1049 am : Ke KLIA untuk jemput saudara yang datang bertandang !
Diiringi rintik-rintik gerimis.
1233 am : Masih awal dari waktu ketibaan. Lepak dahulu di Petronas sebelum susur ke KLIA2.
Mencari kelibat tetamu malam !
Ini yang aku nak sembangkan !!!
Punya azab aku nak merapat ke tepi, sebab ramai si tak guna yang parking dan menunggu di lorong mengambil penumpang/tetamu.
Habis dua lorong dijadikan tempat parking. Tinggal satu lorong yang available, kalau aku stop dan berhenti walau sekejap, pasti mengganggu lalulintas.
Sudahnya jauh aku kena hentikan kenderaan, hampir dihujung laluan ! Dah jauh juga tetamu aku kena menapak sambil usung beg, mana dengan anak kecik lagi.
Si tak guna dan si keparat senang hati parking kereta di laluan yang dikhususkan untuk mengambil penumpang/tetamu. Konon tidak mahu menyusahkan diri.
Paling celaka, buat muka tak bersalah sambil main henpon.
Celaka lah kamoo !
- Ketam Batu -




