Wednesday, 25 June 2014

Borong Pinggan Mangkuk Murah Di Nilai 3

As Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Pembaca DSKB yang budiman dan yang dimuliakan, pernahkah anda lihat pinggan mangkuk dilelong secara timbang kati?

Apa?

Tak pernah? Eh, ada yang pernah ye?

Haaaaaa, ni nak habaq mai kat hang pa semua, minggu lepas kan kami sekeluarga bermalam di The Aston Nilai. Alang2 dah ada kat Nilai, mertua ajak singgah Nilai 3 kejap, nak cari parang.

Ambo just what? Mo cari parang ka bapak, awat jauh bebenor. Kedai Ah Sang tepi simpang empat perumahan kita pun ada jual parang. Cari parang..... kah kah kah..... opppsss!!!!

Ok lah back to main story kata Tok Sidang Kg Jejawi.....

Masa kami sampai ke Nilai 3, mula2 pusing2 dulu sekadar jalan2 cuci mata, kemudian singgah dua tiga kedai kain namun tak borong apa pun. Sehinggalah jumpa satu kedai Pakistan, bukan lelong kain tapi lelong pinggan mangkuk.

Pinggan mangkuk dilelong dengan harga RM8 sekilo, uish dah machiam lelong ikan dah eh. Laju je mak mertua suruh nyinggah, minat bebenor dia kalau lelong pinggan mangkuk ni.

Nak habaq mai juga, pinggan mangkuk yang dilelong oleh Mr Pakistan tersebut bukanlah pinggan mangkuk stendet, hatta yang dilelongnya adalah pinggan mangkuk sepastik Made in China jualah adanya.

Kalau setakat nak guna hari2 tu bolehlah. Jenis yang kalau pechah sepuluh keping sehari pun no hal lah brader, ha gitu. Brand Royal Albert mahupun Royal Doulton memang harammmm la tak jumpa. Tak pun kepada sesapa yang nak buka warung, bolehlah cari pinggan mangkuk cawan bagai kat Nilai 3 ni.

Kami ada la borong dalam sekilo dua, buat stok kot2 nak buat kenduri selamat ke, nak buat makan2 ke (ini kes tak mahu Royal Albert/Royal Doulton dipechahkan oleh kanak2 riang) dan mana2 yang perlu lah kata mak mertua.

H dan Q pun turut sama dapat pinggan mangkuk peribadi, pinggan kecil ada lukisan kartun 'Plane' dan satu lagi 'Spider Man'. Mug pula masing2 pilih yang ada lukisan 'Captain America'. Haaaaa, lepas ni senang nak cham sape yang suka tinggal mug dan pinggan merata selepas makan.

Belanja gambor sesikit untuk tunjuk suasana memborong pinggan mangkuk lelong.....


Teaser, dari jauh dah boleh nampak RM8 sekilo!!!

Royal Albert/Doulton memang tadak la!!! China Doll ada kot!!!

Bertambah koleksi dalam kabinet!!!

Masing2 pakat cari pinggan mangkuk untuk dijadikan koleksi peribadi.

Tak ramai pengunjung mungkin sebab belum gaji. Bagus juga sebab tak bersesak dan mudah untuk pilih barang.

Pengunjung tegar ke Nilai 3 pasti perasan akan arus perubahan komposisi peniaga di Nilai 3. Di awal pembukaan Nilai 3 dahulunya, perniagaan dimonopoli oleh pengusaha bangsa Cina tapi kini, semakin ramai Mr Pakistan/India/Bangla/Afghan yang turut sama menchari rezeki terutamanya dalam perniagaan perabot, textile dan keperluan rumah.

Kemampuan bangsa2 ini untuk bersaing dengan peniaga Cina memang cukup mengkagumkan. Di sesetengah lokasi memang Cina tak boleh cari makan dengan adanya kedai2 yang dibuka oleh bangsa dari benua kecik India ini. Mungkin ada yang boleh kita pelajari dari mereka.

Bukankah 9/10 dari punca rezeki datangnya dari bidang perniagaan?

Echehehehe.... opening pasal pinggan mangkuk melalut pula ke usrah!!! Hehehehe, sesekali sekadar muhasabah diri.

Okie lah yu-alls, nanti ada masa kita sembang lagi.

Roger and out.

5 comments:

  1. assalam , awak tahu alamat kedai ni ? macam nak pergi jaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. As-salam, mohon maaf. kami ari tu main terjah saja, lagipun kedai tak ada nama.

      Delete
  2. Betul2 murah ke kt sini..SBB sy nak pi Beli Banyak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang pasti tuan/puan, saya pergi tahun 2014 yang lalu. Mungkin readers yang lain boleh tolong update.

      Delete