Showing posts with label Bercuti Ke Teluk Batik. Show all posts
Showing posts with label Bercuti Ke Teluk Batik. Show all posts

Monday, 21 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 05 : Vale Eco Centre (Pusat Ekologi Vale)

Reception and mini gallery.

Vale Eco Centre (Pusat Ekologi Vale)
Persiaran Teluk Batik
Teluk Batik
32200 Manjung
Perak

Tel : +605-690 9502 (Office), +6011-3602 3362 (Mobile)

Open Daily (Monday To Sunday including Public Holidays)

Time : 8.30 am - 6.00 pm

NO Admission Fee (FREE !)


Website : Vale Malaysia

Facebook : Vale Eco Centre

Vale Eco Centre merupakan satu tarikan terbaru ke Teluk Batik. Terbaru dari segi penjenamaan semula. 

Asal kawasan ini merupakan hutan simpan, iaitu Hutan Simpan Teluk Muroh @ Hutan Simpan Teluk Rubiah.

Hutan simpan ini sering dikunjungi oleh anggota Navy untuk aktiviti riadah dan aktiviti pasukan.

Aku sendiri tak pernah dengar keduanya, sama ada Vale Eco Centre mahupun Hutan Simpan Teluk Muroh @ Hutan Simpan Teluk Rubiah.

Jadi aku mula menggunakan khidmat encik gugel untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Agak menarik, dan kontroversi juga asal-usul Vale Eco Centre. 

Maklumat gugel jelas menyatakan Vale merupakan pemain global industri perlombongan bijih besi, berasal dari Brazil dan mempunyai cawangan di serata dunia.

Beberapa tahun lepas, Vale telah mengembangkan operasinya ke Malaysia dan dikurniakan sebidang tanah yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh @ Teluk Rubiah.

Vale kemudiannya telah membangunkan kilang bijih besi, dan ini mencetuskan reaksi negative dikalangan penduduk setempat dan juga pencinta alam sekitar.

Ini kerana sebahagian Hutan Simpan Teluk Muroh @ Teluk Rubiah telah digondolkan untuk pembinaan kilang tersebut. Selain daripada itu, dikhuatiri juga pencemaran dari bijih besi itu sendiri.

Bijih besi dari serata dunia dikumpulkan di kilang besi Vale Teluk Rubiah, sebelum diedarkan ke serata pasaran Asia.

Meredakan bantahan awam dan juga sebagai sebahagian daripada CSR @ Corporate Social Responsibility, Vale telah menggazetkan sebahagian daripada hutan simpan yang dikurniakan (715 acre out of its 1196 acre property) untuk tujuan pemuliharaan ekologi.

Maka, Vale Eco Centre dilancarkan pada Oktober 2015, sebagai platform untuk mempromosikan kepentingan biodiversiti Hutan Simpan Teluk Rubiah !

Developed separuh dan conserved separuh ! ! !

Kajian saintifik bersama MSN pada Januari 2014 menunjukkan Hutan Simpan Teluk Rubiah (Vale Eco Centre) cukup kaya dengan kepelbagaian spesis;

  • lebih 100 jenis species tumbuhan 
  • 125 species burung
  • 28 species pepatung
  • mamalia kecil termasuk 3 species primate
  • coral dan species marine yang lain !


Sejak dahulu lagi kawasan hutan simpan ini bebas dimasuki oleh orang awam untuk aktiviti riadah.

Tapi sebaiknya, lapor diri dulu di reception Vale Eco Centre untuk sebarang aktiviti riadah.

Antara aktiviti utama di Vale Eco Centre adalah menjejaki denai hutan dan bird watching.

Disamping itu, mereka juga active menjalankan aktiviti bulanan bagi tujuan pelestarian, dengan penglibatan masyarakat seperti pelajar sekolah, IPT dan orang awam.

Jika berminat, boleh terus berhubung dengan mereka untuk keterangan lanjut.

Kut la ada cikgu cikgi nak bawa anak murid untuk lawatan sambil belajar, cuti sekolah pun dah tak lama !

Atau ketua kampung nak bawa anak buah skodeng burung !

Semua dialu-alukan, hubungi sahaja nombor seperti di atas untuk maklumat lanjut.

Aku sendiri sewaktu TRIP KE TELUK BATIK sempat skodeng Vale Eco Centre, dan merasai sendiri aktiviti menjejaki denai dan bird watching.

Tidak perlu guide, sebab setiap denai telah ditanda dengan penunjuk arah yang lengkap.

Kalau perlu khidmat guide juga, boleh minta khidmat nasihat dan bantuan pihak Vale Eco Centre.

Next entry aku akan tulis pengalaman aku sewaktu hiking dan skodeng burung di Hutan Simpan Teluk Rubiah (Vale Eco Centre) !

- Ketam Batu -

Sunday, 20 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 04 : Marina Water Park

Marina Water Park dari tingkat 10 Marina Cove !

Bila gambar gambir Marina Water Park aku transfer dari Nikon D3100 ke komputer, kemudian aku touch up sana-sini, tiba-tiba nampak cantik la pulok.

Face to face nampak burok dan usang, dalam PC aku tiba-tiba nampak marbeles.

Marbeles tak cara aku amek gambar ?

Marbeles tak cara aku touch up gambar ?

Ok, tak perlu jawab pun tak pe ha ha ha !

Sesape yang menginap di Marina Cove dan Marina Height jika di bawah pengurusan yang sama akan diberi complimentary voucher untuk masuk Marina Water Park.

Bilangan vouchers mengikut jenis bilik. Macam aku, booking bilik superior, cuma dapat 2 vouchers. Makin besar bilik yang ko booking, maka makin banyak complimentary vouchers yang ko dapat.

Mudah kata ikut kapasiti bilik yang kita booking !

