Showing posts with label Tasik Embayu Proton City. Show all posts
Showing posts with label Tasik Embayu Proton City. Show all posts

Saturday, 5 November 2016

KeCeWa aKu DeNGaN TaSiK eMBaYu PRoToN CiTY

Kaki siapa kah ?

Nama Proton City cukup gah !

Hebat namanya, seperti hebatnya kota automotif di luar negara.

Tetapi sebagai pengunjung tetap Proton City, aku sebenarnya sedikit kecewa dengan kemajuan Proton City.

Soal kemajuan aku tak mahu ulas, bukan bidang aku pun.

Cuma aku nak tumpukan pada entri kali ini adalah keadaan semasa Tasik Embayu Proton City, bukan lagi seperti mana di puncak kegemilangannya dulu.

Memang tasik ini saban minggu dipenuhi pengunjung. Ialah, mana lagi penduduk setempat mahu beriadah, bukan ada alternative lain pun.

Kemudahan usang, dan air tasik pun agak kotor pada hemat aku.

Gazebo tepi tasik pun ada yang dah mereput pagarnya, malahan ada yang dah tercabut pun. Mengundang bahaya dan bahana terutama pada anak-anak kecil.

Titian di tepi tasik pun naik ngeri aku nak susuri, nampak uzur dan mereput. Nak malang terjerlus ke dalam tasik.

Pengurusan bagi aku perlu memandang serius keadaan semasa Tasik Embayu, sebab bagi aku tasik ini adalah icon kepada Proton City, selain daripada kilang Proton.

Pengunjung pun patut disalahkan juga. Buang sampah merata, bukan tiada tong sampah disediakan.

Kalau datang awal pagi lagi haru. Tepian tasik akan terjumpa tin dan botol minuman keras. Aku pasti bukan perbuatan penduduk setempat, tapi hasil lepak pekerja asing yang agak ramai kini di Proton City.

Gazebo pun meriah dengan hasil contengan. I wuz ere sana, I wuz ere sini, I lap U, U lap Me dan beraneka contengan lagi.

Paling win 'Mulayu Love Pakisten' !

Apalah makna agaknya.

Please, kembalikan kegemilangan Tasik Embayu Proton City sepertimana awal-awal dahulu.

- Ketam Batu -

Wednesday, 17 September 2014

Father & Sons Bonding | Tasik Proton City | 7 Sept 2014

Bonding la sangat, hehehehe. Ini kes mak depa out of town sebab ada kursus on weekend. Jadi ambo pun bawak la my sons beriadah di Tasik Embayu Proton City.

Kalu tak bawak keluar karang ada yang melalak tak berlagu kat rumah. Jadi sesi riadah ini lebih kepada nak bagi lepas gian bebudak kenit untuk berjalan. 

Dekat pun tak pa lah janji dapat jalan2. Belanja gambirun sikit;

Taman permainan telah dibaik pulih oleh Proton City Developer.


Ini saja2 maen kamera henpon!!!!


Merenung jauh - dok pikiaq ada naga ka tak dak naga dalam Tasik Proton.


Berjiwa seni la sangat. Buang sampah merata dah satu hal, ni ada hat gatai tangan dok conteng sana sini. Ingat semua orang suka ka?

p/s: Minuman yogurt jenama Bliss bukanlah penaja rasmi entry ini. Saja buat bahan untuk prektis teknik photography. Harap makloman.

Minta maaf la nohhhh kalu kerap sangat duk sembang pasal Tasik Proton City kat blog. Bukan apa, dah tasik ini yang paling dekat dengan rumah ambo. Maka ke sinilah kami tiap2 minggu untuk sesi riadah.

Roger & out!!!

Wednesday, 24 April 2013

@ Tasik Embayu Proton City, 21/4/2013

Another awesome Sunday morning for us..... 

Keheningan pagi @ Tasik Embayu... perfect location for some  gedik-santai activities... p/s: kaki pancing sememangnya tidak dialu-alukan (apa salahnya memancing kat sini, hmmm....), kalau datang untuk jogging bolehlah ^_^

Masih awal pagi.... kami antara pengunjung terawal, gegeh sungguh!!!!!

Antara banglo yang menghuni sekitaran Tasik Embayu.... masih ada beberapa unit available dengan harga di antara RM600k - 1 million.... ko mampu? p/s: teringat kata2 warga Shah Alam, 'banglo tepi tasik RM1 juta? murah giler.... kat sec 7 Shah Alam harga semi-D dah menjangkau RM1.6 million........ nasib ko lah Labu!!!!!

Ni punca utama kami ke Tasik Embayu... MHD nak prektis skate boarding hasil pengaruh Kick Buttowski!!!!!

Tergolek bak cempedak buat pertama kalinya bersama roller blade.... hahahaha satu pengalaman baru buat QM.

Belum apa2 dah mengah.... take 5 untuk minom2 dulu.

Sementara MHD & QM sibuk bereksperimentasi with their new toys, mari kita tinjau keindahan Tasik Embayu dari lensa S3....

Pepohon renek yang menghijau.... sejuk mata memandang. p/s: pix black n white tak mencerminkan situasi sebenar, harap maklomat!!!!

Berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa.... 

Antara kemudahan awam yang disediakan... tapi malangnya.....

Hasil nukilan jejari gatal tidak bertempat.

Merasa nama kowrang masuk blog Ketam Batu!!!!

5000 tahun yang akan datang, batuan ini menjadi saksi ketamadunan masyarakat Proton City/Tg Malim pada abad ke-21.... hehehehe

Tidak puas hati dengan pak polisi ye.... UMNO pun dicalit sama.....

Taman mainan kanak2 pon hado tapi kurang penjagaan.... maintenance oh! maintenance antara kelemahan warga kita!!!!

Aik dah nak balik.... ok chow!!!!!