Showing posts with label AirAsia Lowest Fare. Show all posts
Showing posts with label AirAsia Lowest Fare. Show all posts

Thursday, 20 October 2016

Promo Free Seats Air Asia - Travel From 6 Feb To 28 Oct 2017


Jom serbu ! Mana tahu ada rezeki. Susah nak dapat orang kata, tapi tak salah untuk mencuba kan?

- Ketam Batu -

Thursday, 2 July 2015

JoM BaLiK RaYa BeRSaMa aiR aSia



Masa zaman muda mudi gila-gila remaja dulu, hari pertama Ramadhan ambe dah serbu stesen bas Putra untuk cari tiket bas balik kampung.

Biasanya tak pernah dapat pun, tup-tup katanya dah habis. Tunggu saja bas tambahan, seminggu sebelum raya baru tiket akan mula dijual.

Untung sabut dapat bas baru, untung batu bagai nak patah pinggang sebab seat tak boleh nak diturunkan untuk bersandar.

Itu zaman dululah. Masa itu belum ada kenderaan sendiri, Air Asia pun belum muncul. Jadi bas ekspres merupakan nadi utama pengangkutan untuk balik kampung selain keretapi.

La ni bila Air Asia dah ada, tambahan pula Malindo, Firefly disamping MAS, maka bertambahlah mode pengangkutan untuk balik kampung.

Tadi saja gatal tangan survey tiket promosi Air Asia. Kut la ada promosi sempena Aidilfitri.

Ada memang ada, tapi tiket promosi untuk Aidilfitri dan sepanjang Julai amatlah terhad. Nama je promosi raya, tapi harga tak adalah murah mana. Mahal lagi ada de.

Promosi ini berlangsung sehingga 5 Julai 2015. Penerbangan dari KL ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Bangkok dan Singapore pada harga cuma RM29. Tarikh penerbangan melangkaui 31 Januari 2016.

Cubalah anda survey kut ada rezeki dapat tiket harga RM29. Ambe pun dah grab tiket AirAsia untuk balik kampung beraya tapi guna waran penerbangan kompeni je. TQ boss!!!


Thursday, 14 May 2015

PRoMoSi TaMBaNG MuRaH aiR aSia LaLuaN KuaLa LuMPuR - PaTTaYa

Air Asia akan menambah kekerapan penerbangan Kuala Lumpur - Pattaya kepada empat penerbangan seminggu bermula 16 Julai 2015.


Sehubungan itu, Air Asia menawarkan tambang promosi serendah RM38 sehala, termasuk cukai, untuk penerbangan di antara 16 Julai 2015 hingga 31 Mei 2016.

Tempahan  boleh dibuat mulai 14 Mei sehingga 17 Mei 2015.

Jom terbang ke Pattaya bersama Air Asia!!!!

Tuesday, 15 January 2013

Promosi Tambang Murah AirAsia 2013

Tawaran hebat dari AirAsia untuk penerbangan sepanjang 2013. Apa yang anda perlu buat untuk tawaran istimewa ini (tiket percuma dan tawaran harga rendah) hanyalah membuat tempahan yang bermula pada hari ini 15/1/2013 dan akan berakhir pada 20/1/2013. Sila kunjungi http://www.airasia.com/my/en/home.page untuk membuat tempahan segera.