Monday, 17 April 2017

CATATAN PERJALANAN KE BUKIT FRASER 2017 : 7 TEMPAT MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI PLUS TEMPAT MAKAN DI BUKIT FRASER


Entri ini adalah catatan terkini aku ke Fraser's Hill (April 2017). Update kepada catatan lama (Mei 2015) yang mencatat jumlah pengunjung yang agak tinggi. Jika berminat untuk baca, boleh klik SINI !

Perjalanan aku opkoz bermula dari rumah, rumah aku pun tak jauh mana dari Bukit Fraser. Tinggalkan rumah dalam keadaan perut kosong, dengan niat untuk bersarapan di Dataran Kuala Kubu Baru.

Apa istimewanya Dataran Kuala Kubu Baru?

Tidak lain tidak bukan, kedai makan ala pantai timur. Bersarapan dengan nasi berlauk ataupun nasi kerabu. Banyak lauk pauk boleh dipilih walaupun di awal pagi.

Memang menjadi tumpuan penduduk setempat, dan juga abam2 kakak2 bomba, polis dan kakitangan gomen Kuala Kubu Baru. Nama kedainya D'Ganu Selera Besut.

Aku pernah buat entri khusus untuknya dulu D'Ganu Selera Besut !


Tapi sekali aku sampai, D'Ganu Selera Besut sudah tutup daaaa ! Bukan setakat tutup, bahkan sudah diganti dengan kedai makan lain. Maknanya sudah tidak ada di Dataran KKB, mengkali pindah ke premis baru.

Sesiapa ada info tolong update ye ! Kempunan aku nak merasa nasi berlauk Besut !

Dimaklumkan juga pada hari Ahad, kesemua kedai makan di Dataran KKB tutup pada waktu pagi kecuali satu, Soto Istimewa KKB. Kedai makan ini sudah lama wujud, tapi aku tak pernah masuk.

Bini aku kata, jom cuba ! Mana tahu kena dengan tekak. Aku ikutkan saja since choice yang lain adalah ke pekan Kuala Kubu Baru which aku tak tahu mana kedai yang agak ok. Yang aku tahu kedai mamak KKB, menu sarapan istimewanya telur cobra.

Telur cobra bukan telur ular tedung ! Tapi roti canai banjir yang dihidangkan bersama dua biji telur separuh masak. Tang mana cobranya, lawak laki bini kata lepas makan ada kepala yang kembang machiam kepala ular tedung !

Back to breakie, soto pun soto lah since aku malas nak masuk pekan. Soto Istimewa KKB bukan setakat jual soto, nasi lemak dan lain-lain pun ada (mee kari, mee sup, nasi goreng, mee goreng dan aneka menu pagi yang aku dah lupa apa !).

Anak-anak ambil nasi lemak ayam goreng, bini aku order meehun soto dan aku dalam keadaan blur minta mee kari.

Unsangkarable sedap juga ! Nasi lemak ok cuma sambal sikit sangat tuan tanah kedaung bagi. Meehun soto, bini aku kata lepas ISO manakala mee kari pula, bagi aku kuah dia sedap, cuma mee yang agak kureng sikit.

Overall ok bagi aku sekeluarga.


Kalau ada masa, boleh juga anda semua terokai keunikan pekan Kuala Kubu Baru. Kalau nak tahu, pekan KKB merupakan pekan tinggalan kolonial British. Banyak kesan-kesan sejarah yang masih ada. Aku pun pernah terpikir nak buat entri khusus untuk KKB, tapi sehingga kini masih bertangguh.

Nantilah bila dah cukup bahan dan ada masa, aku buat !

Melepasi pekan KKB, dari 2 lorong laluan menjadi 4 lorong macam gambar di atas. Jalan cukup cantik, jadi tidak hairan jika mat-mat motor menjadikan lokasi ini medan mengasah kepala lutut terutamanya pada hujung minggu.

Alang-alang dah sampai, jangan lupa singgah sekejap di Empangan Kuala Kubu Baru.


View yang amat cantik, air kebiruan dengan latar belakang bukit bukau kehijauan. Sejuk mata memandang. Masa musim kemarau yang lepas, ditengah-tengah empangan timbul pulau-pulau kecil yang tandus. 

