Showing posts with label Mitsubishi aircond. Show all posts
Showing posts with label Mitsubishi aircond. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

Apa Komen Anda Berkenaan Aircond Mitsubishi?

Mitsubishi Motor Corporation memang dah biasa dengar..... lebih2 lagi bagi peminat performance car keluaran MMC, Mitsubishi Evo. Cikai2 pun product usahasama MMC-Proton. Tapi bila dengar Mitsubishi Electric, terpegun sekejap..... bila masa Mitsubishi pasarkan produk elektrik mereka kat pasaran Malaysia?


Made in Thailand tu..... aircond Mitsubishi dikilangkan di Thailand rupanya. Kalau dahulu bila dengar barangan Thailand aka ayam Siam.... mesti cikai habis, panas telinga kena kutuk.... gi sekolah pakai baju Crocs Siam memang sial kena kutuk punyalah. Tapi sesuai dengan peredaran zaman bak kata Kathijah Berahim dan Ramli Sirap, produk Thailand mula diterima ramai terutama mid & high tech product seperti electrical items etc.... Isuzu D-Max pun Made in Siam wei!!!!!

Push stop kat situ pasal Siam dan productnya.... ini N3 pasal kami tukar aircond bilik minggu lepas. Seblom tu dah ada aircond York, kami beli seken edward scissors hand punya je sebab nak save bajet. Awalnya memanglah sejuk menggelupur tapi makin lama makin bising pula enjin aircond kat belakang tu.... sampai mengganggu jejiran nak berjimak tido.

Baru dua tiga bulan lenjan tapi dah barai... aduyai!!!! Dah la warranty tak ada, nak ngadu kat sapa. Nak panggil mamat hindi yang jual pada kami untuk baiki? Buang duit lagi... entah berapa ratus ribu hengget terbang nanti.

Dari dok buang duit repair barang seken hand, baik beli yang baru... baru puas hati. Rosak awal pun masih ada warranty. Maka berkunjunglah kami ke kedai elektrik Uncle Lupa Nama Kedai kat Tg Malim.... tak jauh mana pun dari rumah kami.

Asalnya nak ligan portable air-cond sajork sebab senang nak angkut balik kampung nanti.... sekali achi salesgirl cakap kalau jedi master bedroom memang tak terasalah sebab kuasa kuda ku lari gagah berani tak berapa nak power. Disajeskan oleh achi tersebut aircond Mitsubishi dan York plasma.... ingat TV je ada plasma, aircond pun hade gak rupanya.

Belek punya belek, kelebek sana kelebek sini.... kami hangkut Mitsubishi, sebabnya warranty yang ditawarkan melangkaui warranty York. Harganya RM1680 dengan kuasa kuda ku lari gagah berani 1.5 memang ngam untuk jedi master bedroom.


Bebudak Crystal Aircond (kontraktor pasang aircond kepada pengusaha kedai elektrik saentero Tg Malim) tengah godek2 nak pasang aircond Mitsubishi kami.... geng2 ni juga yang jual aircond seken hand York pada kami dulu.... nak saja sekeh kepala sorang satu....


Tu tengah pening paler kembang semangkuk macam mana nak sumbat segala jenis wire kat dinding.... siap ngadu susah nak install aircond Mitsubishi ni... hep hep lu pikir la sendiri dah memang keje ko kan........


Berjaya sangkut aircond kat dinding dan pasang segala jenis wire.... masa ni tengah testing. Kepala interprem tu kepunyaan MHD.

Bila dah siap pasang bini aircond baru.... apa jadi dengan bini aircond lama? Kami kasi buang sajalah bai, simpan pun buat menyemak saja. Buang pun tak ke mana juga, sebab bebudak Crystal Aircond minta nak bawa balik bengkel. Nak jual kat orang lain la tu.... patutnya kami minta duit sikit, dalam 50 hengget ke hasil jualan aircond York kami tu. Entah rumah sape la dia hinggap nanti.

Macam mana prestasi aircond Mitsubishi? Setakat hari ini (dah masuk 3 malam dah guna) amat memuaskan cuma lambat sejuk saja.... enjin kat belakang pun senyap saja tapi tak tahulah kalau dah berbulan lenjan. Tunggu saja N3 saya berkaitan aircond Mitsubishi ini dalam dua tiga bulan yang akan datang!!!!

UPDATE 4 SEPTEMBER 2018

Jika dihitung-hitung, sudah 5 tahun lebih penyaman udara Mitsubishi ini berkhidmat untuk kami. Apa yang boleh dikatakan, sehingga kini masih berfungsi dengan baik kecuali pada malam-malam yang terlampau panas (1.5 hp dan master bedroom kami agak besar). Hanya rosak sekali tahun lepas, tukar kapasitor dengan kos RM70. Servis pun saya cuma buat sekali sepanjang 5 tahun. Setakat cuci filter saya cuma buat sendiri.

UPDATE 19 FEBRUARY 2023

Akhirnya kami menamatkan perkhidmatan penyaman udara Mitsubishi model MS-FF13VC 1.5 hp selepas genap 10 tahun menabur budi. Puncanya, penggunaan tenaga elektrik tidak lagi efisien dan juga masalah trip, tiba2 mati sendiri.

Kami malas nak baiki, maka tamatkan perkhidmatan dan cari pengganti. Pengganti telah dipinang, jenama Mitsubishi juga, dengan kuasa kuda 1.5. Kami juga beli satu lagi model dengan kuasa kuda 1.0 untuk diletakkan di bilik tamu.

Regards; Ketam Batu