Showing posts with label Hotel Port Dickson. Show all posts
Showing posts with label Hotel Port Dickson. Show all posts

Thursday, 5 March 2015

JoM BeRCuTi Ke PoRT DiCKsON 2015 : ReVieW GLoRY BeaCH ReSoRT, 3 BeDRooMS APaRTMeNT | 24 Feb 2015

As-Salam & Salam Sejahtera,


Lama tak menulis, dan lama juga tak berkongsi kisah-kisah percutian. Alasan paling mudah, tiada masa untuk menulis dan kekeringan modal untuk bercuti ngeeeeee!!!

Tapi bila terlalu lama fokus pada kerja, amatlah perlu untuk kita merehatkan minda. Solusinya, pergilah bercuti hatta tak berapa jauh dari rumah. 

Paling kurang pun, bercuti sambil bekerja. Apa maksudnya?

Maksudnya jika kebetulan kompeni hantar anda untuk bertugas di luar kawasan yang secara kebetulan kawasan peranginan, cuba curi masa untuk berehat dan bercuti. Tapi dengan syarat, selesaikan dulu segala amanah yang kompeni letak di bahu anda. Kemudian barulah layak untuk curi masa untuk bersantai.

Sekali lagi pada tahun ini, kompeni hantar ambe untuk bertugas ke Port Dickson. Tidak seperti tahun-tahun lepas, penginapan untuk staf telah di down grade kan dari Grand Lexis ke Glory Beach Resort.

Nak berjimat kata boss. Tak apalah boss, janji penginapan ditanggung sepenuhnya. Kuli mu ini sedia menurut arahan hehehehe. Tugasan yang boss berikan Alhamdulillah diselesaikan sebaik mungkin dan sepantas yang boleh. Jadi adalah sedikit waktu yang terluang untuk ambe beristirehat bak pelancong.

Inilah dia Glory Beach Resort, Port Dickson. Terima kasih boss hatta penginapan kuli mu ini telah diturun taraf dari Grand Lexis. Janji kulimu ini tidak perlu mengeluarkan hatta satu sen pun untuk kos penginapan hehehehe.

Disebabkan hari bekerja dan baru sahaja Chinese New Year berlangsung, keadaan resort agak lengang. Ruang parkir pun banyak, nak parking depan pintu lobi pun boleh. Tapi katanya kalau tiba musim cuti sekolah hatta hujung minggu biasa pun, resort ini akan dipenuhi pengunjung dari segala pelusuk tempat.


Jom kita check-in, tapi snap pics dulu dalam dua tiga keping. Lobi dihias rapi dengan motip Tahun Baru Cina. Disebabkan tidak ramai orang, urusan check in cukup cepat dan pantas. Cuma daftar nama dan terus diberi kunci.

Apartment yang kami tempah letaknya di Blok C, sama blok dengan lobi resort. Tak perlu jalan jauh, ambil kunci dengan reception terus terjah lif untuk naik ke bilik. Tapi kalau anda tempah bilik di Blok A atau B, kena menapak la sikit dari lobi hotel. Sebelum lupa, rate korporat yang kami dapat adalah RM390 semalaman untuk apartment 3 bilik.


Dah sampai pun depan pintu. Apartment 1 di tingkat 6. Assalamualaikum, siapa di dalam, kami di luar!!! 


Masuk saja, ini yang akan kita nampak. Ruang tamu apartment. Ada meja makan, meja tamu dan TV flat screen. Check lantai, lulus ISO sebab tak ada butiran pasir pantai. Maknanya housekeeping department menjalankan tanggungjawab mereka dengan sewajarnya.


Bilik utama dan bilik kedua, hampir sama saiz. Ada satu katil queen/king. Bilik utama ada toilet sendiri. Bilik kedua dan ketiga kena kongsi toilet.


Bilik ketiga, agak kecil kira-kira 6x7 kaki. Ngam-ngam untuk memuatkan satu katil single dan satu meja kecil. Bilik ini cuma ada kipas tanpa aircond. Bilik lain semua ada aircond.


Ruang dapur, kalau rajin bawalah periuk elektrik untuk memasak. Tapi jangan pula siap usung dapur dan tong gas, sememangnya dilarang keras.


Menghilangkan haus dan rasa mengantuk - ada drinking water and set teh kopi. Hari-hari akan di top-up oleh housekeeping department. 


Tandas guna sama untuk bilik kedua dan ketiga. Tak mahu kongsi tandas sila masuk master bedroom. Ada hot shower dan secara relatifnya bersih. Bath tub memang tak ada, apa perlu bath tub, swimming pool kan ada kat bawah nun.