Masa itu rakyat negeri Selangor terpaksa dicatu bekalan air. Memang seksa. Bak kata kawan aku, nak berak pun terpaksa tahan sebab tak nak bazir air untuk cebok !

Jalan 4 lorong yang cantik ini aku rasa dibina khusus sebab adanya empangan ini. Lepasi sahaja empangan, jalan 4 lorong yang cantik molek ini menjadi 2 lorong yang amat sempit dan bengkang bengkok seperti ular dipalu !


Inilah keadaan jalan ke Bukit Fraser. Kalau jenis mudah mabuk kenderaan machiam anak sulung aku, memang kes naya. Sediakan minyak angin cap Kapak siap-siap. Ataupun cuba tidur sepanjang perjalanan.

Aku risau je ada yang termuntah. Jika seorang yang muntah, tak mustahil yang lain pun akan turut loya sama.

Keadaan jalan memang tak mengizinkan kenderaan dipandu laju. Tapi ada juga yang memecut, maklumlah skill tahap dewa. Yang penting bertimbang rasa. Jangan sebab skill kau hebat, kau pergi cucuk-cucuk bontot pemandu yang slow.

Ada sebab depa slow, bukan skill tak sehebat kau tapi pemikiran dia lagi hebat dari kau ! Safety first de, lagi-lagi kalau bawa keluarga sama. Aku kalau solo memang aku layan korner (tanpa mendatangkan bahaya kepada orang lain). Tapi kalau family ada sama, memang aku drive slow dan skema.

Jalan machiam di atas, paling cun kau drive kurang 30 km/j. Santai menikmati kedinginan hutan dan dihiburkan dengan bunyi hutan (serangga, burung, ungka, pokok bergesel). Memang layan de, rasa tenang kepala otak !


Kalau dah penat, singgah le sekejap di Santuari Ikan Sungai Chiling. Singgah makan  aiskrim Mat Pakistan LoL. Kalau kau tak nak aiskrim pun tak apa, sebab Sg Chiling ini kawasan perkelahan. 

Boleh mandi-manda, tapi jangan pula kau siap mancing atau menjala. Dah namanya santuari ikan, diharamkan untuk menangkap ikan. Kalau orang asli setempat, lain pula ceritanya. Depa pun boleh tangkap sekadar untuk makan, bukannya untuk dijual borong.


Dulu parkir kawasan perkelahan ini kecil yang amat. Kekadang terpaksa parkir di tepi jalan. Jalan pulak kecik, ditambah kereta parking di bahu jalan. Paling malang bila kereta kena gesel dengan lori, menangis tak ada lagu.

Jadi untuk menampung bilangan pengunjung yang makin bertambah, parkir lama beserta gerai dirobohkan, sedikit kawasan pokok-pokok terpaksa dikorbankan untuk menambah ruang parkir.

Bagus memang bagus. Cuma bilangan parkir bertambah, pengunjung makin ramai maka masalah sampah pun makin menyakitkan mata !


Berbelas kali aku ke Bukit Fraser, ini pertama kali aku nampak timbunan sampah di Sg Chiling. Bukan tak pernah nampak sebenarnya, tapi tak sehuduh ini. Beruk-beruk dan monyet-monyet pun dah mula pandai menyelongkar dan memakan sampah.

Kau tak rasa ini dah mengganggu kelestarian alam dan keseimbangan eko-sistem? Beruk-beruk dan monyet-monyet sepatutnya makan buah-buahan dan dedaun hutan, bukannya sisa nasi goreng kau !

Pendapat aku, sepatutnya sampah sarap tidak dibuang sebegini terutamanya di kawasan eco-tourism. Wajib bawa sampah sarap kau balik ke rumah. Kat rumah pandai pula kau disposed sampah cantik-cantik. Sini kau main campak sesuka hati.

Salah siapa ?


Laluan ini juga amat penting dalam lipatan sejarah negara. Disinilah Sir Henry Gurney terkorban diambush komunis (Batu 56.5 Kuala Kubu Road) pada 6 Oktober 1951. Masa itu zaman darurat. Henry laki bini otw ke resort mereka di Bukit Fraser. Nasib bini dia Lady Isabel Lowther Weir panjang umur.

