Showing posts with label Hotel di Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Hotel di Shah Alam. Show all posts

Tuesday, 28 February 2017

WORKING HOLIDAYS TRIP - Concorde Hotel Shah Alam | JANUARY 2017 | 7 Tempat Menarik Di Shah Alam

Aku bahagikan entry kali ini kepada dua bahagian. Pertama pasal penginapan aku di Shah Alam, manakala bahagian ke-2, tempat menarik untuk dikunjungi jika kebetulan kamurang tersadai di Shah Alam !

Part 1: Hotel @ Shah Alam yang owhsem !

Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C
40100 Shah Alam
Selangor.

Phone: +603-5512 2200


WHT - ikut bini out of town. Kali ini ke Concorde Hotel Shah Alam. Kompeni sediakan satu bilik deluxe untuk penginapan staf dan kami add satu lagi bilik kerana nak bagi peluang anak2 bujang menginap sendirian. 

Check-in secara berjemaah ! Tapi bukan jemaah kami !

Sementara bini aku selesaikan urusan chek-in, aku dan hero ke-2 cari parking. Nak open parking boleh, nak berbumbung pun ado !

Check-in amat laju, barang2 semua tinggalkan pada bell boy dan kami bergegas cari bilik sebab event bini aku dah nak mula.

Pilih nak bilik mana.

Deko baru, kali terakhir ke sini a few years back !

Queen untuk mak bapak, 2 single bead di bilik sebelah untuk anak2.

Ada chop SIRIM !

Sejuk ada, nak suam-suam pun boleh !

Zaman belum baligh dulu suka bawa balik buat koleksi.

Masjid Shah Alam, INSOF !

Bandaraya Shah Alam.

Kembali menyelongkar !

Lengkap serba-serbi !

Koling2 anak di bilik sebelah.

Bersih boleh guling2 !

Concorde Hotel Shah Alam antara hotel yang menjadi pilihan jika aku terpaksa menginap di Shah Alam. Lebih-lebih lagi atas urusan kerja. Hotel yang selesa sementara bil ditanggung sepenuhnya oleh kompeni.

Kes malas nak keluar duit sendiri !

Newly renovated, Deluxe and Suite Room !

Boss besar Concorde Shah Alam tulis surat minta maap dengan aku ! 

Mencekik !

Ada dua benda yang aku suka dengan Concorde Shah Alam. Pertama bilik penginapan yang superb, satu lagi bab makan minum juga superb. Kali pertama aku dining kat sini adalah untuk berbuka puasa. Barokah Ramadhan barangkali, terus selera tekak aku ngam dengan air tangan chef depa.

Silakang masuk Sir !

Rambang mata memilih !

Masa aku breakfast, staf  coffee house siap tolong ambilkan susu dan apa yang patut sebab bini aku sedang dukung baby. Memang aku tabik spring depa punya hospitality.

Appetiser ! Ini belum main course !

My peberet !

Selepas isi perut, kena singkirkan pula karbohidrat yang berlebihan. Jom kita ke swimming pool !

Masa swimming ada peristiwa yang sedikit menjengkelkan aku, bukan pasal pool tapi berkaitan pengunjung (nak ngumpat ckit !) Ada satu famili dengan 3 anak kecil mandi-manda. Aku rasa anak2 depa ni ada masalah sikit untuk bersosial. Bila cuba approach bebudak lain, depa macam kasar sikit. Bukan tegur baik2, tapi jenis main tarik2, tarik tangan, tarik rambut ! 

Itu aku tak kisah sangat, biasalah budak2 yang sedang membesar. Cuma yang buat aku terkilan mak pak depa. Ada sekali budak tu tarik tangan budak lain sampai jatuh, kemudian budak yang jatuh itu pukul balik, bukan pukul sangat pun, tepuk bahu je. Tapi apa ke hei ntah tiba2 mak pak budak tu serbu datang dan marah2 budak yang melawan tadi. Eh! anak ko yang mula dulu, pehal ko pi marah anak orang lain.

Mengong !