Dulu suka sangat collect toiletries dan usung bawa balik rumah, susun cantik-cantik kat bilik air. La ni dah malas, guna pun tak kekadang. Guna toiletries sendiri bawa dari rumah.

Atas coffee table adan pamplet ini semua, room service untuk makan-makan. Nak massage pun ada, nak karok pun buleh. 


Jom kita jenguk ke luar beranda, sea view. Boleh nampak water chalet Grand Lexis. Boss, tahun depan kita pindah Grand Lexis ye!!!


Bebudak kalau datang memang suka sangat lah, swimming pool. Sebelah swimming pool ada tapak penetasan telur penyu. Glory Beach Resort memang sinonim dengan pelestarian penyu karah. Siap ada patung penyu kaler hijau di area lobi. Kalau nasib baik, dan kena pada masanya, pengunjung boleh sertai acara melepaskan anak penyu ke laut. Sila hubungi pihak resort untuk mengetahui tarikh yang tepat.


Pemandangan ruang parking dari tingkat 6 Glory Beach Resort. Masih banyak ruang kosong sebab hari bekerja. Jangan harap ianya sebegini pada hujung minggu dan peak season.


Bersarapan di Karah Cafe tidak mengecewakan. Banyak juga pilihan untuk menjamu selera. Mungkin bukan yang terbaik tapi sudah tentu anda akan berpuas hati dengan hasil tangan para chef di Karah Cafe, Glory Beach Resort.

Final verdict, penginapan di Glory Beach Resort tidak mengecewakan. Kebanyakkan apartment walau pun agak berusia, tapi baru dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung.

Jika anda berminat, boleh berhubung dengan pihak resort;

Glory Beach Resort
Batu 2 Jalan Seremban
Tanjung Gemok
71000 Port Dickson 
Negeri Sembilan
Tel: +606-6516 888
Fax: +606-6516 737
Website: www.glorybeachresort.com

Monday, 23 September 2013

Trip Kerja Ke Port Dickson 2013 - Lexis Port Dickson (The Legend Water Chalet) & Grand Lexis Port Dickson (The Legend International Water Homes)


Lexis Port Dickson (Formerly known as The Legend Water Chalet)
Batu 2 Jalan Seremban
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel: +606-653 2000
Email: For reservation, sila google website Lexis Port Dickson
Website: www.lexispd.com


Grand Lexis Port Dickson (Formerly known as The Legend International Water Homes)
Batu 2 Jalan Seremban
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tel: +606-653 2000
Email: reservations@grandlexispd.com
Website: www.grandlexispd.com

Alhamdulillah...... rezeki 2013 dapat menginap di Lexis Port Dickson**** manakala konferensi pula diadakan di Grand Lexis Port Dickson*****. 

Kalau selama ini ambo hanya mampu melihat dengan hujung mata sahaja dengan harga yang ditawarkan, hatta melalui Agoda sekalipun. Tapi disebabkan harga bilik dimasukkan sekali dengan pakej untuk konferensi maka merasalah untuk menginap di chalet atas air tanpa mengeluarkan belanja satu sen pun dari poket sendiri (poket kompeni yang rabak..... hehehehe)..... Alhamdulillah.

Mari kita sama2 rewind balik pengalaman ambo bersama Lexis dan Grand Lexis Port Dickson.....

@ Lexis Port Dickson (The Legend Water Chalet)

Pengunjung ke Lexis Port Dickson boleh memilih untuk menginap di tower suite atau water chalet. Harga yang dipaparkan di Agoda untuk tower suite adalah dari serendah RM317++ manakala untuk water chalet adalah dari serendah RM368++.

Tapi disebabkan harga bilik telah dimasukkan sekali ke dalam pakej konferensi, maka untuk deluxe water chalet kompeni ambo hanya dikenakan bayaran RM200 untuk semalaman termasuk sarapan. Mana nak cari ye tak........

Masa check in, ambo yang berpeluh-peluh baru sampai ni disajikan dengan lemonade sebagai complimentary drinks..... segar rasa tekak. Tak puas secawan dengan muka tak malu ambo minta lagi secawan. Staff yang bawa minuman ok je.... minumlah sampai kembung dia tak kisah pun.... hehehe. Tapi nak habaq mai.... memang lazat dia punya lemonade..... hehehe.


Bukan itu saja, siap ada cold towel..... terasa marbeles dia punya layanan kat situ. Ini first time ambo check-in hotel kelas 4 bintang di Malaysia yang siap sediakan cold towel untuk customer. Masa check-in Sama-sama Hotel KLIA dulu pun tak ada rasanya, walau rate bilik RM600++.