Selain menjadi laluan pegawai-pegawai British ke Bukit Fraser, Kuala Kubu Road sebenarnya menjadi laluan logistik antara Kuala Kubu Baru dengan Raub / Bentong. Acap kali lori-lori melalui jalan ini untuk mengangkut bekalan. Jadi memang secara routine komunis akan stand-by untuk ambush. 


Nampak saja pintu gerbang ini tandanya dah sampai di satu tempat dipanggil The Gap. Gap ini dulu tempat menunggu untuk naik ke Bukit Fraser. Dulu hanya ada satu laluan ke puncak, jadi kena gilir-gilir untuk naik dan turun.

Aku ingat lagi ada gate machiam gate keretapi, dengan pondok pekerja milik JKR. Petugas tersebut akan memastikan kenderaan dibenarkan naik hanya pada waktu-waktu tertentu. Petugas juga kena pastikan apa kenderaan terakhir, kalau kenderaan tersebut tidak juga muncul maknanya ada masalah di pertengahan jalan.

Itu dululah. Kini tak perlu tunggu turn sebab naik guna laluan lain, turun pun akan guna laluan sehala yang lain. Jarak dari Gap ke Bukit Fraser sekitar 8 km. Gap juga lengkap dengan kemudahan awam seperti surau dan tandas. Gerai pun ada kalau nak minum-minum dulu.


Laluan ke puncak Bukit Fraser dari Gap sempit yang amat. Ngam-ngam muat satu kereta. Jadi bertabah dan mohon bertimbang rasa. Jangan nak laju sangat, dan please jangan tiba-tiba berhenti tepi jalan nak berswa-foto bagai.

Memang tak dibenarkan berhenti pun !

Nak sangat, kau jalan kaki Bukit Fraser - Gap ! Nak berhenti banyak kali pun tak ada yang kisah. Ramai je mat salleh dan mat Jepun jalan kaki sambil bawa DSLR sikit punya bagak.


Lepasi jarak 8 km dari The Gap, ini lokasi wajib kunjung dan wajib swa-foto yang pertama kau jumpa. Menara jam Bukit Fraser !

Waktu puncak kau kena tunggu turn nak ambil gambar. Kekadang bertindan-tindan umat dalam gambar kau. Bercampur-aduk family dengan non-family. Nak tunggu semua clear memang tak lah. Akan ada saja yang akan interprem !

Sekitar menara jam ini semua bangunan tinggalan kolonial. Balai polis pun tinggalan tahun 1919. Tahun yang hampir sama untuk pejabat Pos.

Berdekatan ada 2 hotel kalau kau nak bermalam. Puncak Inn dan Shahzan Inn. Aku tiada pengalaman dengan Puncak Inn. Tapi Shahzan Inn aku pernah bermalam beberapa kali. So far so good, lepak-lepak minum pagi dan minum petang memang marbeles.


Jalan-jalan sekitar menara jam, aku tinjau-tinjau gerai tepi jalan. Jual makanan ringan dan lain-lain. Anak-anak aku sempat merasa aiskrim potong, pestaim. Pelik depa tengok aiskrim potong, selama ni duk biasa dengan Magnolia !

Nun dihujung jalan dalam gambar di atas adalah Shahzan Inn dan banglo untuk disewa. Depan gerai-gerai ini pula ada kedai jual cenderamata.

Parkir area menara jam memang leceh sikit terutamanya hari cuti. Kereta banyak tapi ruang parkir sikit. Bertabahlah kalau kena menapak. Tapi tak apa sebab Bukit Fraser bukan panas membahang. Cuma laluan tak berapa nak baby friendly especially kalau kau angkut baby dalam stroller.


Dulu tak ramai yang tahu, kini makin ramai pengunjung Bukit Fraser akan meluangkan masa ke Air Terjun Jeriau. Laluan ke air terjun pun dah cantik. Kalau dulu, laluan tanah merah dan berbatu, memang kena pakai kasut but untuk keselamatan.

