Saturday, 28 June 2014

Pengusaha Bumiputera vs Bukan Bumiputera, Ali's Juice (Melayu) vs Along Cafe (Apek's)

Ramai orang kata, Melayu tak pandai dan malas berniaga berbanding bangsa asing. Machiam generalised sangat statement tu kan?

Ada, memang ada Melayu yang hebat berniaga, paling pemes amos la ni Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary la, harta berkepuk-kepuk. Bangga den walaupun haram tak pernah jumpa Syed Bukhary ni. Lain2 Melayu billionaire pun ramai cuma belum rezeki untuk capai Top Ten Billionaires saja.

Entry ni bukan nak sembang pasal peniaga Melayu yang untung juta2 lemon setahun, cuma nak kongsi pengalaman semasa singgah minum2 di Hentian Dengkil baru-baru ini. Tapi masih pasal peniaga Melayu jugak la kan, mana boleh lari tajuk.

Kalau sesiapa yang regular singgah di Hentian Dengkil, memang biasa sangatlah dengan Ali's Juice dan Along Cafe. Kedua-duanya menyediakan perkhidmatan minuman dan juga makanan ringan.


Kompem pemiliknya Melayu kita.


Ini pula milik rakan 1Malaysia.

Ali's Juice milik Melayu kita manakala Along Cafe pula pemiliknya rakan 1Malaysia kita, orang Cina. Kedua-duanya berniaga minuman tapi bedanya.... LAYANAN dan USAHA dalam menarik perhatian. 

Ambo memang awai2 lagi dah perasan kegegehan pemilik/pekerja Along Cafe. Tengah syiok2 memilih pau ayam di kiosk bersebelahan, pemilik/pekerja Along Cafe datang dan offer minuman. Penuh sopan ambo tolak pelawaannya dengan niat, kita tolonglah perniagaan sama bangsa, niat suci sesuci embun pagi.

Ambo perhatikan setiap pengunjung yang lalu di hadapan Along Cafe akan ditegur dan dipelawa;

'Minum bang, boleh order dan kami hantar ke tempat duduk'

Bersungguh-sungguh Apek tersebut mencari pelanggan.

Situasi yang berbeza pula dengan Ali's Juice.

Berpegang kepada konsep milik Melayu terjamin Halal Toyyiban, maka berpusu-pusulah pelanggan sebangsa berkerumun ke kiosk minuman milik Ali's Juice.

'Tengok, tak perlu tegur pun customer ramai datang'

Agaknya itulah dalam buah kepala lutut pemilik/pekerja Ali's Juice. Tak perlu jerit panggil pelanggan, dan tak perlu hantar minuman untuk pelanggan. Hang order aku bancuh, hang bayaq dan hang pandai2 lah angkut sendiri minuman (agaknya lah).

Bila dah dapat advantage sebegitu rupa, tak panggil pun pelanggan ramai datang maka perasaan nak appreciate pelanggan pun terhakis. Pelanggan dok beratur depan kaunter nak senyum pun tak reti dah, pandang mata pun idok apatah lagi nak tegur sapa. Awatnya, nak tanya customer nak minum apa pun susah sangat ka?

Ambo duk perati je cara mamat yang jaga kaunter kat Ali's Juice bekerja. Tak berkenan sungguh cara dia entertain customer, paling koman senyum la der!!!! Ini haprak apa pun tadak.

Terus ambo ke kiosk Along Cafe. Nah ko, belum sampai lagi dah senyum simpul dan terus tanya nak order minuman apa. Lepas ambil order dan bayaq, tunggu saja di meja katanya sebab dia akan tolong hantarkan. 

Tengok, jual air je pun tapi layanan, bukanlah first class (agak2 la der) tapi memadai untuk customer rasa nak singgah dan singgah lagi. Ambo rasa konsep mesra pelanggan ini agak kureng dikalangan pengusaha bangsa kita, IMHO aje lah ye.

Jadi ada betul ka pekedai Melayu tak berapa pandai nak berniaga? Pandai kot, cuma PR je tak berapa nak power, kot laaaa. Ini pendapat peribadi ambo saja, mungkin pengalaman readers berbeza. Peace No War.

Sebelum titik nokhtah untuk entry ini, ambo tepek gambar Apek pemilik/pekerja Along Cafe. Gegeh dia ni, dan ambo salute dia punya kerja keras.


Cham muka dia ni betul2, hehehehe.

Roger and out.

1 comment:

  1. beda=indon..wlupun ada dlm entri kamud dbp
    beza=Melayu kita
    koran(Indon)=suratkhabar(Melayu)
    bisa(Indon)=boleh(Melayu)
    INDON BISA
    MELAYU BOLEH

    ReplyDelete