Showing posts with label Bercuti Ke Cairns. Show all posts
Showing posts with label Bercuti Ke Cairns. Show all posts

Monday, 24 October 2016

MeMoRi DauN PiSHaNG # QueeNSLaND, auSTRaLia (2011) - CaiNS RaiNFoReST DoMe

Zoo in the city !

Situated on the roof of Pullman Reef Hotel Casino, offers guests a wildlife experience that promotes education, understanding of rainforest ecology and FUN !

Complex featuring a spectacular all weather wildlife exhibit encased by a 20 m high glass dome. Around 100 species of Australian animals are able to wonder and fly freely throughout the dome which replicates their natural environment. 

Opening times : Daily 9 am to 6 pm (except Christmas)

Tickets : AUD22 (adults) and AUD11 (childrens)

Read more DOME

- Ketam Batu -

Monday, 17 November 2014

Bercuti Ke Cairns, Queensland, Australia | Episod 03 : Cairns City Tour & Direct Factory Outlet

As Salam dan Salam Sejahtera,

Tertangguh sekejap setori de mori perwisataan kami ke Cairns. Tertangguh bukan hape, internet line tetiba kong tak buleh access. Nak type guna henpon gegeh sangat ye dok, jadi tunggu saja lah line internet kembali normal.

Tapi bagus juga bila line internet buat perangai ni, bagi peluang untuk ambe recall balik apa yang berlaku di Cairns. Maklumlah, 3 tahun lepas punya cherita tu der!!!! Jenuh nak flashback balik.

Ari ni rasanya dah buleh ingat kembali sikit2. Jum kita putar masa kembali ke Oktober 2011.

#####krikkrikkrikkrik######bunyichengkerik######

Ambe mula dengan city tour dulu le kut. Cairns ni bandor kechik je pun. Meaning kata omputeh kita buleh jalan kaki je ke segenap ceruk bandar Cairns. Waima kechik tapi buleh tahan juga dia punya tourism attraction.

The Esplanade - Lagoon & Park

The Esplanade ini sebenarnya kombinasi taman awam, lagoon tempat mandi manda dan Port North iaitu sebuah jeti lama.

Tapi komponennya yang paling menonjol adalah The Esplanade Lagoon. Ia merupakan sebuah kolam renang awam dan terbuka. Pendek kata dari tepi jalan orang buleh nampak ko berchumbu chamba dalam kolam renang hehehehe.

Trademark The Esplanade Lagoon adalah...


Tugu ikan yang dianyam seperti ketupat hehehee. Kalau kamurang nampak saja tugu ikan ketupat tersebut maknanya kamurang sudah sampai ke destinasi yang dituju,  The Esplanade Lagoon.

Lagoon ini memang luas, kira2 4800 meter persegi. Memang luas der, jenuh nak berenang dari satu sudut ke sudut yang lain. Ia terbuka kepada umum tanpa sebarang bayaran, dari jam 6 pagi sehingga malam setiap hari kecuali Rabu yang cuma beroperasi dari 1 pm ke 9 pm.

Menariknya lagoon ini disi dengan air masin dan bukannya air tawar!!!! Kalo kamurang berendam sakan dan terasa masin kat mulut, memang betul le tu. Memang ia masin sebab airnya adalah air laut yang diambil dari Trinity Inlet. Trinity Inlet adalah salah satu muara di Cairns.

Mana gambirun ambe mandi-manda di The Esplanade Lagoon?

Tak de, mana ade!!! Segan ambe nak mandi open2 gitu sehhhh!!! Ambe jalan2 sekitar The Esplanade Lagoon cuci mata je.

Amchiam, cerah biji mata hang pa? Hehehehe.

Kalau hang pa jenis tak minat berkubang dalam kolam renang dan malas nak cuci mata kat tepi kolam renang, hang pa buleh lepak2 di taman tepi Esplanade. 

Kekadang kat sebelah The Esplanade Lagoon ada orang jual2 barangan cenderahati. Nak kata murah sangat tu tak adalah, Aussie Dollar ko tapi cantek2 juga barangan yang dijual.


Nampak tu antara sobenier yang dijual?

Sobenier yang dijual nampak biasa2 je kan, tapi yang menarik dia punya wording. Kalau naseb baik dapat jumpa wording yang funny tapi mendalam maksud dia.

Kami ada la beli dalam seketul dua buat tampal kat dinding bilik tidur dan dapur. Mam besar pun ada sambar dua ketul beg kain, diperbuat dari percha2 kain dan kain terbuang. Kira beg recycle gitu. Katanya hasil jualan akan disumbangkan kepada aktiviti pelestarian alam. Katanyalah.....