Ini masa nak check-in, habis berkeliaran lari staff reception bila ambo cuba nak snap piccas...... hahahaha. Lawak bebudak yang jaga reception, tapi amatlah customer friendly dan amat membantu.


Malu-malu konon..... dapat gak ambo snap muka korang..... hahahahaha!!!!! Tahniah muka anda menghiasi blog Diari Si Ketam Batu. Bebudak reception di Lexis Port Dickson ni ok semuanya.... thumb up...... customer friendly dan peramah.

Kalau anda memilih untuk menginap di water chalet macam ambo.... dari reception ke water chalet anda boleh naik buggy macam golf cart tu. Nak menapak pun boleh juga..... tapi kalau barang banyak dan chalet anda pula jauh ke laut baiklah naik golf cart saja.

Mari kita terjah water chalet yang menjadi tempat ambo bersarang selama dua malam....


Dapat chalet no 69..... hahahaha...... macam chalet bulan madu la pulop...... hehehehe. 

Kunci..... mana kunci...... kita tengok apa ada di dalam......

Melangkah saja masuk ini yang ambo nampak dulu......


Lantai dia ada cermin lut sinar...... boleh nampak laut kat bawah..... jakun kejap...... hahahaha. Hep!!!!! Apa jakun2..... orang Jakun pun dah maju ke depan la der......

Kemudian mulalah tercari-cari private swimming pool..... mana dia? Mana ada private swimming pool kat Lexis Port Dickson der. Nak bilik yang ada private swimming pool kena check-in kat Grand Lexis Port Dickson der...... jangan konpius.

Dah tu apa yang ada kat water chalet Lexis Port Dickson?


Ada private jakuzi je der...... tapi ok juga sebab jakuzi dia di luar tandas dan bilik mandi. Kemungkinan untuk tercemar dengan sisa2 bahan kumuh amatlah rendah...... hehehehe. Jakuzi dia tak besar mana, bebudak kecil selesa le kot berendam tapi kalau mak dengan bapak budak masuk bersama, macam badak berendam la pulak jadinya.

Disebabkan masuk chalet saja kita nampak jakuzi, bilik mandi dan tandas. Jadi bilik kita sembang kemudian ye. Kita jenguk dulu tandas dan bilik mandi..... yang bagusnya ketiga-tiganya diletakkan berasingan. Tak adalah mengganggu umat yang sedang melepaskan hajat, mandi junub atau anak2 yang nak berendam dalam jakuzi pada masa yang sama.


Yang pintu ternganga tu bilik mandi manakala sebelahnya toilet. Kebersihan amatlah ok..... tandas pun memang selesa untuk sesi melepaskan hajat. Cuma yang ambo tak berapa berkenan sliding door bilik mandi, susah benor nak menutupnya. Kena cuba tiga pat kali baru boleh lock dengan selamatnya. Bukan apa kot tengah shiok mandi sekali terbuka pintu, kesian opismate ambo kot ternampak ekor terjuntai ke depan...... huhuhu.


Opposite jakuzi ada sinki tempat gosok gigi, berbedak atau nak cuci muka. 

Kalau kita fokus pada sebelah kiri sinki akan nampak benda ni....


Segala macam items yang biasa kita jumpa dalam mana2 bilik hotel kecuali yang satu ni...... ambo fokus lagi dekat.....


Procare mouth wash..... perisa cool mint lagi tu...... ini first time ambo menginap di hotel yang siap sediakan mouth wash perisa cool mint...... betul2 untuk pengunjung berbulan madu nih..... kahkahkah...... ke ambo yang dah ketinggalan komuter..... hotel la ni memang sediakan mouth wash ek?

Kita tinggalkan kejap kisah Procare mouth wash..... kita melangkah pula ke ruang tempat beradu.


Ini dia..... katil amat luas dan cukup empuk untuk melelapkan mata. Kalau saiz kecil molek memang tiga orang ngam2 boleh baring..... kalau saiz badak berendam dua orang cukup le kot......

Tapi kalau datang lebih dari dua pun tak apa..... sebelah katil besar tu ada satu lagi ruang untuk beradu.......


Nampak tempat opismate ambo dok melepak tu..... satu lagi ruang macam single bed gitu...... p/s: baik hati sungguh brader opismate ambo tu..... 2 malam kat single bed itulah dia tido manakala ambo conquer queen/king size bed...... hehehehe..... trimas der.

Nak tengok TV...... silakan.....


