Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

Lembu Sape Kena Curik?

Sumber Imej: Harian Metro Online.

Naik kesian den nengok lembu tu heh, bersesak-sesak dalam kereta Proton Iswara. Kok lembu pun naik kereta, rock and ride nohhhhh!!!

Rupanya deme berdua tu kena kitnep, lepas kena sumpit dengan pelali oleh dua barua jantan dan seko barua betina. Kejadian penchulikan ini berlaku di Kuala Krai (hukalloh, kampung den nohhhh!!!!), kemudian mangsa dibawa lari ke Pasir Puteh.

Barua jantan yang terlibat dalam insiden penkitnepan ini datang jauh, dari Jengka, Pahang nun. Giler cadbury, jauh2 datang ke kampung den sekadar nak kitnep lembu orang kampung. Kuang ajaq nohhhhhhhh!!!!! Turut sama bersubahat, barua betina bawah umur yang baru berusia 16 tahun. Anak sapa la ni?

Naseb bek Inspektor Shahab berjaya menangkap barua2 ini semua. Menurut sidang media oleh Inspektor Shahab, skuad gerak-gerak khas telah menyerbu saspek kira-kira jam 5.30 pagi (kiranya lepas bedal sahor la ni!!!) di Kampung Lot 23, Cherang Ruku, Pasir Puteh.

Katanya lagi, selepas menyedari kehadiran skuad gerak-gerak khas, barua2 tersebut terus melarikan diri ke dalam rumah dan bersembunyi di belakang almari.

Hekellehhhhh..... dah la kitnep lembu, tukang kitnep pun otak lembu jugak. Kalau dah lari masuk rumah, haruslah dengan mudah dan senang hatinya Inspektor Shahab nak tangkap kamu urang. Palui punya pengkitnep!!!! 

Ini yang dapat kena tangkap, yang terlepas pun ada. Raya kan dah dekat menjelang, haruslah barua2 ini semua gegeh mengkitnep lembu untuk dijual dagingnya. Kita kan suke makan daging di hari raya, rendang lah, kari lah dan berbagai resepi berasaskan daging. Silap congak tercekik daging curik.

Kesian tuan empunya lembu, gegeh membela sekali dekat raya dah kena kitnep lembu-lembunya. Tapi tuan lembu pun kekadang ada gak yang tak berapa nak betul, espeseli jenis yang suka kasi lepas lembu merata-rata. Lepas tu mulalah lembu-lembunya merayau merata-rata dan melepas merata-rata.

Kalau sesiapa yang sering melalui lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, memang dah biasa sangat terserempak dengan segerombolan lembu-lembu duk melepak kat tepi jalan raya. Kekadang sesuke ati melintas tanpa menoleh kiri dan kanan. Tuannya sibuk melombong dengan binik kat rumah agaknya, sampai tak ada masa nak tambat atau bawa lembu masuk kandang. Dah hilang baru nak melalak satu kampung, hukallohhhhh!!!!

Salah sape, pengkitnep tentulah salah sebab pencurik, tuan empunya pun tumpang saham sekaki le kot sebab tak jaga lembu betul2. Tengok pada hidung manchung lembu tersebut, tak ada pun tanda2 kena cucuk hidungnya. Ini mesti jenis yang lepas bebas ni, berak merata dan makan tanaman sayuran orang.

Moral of de setori, lu pikiaq le sendiri der!!!

Roger and out!!!

Friday, 4 July 2014

Kanak-kanak 4 Tahun Ditikam Bapa Saudara Mengamuk

Tikam anak saudara sendiri yang baru berusia 4 tahun gara-gara gagal mendapatkan bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, ganah mu gu!!!

Kejadian di Jalan Bayam, Kota Bharu itu menyebabkan Mohamad Danish Aidid Yahaya, 4 tahun cedera ringan pada pinggang kiri dan kanan. Keadaannya dilaporkan stabil setelah mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Kejadian dikatakan berpunca setelah bapa saudara kanak2 terbabit yang berusia 44 tahun mendapati wang berjumlah RM60 yang merupakan bantuan kewangan dari JKM masih belum diterima. Ini menyebabkan lelaki tersebut naik darah lalu berlari ke dapur rumah mangsa, ambil pisau pemotong sayur lalu menikam anak saudaranya pada pinggang kiri dan kanan.

What The F, kata Tok Sidang Simpang Ampat. Brutal betul brader kita ni, kurang oksigen dan glucose agaknya, maklumlah Ramadhan!!!! Itu yang baran makin tak terkawal. Cehhhhh, patutnya Ramadhan menjurus ke arah yang lebih baik, ini makin baran, ape cer ni der?

Namun laporan yang diceduk dari Harian Metro masih kurang maklumat. Jadi sukar untuk kita buat kesimpulan punca sebenar. Tak dapat RM60, tikam anak buah, ada bau ikan busuklah kata Ketua Kampung Binjai.

Persoalannya;

Brader kita ni pesakit mental kah? Bahaya ni dibiarkan berkeliaran tanpa rawatan yang sepatutnya.

Kenapa Jabatan Kebajikan Masyarakat belum keluarkan bantuan RM60 tersebut? Ini pun jika benar bantuan tersebut akan masuk pada masa dan waktu yang dijangka oleh suspek.

Bantuan RM60 tersebut milik siapa sebenarnya, ibu mangsa atau suspek? Kalau milik suspek kenapa tanya ibu mangsa yang baru balik dari  bank? Haaaaaaa......

