Showing posts with label Jom Tengok Wayang. Show all posts
Showing posts with label Jom Tengok Wayang. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

WoRDLeSS WeDNeSDaY # LoNDoN HaS FaLLeN

Jom Gi London !


Bapak punya ramai umat !


Tengok wayang London Has Fallen, bulan Mac yang lepas. Lebih tepat lagi 13/3/2016.

Bapak punya lama simpan tapi entri tak juga keluar. Nak sembang pun tak guna sebab cerita dah basi.

Semua dah tau jalan cerita kan?

Tapi up jugalah sekadar untuk catatan dan memori peribadi.

- Ketam Batu -

Wednesday, 19 August 2015

HiTMaN aGeNT 47



Filem yang menjalani penggambaran di Berlin dan Singapore ini dijangka ditayangkan di Malaysia pada 20 Ogos 2015 - iaitu ESOK!!!

Ini bukanlah kesinambungan atau sequal dari filem Hitman yang ditayangkan pada tahun 2007.

Pada asasnya, kedua-dua filem ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak lelaki diculik dan dilatih oleh organisasi rahsia untuk menjadi pembunuh upahan.

Jika dalam Hitman (2007), organisasi rahsia tersebut lebih dikenali sebagai 'The Organization', dalam Hitman Agent 47, mereka muncul lebih daring dengan nama 'International Contracts Agency'.

Watak Agent 47 dilakonkan oleh Timothy Olyphant dalam filem Hitman (2007) dan watak tersebut telah diambil alih oleh Rupert Friend untuk filem Hitman Agent 47.

Khabarnya, Paul Walker sepatutnya memegang watak Agent 47, tapi kemalangan yang membawa kepada kematian mendiang membuatkan penerbit terpaksa mencari pengganti iaitu Rupert Friend.

Plot kasar Hitman Agent 47;

  1. Genetically engineered from conception to be the perfect killing machine, he's the culmination of decades of research, endowed with unprecedented strength, speed, stamina and intelligence. Known only as Agent 47 (Rupert Friend), his latest target is a corporation that plans to unlock the secret of his past to create an army of killers even more powerful than him. With help from a young woman, the elite assassin confronts revelations about his own origins in an epic battle with his deadliest foe.

Nampak macam best je kan? Apa kata hujung minggu ini kita sama-sama ke panggung wayang untuk menyaksikan filem hebat ini.

Moh kita!!!