Thursday, 18 June 2015

KeMBaRa LiBuR KoTa BHaRu - KuaLa TeReNGGaNu - KuaNTaN 2015 : FaSa 02. KB - KT



8 am, 5 Jun 2015 - Check out dari Khalifa Inn. Destinasi kami pada hari ini adalah Kuala Terengganu dan seterusnya menginap di Marang. Melihat kepada google map, jarak yang bakal ditempuh adalah kira-kira 177 km dan mengambil masa sekitar 3 jam.

Ada dua laluan untuk ke Kuala Terengganu dari Kota Bharu, tapi kami memilih untuk menggunakan jalan pesisiran pantai untuk view yang lebih menyegarkan mata.

Tidak jauh dari Khalifa Inn, kami berhenti di sebuah restoran tepi jalan untuk bersarapan - Nasi Ayam Kampung Wakaf Che Yeh. 

Agak konpius sekejap, perkataan 'kampung', nak rujuk belah mana. Nasi ayam kampung, atau kampung wakaf che yeh? 

Faham dak?

Forget it. Kita cerita pengalaman kami bersarapan di Nasi Ayam Kampung Wakaf Che Yeh. Walau nama kedai ada tulis nasi ayam, kami bukanlah nak makan nasi ayam. Tapi hidangan biasa untuk bersarapan seperti nasi berlauk, roti canai, nasi lemak, kuih muih dan sebagainya.

Tapi kedai ini lebih kepada hidangan berat iaitu nasi putih dan lauk pauk.


Jadi kami berenam, empat dewasa dan dua kanak masing-masing ambil nasi putih dan satu jenis lauk. Minuman biasalah, minuman panas untuk dewasa dan anak-anak pula seperti biasa minta sirap ais. Kemudian my wife ambil kek cokelat sepotong.

Makan, makan dan makan.... nak kata sedap sangat tak adalah. Masih boleh diterima oleh selera tekak.

Tibalah masa untuk membayar.....


Adik ni tekan punya tekan kalkulator, RM50++!!!! Biar betik, makan pagi di Kelantan untuk enam orang boleh sampai RM50. Pagi semalam pun sarapan hampir sama, tapi kedai lain baru RM30 lebih. Adik ni salah kira ataupun memang begitu harga kat kedai tersebut.

Masih dalam keadaan konpius memikirkan kos sarapan tadi, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum memasuki negeri Terengganu, kami akan melalui daerah-daerah seperti Pasir Puteh dan Bachok terlebih dahulu. 

Malahan kami susuri jalan menuju Tok Bali, dan nampak Tok Aman Bali Beach Resort yang pernah kami inap beberapa bulan yang lepas. Tatkala memasuki daerah Bachok, timbul cadangan untuk menjengah pasar awam Bachok untuk bersarapan sekali lagi. Ini gara-gara ada yang seleranya masih belum tidak dipenuhi jika tidak bersarapan dengan kuih muih.


Beberapa tahun yang lepas kami pernah ditugaskan buat beberapa minggu di Bachok. Tatkala itu, kami menginap di Irama Inn dan acapkali bersarapan di pasar awam Bachok. Nasi berlauk, nasi kerabu dan kuih muih cukup menggiurkan. 

Berpandukan Waze, kami tiba di Pasar Besar Siti Aishah, Jelawat. Jelawat merupakan salah satu daerah kecil dalam jajahan Bachok.

Pasar awam ini letaknya di tepi jalan besar, jadi keadaan trafik agak sesak namun kenderaan masih boleh bergerak. Kami parking agak jauh dari pasar, kebetulan pada hari tersebut ada pasar tani/pasar pagi yang turut beroperasi di sebelah pasar awam.


Inilah suasana di dalam Pasar Siti Aishah, Jelawat. Penuh sesak dengan aktiviti jual beli. Walaupun tujuan kami singgah ke sini adalah untuk bersarapan, tapi sempat jugalah meninjau harga pakaian dan barangan di sini.

