Showing posts with label Kedai Makan Kuala Lipis. Show all posts
Showing posts with label Kedai Makan Kuala Lipis. Show all posts

Tuesday, 27 October 2015

SaRaPaN NaSi BeRLauK aYaM GuLai TeMPoYaK @ GeRai MaKaNaN DaN RuNCiT KuaLa LiPiS



As-Salam dan Salam Sejahtera,

Belum habis lagi cerita pasal Kuala Lipis, entri terdahulu berkaitan nasi lemak. Entri ini kita sembang pasal nasi berlauk ayam gulai termpoyak pula.

Dah namanya nasi berlauk, bagi orang pantai timur sah2 merujuk kepada hidangan untuk sarapan pagi. Sah2 juga nasi berlauk merupakan menu kegemaran ambe untuk bersarapan.

Tapi ini pestaim ambe bersarapan berlaukkan ayam gulai tempoyak. Juga pestaim ambe jumpa gerai di pantai timur yang menyajikan ayam gulai tempoyak untuk lauk pauk sarapan pagi.

Tertarik untuk menchoba dan outcomenya adalah.....


Mantop meletop sampai bermandikan peluh dibuatnya, bukan setakat sedap tapi pedasnya ya ampun pak!!! Entah berapa kilo cili padi ditaruknya, namun pedas yang buat makin berselera hahahaha!!!

Rasa rugi pula tak minta nasi lebih masa order tadi, nak tambah rasa malu la pulok sebab pengunjung agak ramai. Nanti nampak kebarus sangat.

Trivia : Apa maksud K.E.B.A.R.U.S?

Kombinasi yang mantap untuk memulakan hari baru, nasi putih plus ayam gulai tempoyak plus sambal bilis dan sambal belacan. Meletop-letop dibuatnya.

Masa tulis ni pun dah mula terbayang dan meleh-leleh ayaq liuq keluaq. Tak senonoh sungguh ghupenyer LoL. Tapi seriyes memang sedap dan memang dah set dalam kelapa kepala akan repeat kalau turun Kuala Lipis lagi.

Pada pemerhatian ambe, gerai ini sememangnya terkenal di kalangan penduduk setempat. Pelanggan silih berganti memunculkan diri untuk menjamu selera. Kebetulan hari tersebut hujan turun, tidak lebat tapi berpanjangan, kesemua pelanggan kelihatan tekun melahap penuh berselera. Maklumlah makanan di sini memang sedap, ditambah dengan hari hujan membuatkan selera makin menjadi-jadi.

Ok, selain dari nasi berlauk apa lagi yang ada?

Machiam2 ada de. Nasi lemak, nasi putih dengan beraneka lauk, mee goreng, meehun goreng dan laksam pun ada. Kuih muih pula cukup meriah beraneka rupa dan warna. Harga pun cukup murah, kalau kat KL jangan harap ada kuih 3 seringgit. Tapi di gerai ini, kuih muih masih dijual dengan harga RM1 untuk 3 biji.

Mesti hang pa tertunggu-tunggu ambe bagi alamat kan?

Mintak maap de, ambe tak ada alamat lengkap. Tapi landmark untuk cari gerai ini cukup mudah. Set saja pada Waze untuk cari Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji, Kuala Lipis atau Balai Bomba Kuala Lipis. Memang mereka bertiga ni hidup berjiran rukun damai.

Gerai Makanan dan Runcit Kuala Lipis hanya bersebelahan dengan SMK Orang Kaya Haji. Nun depan sikit nampak merah2 itu adalah Balai Bomba Kuala Lipis. Jumpa salah satu maka terjumpalah ketiga2nya.

p/s : Gegeh cari angle supaya nampak tulisan Kuala Lipis hahaha! 

Alamat;
Set saja pada Waze SMK Orang Kaya Haji Kuala Lipis

Telefon;
N/A

Facebook;
N/A


Friday, 23 October 2015

NaSi LeMaK PaNaS GeRai KaK LoNG CoRNeR, MuKiM BiNJai KuaLa LiPiS


Nak habaq awal2, nasi lemak Kak Long Corner bukanlah yang paling sedap di alam nusantara. Jadi tak payahlah hang pa duk gegeh drive dari KL ke Kuala Lipis semata-mata nak pekena nasi lemak Kak Long.

Tapi yang buat istimewa, nasi lemak di Kak Long Corner sentiasa hangat dan fresh dari dapuq. Maknanya bukan masak pagi dan petang masih dijual nasi lemak yang sama. Kak Long akan memasak nasi lemaknya sedikit demi sedikit dan dijual masa masih hangat lagi.

Hang pa tahu sajalah aroma nasi lemak yang baru diangkat dari dapuq, aromanya semerbak membangkitkan selera. Itu punca ada yang bedal 3 bungkus pun masih belum ada rasa kenyang.

Machiam mana ambe boleh sampai ke Kak Long Corner?

Lately ambe memang kerap ke pantai timur atas tuntutan urusan kekeluargaan. Memang wajib lalu Petron Mukim Binjai, bila dah wajib lalu, wajib pula untuk menyinggah.

Asal kejadian dulu singgah Petron untuk buang ayaq, tak sangka pula Kak Long ada buka gerai sebelah menyebelah dengan Petron. Lepas buang ayaq, kenalah isi ayaq, jadi kami usha2 Kak Long Corner.

Masa itu berasap-asap nasi lemak baru kena bungkus. Cuba sebungkus, eh! sedap la pulak. Masuk bungkusan kedua, ketiga eh! tak boleh jadi ni.

Memang sedap.

Selain dari nasi lemak, Kak Long Corner juga meriah dengan beraneka jenis kuih muih, goreng pisang dan sausages. Goreng pisang Kak Long pun agak rangup, ambil sepinggan habis, dua pinggan tak cukup, memang bernapsu sungguh.

Jadi kat mana letaknya Kak Long Corner?

Senang saja, Kak Long Corner letaknya di Mukim Binjai, Kuala Lipis. Sebelah menyebelah dengan Petron Service Station. Betul2 tepi jalan besar Raub-Lipis. Kalau guna Waze, letak saja Petron Mukim Binjai, Inshaa Allah ketemu.

Address;
Kak Long Corner, 
Petron Station Mukim Binjai,
Mukim Binjai, Kuala Lipis, Pahang.

GPS;
N/A

Contact number;
N/A

Facebook;
N/A