Showing posts with label Promenade Service Apartment. Show all posts
Showing posts with label Promenade Service Apartment. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Trip Raya Ke Sabah 2013 Part 2 - Promenade Service Apartment

Masa sebelum sampai KK memang dah plan awal2 nak lepak2 KK dulu dalam semalam dua sebelum balik kampung mertua. Tapi tak pula kami booking mana2 hotel..... cadangnya nak walk-in saja mana2 hotel murahan asalkan bersih dan selamat untuk melelapkan mata. Siangnya sudah pasti dipenuhi dengan aktiviti window shopping.

Dalam pada mencari hotel sesuai dengan bajet, ternampak papan tanda iklan 'bilik untuk disewa bermula dengan harga RM70++'.... lebih kurang begitulah bunyinya, milik Promenade Service Apartment. Lokasinya hanya di sekitar Api2, hanya dibelakang Promenade Hotel Kota Kinabalu.

Terpesona dengan papan tanda RM70++ semalaman, ambo terjah masuk untuk tanyakan bilik, ada studio suite dan family suite tapi tak nampak pula dengan harga RM70++. Readers ada nampak tak?


Rate untuk studio suite adalah RM110.20 semalaman manakala family suite RM174. Ini harga asas tak termasuk tax. Ambo pun malas nak tanya pasal RM70++ sebab masa check-in pun dah hampir tengah malam dan badan pun dah penat sangat. 

Ambil studio suite untuk 2 malam. Bilik hotel milik Promenade Service Apartment ini bercampur aduk dengan unit milik persendirian dan berselerak di antara unit2 di sekitar kompleks kediaman Api2. 

Unit kami letaknya di blok 4.... kena berjalan heret beg sikit dari kaunter pendaftaran yang terletak pada blok berasingan. Jika tak pasti blok yang hendak dituju tanya saja pengawal keselamatan. Setiap blok di Api2 ada pengawal keselamatan bertugas.


Cari punya cari.... jumpa unit bernombor 2421.... unit di mana kami akan berkampung selama 2 malam. 


Bagaimana keadaan bilik di Promenade Service Apartment? Pada hemat kami, keadaan bilik nampak usang dan dimamah usia..... ayat skema..... ayat skema..... hehehehe..... tapi bersih. Usang tak apa janji bersih dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Setiap unit studio dilengkapi dengan 2 single bed. Disebabkan kami ber4 jadi kami cantumkan kedua2 single bed tersebut..... baru rasa luas dan selesa untuk beradu.


Berhampiran tingkap ada set sofa kecil dan meja makan untuk 2 orang.... ini jadi port kami sekeluarga untuk bersahur dan berbuka puasa.


Dapur pula cukup lengkap.... ada periuk belanga..... rice cooker..... pisau memotong semua ada. Pada yang nak berjimat dan lebih suka masak sendiri kalau berkunjung ke Kota Kinabalu, bolehlah menginap di Promenade Service Apartment. Itu pun jika anda jenis yang tidak was2 pasal halam haram, mana tahu pengunjung terdahulu adalah non-muslim.... Wallahuallam.


Mari kita tinjau bilik air pula..... ada cop SIRIM menunjukkan keadaan bilik air amat memuaskan kebersihannya..... hehehehe


Masa kami laki bini sedap2 tidur lepas Subuh..... dengar bising2 dalam bilik air. Ingatkan apa..... sekali budak kenit berdua tu sibuk berkubang dalam tab mandi. Walau nampak bersih tab mandinya tapi tetiba datang rasa geli.... mana tahu sebelumnya ada yang menyucikan hadas besar kat dalam tab mandi..... prtfffff..... terus suruh anak2 keluar dan sental badan mereka cukup2..... huhuhu


Ini masa nak check-out.... ambil picca luaran unit..... lorong2 menuju unit nak kata bersih sangat tu tak adalah..... maklumlah bercampur aduk antara unit milik Promenade dan milik persendirian. Masa ambil picca ini boleh nampak pemilik persendirian bersinglet tengah goreng ikan..... hehehehe


Ini masa nak check-out dah ni..... p/s: brader dalam picca di bawah tiada kaitan langsung atau secara tidak langsung dengan ambo!!!


Masa nak snap picca berikut, ambo bertembung dengan Mr Francis Lee, Resident Manager Promenade Service Apartment. Peramah dia ni.... sempatlah kami sembang2 sekejap berkenalan. Siap dihulur business card..... next visit to KK ambo contact Mr Francis.... boleh minta staff price.... hehehehe.