Cairns Cruise Liner Terminal
Kemudiannya kami ke Cairns Cruise Liner Terminal pula.


Kura-kura gergasi di dermaga Cairns Cruise Liner Terminal.

Jika ikan ketupat menjadi mercu tanda kepada The Esplanade Lagoon, kura2 gergasi ini pula mercu tanda kepada Cairns Cruise Liner Terminal.

Terminal ini mula digunakan untuk pemunggahan kargo bermula dari tahun 1860an. Kemudian fungsinya berubah mengikut peredaran zaman dan pada tahun 2000 terminal ini didaftarkan sebagai tapak warisan bersejarah di Cairns. Sebahagian terminal kini diubahsuai sebagai tapak pameran dan ekspo manakala sebahagian lagi masih dibuka sebagai lokasi berlabuhnya kapal2 layar mewah dan kapal2 persiaran.


Kebetulan masa ambe ke Cairns Cruise Liner Terminal, sebuah kapal perang milik NZ Navy baru memulakan pelayaran untuk bertugas ke Teluk Parsi.

The Pier - North Port
Destinasi seterusnya adalah The Pier. The Pier merupakan pintu masuk ke Great Barrier Reef - terumbu karang terbesar di dunia. Masa sampai Cairns memang teringin sangat nak ke sana tapi pitis yillek dan masa pun tak mengizinkan. Tak dapat ke Great Barrier Reef kami lepak2 cuci mata di The Pier - tengok kapal2 dan tengok awek2 yang baru balik dari The Great Barrier Reef.


Kapal kecil mahupun besar, banyak yang berlabuh di The Pier.


Berbirat badan lepas turun dari kapal.

Di sekitar The Pier juga ada banyak cafe2 - boleh lepak2 minum kopi dan makan cake. Nak dinner pun boleh kalau tekak lalu dengan western food.

Sepanjang kami di Cairns, boleh dikatakan tiap2 petang kami melepak di The Pier, nak tengok matahari terbenam. Serius cantik, Mashaa Allah. Tengok matahari terbenam sambil teguk cappucino atau hot chocolate, marbeles.

Cairns Wildlife Doom
Zoo di dalam bandar dan di atas bumbung Reef Hotel Casino. Entah machiam mana mat salleh ni buleh terpikiyor nak buka zoo kat atas bumbung hotel. Dibuatnya kubah besar dan diisi segala machiam tumbuhan dan haiwan liar - penyu, buaya, lizards dan haiwan2 tempatan Australia. Gajah harimau singa memang tadak, gilo ko, kalau singa terlepas mahu habis diterkamnya umat yang kusyuk berjudi kat The Reef Hotel Casino hehehehe.


Ambil gambairun dari luar Dome sahaja. Nak masuk tapi terencat. Ade la sebabnya hehehehe.

Night Markets

Sesuai dengan namanya Night Markets, ia mula dibuka mulai jam 5.30 petang dan ditutup agak lewat malam. Tapi jangan duk imagine machiam pasar malam kat Malaysia atau Thailand. Cairns Night Market letaknya di dalam bangunan - ada jual machiam2 terutamanya sobenier dan makanan. 


Backpackers suka datang Night Market untuk makan malam - ambe ada sekali dua makan kat sini hehehehe.

Seriously makanan kat Night Market agak murah berbanding restaurant. Jadi ia menjadi tumpuan backpackers untuk mengisi perut. Kalau hang pa jenis tak strict buleh je makan sini - memang tak ada tanda halal tapi ambil seafood sajalah.


Direct Factory Outlet
DFO ini sebenarnya bukan terletak di dalam City of Cairns tapi kena keluar ke suburbs. Tak jauh mana, tak sampai 15 mins pun naik bas. 


Pengangkutan percuma untuk ke DFO Cairns.

Nak ke sana tak perlu risau, shuttle percuma berulang alik dari The Esplanade ke DFO agak kerap. Pendek kata tak perlu buang duit untuk tambang teksi. Duit teksi baik guna untuk shopping mhopping kat DFO.

Cerita pasal DFO teringat kisah salah seorang rakan yang ikut serta - kena investigate dengan security Cairns DFO. Sebab musababnya beliau sibuk klik sana klik sini ambil gambar dalam DFO. Rupanya menggunakan kamera di DFO adalah dilarang sama sekali.

Tapi seriously tak ada pula signboard yang melarang penggunaan kamera di dalam DFO. Malahan bukan beliau seorang sahaja yang klik sana klik sana, local dan pelancong barat pun ada, malahan ambe sendiri. Nak malang beliau seorang yang kena serbu dengan security - naseb badan.