Harganya pada kami cukup murah, jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga di zon bebas cukai Bukit Bunga yang kami singgah beberapa hari yang lalu. Mengambil kesempatan atas harga yang cukup berbaloi, kami belikan jubah untuk si bambam dan si enchem. Boleh digunakan untuk bertarawih di surau nanti. 

Kemudian kami tercari-cari tempat makan yang pernah kami berjamu selera dulu. Tak juga jumpa-jumpa, sehinggalah kami sedar bukan pasar ini yang kami kunjungi dahulu. Semak Waze dan dapati ada satu lagi pasar di jajahan Bachok.


Pasar inilah sebenarnya yang kami cari, Pasar Siti Zainab, Bachok. Beberapa tahun yang lepas sewaktu out-station ke Bachok, saban pagi kami bersarapan di sini.


Malangnya kami kembali ke sini pada hari Jumaat. Hari Jumaat merupakan cuti hujung minggu di negeri Kelantan, dan kebiasaannya tidak ramai peniaga yang membuka perniagaan pada hari Jumaat. Maka tidak tertunai selera kami untuk bersarapan di sini, kerana hampir kesemua peniaga makanan tutup kedai pada hari tersebut.

Tak ada rezeki, nak buat macam mana kan.

Set Waze, dan kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan pesisiran pantai.


Ini sewaktu memasuki pekan Kuala Besut. Ada pasar tani betul-betul tepi jalan utama. Sekali lagi kami tersengguk-sengguk sangkut dalam kesesakan trafik.

Sebaik sahaja melepasi Kuala Besut, kami disajikan dengan keindahan kawasan pedalaman Terengganu. Perkampungan melayu kiri dan kanan jalan, serta kebun-kebun milik penduduk setempat dan kadang kala kami nampak pantai.

Menjelang tengah hari kami memasuki daerah Setiu. Tarikan utama di daerah ini sudah tentulah Pantai Penarik atau dikenali juga sebagai Pantai Rhu Sepuluh. Pantai ini terjajar disepanjang Kg Penarik dan Kg Rhu Sepuluh.


Di sini juga kami berhenti seketika untuk mengisi minyak. Pada mulanya kami berkira-kira untuk solat Jumaat di Masjid Penarik tapi memandangkan masih awal waktu, kami mengambil keputusan untuk solat saja di Kuala Terengganu nanti.

Masjid Penarik ini agak cantik juga binaan kubahnya, kedudukkan yang menghadap laut menambahkan lagi keunikkan masjid ini. Sekitarnya ada banyak gerai ICT - Ikang Celop Tepong, juga ada banyak penginapan dengan harga berpatutan khusus kepada pengunjung yang mahu bermalam di sini.

Dipendekkan cerita.....


Setelah berpusing-pusing dibawa Waze, kami tiba di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu pada pukul 1.18 tengah hari. Bergegas kami mencari Masjid Kristal untuk menunaikan solat Jumaat.


Diluar pengetahuan kami, rupanya solat Jumaat tidak dibuat di Masjid Kristal. Terpinga-pinga kami bila memasuki ruang solat Masjid Kristal, kelihatan ramai pengunjung sedang menunaikan solat Zuhur secara berjemaah.

Malahan beberapa pengunjung lain turut memandang di antara satu sama lain. Senasib dengan kami, yang menyangka solat Jumaat boleh didirikan di Masjid Kristal. Tapi tidak perlu risau jika anda turut berhadapan situasi seperti itu, berhampiran Masjid Kristal ada banyak masjid. Kedengaran laungan azan saling bersahutan. Sememangnya Kuala Terengganu kaya dengan masjid dan surau.


Lupa nama masjid ini, tapi di sinilah kami mendirikan solat Jumaat, Alhamdulillah. Jemaah agak ramai, sehingga ada yang terpaksa solat di luar masjid. Kebetulan musim cuti sekolah agaknya.

Perut pula berbunyi!!!

Memang patutlah, sudah hampir jam 3 petang dan kami belum makan tengah hari. Sekali lagi mendapatkan bantuan Waze untuk mencari kedai makan sedap di Kuala Terengganu. Tapi hampa kerana kebanyakkan tutup pada hari Jumaat.

