Showing posts with label Kedai Makan Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Kedai Makan Ipoh. Show all posts

Friday, 11 November 2016

TRIP IPOH MALI (NOVEMBER 2016) - 03 : LuNCH @ aNie CaFe aNGSaNa MaLL iPoH

Anie Cafe Ipoh

Sepanjang di Ipoh, aku tak mencari pun tempat makan best dan pemes amos !

Makan kat tempat biasa-biasa saja. Asal jumpa dan menyelerakan, kami masuk untuk makan.

Anie Cafe ini letaknya di Angsana Ipoh Mall atau dikenali juga sebagai Green Town Mall.

Asal kisahnya kami ke Angsana sebab bini aku nak singgah satu butik. Memang Angsana atau Green Town Ipoh kaya dengan butik serta kiosk gajet elektronik.

Di sini jugalah letaknya deretan kedai milik Dato Seri Vida.

Qu Puteh ! Qu Puteh ! Muahhhhhh !

Ada kedai kosmetik dan juga kedai emas. Kalau tak silap 3 atau 4 pintu jugalah kedai milik beliau. Memang kaya raya !

Tapi tak ada pula kelibat DSV, kalau tak boleh bermuah-muah sambil laga-laga pipi hahahaha !

Malangnya butik yang bini aku hendak serang hendap tutup sekejap waktu lunch hour. Sekali lagi aku malas nak jalan jauh-jauh, sebelah Angsana Mall ada dua buah kedai makan.

Menu siam milik Anie Cafe dan sebelahnya restoran mamak. Tak lalu nak makan mamak, kami makan ayam siam !

Aneka menu untuk dipilih !

Kedai mamak disebelahnya !

Sibuk menguruskan pesanan pelanggan.

Awek Qu Puteh TRW take away terus bayar !

Minum minuman yang sampai dulu !

Diikuti rapat oleh nasi goreng USA anak aku. Jauh tapi cepat sampai !

Peberet aku daging masak merah !

Sup cendawan bini aku !

Kailan ikan masin meleleh !

Jemput makan. Jangan malu-malu. Tambah nasik ! Tambah nasik !

Kecoh makan sebab masing-masing kelaparan. 

Anak aku kata nasi goreng USA dia sedap.

Bini aku pun kata makanan Anie Cafe yang kami order sedap-sedap semuanya.

Tapi kenapa aku rasa macam kurang rasa saja, kurang masin dan kurang rasa perencah !

Kurang rasa pun licin juga aku bedal sebab tengah lapar.

Total cuma berhabisan 30 ringgit sahaja, sedikit murah berbanding tomyam jalanan di Klang Valley.

Lepas habis sepinggan nasi goreng USA, anak aku masih mengadu lapar.

Dia sudah aim meatball awal-awal lagi.

Mami meatball Ipoh, kiosk dia cuma bersebelahan dengan Anie Cafe. Ada meatball beraneka rasa, spageti dan french fries.

Anak aku minta meatball bersama french fries. Meatball 10 biji dan semangkuk french fries dengan harga 10 ringgit. Ok kut !

Again dia kata sedap. Tolak kayu dengan batu saja, lain semua sedap.

Aku cuba makan sebiji, memang sedap. Korang boleh cuba kalau singgah Ipoh nanti.

- Ketam Batu -

Thursday, 10 November 2016

TRIP IPOH MALI (NOVEMBER 2016) - 02 : LuNCH @ aYaM PeNYeTZ iPoH PaRaDe

Ipoh Parade

Masih lagi kisah aku sekeluarga di Ipoh Parade.

Menyelamatkan Ipoh Parade bagi aku adalah pawagam, kbox karaoke dan pusat hiburan keluarga. Walau pusat hiburan keluarga pun tak berapa nak happening, boleh lah dari langsung tak ada.

Lepas aku, anak dan isteri layan 9D Cinema kami cari tempat untuk isi perut. Malas nak keluar dari Ipoh Parade, kami tuju food court yang cuma bertentangan dengan pusat hiburan tersebut.

Terbahagi kepada dua section, halal dan non-halal ! Ipoh Mali maa !

Sah-sah aku terjah halal section kan walau dalam hati ada juga keinginan nak tinjau apa yang ada di non-halal section. 

Pilihan makanan agak ok juga. Ada kiosk nasi ayam, menu siam, ayam penyet, claypot dan beberapa lagi yang aku tak berapa nak ingat. Kiosk minuman semestinya wajib ada.

Kebanyakan handler kiosk tersebut diimport khusus dari Bangladesh ! Especially kalau owner Melayu. Owner Chinese nampaknya masih senang menjalankan sendiri urusan kiosk mereka.

Melayu kan suka berlagak boss ! Berlagak je pun hatta duit di poket cuma seciput !