Agaknya sebab beliau bertudung dan wajah seiras mereka yang dari negara2 Teluk dan benua India hehehehe. Entahlah....


DFO pun harganya buleh tahan juga. Machiam shopping kat Johore Premium Outlet. Ye lah, convert Aussie dollar ke RM berapa dah tu.

Mahal2 pun terbeli juga tiga pat pasang baju sebab design yang agak menarik. Terbeli pun bila dicongak-congak harganya kalau di Malaysia masih agak tinggi. Bukan baju apa pun, baju kerja dan separa kasual.

Bila dah balik Malaysia terasa rugi pula sebab tak borong baju kerja banyak2. Ini kerana design kemeja di DFO agak uo to date berbanding di Malaysia. Kira syiok juga lah design kemeja kita lain dari orang lain bila masuk ke opis hehehe. Lagipun cutting dia ambe suka, sendat tapi ikut size Aussie, kira ngam2 dengan ambe yang sedikit boroi tang perut huhuhu.

Bila rasa2 poket hampir susut, walau napsu tak pandai2 susut, kami beransur keluar. Takut terbabas terbeli lagi pat lima pasang. 

Hang pa jangan terkejut ye, memang barangan di DFO original, tapi bila belek2 ada sticker Made in China. T-shirt Nike ka, kasut Adidas ka, kemeja YSL ka, boleh kata semua ada sticker Made in China. Haru gak, bila balik Malaysia karang ada yang duk ragu2. Betui ka ori, semua Made in China ni?

Hahahahaha, nak buat machiam mana. Kebanyakkan pengilang utama dunia sudah beralih ke China untuk buku kilang. Kos buruh kat sana cukup murah, jadi mengurangkan kos operasi mereka. Memang susah nak cari kasut Nike Made in USA kat Australia, kebanyakkan Nike Made in China. 

China memang salah satu pengeksport utama barangan ke Australia. Kalau ke Target, Big W atau Woolworths (pasaraya di Australia), penuh dengan barangan Made in China. Made in China pun original ye. Depa tak main copy paste atau tiruan, undang2 perdagangan hakcipta memang ketat di Australia.

Nak nokhtah dulu ye nohhh!!! Lepas balik dari DFO kami tak jalan ke mana dah. Sekadar keluar untuk dinner dan malamnya tido awal sebab esok paginya sehari suntuk kami akan ke Kuranda Village.

###moodnakmenulisblogtadakmarey###

Next entri sepatutnya last episod kisah percutian ke Cairns, Queensland. Entah bila nak dibuat, mood sedikit kureng untuk menulis blog. Tapi Inshaa Allah kisah ke Kuranda Village akan menyusul dalam masa terdekat.

Yooshhhhh!!!

Thursday, 30 October 2014

Bercuti Ke Cairns, Queensland, Australia | Episod 02 : Welcome To Cairns | Makanan Halal?

As-Salam & Salam Sejahtera,

Semalam dah bagi intro kan pasal perchutian basi kami ke Cairns 3 tahun lepas. 3 tahun lepas tu der, tapi basi pun basilah janji ada info2 berguna yang mungkin boleh membantu mana2 readers yang meranchang untuk ke Cairns.

Kita belajar ilmu alam kejap ye nohhhh, kat mana letaknya Cairns?

Ehsan Google

Cairn merupakan sebuah bandar pelanchongan yang letaknya di utara negeri Queensland, Australia. Asal-usulnya dikatakan bandar ini membangun kerana penemuan emas di Hodgkinson River dan juga lain2 mineral. Nama Cairns diambil sempena nama bekas gabenornya yang terawal, William Wellington Cairns.

William Wellington Cairns - tak tahulah siapa mamat ni, tengok nama machiam hebat. Nama tengahnya dah jadi nama bandar Wellington kat NZ nun, nama akhir melekat kat bandar Cairns, Queensland. Kira golongan bangsawan le kut masa tu.

Itu sejarah dulu le kan.

Masa la ni, Cairns jadi pemes sebab bandar ini merupakan bandar masuk ke Great Barrier Reef. Hang pa kenai apa itu Great Barrier Reef

Great Barrier Reef ini dikatakan sistem terumbu karang yang terbesar di dunia, meliputi kira2 344,400 km persegi dan memiliki gugusan kira2 900 buah pulau. Besar bagak tu der.

Selain itu, apa lagi daya tarikan perwisataan ke Cairns?

Ini ambe senaraikan;

a) The City of Cairns - The Esplanade, The Pier, Cairns Art Gallery

Itu diantara yang sering menjadi tumpuanlah. Sebenornya ada banyak lagi. Adakah ambe berjaya mengunjungi ke semua tempat tersebut?