Tapi apa curlasss datang jauh2 sekadar nak tengok TV...... kalau nak tengok TV baik duk rumah je der. Mai kita saksikan keindahan laut Port Dickson dari tirai kamar........ 


Seaview kata omputih...... tapi water chalet yang ambo menginap tu tak berapa nak seaview sangat sebab berhadapan dengan chalet orang lain dan dekat sangat dengan daratan. Nak lagi marbeles dia punya seaview sila pilih chalet paling jauh dari daratan.


Pandangan dari chalet ambo...... jenuh nak cari angle tetap nampak chalet orang lain.....


Dari sudut yang lain pula...... kalau takut tsunami anda boleh pilih untuk menginap di tower suite (bangunan putih belah kiri).

Lenguh kaki berdiri ye?


Boleh duduk2 bila kaki dan lenguh..... comel je kerusi malas dia.

Dah habis review serba sedikit berkaitan bilik..... kita sembang pasal makan2 pula. Ambo berkesempatan untuk sarapan dan dinner di Lexis Port Dickson. No complain kata ketua kampung ambo, everythings kena dengan selera tekak. Ni ada piccas sikit buat tatapan semua.

Ini masa breakfast..... sedap mee goreng dia.



Ini pulak masa dinner.....



Sempat capture side menu sahaja..... main menu segan nak snap piccas sebab hidangan secara ala-carte....... kena pula semeja dengan jemputan VIP, takkan nak snap picca la pulak masa VIP dok sibuk senduk nasi.

Lupa nak tunjuk luaran hotel awai2 tadi.....


Lorong2 sebegini mengingatkan ambo kepada Colmar Tropicale. Nanti golf cart akan menyusuri lorong2 sempit sebegini untuk hantar pengunjung ke bilik masing2...... mana nak cari pengalaman sebegini ye tak?


Mini garden di antara blok penginapan.

Disebabkan ambo ke Lexis atas tujuan rasmi, jadi tak sempat nak explore kemudahan2 rekreasi yang disediakan. Ada outdoor swimming pool, games room, bar dan massage kalau sapa2 yang berminat.

@ Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis pula lokasi tempat kami berkonferensi bagai. Tak ada rezeki nak menginap di bilik yang ada private swimming pool. Mungkin rezeki bersama famili nanti. Kalau ikut harga di Agoda, kadar bilik untuk Deluxe Suite bermula pada harga RM524++ manakala Pool Villa pula pada harga serendah RM552++.


Di Grand Lexis Port Dickson pun ada complimentary drink. Air kaler merah tu pun sedap.... bukan sirap tapi ada rasa lemonade juga. Ini pun saya balik2 minum..... FOC tak ada sape nak marah kalau anda minum banyak kali. Kekadang kalau rasa haus masa melepak kat lobi ambo buat macam rumah sendiri saja, ambil gelas dan tuang sendiri...... hehehehe.

Nak tunjuk piccas bilik tak boleh sebab memang tak menginap kat sini. Jadi tunjuk piccas lobi dan masa dinner sajalah.

Ini ruang lobi Grand Lexis..... masa ni dipenuhi dengan pelancong2 dari Hong Kong dan Tanah Besar China. Sikit punya bingit telinga dengar kaum mereka ni dok sembang..... sembang je pun macam nak bergaduh...... huhuhu....


Lobi dari sudut yang lain..... ini laluan menuju ke lif.....


Kalau berminat dengan live entertainment dan nak dengar live show boleh lepak2 kat Lanun Bar. Masa ambo pergi ada band Philipines tengah performed.


Tapi performance band High Steps ni tak sempat ambo follow sebab siang malam ada benda berkaitan konferensi ambo kena urus. 

Masa malam terakhir kami semua berpeluang dinner di Sky Terrace. Ruang makan terbuka di puncak Grand Lexis. Boleh nampak bandar Port Dickson bercahaya pada waktu malam.

Antara hidangan pada malam tersebut.....



Sky Terrace pada waktu malam.....



@ The Hibiscus Port Dickson - coming soon

Ini merupakan projek terbaru pemilik Lexis dan Grand Lexis. Gugusan chalet menganjur ke laut dan dinamakan The Hibiscus Port Dickson. Masa sembang2 dengan security Grand Lexis, The Hibiscus dijadualkan untuk mula menerima pengunjung pada pertengahan tahun hadapan. Sama2 kita tunggu dan saksikan..... mercu tanda baru bagi industri pelancongan Port Dickson.



Ariyos!!!!!!!