Sekarang laluan dah diturap konkrit, pakai high heel pun tak ada masalah. 

Kemudahan awam memang cukup, gerai minuman, surau dan tandas. Cuma aku cuba jenguk surau, berkunci pula. Kenapa ye ?


Untuk ke sini jangan lupa 3 perkara. Pertama minuman, sebab memang akan haus, kena menapak jauh juga dari jalan utama. Lupa bawa, tak perlu risau sebab ada gerai jual minuman.

Kedua, pakaian mandi. Kalau lupa juga terpaksa mandi bogel. Anak aku mandi dengan seluar jalan. Lepas mandi, basah kuyup masuk kereta, terus paginya kereta aku bau hapak.

Ketiga, jalan ke Jeriau juga muat-muat untuk satu kereta tapi lalulintas dua hala. Kena berhati-hati dan bertimbang rasa. Jangan malu-malu nak bunyikan hon sebab kekadang penglihatan kita dilindungi oleh selekoh tajam, pepohon dan juga tebing tinggi. Memang susah nak nampak kenderaan datang dari depan.


Sakan anak-anak aku mandi manda di Jeriau. Hampir sejam. Badan sejuk perut mula lapar. 

Restoran Puncak ini memang peberet aku kalau ke Bukit Fraser. Nasi campur ala Johor kekdahnya. Minuman oren, sirap dan air kosong adalah percuma. Owner pun peramah dan ringan mulut.

Selain Restoran Puncak, ada banyak lagi kedai makan berdekatan. Cuma aku tak pernah cuba. Kedai cenderamata pun ada kalau nak borong cenderamata.


Lepak-lepak layan mata di Taman Awam Jalan Pine. Taman ini bersebelah je dengan Restoran Puncak dan medan selera. Dah kenyang, mata mesti mengantuk. 

Taman yang simple tapi terjaga rapi dan cantik juga. Aku nak layan mata lama-lama kat sini tapi anak-anak aku dah tak sabar untuk ke Allan's Water dan The Paddock.



Tarikan utama anak-anak aku ke sini adalah untuk main bebola gergasi. Apa kobondo Jang?

Bola besar bagak, kau masuk dalam bola tersebut kemudian operator akan isi angin dan tolak bola ke tengah tasik. Kau kat dalam bola suka hati nak buat apa. Nak baring, nak bergolek, nak apa pun tak ada orang nak larang selagi tak mendatangkan bahaya.

Malangnya operator yang mengendalikan bebola gergasi dah tak ada. Cuti atau hilang terus aku pun tak tahu. Cuma ada paddle boat. Anak-anak aku tak minat dan aku pun tak berapa nak berani nak bagi anak-anak aku main paddle boat. Rasa kecik sangat lagi walau dah sekolah rendah.

Tinggalkan Allan's Water dengan gundah gulana - anak-anak. Tapi hati aku kembang kuncup - selamat duit aku muahahahaha !



Sebelah Allan's Water adalah Edible Garden. Ada sayur-sayuran dan bunga-bungaan tanah tinggi. Aku tak pernah masuk, nampak dari luar machiam biasa-biasa saja. Tak boleh nak komen banyak.



Kalau minat main kuda dan suka memanah, inilah tempatnya jika ke Bukit Fraser. Dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Sabtu dan cuti umum dilanjutkan sehingga 7 malam. Tapi perlu diingat, lunch hour 12-2 petang ditutup seketika. Operator pun nak makan juga. 



Tiket untuk tunggang kuda, RM9 untuk dewasa dan RM6.50 untuk kanak-kanak bagi setiap pusingan. Hanya seorang dibenarkan naik dengan harga tersebut. Jika bapak dan anak nak naik berdua, kena bayar RM11. Jimat sikit dari naik berasingan.

Setiap pusingan selama mana ?

Tak lama pun de, aku agak kurang dari 5 minit hehehehe. Silap-silap tak sampai 3 minit. Ok lah sekadar nak rasa naik kuda kan ?



Memanah pula RM11 untuk 10 anak panah. Take your time and no need to rush kata instructor. Tarik napas dan lepas. Tarik lagi dan lepas. Teknik nak bagi tepat ke sasaran, tapi bila anak aku panah entah ke mana-mana perginya.

