Friday, 19 June 2015

KeMBaRa LiBuR KoTa BHaRu - KuaLa TeReNGGaNu - KuaNTaN 2015 : FaSa 03. KT - Kuantan - TM


7 Jun 2015 - Titik-titik akhir kembara kami ke pantai timur semakin hampir. Destinasi kami yang seterusnya adalah Swiss Garden Beach Resort, Kuantan. 

Perancangan asal kami, mahu susuri jalan persisiran pantai. Jika diikutkan sampai di Dungun nanti, ambe mahu jenguk sekolah lama ambe, Sekolah Menengah Sains Dungun.

Tapi apa yang dirancang lain pula yang ditentukan oleh Waze dan PapaGo. Kami dibawa terus ke Lebuh Raya Pantai Timur menuju Kuantan. Hentam sajalah labu!!!

Tapi pada satu peringkat, PapaGo seakan hilang pedoman. Dihadapan kami terbentang lebuh raya tetapi map dalam PapaGo gagal mengesan sebarang laluan. Seolah kami sedang harungi hutan belantara.

Hehehehe dah kome ngape, PapaGo?

Rupanya kami sedang lalui LPT Fasa II, dan maklumat berkaitan laluan ini masih belum diupdate dalam PapaGo.

Pengalaman lalui LPT Fasa II.....

Laluan baru siap, jadi jalan agak bumpy, kena berhati-hati terutamanya kepada penunggang motosikal. Kemudahan RnR pun masih belum siap sepenuhnya. Ada jugalah gerai-gerai sementara yang dibuka untuk pengguna berhenti dan mengisi perut.

Bagusnya, kami tidak dikenakan sebarang bayaran, kerana laluan ini masih dalam tempoh percubaan.

Setelah menempuh perjalanan selama 3 jam yang membosankan, kami tiba di persimpangan Jabor. Pelik pulak nama tempat ni, Jabor hahahahaa!!!

Dari Jabor ke Beserah, kena lalu jalan persekutuan dan kami berselisih dengan banyak lori tanah. Kiri kanan jalan nampak kesan kemerah-merahan, debu tanah yang melekat. Agaknya ada pembinaan besar sedang berjalan tapi ambe tak tahu apa yang mereka sedang usahakan.

Menghampiri Beserah, kami berhenti makan tengah hari di sebuah kedai mamak. 

Kenapa masih memilih kedai mamak? Kami tak pilih, tapi sebab kat sini saja masih ada makanan dan lauk pauk. Beberapa gerai melayu yang kami singgah sebelumnya telah kehabisan makanan. Lapar punya pasal, telan jugalah walau tak berapa nak menepati selera.

Tidak jauh dari mamak tersebut, tak sampai 5 minit pemanduan adalah Swiss Garden Beach Resort. Kami akan menginap di sini untuk semalaman, menghabiskan sisa-sisa percutian. 

Masih dalam mood cuti persekolahan, jadi pengunjung agak terlajak ramai. Ruang parkir di dalam resort penuh, terpaksa parkir di bahagian luar. Bilik kami pun masih belum tersedia walaupun kami tiba pada pukul 4 petang. Terpaksa menunggu di waiting room selama hampir satu jam.

Malibu Pub, yang dijadikan waiting room. Disinilah pengunjung yang biliknya masih belum tersedia akan ditempatkan. Minuman dan makanan disediakan, tapi tak tahan bau rokok, pub le katakan. Lepas makan dan minum lebih kurang, kami terpaksa keluar ke lobi untuk mengambil udara segar. Baru lega untuk bernafas.

Sebaik sahaja bilik kami ready, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. 

Review lengkap Swiss Garden Beach Resort, sila KLIK

Perkara pertama anak-anak minta selepas check-in adalah mandi kolam. Maklumlah hotel di Kota Bharu dan Kuala Terengganu tiada kolam renang.

Cepat-cepat bertukar ke swimming suit, kami turun ke kolam renang di Swiss Garden Beach Resort.

Kolam renang di Swiss Garden Beach Resort agak besar juga. Satu untuk orang dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Di tengah-tengah ada jakuzi.

Puas mandi kolam, anak-anak ajak mandi laut pula. Pantai dibelakang Swiss Garden Beach Resort agak landai, pasirnya memutih dan bersih. Ramai pengunjung yang mandi manda, atau sekadar bersiar-siar ambil angin.