Sunday, 10 February 2013

Avillion Admiral Cove Port Dickson 06/02/2013

Hari keluarga jabatan bakal kembali lagi, beberapa tahun yang lepas sambutan hari keluarga terpaksa diadakan in-house disebabkan kekangan bajet. Untuk tahun 2013, jawatankuasa mencadangkan perabihkan boreh untuk hari keluarga di Port Dickson pula. Harapan walau senipis kulit bawang, jawatankuasa tetap mencuba. Cadangannya sama ada di Eagle Ranch Resort atau Avillion Admiral Cove.

Jadi saya bersama seorang rakan telah ditugaskan oleh boss untuk meninjau kemudahan dan kesesuaian Avillion Admiral Cove sebagai lokasi hari keluarga jabatan kami. Seawal jam 8.00 pagi kami bertolak dari Shah Alam menuju Port Dickson. Disebabkan masih mengantuk, saya hanya tidur disepanjang perjalanan, sedar2 sudah sampai di PD dan jam baru 9.00 pagi!!!!! Merempit juga pemandu jabatan, sejam boleh sampai PD dari Shah Alam... atau memang SA-PD amat dekat?

Tanpa singgah dimana2 lokasi untuk sarapan, kami terus sahaja menuju Avillion Admiral Cove kerana pihak pengurusan sudah menunggu bersama sarapan!!! Sarapan percuma di hotel, siapa kami untuk menolak... hehehehe

Sambutan pihak hotel cukup hebat... bukan hebat apa, semuanya amat murah dengan senyuman. Bemula dari security bangsa Gurkha yang bertugas di pondok kawalan sehinggalah kepada front desk staff serta marketing officer.... semuanya menyambut kami dengan senyuman meleret disertakan tangan mendakap dada.... rasanya bekas Menteri Pelancongan.... lupa nama dia, yang muka macam mamak dan suka pakai bow tie yang perkenalkan tangan di dada sebagai cara Malaysian menyambut tetamu.

Ruang lobi hotel menempatkan sofa berbentuk tilam bersaiz queen size. Kalau anda tiba awal, boleh baring2 di sini sementara menunggu waktu daftar masuk.

Perbincangan gedik santai diadakan di coffee house sambil sarapan... dalam konteks saya sarapan sambil berdiskusi... hehehe. Sedikit malang kerana tidak banyak sarapan yang tinggal, ini kerana kebetulan ada 3 jabatan kerajaan yang sedang mengadakan kursus di Avillion Admiral Cove pada masa tersebut..... sikit punya ramai, makanan pun cepat habis. Memang staff kerajaan kaki melantak kalau berkursus di hotel... termasuklah aku!!!!

Coffee house Avillion Admiral Cove mengadap laut... pemandangan yang terhidang betul2 mengingatkan saya kepada Perth, Western Australia. Belakang hotel menempatkan jeti untuk memudahkan kapal2 persiaran singgah, diseberang tanjung kelihatan beberapa buah rumah mewah dengan bot mewah berlabuh di jeti peribadi kepunyaan mereka... persis suasana di Western Australia.

Selesai berdiskusi sambil sarapan, kami dibawa meninjau penginapan dan juga kemudahan rekreasi yang tersedia oleh pihak hotel. Ada gimnasium, bar, dewan banquet, lapang sasar untuk sukan memanah etc. Pendek kata cukup lengkap untuk pakej penganjuran hari keluarga yang hebat.

Swimming pool untuk kanak2 dan dewasa terletak di belakang Admiral Cove Club. Pengunjung Avillion Admiral Cove Hotel berkongsi kemudahan dengan ahli Admiral Cove Club. Diingatkan pengunjung diwajibkan memakai pakaian renang yang standard, t-shirt dan short pant tidak dibenarkan.

Macam kat obersea kan... mengingatkan saya sewaktu bermastautin di Perth 5 tahun yang lampau. Jeti yang menempatkan bot2 mewah ini terletak betul2 di belakang hotel dan mengadap coffee house.

Rumah2 mewah... depan rumah parking Bimmer/Mercedez.... belakang rumah parking bot mewah!!!! Pak cik kayo....

Geng2 komando polis marin UNGERIN pun turut lepak kat belakang Avillion Admiral Cove.

Nak massage tepi kolam pun ade.... kalau teman idok le, teman lebih suke massage kat bilik... lebih perivacy kate oghang Peghok!!!!!

Laluan belakang hotel yang menghubungkan blok hotel dengan club house... petang2 lepak sambil gedik santai menghirup udara segar laut syiok juga.

Jalan menuju Eagle Ranch Resort. Menarik juga untuk percutian seisi keluarga, tapi kami memutuskan untuk memilih Avillion Admiral Cove Hotel sebagai lokasi hari keluarga Insha Allah jika ada rezeki.