Kena banyak berlatih kata anak aku, hohoho RM11 sekali main nak oiiiii ! Mana nak cekau duit kalau nak panah sehingga pandai !



Ini untuk yang berjiwa adventurius dan cintakan kedamaian ! Merentas denai hutan, ada beberapa denai dari yang mudah, sederhana dan mencabar jiwa raga.

Sebelum itu pastikan ada orang yang tahu kau nak masuk hutan, takut sesat tapi tak ada orang sedar akan kehilangan kau ! Pernah ada cerita orang hilang di Bukit Fraser, kau jangan buat main-main !

Aku minat juga tapi ada baby kurang setahun. Tangguh dulu sampai besar sikit. Tapi aku tengok mat salleh slumber je bawa baby umur bawah setahun masuk hutan.



Panda di Bukit Fraser ?

Biar betiq !

Ini machiam mascot atau tema Aida Daniya Tea House. Antara cafe terbaru di Bukit Fraser. Aku singgah tinjau-tinjau, nak makan masih kenyang. Next trip akan kupastikan perut kosong, baru aman nak makan-makan.



Eh ! Kita nak balik dah ke ?

Ye nak, dah petang ni, jom balik !

Kau nak turun jangan salah jalan. Naik jalan lain, turun pun jalan lain ye ! Signboard banyak, kepompem tak salah masuk laluan. Tapi ada juga yang terkonpius atau saja-saja buat konpius.

Aku pernah hampir eksiden sebab moto turun dari Bukit Fraser guna laluan yang salah. Nasib masing-masing masih panjang umur !

Laluan turun ini bila dah sampai bawah (The Gap), turn right untuk ke KKB dan KL. Turn left akan membawa kau ke Raub !

Sebelum aku tutup entri ini, aku kasi list tempat menarik di Bukit Fraser ;

1. Empangan Kuala Kubu Baru
2. Santuari Ikan Sungai Chiling
3. Menara jam pekan Bukit Fraser
4. Air terjun Jeriau
5. Allan's Water + Edible Garden
6. The Paddock (Pavilion Archery + Pavilion Paddock)
7. Jungle Trails (Bishop etc)

Tempat makan pula, yang aku rasa ok dan pernah rasa sendiri adalah Restoran Puncak dan Shahzan Inn Coffee House. Next time aku nak cuba Aida Daniya Tea House, dah rasa aku kasi review.

Penutup kata, Bukit Fraser bagus untuk pengunjung yang sukakan kedamaian dan jauh dari hiruk pikuk kota. Kalau dapat bermalam lagi bagus, boleh rasai suasana dingin, nyaman dan mendamaikan. 

Tapi kalau kau memang lahiriah kaki horey ! horey ! sesungguhnya Bukit Fraser tak sesuai untuk kau !

Sekian dan selamat bercuti ke Bukit Fraser. 

- Ketam Batu -

59 comments:

  1. tenkiu for updated review, sangat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM sudi singgah. Semoga percutian tuan berjalan lancar Inshaa Allah.

      Delete
  2. Alhamdulillah... sangat membantu.. harus repeat lagi.. aritu naik main redah je.. banyak tempat tak pegi..

    Tq Tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM Puan Yanie sudi singgah. Kalau saya, berkali pergi pun tak pernah puas, sebab FH jauh dari hiruk pikuk.

      Delete
  3. sangat bagus entry ni...cuma satu sahaja tuan tanah tak cerita, dingin kah di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM tuan sudi singgah. Pendapat peribadi saya, waktu senja membawa ke malam hingga awal pagi memang sejuk. Sebelah siang pula tengok musim, kadang kala boleh rasa bayu dingin, ada masa pedih juga kulit.

      Delete
  4. entry yang sangat membantu..baru first time nak pergi Fraser Hill,bawak anak-anak jenjalan.tak sabar nak pergi cuti sekolah bulan 8 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM tuan/puan sudi singgah. Selamat bercuti dan selamat beristirehat.

      Delete
  5. tq tuan. saya akan ke sana buat pertama kali bulan 11 nanti. entri tuan sgt membantu.