Anak aku melilau cari menu peberet dia iaitu nasi lemak ayam tapi nan hado. Tiada yang jual nak !

Paling dekat menu ayam penyet, gambar dia hampir nak sama dengan nasi lemak pada pandangan mata anak aku. Jadi dia decide nak makan ayam penyet.

Nama kiosk tersebut adalah Ayam Penyetz dengan huruf Z di belakang ! Urban le kut bunyi dia kalau letak huruf Z cam gitu !

Operator dia fullamak badan montok bontot bulat mekap setepek kat muka. Tapi muka talak sinyum, bukan Ipoh Mali tapi Bandung Mali agaknya.

Hati aku mudah panas kalau operator makanan jenis tak mesra pelanggan. At least senyum la sikit, bukan tarik muncung depan customer. 

Tapi sebab anak aku nak sangat, aku pun hadap sajalah muka muncung lipstic setepek.

Order, bayar RM9.80 dan blah sepantas kilat !

Aku dan isteri nak makan claypot chicken rice. Operator dia Bangla daaaaa ! Tapi Bangla Mali ada sikit sinyum !

Bagusnya makan di food court Ipoh Parade, kau tak perlu berdiri menunggu makanan siap depan kiosk. Lepas order, cari tempat duduk dan operator akan hantarkan makanan.

Entah macam mana depa ingat rupa pelanggan kalau dah ramai sangat.

Paling awal sampai ayam penyetz, masih belum ada sinyum. Ndak apalah, makan sajalah nak. Sedap tak?

Sedap katanya, habis licin satu pinggan. Ok tak sinyum boleh dimaafkan kalau makanan sedap.

Tapi claypot chicken rice lambat sampai. Terpaksa ulang tanya dua tiga kali baru siap. Nasi lambat masak katanya, huh ?

Claypot chicken rice Made in Bangladesh pun sedap. Ada ayam dan ikan masin dengan harga sekitar 7 ringgit.

Kalau di Klang Valley, ikan masin adalah add on dan perlu bayaran tambahan kan. Tapi di Ipoh Parade tak perlu, memang terus ada dalam claypot !

Murah dan sedap, kombinasi yang cukup bagus.

Suka.... suka..... nyam ! nyam ! nyam !

- Ketam Batu -

Wednesday, 7 September 2016

LuNCH @ ReSToRaN SiMPaNG TiGa, iPoH | 16-08-2016


Kali ke-2 datang makan kat sini. Pengalaman kali pertama dulu superb, menu sedap dan layanan pun tip-top.

Bersandarkan pengalaman lampau, singgah lagi buat kali ke-2 untuk merasai pengalaman yang sama.

Tapi nan hado.....

Kami tiba tepat pada waktu orang pejabat keluar untuk lunch, jadi pelanggan agak ramai (bukanlah tahap sesak cuma setiap meja ada pelanggan). 

Waiter/waitress tak menang tangan untuk ambil order. Kena tunggu lama sikit sehingga si debab tertidur. Waitress yang berjanji untuk ambil order kami pun sampai ke sudah menghilangkan diri.

Nasib baik supervisor/manager (bertali leher dalam gambar di bawah) perasan situasi kami, beliau dengan senang hati membantu kami untuk memesan makanan.

TQVM di atas keprihatinan beliau.


Malangnya lauk yang kami idamkan, ikan pekasam goreng tiada dalam senarai, bukan musim katanya. Lauk-pauk yang kami pernah makan dulupun tiada, mungkin menu telah bertukar atau pun telah habis.

End up dengan hidangan berikut;


Lauk pauk;

Pari bakar seketul @ RM5.00

Gulai ayam kampung seketul @ RM7.50

Gulai babat (perut lembu) sepinggan @ RM9.00

Masak lemak daun ubi sepinggan @ RM5.00

Sambal merah sepiring @ RM1.80

Sambal hijau sepiring @ RM1.80

Minuman;

Kelapa madu sebiji @ RM5.50

Semangka lemon @ RM5.50

Markisa sunset @ RM5.50

Sambal hijau dan sambal merah masih superb, sedap macam yang kami pernah makan dahulu. Lauk pauk lain biasa-biasa sahaja.

Tak puas makan sebab tiada lauk kegemaran kami pada kali ini.

Jika berminat untuk menikmati juadah mereka, ini alamat restoran ini;

Restoran Simpang Tiga
D-G Greentown Square
Jalan Dato Seri Ahmad Said
30450 Ipoh, Perak.

Tel : +605-255 1220

Ketam Batu

Thursday, 7 January 2016

NaSi PaDaNG Di ReSToRaN SiMPaNG TiGa, iPoH - MaKaN SeDaP Di iPoH DeNGaN HaRGa YaNG aMaT BeRPaTuTaN !