Nak tahu jom follow penghikayatan ambe yang seterusnya.

Kita throwback balik apa yang berlaku pada 7 Oktober 2011 nan lampau;

Previous punya cherita, ambe dan mem besar masih kat Perth Airport kan? 

Dipendekkan cherita, Alhamdulillah kami selamat mendarat di Cairns Airport selepas melalui penerbangan selama 4 jam 20 minit dari Perth. 

Pestaim sampai di Cairns Airport, ambe dapat rasakan yang mat salleh ni memang sempoi. Regional airport depa biasa2 saja, chukup2 sekadar berfungsi sebagai hub penerbangan. Kalau airport kita machiam dah masuk Sogo, sekejap rasa machiam kat airport sekejap lagi rasa machiam kat shopping complex.

#######krikkrikkrikkrik########

Disebabkan ambe dan mem besar masuk ke Cairns melalui Perth, urusan di Cairns Airport berjalan lancar. Tak perlu melalui kaunter imigresen dan kaunter kastam. Melenggang kangkung saja keluar airport bawa backpack.

Keluar airport terus chari taxi untuk ke Pacific Hotel Cairns. Mudah saja untuk ambil taxi, keluar dari Cairns Airport, anda semua pusing ke kiri terus nampak tempat menunggu taxi. 

Selain dari taxi, boleh juga naik bas dari airport ke pusat bandar. Tiket bas boleh tempah secara online atau boleh saja beli dari kaunter di airport.

Naik bas memang lebih jimat dan tak perlu risau, kerana bas akan hantar anda sehingga ke pintu hotel. Chuma jangan lupa beritahu pemandu bas nama hotel penginapan anda.

Tapi saya dan mem besar tak ambil bas, sebab selepas dihitung congak, harga tiket untuk kami berdua hampir sama dengan tambang satu teksi. Jadi kami naik teksi sajalah, perasan machiam pelanchong orang kaya.

Ko jangan tak tahu Jah, kat obersea pelanchong dan orang berduet je naik teksi hehehehe.

Brader taxi yang hangkut kami buleh tahan peramah, customer-oriented dan depa semua ni dah biasa dengan pelanchong. Kenchang sembang, naseb baek ambe dah terer speaking masa tu, kalao idok duk yes no yes no sampai ke sudah.

Satu lagi, hang pa jangan duk risau nak naik taxi kat obersea. Pemandu taxi kat Ostolia chukup berdisiplin, depa memang wajib pasang meter dan tak main konar jauh. Kalau buat onar pun bukan pemandu tempatan, tapi biasanya pemandu taxi warga asing.

Pung pang pung pang sembang kenchang, sampai pun kami ke Pacific Cairns Hotel. Tambang taxi tak ingat berapa tapi tak mahal manalah, kurang dari 50 dollar.


Pacific Cairns Hotel @ Pacific International Hotel, disinilah kami menginap sepanjang berada di Cairns.

Masa nak check-in, kami terserempak dengan uncle bellboy muka machiam Melayu. Ambe dan mem besar takut2 nak tegur, mana tahu bukan Melayu. Muka aboriginal people Australia pun kekadang nak ada iras2 Melayu, itu belum lagi dari Christmas Island.

Tapi dah rezeki nak kenal, masa kami lepak2 sementara receptionist uruskan bilik, uncle bellboy tersebut datang tegur kami;

Uncle BB: Malaysia or Singapore?
Ambe: Malaysia hehehehe

Dari sapaan ringkas tersebut melarat kepada cerita asal-usul bagaimana uncle tersebut boleh sampai ke Australia.

Dia ni dulu berasal dari Singapore dan ramai juga saudara-mara di Malaysia. Dahulunya berkhidmat sebagai kelasi kapal sekitar tahun 60an dan 70an. Memang kapalnya selalu singgah di pelabuhan Cairns. Entah machiam mana beliau terjatuh chinta dengan awek tempatan lalu mengambil keputusan untuk menetap di Cairns.

Kawen dengan minah salleh tu usik ambe, hehehehe. Gelak besar uncle tersebut.

Pada zaman beliau, memang jadi trend dikalangan kelasi2 Melayu. Ramai yang tersadai di London, Perth, dan pelabuhan2 utama di Eropah selepas menemui jodoh di sana. La ni pun kalau kita berkunjung ke London atau Perth, masih boleh ditemui mereka2 ini dalam usia lewat 70an atau 80an. Malah beranak berchucu di perantauan.