Sekian review ringkas berkaitan Promenade Service Apartment. Berminat boleh hubungi mereka pada nombor dan alamat di bawah.

Promenade Service Apartment
3-G-17 Lorong Api-Api 2
Api-Api Centre
88000 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6088-260 003

Babai......

Monday, 9 April 2012

Promenade Service Apartment - Marina Court Resort Condominium

Promenade Service Apartment
(Marina Court Resort Condominium)

Marina Court Condominium
Api-api Centre
Kota Kinabalu
Sabah
Tel: +6088-260 888


*pemandangan dari balkoni, pic ehsan Agoda!!!!!!

Check-out dari Ming Garden The Ketam's check-in di Marina Court Resort Condominium
Marina Court ni Ketam dah booked awal-awal thru Agoda
$320 (room) + $102.40 (tax)

Sebelum ni dah call tanya bila boleh check-in
Sumandak yang jawab lebih kurang 2 pm lebih dah boleh masuk
So cantik dah tu...
Sebab lepas check out dari Ming Garden
(I miss that hotel.. and the staffs too!!!!)
The Ketam's berjimba-jimba di Lok Kawi Wildlife dulu
(Akan diperincikan dalam entry yang lain)

Kami tiba di Marina Court 2ish pm
The security guy bukan main lagi check Ketam punya reservation
(Print out dari Agoda tuuuuu.....)
Belek sana belek sini
Entah apa dibacanya
Last last dia tanya Ketam apa Ketam nak
Lorrrrrr.... lu dah belek reservation print out lagi mau tanya ka?


Parked kereta ditempat yang ditunjukkan oleh Emcek Security
Ketam ke Blok C, 1st floor untuk check in
(Counter boy pakai batik kaler biru)

Lepas Ketam tunjukkan reservation print out Ketam
Terpacul dari mulut budak tu
"Kena tunggu kejap le bang, bilik belum siap"
Kejap yer dik, ok abg Ketam tunggu kat lobby yer

Tunggu punya tunggu, jam dah dekat 4 pm bilik belum siap
(Kata kejap je, kami sampai jam 2ish ni!!!!!)
Berkali-kali Ketam ulang alik tanya budak tu
Kenapa bilik belum siap, kata kul 2ish dah boleh check-in
(Dah call nak confirm sebelum sampai)
"Maaf bang, ada customer belum check-out"
What the dot dot dot
Hangin juga Ketam, tambah pulak Ketam Juniors pun dah meragam

Bebudak tu offer bilik lain, tapi kena tambah duit
No way!!!!!!!!!!!!!!!
Muka sesorang pun dah kelat
(Okies... sangka baik... penat kot sebab ramai clients sebab cuti sekolah)

4ish gitu baru kami dapat bilik
Bilik kat tingkat berapa ntah (lupa le pulop)
Buka je pintu Ya Rabbi ya ampunnnnnnnnnnn!!!!!
Bau ikan semerbak
Macam kat pasar basah!!!!!
Dah penat..... The Ketam's malas nak komplen

Memang luas
Apartment 3 bilik
Tapi perabot semua nampak sedikit usang
Lantai pun berminyak
Ewwwwwwwwwwwwwww
Tergesa agaknya cleaner nak sediakan bilik
Lupa nak bersihkan bilik bebetul....
(Okies la.... peak season... maafkan lah)


Kitchenette memang lengkap kalau nak masak
Periuk belanga pinggan mangkuk
(Kalau was-was baik jangan guna.... hehehehe)
Tapi kami tak masak pun, makan kat luar je
Dah namanya holidays kan
Puan Ketam mestilah nak off dari memasak

Tak lengkap kalau tak cite pasal swimming pool
Bebudak ni kalau ke hotel mesti fikir swimming pool punyer
Bersih dan nampak kebiruan
Tak le geli nak menyelam


*awek Brunei.......

As a conclusion/s

Room: Not our lucky day, bilik berbau ikan & lantai berminyak
Staff: Muka kelat je... penat agaknya duty waktu peak season ni
Breakfast: Ya ampun.... mihun goreng kering dengan sausages je (Alhamdulillah)
Swimming pool: Ini je lah yang boleh dibanggakan
Will we return: Entahlah..... tapi kira murah sebab boleh muat ramai.... hehehehe