Swimming sambil tenung Plaza Masalla.

Masa aku kat sini cuma ada seorang mat salleh expat sedang berenang-renang ketepian. Tak lama kemudian penuh dengan kanak2 riang mandi manda.

Towel 3 emchek ! Eh mana depa semua ? Ok towel semua kena ambil di dan pulangkan ke kaunter gymnasium. Keluar lif tingkat 3, ke kanan gymnasium (Kilos Fitness Center) manakala ke kiri adalah swimming pool.

Belah kiri kolam dewasa, belah kanan kolam kanak-kanak.

Lengkap dengan Musolla. Lepas solat boleh sambung riadah.

Tak ada benda sangat aku nak cerita sebab aktiviti kami agak terhad. Bini aku sibuk dengan event manakala aku cuma temankan anak2 dibilik, makan dan swimming.

Overall aku tetap enjoy menginap di Concorde Shah Alam. Tidak banyak aktiviti tapi sesuai untuk aku beristirehat lupakan soal kerja kejap.

Part 2: 7 Tempat Menarik @ Shah Alam

Info ini hasil carian aku di Google, bukan pengalaman sendiri harap mak long !

Muzium Sultan Alam Shah @ Muzium Negeri Selangor - Dinamakan sempena nama Sultan Selangor yang ke-7, Sultan Hisamuddin Alam Shah. Kurang lebih 4000 artifak berkaitan warisan negeri Selangor dipamerkan di sini.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah @ Masjid Negeri Selangor - Kapasiti memuatkan kira-kira 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Dilengkapi 4 menara dengan ketinggian 142.3 meter dan dikatakan antara yang tertinggi di dunia.

Kompleks Taman Seni Islam - Galeri yang menyimpan segala jenis informasi berkaitan penyebaran agama suci, Islam.

Skytrex Adventure @ Taman Botani Negara Shah - Sesuai untuk mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Jika tak minat pun, boleh jalan-jalan sedut udara segar di hutan rimba Shah Alam. Lanjut Skytrex Adventure Shah Alam

i-City Malaysia - Nak tengok lampu warna-warni di waktu malam, nak main air, nak berlibur maka i-City adalah tempatnya. Lanjut i-City

Taman Tasik Shah Alam - Terletak disepanjang Jalan Dato Menteri dan Jalan Persiaran Masjid. Pada hujung minggu biasanya padat dengan penduduk setempat dan luar yang datang untuk beriadah.

Wet World Water Park Shah Alam - Sebelum wujudnya Water World i-City, WWWP Shah Alam adalah taman tema air paling utama di Shah Alam. Lazimnya sesak di hujung minggu dan cuti umum. Lanjut Wet World Shah Alam

- Ketam Batu -

Friday, 10 January 2014

Panmour Villa, Shah Alam - Hotel Persinggahan Yang Selesa Pada Harga Yang Berpatutan (2D1N # 20/12/13)

Salam Jumaat buat semua,

Jika readers DSKB tercari-cari hotel bajet yang selesa, bersih dan dengan harga yang berpatutan di sekitar Shah Alam..... mungkin Panmour Villa boleh anda cuba.

Panmour Villa bukanlah hotel berbintang-bintang statusnya, juga bukanlah sebuah hotel baru. 

Ia hanyalah sebuah hotel bajet dengan bilangan bilik yang agak terhad, tak sampai 15 pun kalau tak silap. Tingkat paling bawah menempatkan food court, Tingkat 2 pula Thai Restaurant yang boleh memuatkan 300 paxs manakala paling atas baru bilik-bilik untuk penginapan.

Ambo sebenarnya sudah mejadi pelanggan setia Panmour Villa semenjak lebih 10 tahun yang lampau.

Asal ada saja keluarga dari kampung atau teman-teman yang memerlukan penginapan yang selesa, bersih dan berpatutan harganya..... memang ambo akan syorkan Panmour Villa.

Jadi di mana letaknya Panmour Villa ni der?

Panmour Villa, No. 5 Jalan Singa B20/B, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor.

