Dah masuk 20 Syawal baru nak hapdet cerita raya. Ok lah dari tak de langsung. Lagipun banyak gambirun raya dalam henpon, baru hari ni ada peluang untuk donlot.
This year ambe beraya di negeri di bawah bayu, balik Sabah bah!!! Terbang bersama Air Asia ke Kota Kinabalu dan ini kali pertama jejakkan kaki ke KLIA 2.
Sebelum terbang, gigih Google maklumat tempat parking murah dan dekat di KLIA 2 tapi nan hado. Nak parking dekat ada, tapi mahal. Nak parking murah, tapi jauh pula kena menapak.
Tetiba mode rindu akan LCCT, parking mudah, murah dan dekat dengan terminal.
Tiba hari kejadian, lajak ke KLIA dan parking kat sana. Lepas parked kereta di KLIA, ambil ERL Transit ke KLIA 2. Mulanya nak parking saja di Hotel Sama-Sama, sebab katanya murah tapi memikirkan kereta bakal berhujan berpanas selama 1 minggu, tak jadilah. Eh! masa kat LCCT dulu berpanas berhujan jugak kan parking RM16 sehari?
Harga tiket sehala ERL Transit cuma RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Anak-anak dah excited sebab dah lama tak naik train. Mak bapak, gundah gulana memikirkan bayaran parking kereta. Seminggu kereta berkampung di KLIA, banyak mana duit hangus. Nasib baik tiket Air Asia untuk kami sekeluarga ditanggung sepenuhnya oleh kompeni.
ERL transit masih banyak seat kosong, tapi malas nak duduk. Bukan jauh mana pun KLIA ke KLIA 2. Bau kentut belum hilang pun boleh sampai. Agak-agak berapa ramai yang kentut dalam ERL? Kentut pramugari Malindo Air wangi tak, ke Air Asia lagi win? Eh! apa aku merapu ni?
Rumah kampung Tuan Ismet Ulam Raja di KLIA 2. Ramai lalu lalang tapi tak ramai yang berselfie, mungkin sebab mode raya belum mari. Umat pun tak adalah ramai mana kat KLIA 2, padahal 3 hari lagi nak raya.
Si bongsu duk jeling-jeling akan Kenny Rodgers. Tahulah ko tak pose, tolong respek ye. Muncung je budak tu hahahaha. Mula-mula ambe pun konpius, ini airport ke shopping complex. Banyak nau kedai, tapi ok jugalah, sementara menunggu untuk boarding boleh juga cuci mata window shopping.
International departure, ramai yang nak balik Mainland dan Hong Kong. Depa pun sibuk nak balik raya rupanya. KLIA 2 ini agak besar sebenarnya berbanding LCCT, nak menapak ke boarding gate pun agak jauh. Jadi jangan sesekali anda datang lewat ye. Kalu boleh buat web check in dan print boarding pass siap-siap.
Pesawat kami untuk ke Kota Kinabalu tengah melepak. Flite on time no delay-delay which I like. Lama tak naik kapal terbang selepas tragedi MH370, MH17 dan QZ8501. Jadi ambe punya orang rumah agak nervous. Tengok pula kapitan dan co-pilot amatlah muda remaja, lagilah gundah gulana!
Inshaa Allah, mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah. Kita tawakkal. As usual, ambe dan anak-anak sentiasa excited untuk terbang hahahaha!!! The feeling masa kapal terbang tengah menjulang naik dan bunyi enjin mengaum, eh tak retilah ambe nak explain tapi cukup mengujakan hahahaha.
Khatijah Adel dan Fredericka, nama pramugari Air Asia tapi nama pramugara ambe tak ingat. Masa ni depa tengah bersiap untuk jualan makanan. Kami dah pre-booked siap-siap, persiapan untuk berbuka dalam penerbangan. Hidangan berbuka kami pada hari tersebut adalah Pak Nasser's Nasi Lemak. Sebaik sahaja kapitan umumkan waktu berbuka, Bismillah dan ambe terup ngap. Sedap pula, tiga bungkus ambe bedal sebab ada yang tak berselera bila berbuka dalam kapal terbang!!!
Bila 3 packs nasik lemak Pak Nasser's masuk ke perut, mata terus layu. Apa lagi kita tido ye anak-anak. Memang tabiat ambe, mudah tido dalam penerbangan, tak kiralah tengah turbulance ke, kapal terbang tengah huyung hayang dilanda ribut ke, mata ambe tetap tutup bila rasa mengantuk mai.
Buka mata, rasa kapal terbang tengah descending. Maknanya dah nak sampai. Lena betul tido tadi. Dipendekkan kejadian, kami selamat mendarat di KK International Aiport kira-kira 8.30 malam.
My in law dah sedia menunggu, dan pada malam itu juga kami bertolak balik ke kampung di Tenom. Ambe sebenarnya tak berkenan sangat nak gerak malam-malam sebab jalan KK-Tenom bukan elok sangat, gelap lagi tu. Tapi dah orang rumah excited sangat nak jengah kampung, ambe layan sajalah.
Tengah malam buta, tak pun hampir 1 pagi baru sampai depan rumah di kampung. Alhamdulillah.
To be continued!!! Klik
No comments:
Post a Comment