    ReplyDelete
  6. Trma kasih. Sangat membantu. Cuma nak tanya kalo kereta kecik mcm myvi boleh naik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuan/puan, MyVi lagi power engin ratio to weight. Memang boleh sangat.

      Delete
  7. Info yang baik....akan ke Fraser Hill bersama Family pada 25 Nov 2017 hingga 27 Nov 2017....Bercuti bagi menghilangkan kepenatan bekerja di tahun 2017

    ReplyDelete
  8. Berapa km dri bawah keats.. Katanya jln agak merbahaya betul ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari The Gap ke FH sekitar 8 km saja. Jalan dah ok dah, cuma bengkang bengkok je. Slow2 Inshaa Allah ok.

      Delete
  9. TQ tuan atas entry ni. Kami sekeluarga Xder aral nak kesana Dalam waktu terdekat. Byk info Dari tuan. Tq.

    ReplyDelete
  10. Boleh ke naik frase hill pakai bas ?

    ReplyDelete
  11. Askum
    ..Entry yg sgt2 mbantu...bulan 9 nak pegi semua tmpat yg en listkan...dan nk merasai scones katanya pling sdp di smoke house...dan nk stay 2 hr di sana...sy mmg sukekan nature...dan relax2...so rse dh bca entry en.ni...this is the best plce boleh relese otak kita kan..tq yaaa

    ReplyDelete
  12. Sedang usha2 apa best Bukit Fraser .. thanks info :)

    ReplyDelete
  13. Saya suka ke Fraser Hill tenang dan mendamaikan aje..berhajat nak pergi lagi tapi cadangnya nak day trip saja nanti..

    ReplyDelete
  14. Terima kasih entry ini...betul² membantu...saya nak bawak 3 orang anak remaja saya...harap² mereka suka...

    ReplyDelete
  15. Tq tuan..Dah pegi tuan..ingt nk pegi lg..sna xsesibuk CH..

    ReplyDelete
  16. assalam, bang nak tanya, kalau bas nak masuk ke pusat frase hill tu muat tak

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum Tuan... Meman terbaik komentar ini... 👍.t.kasih

    ReplyDelete
  18. bcadnag p FH April nnti
    TQVM

    ReplyDelete
  19. Boleh naik bas ke bukit Fraser? Klau blh,kena ambik dekat mana yer..tumpang tanya😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya tiada perkhidmatan bas ke Bukit Fraser. Melainkan charter teksi dari Kuala Kubu Baru atau guna perkhidmatan Grab/Uber (ikut nasib juga).

      Delete
  20. Dari raub ke FH keadaan jalan mcm mana yer?Brp jaraknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang 30 km, bagi saya ok cuma bengkang bengkok.....

      Delete
  21. Aku suka entry ni...jalan cerita kemas n tersusun mmg ikut perjalanan sebenar..cara penyampaian penulisan tak membosankan dan sempoi..bila baca..terasa mcm tgh borak dgn ko..😂😂

    ReplyDelete
  22. terbaik sharing tuan..insha aalah weeknd nnti 1st time ever nk menjengah FH

    ReplyDelete
  23. Terima kasih info berguna..anggaran tempoh perjalanan dari KkB ke atas berapa lama ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekitar 30-45 min sahaja, bergantung kepada pemanduan.

      Delete
  24. nak tanya...adakah jalannye terlalu bengkang bengkok...

    ReplyDelete
  25. Mn lg sejuk & best compare dgn CH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk tengok pada musim sebenarnya. Best atau tidak bergantung kepada citarasa masing2. Kalau nak happening p CH, kalau nak sunyi dan privacy, p FH.

      Delete
  26. Dekat sana ada masjid atau surau ke tuan? Ada kariah ke?

    ReplyDelete
  27. terima kasih atas perkongsian, sy dah lm tertarik utk kesana, belum kesampaian lagi.ada yg kata hanya 4wd shj yg mampu mendaki.agk2 kereta exora biasa boleh sampai tak? 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh puan. Saya pernah ke sana dengan basikal, motosikal, kereta dan 4WD.

      Delete