Saturday, 22 April 2017

BATERI KOYOKO YTZ5S-BS UNTUK YAMAHA FZ150i

Tiga tahun menjadi pengguna FZ150i, ini kali ketiga aku tukar bateri.

Bateri standard kilang, GS GTZ5S hanya bertahan selama 1 tahun 8 bulan dengan mileage 38,000 km lebih kurang.

Jahanam bila aku lupa nak turn off ignition switch. Lampu menyala semalaman dan terus bateri dried-out.

Ada aku ceritakan kat sini KLIK

Bateri asal tersebut aku gantikan pula dengan bateri Koyoko YTZ5S-BS Nano-Gel Technology.

Uniknya bateri ini, ada indicator 'TEST' untuk kita kenal pasti kondisi bateri. Inovasi ini dikenali sebagai intelligent capacity detector indicator.

Orang kata dengan teknologi Nano-Gel, hayat bateri akan lebih lama.

Tapi bateri Koyoko YTZ5S-BS Nano Gel Technology pada moto aku hanya mampu bertahan selama 1 tahun 4 bulan dengan mileage lebih kurang 26,000 km.

Untuk  makluman, aku berulang-alik setiap hari ke tempat kerja, 5 hari seminggu dengan jarak hampir 180 km. 

Sepanjang tempoh aku berulang alik setiap hari, Alhamdulillah langsung tiada masalah yang timbul.

Cuma sepanjang 4 bulan yang lalu, moto lebih banyak parkir di halaman rumah atas sebab-sebab tertentu. Setiap 3-4 hari aku panaskan enjin dan ride very short distance.

Mungkin sebab itu jangka hanyat bateri aku tak panjang, jarang guna menyebabkan bateri tak boleh charging completely. Lama-lama kong !

Bila aku baca manual, rupanya jika moto jarang digunakan, bateri sepatutnya kena re-charge setiap 4-6 bulan, selama 5-8 jam. 


Antara simptom awal bateri hampir kong, adalah starter automatik gagal berfungsi. Bila aku tekan starter, bunyi cranking pun tak ada.

Aku sangkakan masalah starter, langsung aku tak terfikir nak check bateri. Lagi pula, kick starter masih boleh digunakan.

Berbulan jugalah aku guna kick starter tanpa masalah. Sehinggalah pada suatu ketika, moto aku gagal untuk dihidupkan. 

Naik lenguh kaki aku tekan kick starter. Masa itu baru terfikir nak check bateri.

Tekan butang "TEST', lampu merah menyala menunjukkan bateri dah lemah sangat dan perlu re-charge secepat mungkin. Terus hantar bengkel untuk re-charge bateri, dengan kos cuma RM3.

Lepas re-charge, sudah boleh guna kick starter tapi starter automatik masih gagal berfungsi.

Seminggu selepas itu, bateri kembali weak menyebabkan aku mengambil keputusan untuk beli saja bateri baru.


Aku masih lagi memilih Koyoko tapi kali ini tanpa Nano Gel Technology, harganya RM78. 

Bateri ini juga tanpa intelligent capacity detector indicator walaupun nombor model adalah sama dengan Nano Gel Technology. 

Lepas tukar bateri baru, starter automatik kembali berfungsi. 

Lega ! bukan masalah starter tetapi bateri yang sudah weak. Syukur juga bukan masalah coil atau rectifier !

Harap-harap betullah telahan aku ini.

- Ketam batu -

8 comments:

  1. Jadi koyoko ni elok ke tak bro. Pakai bateri biasa je la camtu kalau setakat setahun je tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang lain guna ok je bro. aku je terkena tak sampai setahun.

      Delete
  2. Sy guna Nanogel koyoko tu,alhamdulillah hmpr 4 tahun baru kong..mungkin sy bernasib baik kot

    ReplyDelete
  3. Sama la.. aku guna hampir empat tahun, minggu lepas starter xberfungsi.. pakai kaki plak seminggu.. semalam Kickstarter pon dah hampeh.. arini check tengok indicator merah.. kalau caj boleh ke agaknya.. dah empat tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar baru je lah bro, charge pun rasanya tak lama sangat boleh pakai.

      Delete
  4. Sy baru beli batery ni ..nk tgk brape lama boleh bertahan di Honda wave 125i..masa oarking di rmh tu samada semlaman atau berminggu2 ..di nasihatkan lapik dgn papan agar aliran karan batery tak disharge .. ramai yg kata gitu ..dan sy sentiada lakukan..terutama pd big bike sy..

    ReplyDelete