Pemanduan tanpa tujuan membawa kami ke Mydin Kuala Terengganu.


Ada food court di Mydin Mall, tapi kena tunggu sekejap kerana kesemua kedai makan di Food Court ini hanya akan dibuka semula sekitar jam 3. Kesemuanya akan ditutup seketika sempena menghormati waktu solat Jumaat.


Nama food court tersebut adalah Rasa Village. Ngam-ngam kami tiba di sini sewaktu operator kembali memulakan semula operasi setelah rehat pada waktu solat Jumaat. Kami makan biasa-biasa sahaja, nasi putih dan lauk pauk. Harga pun tidaklah membebankan.

Dipendekkan penceritaan lagi, kami mengambil kata sepakat untuk kembali ke Taman Tamadun Islam untuk melawat dan meninjau tarikan pelancong di sana.

Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal


Ruang parkir tiada masalah. Perasan tak langit membiru tanpa awan? Itu membuatkan persekitaran menjadi panas terik. Memang panas sangat, jadi jangan lupa bawa botol minuman atau payung untuk anak kecil.


Taman ini ada nama, tapi ambe lupa akan namanya. Belakangnya kelihatan Masjid Kristal.


Keindahan dan keunikkan Masjid Kristal.

Jom kita tinjau bahagian dalam Masjid Kristal;


Bagak betul saiz lampu chandelier, kalau jauh hempap kepala Naudzubillah.


Masjid ini aktif menganjurkan majlis-majlis sebegini. 


Abaikan kaki tersebut. Nak tunjuk lubang angin sistem aircond di Masjid Kristal. Lubang angin dari bawah dan bukannya dari atas seperti kebiasaan.


Diam tak diam sudah masuk waktu, jom solat Asar.


Ruang solat wanita di belakang, dan ruang solat lelaki di hadapan.


Bakal pengantin baru segak bergaya, tapi muka tetap nampak cuak. Ramai yang mengambil keputusan untuk mengabadikan saat istimewa mereka di Masjid Kristal.


Kiosk jualan di sebelah Masjid Kristal, pelbagai cenderamata dijual. Berhampiran juga ada banyak gerai jualan yang menjual beraneka ragam barangan.


Selain daripada Masjid Kristal, tarikan utama ke sini sudah tentulah Taman Tamadun Islam. Harga tiket RM21.20 untuk dewasa dan RM15.90 untuk kanak-kanak berumur di antara 7-12 tahun.

Kami masuk?

Tak lah.

Jenguk-jenguk dari luar saja.


Pelan kawasan Taman Tamadun Islam. Apa yang ada di dalam? Jika tak silap, replika bangunan-bangunan bercirikan senibina Islam dari serata dunia. 

Kenapa kami tak masuk?

Entah!!!!

Kring kring!!! Kring kring!!!!

Telefon berbunyi, saudara mara di Terengganu sudah tanya bila mahu sampai ke chalet penginapan.

Ok anak-anak, kita gerak ke Chalet Su di Marang. Sekali lagi Waze buat hal, dibawanya kami ke perkampungan jauh ke dalam. Tapi pemandangan cantik, penuh dengan sawah. Disitulah letaknya Chalet Su 2, bukan chalet tapi bungalow.

Kami tak tempah bungalow, jadi sah-sah kami silap tempat. Keluar semula ke jalan besar dan berpandukan papan tanda di tepi jalan, kami selamat tiba di Chalet Su.


Review lengkap Chalet Su sila KLIK

Chalet Su letaknya di tepi pantai. Sepantas kilat anak-anak bertukar ke pakaian renang untuk mandi laut. Pantai di sini agak landai dan tidak berbahaya. Sesuai untuk mandi manda.


Malamnya kami berBBQ sakan. Meratah lauk tanpa nasi, perasan jadi omputeh sekejap. Jika masih mahupun makan malam yang proper, ada kedai makan tidak jauh dari Chalet Su. Kedai makan tomyam, tapi ambe tidak cuba masakannya kerana kekenyangan makan BBQ.

