Thursday, 5 March 2015

JoM BeRCuTi Ke PoRT DiCKsON 2015 : ReVieW GLoRY BeaCH ReSoRT, 3 BeDRooMS APaRTMeNT | 24 Feb 2015

As-Salam & Salam Sejahtera,


Lama tak menulis, dan lama juga tak berkongsi kisah-kisah percutian. Alasan paling mudah, tiada masa untuk menulis dan kekeringan modal untuk bercuti ngeeeeee!!!

Tapi bila terlalu lama fokus pada kerja, amatlah perlu untuk kita merehatkan minda. Solusinya, pergilah bercuti hatta tak berapa jauh dari rumah. 

Paling kurang pun, bercuti sambil bekerja. Apa maksudnya?

Maksudnya jika kebetulan kompeni hantar anda untuk bertugas di luar kawasan yang secara kebetulan kawasan peranginan, cuba curi masa untuk berehat dan bercuti. Tapi dengan syarat, selesaikan dulu segala amanah yang kompeni letak di bahu anda. Kemudian barulah layak untuk curi masa untuk bersantai.

Sekali lagi pada tahun ini, kompeni hantar ambe untuk bertugas ke Port Dickson. Tidak seperti tahun-tahun lepas, penginapan untuk staf telah di down grade kan dari Grand Lexis ke Glory Beach Resort.

Nak berjimat kata boss. Tak apalah boss, janji penginapan ditanggung sepenuhnya. Kuli mu ini sedia menurut arahan hehehehe. Tugasan yang boss berikan Alhamdulillah diselesaikan sebaik mungkin dan sepantas yang boleh. Jadi adalah sedikit waktu yang terluang untuk ambe beristirehat bak pelancong.

Inilah dia Glory Beach Resort, Port Dickson. Terima kasih boss hatta penginapan kuli mu ini telah diturun taraf dari Grand Lexis. Janji kulimu ini tidak perlu mengeluarkan hatta satu sen pun untuk kos penginapan hehehehe.

Disebabkan hari bekerja dan baru sahaja Chinese New Year berlangsung, keadaan resort agak lengang. Ruang parkir pun banyak, nak parking depan pintu lobi pun boleh. Tapi katanya kalau tiba musim cuti sekolah hatta hujung minggu biasa pun, resort ini akan dipenuhi pengunjung dari segala pelusuk tempat.


Jom kita check-in, tapi snap pics dulu dalam dua tiga keping. Lobi dihias rapi dengan motip Tahun Baru Cina. Disebabkan tidak ramai orang, urusan check in cukup cepat dan pantas. Cuma daftar nama dan terus diberi kunci.

Apartment yang kami tempah letaknya di Blok C, sama blok dengan lobi resort. Tak perlu jalan jauh, ambil kunci dengan reception terus terjah lif untuk naik ke bilik. Tapi kalau anda tempah bilik di Blok A atau B, kena menapak la sikit dari lobi hotel. Sebelum lupa, rate korporat yang kami dapat adalah RM390 semalaman untuk apartment 3 bilik.


Dah sampai pun depan pintu. Apartment 1 di tingkat 6. Assalamualaikum, siapa di dalam, kami di luar!!! 


Masuk saja, ini yang akan kita nampak. Ruang tamu apartment. Ada meja makan, meja tamu dan TV flat screen. Check lantai, lulus ISO sebab tak ada butiran pasir pantai. Maknanya housekeeping department menjalankan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya.


Bilik utama dan bilik kedua, hampir sama saiz. Ada satu katil queen/king. Bilik utama ada toilet sendiri. Bilik kedua dan ketiga kena kongsi toilet.


Bilik ketiga, agak kecil kira-kira 6x7 kaki. Ngam-ngam untuk memuatkan satu katil single dan satu meja kecil. Bilik ini cuma ada kipas tanpa aircond. Bilik lain semua ada aircond.


Ruang dapur, kalau rajin bawalah periuk elektrik untuk memasak. Tapi jangan pula siap usung dapur dan tong gas, sememangnya dilarang keras.


Menghilangkan haus dan rasa mengantuk - ada drinking water and set teh kopi. Hari-hari akan di top-up oleh housekeeping department. 


Tandas guna sama untuk bilik kedua dan ketiga. Tak mahu kongsi tandas sila masuk master bedroom. Ada hot shower dan secara relatifnya bersih. Bath tub memang tak ada, apa perlu bath tub, swimming pool kan ada kat bawah nun.


Dulu suka sangat collect toiletries dan usung bawa balik rumah, susun cantik-cantik kat bilik air. La ni dah malas, guna pun tak kekadang. Guna toiletries sendiri bawa dari rumah.

Atas coffee table adan pamplet ini semua, room service untuk makan-makan. Nak massage pun ada, nak karok pun buleh. 


Jom kita jenguk ke luar beranda, sea view. Boleh nampak water chalet Grand Lexis. Boss, tahun depan kita pindah Grand Lexis ye!!!


Bebudak kalau datang memang suka sangat lah, swimming pool. Sebelah swimming pool ada tapak penetasan telur penyu. Glory Beach Resort memang sinonim dengan pelestarian penyu karah. Siap ada patung penyu kaler hijau di area lobi. Kalau nasib baik, dan kena pada masanya, pengunjung boleh sertai acara melepaskan anak penyu ke laut. Sila hubungi pihak resort untuk mengetahui tarikh yang tepat.


Pemandangan ruang parking dari tingkat 6 Glory Beach Resort. Masih banyak ruang kosong sebab hari bekerja. Jangan harap ianya sebegini pada hujung minggu dan peak season.


Bersarapan di Karah Cafe tidak mengecewakan. Banyak juga pilihan untuk menjamu selera. Mungkin bukan yang terbaik tapi sudah tentu anda akan berpuas hati dengan hasil tangan para chef di Karah Cafe, Glory Beach Resort.

Final verdict, penginapan di Glory Beach Resort tidak mengecewakan. Kebanyakkan apartment walau pun agak berusia, tapi baru dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung.

Jika anda berminat, boleh berhubung dengan pihak resort;

Glory Beach Resort
Batu 2 Jalan Seremban
Tanjung Gemok
71000 Port Dickson 
Negeri Sembilan
Tel: +606-6516 888
Fax: +606-6516 737
Website: www.glorybeachresort.com

2 comments:

  1. Assalam,
    hall dia memang santek laaaaa
    suka iols dengan meja makan itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru renovate, kami tolak tepi kerusi meja kemudian hampar TOTO hehehe

      Delete