Ibu mangsa ada berhutang dengan suspek kah lalu mangsa yang menjadi mangsa? Mangsa menjadi mangsa...... apa punya ayat daaaaa!!!!!

Banyak betul fakta yang boleh dispekulasikan ni. Ibu mangsa, suspek dan JKM..... siapa dalang sebenar? CSI.... CSI!!!!!!

Sumber: Harian Metro Online.

Nasib baik Allah masing panjangkan usia budak ni, Alhamdulillah. Kalau tak memang haru biru la, dah la baru berpuasa seminggu. Sat gi nak sambut Aidilfitri. Nyatanya, suspek merengkuklah dalam lokap sepanjang Ramadhan, beraya nanti pun pasti dalam lokap.

Donia..... donia. Apa nak jadi daaaaaa!!!!!

Roger and out!!!

Monday, 2 June 2014

Pembunuh Siti Soffea Emelda Abdullah Ditemui Lemas Di Sungai Klang

Berita pembunuhan kejam kanak-kanak berusia 2 tahun, Siti Soffea Emelda Abdullah sekali lagi menimbulkan persoalan;

Selamatkan negara kita, Malaysia?

Benarkan indeks jenayah kita masih rendah dan terkawal?

Apo nak dijawab der? 
Kita biarkan saja golongan cerdik pandai menjawab persoalan tersebut. Mereka pasti ada justifikasi tertentu untuk mengeluarkan fatwa bahawa keselamatan awam di negara kita masih lagi pada tahap 'terkawal'.

Apa yang ambo ingin luahkan di sini adalah peranan kita sebagai ibu bapa dalam soal keselamatan anak-anak. Bukan setakat anak-anak sendiri, malahan juga anak-anak saudara mara, rakan taulan dan juga jiran tetangga. 

Kadang kala sikap 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang' atau 'Jaga Tepi Kain Sendiri' perlu diinterpretasi semula. Ada ibu bapa yang sentap sakan apabila kelakuan anak-anak ditegur sama ada oleh guru, rakan taulan atau jiran tetangga. Maka timbulah keadaan di mana terluahnya kata-kata 'lantak kau lah anak kau, bukan anak aku'.

Semakin hari semakin terkikisnya keprihatinan kita terhadap semangat kejiranan, kita menjadi semakin individualistik. Tak ada lagi yang mahu menegur akan kenakalan anak-anak jiran tetangga ataupun sahabat taulan. Puncanya tidak lain tidak bukan, ibu bapa era millenium kini semakin mudah sentap bila ditegur akan kenakalan anak masing-masing.

Mengimbau kenangan sewaktu membesar di kampung  (sekitar 80an sehinggalah 90an), seingat ambo berita kenakalan ambo yang tak seberapa pun boleh sampai ke pengetahuan mak ayah ambo, hasil aduan jiran tetangga. Face to face beb..... masa tu bukan ada henpon untuk Whats App atau WeChat. 

Muka mak ayah ambo memang merah padam bila terima aduan, tapi adat orang dulu-dulu yang masih tebal dengan semangat kejiranan, setiap aduan diselidiki tanpa syak wasangka terhadap pengadu. Kadang kala memang terus kena bambu tanpa siasat, asal jejiran mengadu sahaja memang sah petangnya ambo kena sebat.

Kalau zaman la ni adu pasal anak jiran face to face, memang cari nahas. Silap-silap tangan atau kaki hinggap ke muka. Itu yang buat ramai yang malas nak ambik pot. 

Satu lagi yang menimbulkan keraguan, bagaimana anak kecil yang baru berusia 2 tahun boleh ditinggalkan sendirian semata-mata kerana ibunya mahu melunaskan hajat peribadi di tandas. Pudu Sentral atau dulunya dikenali sebagai Pudu Raya memang terkenal sebagai pot golongan 'tak semenggah' untuk melepak. Kutu rayau, pencopet, penagih dadah dan segala machiam kutu.

Jangankan nak tinggalkan anak sendirian, nak ke sana pun ambo rasa machiam tak selamat dan tak selesa (waima Pudu sudah bertukar wajah dan dinaik taraf, golongan 'tak semenggah' ini masih berkampung di sana). Itu yang buat ambo terpikior, apa ke jadahnya Siti Salmy Suib (32 tahun) dengan selambernya biarkan anaknya arwah Siti Soffea Emelda Abdullah (2 tahun) bersendirian di tempat yang sebegitu.

Dakwanya ditinggalkan bersama rakan tetapi mengikut siasatan polis, rakaman CCTV menunjukkan arwah bermain sendirian. Malahan seorang pengawal keselamatan hanya melihat sahaja apabila arwah dibawa pergi oleh suspek. Memang benda dah nak jadi, tapi apa pula peranan pengawal keselamatan tersebut? Melihat sahaja tanpa membuat apa-apa - alasannya kerana arwah sentiasa dilihat dijaga oleh orang yang berlainan - tak tahu den nak kata apo.

Suspek pun semalam dah ditemui lemas. Penjenayah terbabit dikatakan cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke Sungai Klang selepas perbuatannya menghempap batu ke kepala arwah, dan menyembelih dengan menggunakan serpihan seramik disedari oleh orang awam.

Gambar kecil: Comel saja budaknya.
Gambar besar: Pengsan ibunya bila nampak jasad anak tanpa kepala.

Jasad suspek ditemui terapung di Sungai Klang.

Ini baru pembalasan duniawi, bukan lagi di akhirat.

Al-Fatihah untuk adik Siti Soffea Emelda Abdullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.