Panduan lokasi Panmour Villa.

Ok.... lokasinya memang agak jauh sedikit dari Shah Alam City Center tapi kalau anda berkenderaan sendiri sepatutnya tiada masalah. 

Hotel ini juga terletak berhampiran dengan KPJ Selangor Specialist Hospital atau dahulunya lebih dikenali sebagai Selangor Medical Center di Seksyen 20.

Kalau ada ahli keluarga yang sedang mendapatkan rawatan di KPJ Selangor, Panmour Villa merupakan hotel yang paling hampir sebagai tempat untuk ahli keluarga yang lain menginap.

Food Court pada aras bawah Panmour Villa menyajikan hidangan Thai, Western juga citarasa tempatan. Belakangnya ada sebuah restoran mamak kepada penggemar nasi kandaq dan mee goreng mamak. Blok bersebelahan turut menempatkan kedai serbaneka, Maybank dan beberapa buah kedai makan melayu.

Apa yang membuatkan ambo suka dengan Panmour Villa?

Secara peribadinya.... pada ambo walau pun Panmour Villa agak lama tapi biliknya maintain bersih dan harganya memang berpatutan.

Tempat makan memang dekat, ada Maybank kalau tetiba perlukan duit dan Petronas pun cuma bersebelahan. 

Selain itu, biliknya sentiasa tersedia even pada waktu peak-season seperti UiTM Convo. Agaknya sebab tidak ramai yang tahu akan kewujudan Panmour Villa atau kerana lokasinya yang agak jauh dari pusat bandar Shah Alam.

Ok..... sekarang ambo bawa readers semua meninjau dalaman Panmour Villa.

Reception desk.... anda kena tekan loceng baru staff Panmour Villa datang. Ini kerana mereka all out, duty di Panmour Villa dan pada masa yang sama di Panmour Food Court. Kadang kala bila anda tekan loceng, owner sendiri yang kelaur... pada masa yang lain mungkin waitress/cashier Panmour Food Court yang akan entertain anda!!!

Untuk naik ke bilik di aras 3 kena menapak sikit sebab tiada perkhidmatan lif. Kalau bawa beg yang banyak atau besar gedabak, sendiri mau usung lah!!!

Thai Restoran di aras 2, nak buat wedding dinner pun boleh.

Ruang legar di aras 3, tempat pengunjung bersantai jika bosan di bilik.

Tepi ruang legar aras 3 ada tempat untuk menggosok pakaian. Iron dan iron board adalah untuk kegunaan ramai.

Sudah sampai depan pintu bilik kami.

Buka pintu bilik dan ON kan suis utama. Masih gunakan cara lama untuk tombol pintu dan device untuk cucuk suis utama adalah key chain berbentuk seperti male genital (imaginasi luar daerah!!!!).

Ini dia penginapan kami... bilik triplex dengan satu katil untuk single dan satu katil saiz queen. Harga bilik cuma RM100++ tanpa sarapan.... murahkan? Harga bilik dengan satu katil queen biasanya bawah RM100. Nak sewa untuk beberapa jam pun boleh... boleh kow tim masa check-in... hehehe. 

Antara kemudahan asas untuk penginapan sementara.... kira ok lah!!!

Bilik air usang tapi lepas ISO ambo yang tak seberapa ini.

Bancuh kopi sebelum tidur.... tapi ada satu website yang ambo baca semalam akan membuatkan ambo berfikir berkali-kali sebelum menggunakan cawan dan cerek mana-mana hotel di atas muka bumi ini.... huhuhu!!!!

Amachiam.... anda suka hotel ini?

Cubalah kalau kebetulan hotel-hotel lain di sekitar SA fully-booked. Pengalaman peribadi ambo tak pernah pun tak dapat bilik di Panmour Villa, memang sentiasa tersedia.

Kalau keadaan Panmour Villa masih maintain sepertimana sekarang, memang ambo sekeluarga akan terus jadi pelanggan mereka.

Sekian untuk review Panmour Villa.