Bila malam menjelang.....

Nak cerita pasal makan, malam itu kami makan malam di Patani Family Restaurant. Nama sah-sah restoran tomyan Thai, ada banyak restoran sebegini di sekitar Swiss Garden Beach Resort.

Banyak-banyak restoran, kenapa restoran ini yang kami pilih?

Sup belut, semuanya angkara sup belut. Siang tadi my wife ternampak tulisan 'sup belut ada dijual di sini'. Jadi malamnya terus kami target Patani Family Restaurant untuk pekena sup belut.

Geli?

Tak lah, sedap lagi ada. Memang sedap, lemak berkrim disukai ramai gitu. Selain sup belut, pesan juga sup ekor, sayuran goreng campur dan ayam masak merah untuk anak-anak.

Memang sedap dan harganya pun berpatutan.

Lepas makan, anak-anak dan yang lain-lain terus naik ke bilik untuk berehat. Tapi ambe lepak-lepak di lobi, dihiburkan oleh seorang brade yang handal bermain piano.

Layan juga.....

Lagu-lagu yang dimainkan menjadi halwa telinga, sehingga hampir terlena di kerusi lobi. Disebabkan mata dah mengantuk sangat, tak jadi nak layan live band di Malibu Pub. Dah tanya dengan bar attendant petang tadi, katanya ada band dari Philipines akan perform. Tapi mata dah tak tahan, masuk tidur sajalah.

8 Jun 2015 - Hari untuk pulang ke rumah tiba juga akhirnya. Tapi sebelum check-out, anak-anak request untuk mandi kolam dan main pantai sekali lagi.

Layan sajalah.....

Matahari malu-maluan disebalik awam hitam.

Ambil angin segar di kala pagi.

Dipendekkan cerita lagi....

Tepat jam 12 tengah hari kami check-out dari Swiss Garden Beach Resort. Check-in lewat tapi check-out wajib on-time. Ok, no comment.

Disebabkan penginapan kami di Swiss Garden Beach Resort tanpa voucher penginapan, kami  bersarapan sahaja di salah satu gerai. Gerai tersebut namanya Selera Pantai Timur dan letaknya cuma berhadapan dengan resort. Bersarapan dengan menu pantai timur, dan sekali lagi ianya cukup sedap dan murah.

Alhamdulillah.

Temerloh, apa kami buat di Temerloh?

Sengaja melencong ke Temerloh, sebab my in-law tiba-tiba mahu lihat keadaan pekan Temerloh.

Salah sebuah hotel di pekan Temerloh.

10 tahun yang lepas, di hotel inilah kami menginap semasa out-station ke Temerloh. Pada masa itu, tidak banyak hotel di Temerloh. Hotel Green Park merupakan satu-satunya hotel yang agak ok pada masa tersebut.

Temerloh terkenal sebagai bandar ikan patin, tapi kami singgah bukan untuk makan ikan patin, cuma nak lihat-lihat pekan Temerloh sahaja!!!!

Sekadar lalu, kami kembali ke lebuhraya menuju TM.

Diringkaskan lagi, kerana tiada yang menarik sepanjang di lebuhraya Karak.....

Rumah yang sudah seminggu ditinggalkan mula terbayang-bayang dimata.

Tepat jam 3.45 petang kami selamat tiba di rumah, dan menamatkan perjalanan kami merentasi TM - Kota Bharu - Kuala Terengganu - Kuantan - TM dengan jarak keseluruhan menjangkau 1317.2 km.

Penat memang memenatkan, tapi pengalaman yang dikutip walau tak seberapa tetap priceless!!!

Nak buat edisi kembara TM - KB - KT - Kuantan - TM edisi kedua? Ya, itu sudah pasti cuma bukan dalam masa yang terdekat.

Akhir kata.....

Sekian, dan TQVM sudi baca pengalaman ambe yang tak sepertinya.


4 comments:

  1. Perjalanan yang menarik, gps kena selalu update.. sy guna garmin, selalu tunjuk arah yang tak betul hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman saya guna Waze, selalu masuk jalan kampung dan taman perumahan. Even pernah lalu jalan belakang entah kat mana2.

      Delete
  2. Perjalanan yang menarik, gps kena selalu update.. sy guna garmin, selalu tunjuk arah yang tak betul hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengajaran buat diri sendiri. lepas ini akan update sekerap yang boleh.

      Delete