Restoran Simpang Tiga
Jalan Dato Seri Ahmad Said
Greentown Square
30450 Ipoh, Perak.

Tel : +605-255 1220


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Nak review satu restoran di Ipoh yang menyajikan masakan Padang yang teramat lazat dan marbeles. Nama restoran tersebut adalah Restoran Simpang Tiga. Letaknya di Greentown Square Ipoh.

Masakan Padang atau Masakan Minang adalah menu istimewa masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia. Kali terakhir ambe menikmati masakan Padang yang lazat adalah semasa bercuti ke Bali beberapa tahun yang lepas.

Lepas daripada itu susah sangat nak jumpa restoran nasi Padang yang betul-betul kaw dan original sehinggalah ambe berkunjung ke Restoran Simpang Tiga.

Jika kita sebut masakan Padang, sah-sah dalam kepala kita ter'imagine' pelayan akan bawa beraneka lauk-pauk dan letak atas meja depan pelanggan. Pelanggan pun dengan lahapnya melantak kesedapan, dan cashier hanya akan kira makanan yang dijamah.

Makanan yang tak terjamah akan dibawa masuk balik ke dapur dan di 'recycle' untuk hidangan pelanggan yang lain pula. Itu pengalaman sewaktu di Indonesia.

Tapi kaedah itu jarang sangat diamalkan di mana-mana restoran Padang di Malaysia atas faktor kebersihan. Kut la pelanggan terdahulu ada terbersin terpercik air liur dan sebagainya. Di Restoran Simpang Tiga, pelanggan akan pilih dahulu apa yang hendak dimakan, barulah waiter atau waitress bawa ke meja pelanggan.

Antara menu yang kami suami dan isteri pilih adalah gulai ayam kampung, ayam penyet, ikan pekasam loma, gulai nangka dan sambal merah serta sambal belacan. Minum pula jus avocado untuk orang rumah dan ambe mencuba minuman ala minang yang disyorkan oleh waiter nama Azra. 

Azra ni bagus budaknya, layanan tip top. Dia yang banyak suggest apa yang sedap dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan jika ke Restoran Simpang Tiga. As a first timer, ambe follow sahaja apa yang Azra suggest kan.

Sementara menunggu hidangan sampai, ambe snappy dulu sekitaran restoran.

Aneka lauk-pauk untuk dipilih, rambang mata !

Bar untuk segala jenis minuman dibancuh.

Grill dan bakar-bakar pun ada.

Setting kedai kemas dan tidak terlalu padat !

Lepak-lepak untuk perokok tegar !

Pantas dan cargas, sekembali ambe ke meja, makanan telah terhidang dan setia menunggu untuk dijamah. 

Bismillah !

Minuman ala Minang nama dia !

Jus avocado.

Jemput makan semua !

Ngap-ngap makan dengan penuh lahap dan bernapsu. Dah kenyang ambe review satu-satu apa yang ambe dan isteri makan.

Minuman ala Minang, kata Azra antara yang istimewa di Restoran Simpang Tiga. Minuman ini adalah campuran air berkarbonat seperti sprite yang dicampur dengan potongan kecil buah-buahan. Hampir sama dengan es soda gembira yang sering ambe nikmati sewaktu menetap di Perth suatu masa dahulu. Pada ambe agak sedap dan tidak terlalu manis, kalau tambah saiz potongan buah lagi bagus hahaha !

Jus avocado pula, isteri kata sedap tapi ambe cuba, tak sedap la pulok. Sebab rasa semacam dan ambe pula bukanlah peminat tegar avocado !

Lauk-pauk pula, paling win adalah ikan pekasam loma, ikan pekasam yang disediakan mengikut cara Minang. Kalau makan dengan nasi panas, mahunya bertambah lima nam pinggan. Memang padu baq ang ! Aromanya cukup wangi, basuh tangan pun tak hilang dia punya bau.

Kena pula dengan sambal merah dan sambal belacan, sehingga menjilat jari dibuatnya. Sambal pun tidak terlalu pedas, dan ada rasa manis sedikit, pendek kata secukup rasa.

Gulai ayam kampung dan gulai nangka memang lemak berkrim disukai ramai. Gulainya cukup pekat dan likat, naik kolesterol pemakan tapi masa makan mana nak ingat itu semua.

Ayam penyet biasa-biasa sahaja, sedap tapi tak lah marbeles ! Kira ok lah tak rugi order.

In total kami cuma bayar kurang dari RM50 untuk kesemua hidangan di atas. Kira berpatutan jugalah berbanding sesetengah restoran yang kami pernah masuk sebelum ini.

Info tambahan, restoran ini dibuka setiap hari dari seawal jam 11 pagi sehingga 11 malam. Selain masakan Padang dan grill bakar segala, western food pun ada.

Selamat menjamu selera !