Thursday, 2 July 2015

JoM BaLiK RaYa BeRSaMa aiR aSia



Masa zaman muda mudi gila-gila remaja dulu, hari pertama Ramadhan ambe dah serbu stesen bas Putra untuk cari tiket bas balik kampung.

Biasanya tak pernah dapat pun, tup-tup katanya dah habis. Tunggu saja bas tambahan, seminggu sebelum raya baru tiket akan mula dijual.

Untung sabut dapat bas baru, untung batu bagai nak patah pinggang sebab seat tak boleh nak diturunkan untuk bersandar.

Itu zaman dululah. Masa itu belum ada kenderaan sendiri, Air Asia pun belum muncul. Jadi bas ekspres merupakan nadi utama pengangkutan untuk balik kampung selain keretapi.

La ni bila Air Asia dah ada, tambahan pula Malindo, Firefly disamping MAS, maka bertambahlah mode pengangkutan untuk balik kampung.

Tadi saja gatal tangan survey tiket promosi Air Asia. Kut la ada promosi sempena Aidilfitri.

Ada memang ada, tapi tiket promosi untuk Aidilfitri dan sepanjang Julai amatlah terhad. Nama je promosi raya, tapi harga tak adalah murah mana. Mahal lagi ada de.

Promosi ini berlangsung sehingga 5 Julai 2015. Penerbangan dari KL ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Bangkok dan Singapore pada harga cuma RM29. Tarikh penerbangan melangkaui 31 Januari 2016.

Cubalah anda survey kut ada rezeki dapat tiket harga RM29. Ambe pun dah grab tiket AirAsia untuk balik kampung beraya tapi guna waran penerbangan kompeni je. TQ boss!!!


No comments:

Post a Comment