Keesokkan harinya.....

7 am, 6 Jun 2015 - Hari ini perlu hadiri satu lagi majlis kenduri kahwin. Tapi disebabkan hari masih awal, anak-anak minta mandi laut lagi selepas bersarapan.


Pagi yang hening tapi indah di Chalet Su, Marang.


Sementara anak-anak girang mandi laut, ambe bereksperimentasi dengan DSLR.

Menjelang tengah hari kami berkemas, check-out dan ke tempat kenduri kahwin pula. Ngam-ngam sampai waktu tengah hari dan orang pula tengah ramai. Salam-salam dengan tuan rumah dan hulur apa yang patut, terus terkam air sirap. Haus yang amat, lepas teguk air sirap dalam segelas dua baru tercari-cari tempat duduk.

Hadirin agak ramai, jadi ambil masa untuk dapat tempat duduk. Sabar sabariah lah wahai hati dan perut, walau agak lapar kena tunggu giliran juga. Akhirnya ada meja kosong, cepat-cepat letak penanda dan ambil makanan. Sedap juga tapi sambil makan, ambe duk jeling-jeling meja pengantin.

Apa yang ambe jeling?


Jeruk madu Pak Ali atas meja pengantin. Buat muka tak malu dan senyum-senyum pada bapak pengantin sambil tangan kutip buah jeruk satu persatu hahahaha!!!!

Anak ambe pun pandai menjeling juga pada meja pengantin.

Apa yang depa jeling?


Buah-buahan dan udang yang dicucuk seperti satay hahahaha. Rezeki depa, dapat juga merasa setelah ibu pengantin perasan akan jelingan maut depa hahahaha.

Jika diikutkan perancangan, selepas menghadiri kenduri, kami akan ke Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Tapi sebelum itu kami check-in dahulu di Hotel YT Midtown, Kuala Terengganu.


Kami akan berada satu malam lagi di Kuala Terengganu. Jadi kami menginap di Hotel YT Midtown, kedudukkannya agak strategik di tengah pusat bandar. Cukup dekat dengan Pasar Besar Kedai Payang dan Chinatown. Harga bilik juga agak berpatutan walaupun pada musim cuti persekolahan.

Review lengkap Hotel YT Midtown sila KLIK



Kami tiadalah niat untuk membeli belah, sekadar meninjau dan merasai sendiri pengalaman ke Pasar Besar Kedai Payang. 

Lagi pula, kami tiba agak lewat petang, sekitar jam 6.30 pm. Tak sempat untuk meninjau keseluruhan ruang dalam pasar. Tapi disimpulkan, hampir sama dengan Bazar Buluh Kubu atau Bazar Tok Guru di Kelantan. Kebanyakkan kedai di tingkat atas menjual pakaian terutamanya batik dan sarung. Ruang bawah bahan jualan pula adalah makanan seperti keropok dan lain-lain.


Jika kemana-mana, t-shir I Love xXx pasti dibeli sebagai kenang kenangan. Tapi t-shirt I Love Terengganu ambe bukan beli di Pasar Besar Kedai Payang tapi di Payang Walk.

Kat mana Payang Walk?

Tunggu, sekejap lagi ambe bawa anda ke Payang Walk.


Kedai batik di Pasar Besar Kedai Payang. Cantik tak? Harganya pun cantik juga.


Salah seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang.


Ini pula salah seorang pengunjung Pasar Besar Kedai Payang.

Jom kita jalan-jalan di luar Pasar Besar Kedai Payang pula, juga meriah dengan aktiviti jual beli.


Musang King katanya. Tapi tak nampak machiam Raja Musang pun !


Buah-buah lain pun ada. Buah limau, buah jambu, buah dada, buah mangga dan sebagainya.


Wajah asli masyarakat Terengganu Darul Iman hehehehe!!!


Ini pula gerombolan pelancong dari luar Terengganu.


Eh! Spiderman pun jalang-jalang ke Kuala Terengganu. Tapi kenapa berselipar saja, kasut dah ke mana Spaidemeng?