Uncle bellboy tadi nak bawa beg kami ke bilik tapi kami kesian pula, orang tua dah der. Dia jadi bellboy pun sekadar nak hilangkan rasa bosan duk kat umah. Kami kata tak pe lah, kami boleh bawa sendiri. Kami tinggalkan dia sekejap, nak tengok bilik dan berehat sekejap.

Malangnya der, ambe tak snap pun gambirun bilik. Jadi tak dapeklah ambe nak kongsi dengan hang pa semua. Tapi nak habaq, bilik memang bersih tip top dan kemas. Memang ambe rasa puas hati sangat. Rate semalaman kalau ambe tak silap masa tu sekitar 150-170 dolar, standard room. Harga terkini hang pa buleh rujuk website Pacific Hotel Cairns

Lepak2 sekejap, nak tido tapi mata tak buleh katup. Ghairah nak explore Cairns punya pasai. Teghuih buka map Cairns;

Ehsan Google

City of Cairns idok le besau mana. Boleh merayau jalan kaki saja. Kami pun ambil keputusan untuk merayau sambil chari makan. Dah petang sangat dah ni tapi kami masih belum makan.

Mudah ke nak cari makanan halal kat Cairns dan tempat2 lain di Australia?

Mudah je der, komuniti Islam memang ramai di Australia. Hang pa google saja Inshaa Allah maklumat akan terpapar. Untuk info makanan halal di Cairns hang pa boleh rujuk website Cairns Mosque.

Aussie Kebab dan Ali Baba Kebab di Cairns memang disahkan halal oleh pihak Cairns Mosque. Tapi hati2, tak semua kebab halal ye, walau pemilik kata halal tapi sebenarnya tidak, Wallahuallam.

KFC dan Red Roaster Cairns boleh masuk tapi cuma ayam yang halal manakala Nando's halal sepenuhnya.

Tempat makan memang banyak di Cairns, cuma tak tahu halal atau tidak saja. Bila mengembara atau berkelana, soal makan bagi kita memang sedikit crucial. Ada pengembara Muslim yang cukup jaga makan minum, hanya makan di tempat2 yang disahkan halal saja.

Ada pengembara yang moderate, masuk kedai tanpa tanda HALAL tapi cuma ambil makanan berasaskan vegetarian atau seafood. Ayam atau daging memang tak sentuhlah. Ambe memang masuk dalam kategori ini lah hehehehe.

Tapi khabarnya ada juga pengembara Muslim yang tak kisah. Babi je dia tak ngap, maklumlah darurat katanya. Darurat ye, entahlah. Tanya iman masing2.

Jadi di mana kami makan?

Ada satu Japanese Restaurant, NO PORK tapi tiada tanda halal. Kami order saja hidangan berasaskan seafood. Lupa lah nama restoren tersebut. Awek Jepun yang served kami memang happening dan peramah hehehehe.

Banyak tahu pasal Malaysia walau masih belum pernah sampai Malaysia. Hati ambe berkata, agaknya atuk korang la yang datang Malaya potong kepala atuk aku..... LoL!!!


Tu dia, kami makan nasi goreng dan mee ape ntah namanya. Jauh datang tapi tetap pekena nasi goreng hehehehe.

Kalau hang pa nak tahu, warga dan keturunan Jepun memang ramai di Cairns. Pelanchong Jepun pun ramai, kedai2 milik warga Jepun pun banyak. Malahan sesetengah kedai turut menerima matawang Yen untuk diperdagangkan.

Ambe tak sempat nak tanya awek Jepun tadi, asal-usul Japanese di Cairns. Lapor punya pasal der, lepas chekik nasi goreng baru lega.

Ni nak kongsi sikit gambirun yang sempat kami snap pada hari pertama di Cairns;

Tipikal kedai2 di serata Australia machiam ginilah. 

Tradisi Aussie, asal petang je lepak2 bar minum beer.

Hotel Rydges, hampir saja dengan Pacific Cairns Hotel. Rate pun lebih kurang sama.

Pukies hehehehe. Kedai apa ntah, lupa dah memori 3 tahun yang lepas.

Sampai malam kami merayau. Hotel bajet dan rumah tumpangan pun banyak di Cairns. Tak perlu risau jika bajet anda sedikit terhad.

Ini makchik2 dan pakchik dari group anti-cancer buat persembahan kutip derma.

Hari pertama kami tak ada apa yang menarik sangatlah. Baru sampai check-in hotel, jalan2 chari makan dan explore The City of Cairns sikit2.

Esoknya dan hari2 berikutnya baru kami pulun sakan. Inshaa Allah jika ada masa ambe akan kongsikan di sini.

Chukuplah untuk hari ini, lapo la der. Nak gi lunch dulu, sat gi ambe sambung ye.

Roger and out!!!