pemilihan insurans/takaful - ini pun diisi secara online bersama borang permohonan online - sila print out.

h) Borang 2 - Surat setuju untuk menyelesaikan segala hutang kerajaan yang akan dibuat - ini juga anda isi secara online bersama borang permohonan pinjaman - sila print out.

i) Wang proses RM100 atas nama Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan - Kiriman Wang/Bank Draf/Perbankan Internet - jangan lupa update maklumat bayaran secara online.

j) Salinan lesen dan permit iklan pemaju - ini minta pemaju sediakan.

k) Surat pengesahan akaun perbankan pemaju - ini pun pemaju atau lawyer akan sediakan.

l) Salinan S&P (Sale & Purchase Agreement) - lawyer akan sediakan.

m) Borang 3A, Borang 4, Borang 5A dan lain-lain dokumen berkaitan - lawyer akan sediakan.

Jika dilihat, dokumen berkaitan borang permohonan, perjawatan & penggajian kita sendiri kena sediakan.

Manakala lain-lain dokumen lawyer dan pemaju yang perlu sediakan. Ini pentingnya berurusan dengan lawyer dan pemaju yang berpengalaman. 

Mesti akan ada yang tanya, mana nak cari lawyer? 

Tak perlu cari, biasanya pemaju yang akan tolong carikan tapi yuran guaman kita sebagai pembelilah yang kena tanggung. Lawyer yang menguruskan S&P (perjanjian antara pembeli dan pemaju) biasanya akan turut sama menjadi lawyer kepada perjanjian diantara pemohon pinjaman dan Perbendaharaan Malaysia. Mudah kata, tak perlu kita susah-susah cari lawyer, pemaju akan aturkan.

Soalan lazim lain yang biasanya akan ditanya oleh pemohon adalah, berapa lama masa yang diperlukan untuk permohonan ini diluluskan. Biasanya kalau semua dokumen lengkap tiada cacat cela, 2-3 minggu diperlukan. Pengalaman peribadi ambo, lepas 3 minggu dah boleh tahu lulus ke tidak secara online (kita boleh semak status pinjaman secara online).

Itu juga pentingnya kita semak betul-betul dokumen biar selengkap-lengkapnya. Kalau ada kurang sana sini, itu yang jadi berbulan-bulan belum selesai. Biasanya pegawai perbendaharaan akan call minta dikemukakan mana-mana dokumen yang masih belum lengkap. Sila alert dengan henpon masing-masing, juga sila save no phone perbendaharaan. 

Kalau boleh la kan selain sendiri semak, minta pemaju atau lawyer tolong semakkan kerana mereka sudah biasa dengan prosedur pinjaman. In my case, pegawai di Jabatan Sumber Manusia di mana ambo berkhidmat yang tolong semak, terima kasih yang amat di atas jasa baik beliau.

Ada juga individu atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pinjaman perumahan dengan perbendaharaan Malaysia. Maknanya mereka akan uruskan segala penyediaan dokumen dan borang permohonan, malahan mereka juga yang akan submit dokumen berkaitan ke Putrajaya. Anda tak pening kepala, cuma kena hulurkan sikit yuran perkhidmatan. Ramai yang guna khidmat agen atau runner ini, malahan di kaunter Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia pun ada kaunter khusus untuk agen atau runner. Mudah kan?

Biasanya pemaju atau sesetengah jabatan kerajaan memang ada menggunakan perkhidmatan agen atau runner. Jadi anda sendiri tak perlu ke Putrajaya untuk submit borang permohonan dan dokumen berkaitan. Serahkan saja kepada pemaju, pandai-pandailah dia atur. Lagipun pemaju sebegini ada kenal orang dalam, memudahkan urusan.

In my case, ambo sendiri ke Putrajaya sebab pemaju tak sediakan perkhidmatan untuk submit borang ke Putrajaya. Manakala pemaju rumah yang bini ambo beli pula, segalanya pemaju yang uruskan. Ikut nasiblah.....

Belanja gambaran sikit.....


Blok utama Perbendaharaan Malaysia. Bahagian Pinjaman Perumahan  letaknya selang 2 blok dari blok utama. Jika anda berdiri menghadap blok utama, sila tuju arah kanan anda, akan jumpa CIMB dan kemudian barulah Bahagian Pinjaman Perumahan.

Inilah laluan menghala ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Laluan ini boleh dilalui oleh kenderaan. Masa pergi dulu ambo tak tahu, lepas parking bawah pokok ambo cuma berjalan kaki. Nampak bas biru dalam foto di atas? Depan sikit daripada bas tersebut adalah CIMB dan seterusnya Bahagian Pinjaman Perumahan. 

Menapak kira-kira 10 minit dari blok utama, sampailah ke blok Bahagian Pinjaman Perumahan.

Selepas main entrance Bahagian Pinjaman Perumahan, toleh kanan dan anda akan nampak Kaunter Pusat. Di sanalah anda kena submit borang permohonan.

Ini semua mungkin ramai sudah tahu, kadar kelayakan terkini untuk penjawat awam membuat pinjaman perumahan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.


Carta alir bagaimana permohonan anda diproses. Pastikan semua dokumen lengkap, Inshaa Allah dalam masa 2-3 minggu semuanya akan selesai.

Moga-moga entry ini sedikit sebanyak membantu kepada readers yang berhasrat untuk membuat permohonan pinjaman perumahan dengan Perbendaharaan Malaysia.

Selamat memohon dan semoga berjaya!!!

Roger and out.