Kuala Terengganu Waterfront, sebahagiannya masih dalam pembinaan.


Kita kembali ke Payang Walk. Payang Walk cuma bersebelahan dengan Pasar Besar Kedai Payang. Ada banyak gerai jualan terutamanya makanan ringan, cenderamata dan pakaian.


Di Payang Walk kami beli t-shirt I Love Terengganu. Harganya cuma RM10 sehelai.

Adakah itu penghabisan kami di Pasar Besar Kedai Payang?

Shopping t-shirt sahajakah?

Nehi...... nehi..... nehi!!!!!

Kami pulang ke Hotel YT Midtown dulu sebab dah hampir Maghrib. Esok cadangnya nak kembali lagi ke Pasar Besar Kedai Payang.

Malamnya, kami malas nak keluar ke mana-mana. Jadi untuk makan malam, kami cuma order room service.


Agak sedap pada harga yang taklah mahal sangat. Review lengkap sila KLIK

Dipendekkan cerita, malamnya kami tidur cukup nyenyak dan awal pagi berikutnya.....

7 Jun 2015 - Kami check-out dari YT Midtown Kuala Terengganu agak awal pagi kerana mahu meluangkan masa yang agak lama di Pasar Besar Kedai Payang.

Tapi sebelum itu kami cari tempat untuk bersarapan terlebih dahulu.


Jumpa satu kedai makan di Jalan Sulaiman. Lauk pauk cukup lazat dan banyak pilihan. Nak makan nasi kerabu ada, nasi dagang pun ada malahan nasi berlauk pun ada.


Ayam bakar ataupun daging bakar bila dimakan bersama nasi kerabu memang umph!!!!


Pengunjung bertali arus dan ramai, menunjukkan makanan di sini memang sedap. Memang sedap pun, ambe sendiri dah rasa. Maaf tiada alamat lengkap tapi di Jalan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Dan seperti yang direncanakan, kami kembali ke Pasar Besar Kedai Payang untuk membeli dan membelah. Ambe biarkan gambaran-gambaran berikut untuk bercerita.


Kita nak mula dimana? Terjah sajalah.....


Mula-mula kami singgah kedai adik tudung hijau, beli kain sarung murah-murah. RM10 saja untuk sehelai.


Kemudian kedai adik tudung kuning untuk beli kain batik. Tengok sini dik, senyum.... senyum!!!!!


Kedai ahkak tudung hitam juga kami serbu untuk beli batik. 

Harga murah atau mahal?

Murah jika pandai tawar menawar, mahal jika berat mulut untuk minta turun harga. Gunakanlah skill anda untuk tawar menawar bagi mendapatkan harga terbaik.

Ada banyak kedai lagilah yang kami sempat keluar masuk. Tapi kami berbelanja seadanya mengikut keperluan. Jika ikut hawa nafsu memang tak muat lori, dan kami pun bukan bawa duit banyak hahahaha.

Teluk Ketapang

Akhir sekali aktiviti kami di Kuala Terengganu adalah lepak-lepak di Teluk Ketapang.


Tujuan ke sini? Entah.....

Saja nak jalan-jalan dan tengok-tengok.


Kedai Ikang Celop Tepong pun masih tutup. Sampai ke sudah tak merasa ICT.


Hari bekerja di Terengganu, jadi pantai sunyi sepi.

Boring giler, jadi lepas makan keropok lekor yang dijual ditepi jalan, kami memulakan perjalanan untuk ke Kuantan pula.

Jadi, sekian untuk entri Kuala Terengganu. Ambe sambung penceritaan di Kuantan dalam entri yang seterusnya. 

TQVM sudi baca.



2 comments:

  1. Assalam ketam,
    tu diaaaaaaaa haaaihhhh
    kasik lump sum satu entry yer he3
    ni iols nak kena ulang baca 2-3 kali baru hadam setiap perkara ni tau3 :)

    Pstttt : awat tak tanya budak yang kira tu yang sampai rm50 dia bedal he3

    ReplyDelete