Resepi baba katanya !
Setia buka kedai hanyalah mamak tapi tidak lalu dek tekak pula. Tawaf pekan Gerik beberapa kali terjumpa satu kedai nasi lemak, nama dia Nasi Lemak Ayam Godam.
Kondisi resto !
Apa maksud godam? Godam pada fahaman orang pantai timur adalah pukul atau ketuk. Maknanya ayam goreng diketuk dan dikerat-kerat sebelum dimakan bersama nasi lemak.
Jadilah nasi lemak godam !
Ayam goreng selepas digodam !
Gambar atas menzahirkan rupa paras nasi lemak ayam godam. Ada nasi, timun sehiris dan ayam berempah yang diketuk dan dikerat-kerat. Sambal dihidang berasingan, letak dalam mangkuk kecil.
Cuba sesudu, dua sudu, tiga sudu dan seterusnya !
Tengok anak-anak sedap melantak, lapar kut ! Tapi tekak beta tidak dapat menerima. Ada rasa pelik pada ayam dan sambal. Tapi makan jugalah sekadar tak nak perut kosong.
Nak order makanan lain macam tak ada, jadi hadap jugalah nasi lemak ayam godam. Orang sebelah kata sedap, selera masing-masing kut.
Tekak beta kata nehi, maka tidurlah beta pada malam tersebut dalam kelaparan.
Tekak beta kata nehi, maka tidurlah beta pada malam tersebut dalam kelaparan.
Ketam Batu
No comments:
Post a Comment