Showing posts with label Taman Negara Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Taman Negara Pulau Pinang. Show all posts

Friday, 2 December 2016

TAMAN NEGARA PULAU PINANG (PENANG NATIONAL PARK) - Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut

Letaknya di Pantai Kerachut dan di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan Pulau Pinang. Dibuka setiap hari, 10 pagi hingga 4.30 petang. Tutup seketika dari jam 1 hingga 2 petang, waktu lunch dan rehat bagi staf. Masuk adalah percuma, tetapi bilangan pengunjung ke Pantai Kerachut dihadkan kepada 80 orang pada satu-satu masa.

Spesis penyu yang mendarat di Pantai Kerachut adalah penyu Agar dan penyu Lipas. Telur-telur penyu akan dikutip oleh kakitangan dan orang awam berlesen, kemudian akan ditetaskan di pusat ini sebelum dilepaskan ke laut. Jika anda bernasib baik, anda akan merasai sendiri pengalaman melepaskan anak-anak penyu yang comel ke laut. Malangnya, tidak semua anak penyu yang comel ini akan survive kerana terdedah kepada pemangsa seperti jerung dan juga helang. Norma kehidupan, mangsa dan pemangsa, hanya yang kuat dan bernasib baik akan meneruskan kelangsungan hidup !

Disinilah telur penyu dilindungi dan ditetaskan. Bukan sahaja anak penyu, malahan telur juga perlu dilindungi dari pemangsa. Biawak dan tidak terkecuali manusia !

Trivia 1 : Apa beza di antara penyu Agar dan penyu Lipas?

Trivia 2 : Berapa lama tempoh masa yang diambil oleh telur penyu untuk menetas?

Trivia 3 : Sekumpulan anak penyu, yang mana jantan, yang mana betina?

Pusat konservasi ini turut memiliki galeri mini, atau pusat penerangan berkaitan penyu. Banyak bahan menarik dipamerkan termasuklah rangka penyu Agar ini.

Info lanjut;



- Ketam Batu -

Thursday, 1 December 2016

TAMAN NEGARA PULAU PINANG (PENANG NATIONAL PARK) - Aktiviti & Tempat Menarik Untuk Dikunjungi !

Asalnya, Taman Negara Pulau Pinang dikenali sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh dengan keluasan 1213 hektar. Pada April 2003, Hutan Simpan Pantai Acheh secara rasmi bertukar status sebagai Taman Negara.

Tarikan utama di Taman Negara Pulau Pinang adalah hutan dipterokap tanah rendah/tinggi, hutan paya bakau, pantai dan tasik meromiktik.

Pantai-pantai di Taman Negara Pulau Pinang;

1. Teluk Bahang
2. Pasir Pandak
3. Teluk Tukun
4. Tanjung Ailing
5. Teluk Duyung (Monkey Beach)
6. Teluk Ketapang
7. Pantai Kerachut
8. Teluk Kampi
9. Pantai Mas

Sesuai dengan statusnya sebagai taman negara, Taman Negara Pulau Pinang memantau dengan rapi kehadiran pengunjung.

Lapor diri ke pejabat Taman Negara Pulau Pinang, langkah perlu untuk mengawal bilangan pelancong dan juga untuk keselamatan mereka.

Antara aktiviti wajib buat dan lokasi wajib kunjung di Taman Negara Pulau Pinang adalah;

Pantai Kerachut - aktiviti berkelah, berkhemah, memancing dan rentis hutan.

Pusat Konservasi Penyu - khusus untuk memulihara penyu Agar dan penyu Lipas. 

Tasik Meromiktik - tasik yang mempunya 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan (air tawar dan air masin). 

Info lanjut;


- Ketam Batu -