Kalau ahli rombongan lebih ramai dari complimentary vouchers, tak perlu risau. Boleh beli di kaunter tiket Marina Water Park.

Macam aku ari tu, ada 2 complimentary vouchers sahaja. Kena beli satu lagi dengan harga 7 ringgit untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Dewasa aku tidak pasti berapa pula harga tiket.

Class 1 - under 12 years old and height 3 ft and below ! Kata website, tinggi lebih dari itu consider adult !

Kalau ikut info yang ditampal, water park ini hanya dibuka Jumaat, Sabtu, Ahad sahaja !

Marina Water Park ini cuma bersebelahan sahaja dengan Marina Cove. Dekat sangat dengan swimming pool dan coffee house Marina Cove.

eh ! Jap !

Aku mushkil dengan hari-hari water park ini dibuka. Pada kaunter tertampal info yang water park ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad.

Kalau datang weekdays Isnin hingga Khamis bagaimana pula ?

Harga bilik Marina Cove akan sedikit murah sebab tiada complimentary voucher untuk masuk Marina Water Park ?

Boleh sesapa bagi pencerahan ?

Children playground dalam secoet !

Gelongsor !

Marina Water Park tidak lah besar mana. Balik-balik pusing tang situ juga.

Malahan hanya separuh sahaja yang dibuka. Separuh lagi macam tidak diisi air. Cetek sangat, sampai boleh nampak pasir.

Pool di Marina Water Park memang sengaja diisi pasir. Katanya sebab itu air nampak keruh dan kadang kala kehijauan.

Disamping kolam air tawar, ada satu lagi kolam air masin yang agak besar saiznya.

Sewaktu mula-mula skodeng dari tingkat 10 Marina Cove, aku ingatkan kolam pancing.

Rupanya masa sembang dengan ahkak yang jaga cafe, ia kolam air masin dan boleh bermandi-mandian.

Tapi pada hari tersebut, ia tidak dapat digunakan kerana air masin masih belum penuh. Jenuh nak pam tapi air tak masuk-masuk juga.

Entah tersumbat kat mana !

Tiada orang ! Air sampai ke sudah belum penuh !

Cerita pasal ahkak cafe di Marina Water.

Ahkak tersebut bermurah hati untuk beri minuman percuma berupa secawan milo ais.

Puncanya tersalah bancuh ! aku order nescafe air tapi dia bancuh milo ais.

Sodoqoh katanya, lagi pun dah nak tutup kedai.

Nak pulangkan balik pun anak aku awal-awal lagi dah hirup, nak testing katanya.

Aku nak bayar pun dia tak nak.

Alhamdulillah dan terima kasih, moga rezeki ahkak makin murah dan diberkati Allah.

Skodeng ahkak cafe !

Cafe beliau tak banyak barang jualan, at least apa yang aku lihat.

Cuma ada minum-minuman dan kudap-kudapan. Paling heavy pun maggie cup !

Tak tahulah kalau sebelah pagi dan tengah hari banyak barang jualan. Aku masuk pun dah lewat petang. Nak tutup kedai dah pun !

Berbalik pada cerita Marina Water Park, aku rasa perlu major make over. Maklumlah dengan usia yang dah agak lanjut, kemudahan di sini bagi aku sedikit out dated.

Tapi masih ok dengan harga tiket. 7 ringgit je pun. Tak tahu lah kalau dah make over harga tiket jadi mahal !

Anak-anak aku tak lama pun mandi-manda di Marina Water Park.

Sebab aku tak berapa berkenan dengan air yang keruh dan kehijauan. Bini aku pun duk sibuk WA kencing tikus la apa la bla bla bla !

Anak-anak aku kata boleh bau klorin yang agak kuat ! Entah betul atau tidak. Tak pula aku pergi menghidu untuk confirmation.

Setengah jam ke kut, kemudian angkut anak-anak aku mandi di swimming pool Marina Cove pula.

Air lebih jernih, dan orang pun tak ramai.

Dolphin tersadai sendirian ! Ini depan pintu masuk water park.

Complimentary vouchers untuk hari ke 2 pun aku tak guna. Hibah saja pada bebudak dua beradik yang aku jumpa kat swimming pool.

Hope bebudak tu enjoy seadanya ! dan selamat seadanya. 

Terima kasih juga pada bebudak dua beradik tersebut, siap beli bola getah harga 8 ringgit, kemudian hibah kat anak-anak aku.

Aku betul-betul konpius dan tak faham !

- Ketam Batu -

Saturday, 19 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 03 : Restoran Tomyam Teluk Muroh !

Teluk Muruh @ Teluk Muroh ?

Jika sebelah siang aku anak beranak makan di Silaturrahim, malamnya aku makan di Restoran Teluk Muruh. Letaknya di tepi Jalan Teluk Muroh, Lumut. Tidak jauh dari base Navy.

Sepanjang Jalan Teluk Muroh ada banyak kedai makan Siam, tapi kedai ini anak kedua aku yang pilihkan. Sebab nampak grand berbanding kedai makan Siam yang lain.

Memang sedikit grand sebab siap ada ruang makan beraircond. Tapi aku anak beranak memilih untuk makan di ruang open air. Makan berbumbungkan bintang langit sambil menghirup udara malam.

Chewah ! ! !

Pelanggan agak ramai, tapi service bagi aku efficient. Belum panas montot, waitress come lote putih melepak datang bawakan menu.

Awek Patani beb ! Kecek loghat Patani pekat giler !

Tetapi sesama depa cakap Siam. Sawadikap sana, sawadikap sini. Cuma dengan pelanggan cakap Melayu dialek Patani.

Meja paling depan dipenuhi otai Harley Davidson !

Patani hot food ! Patani hot waitress ada tak ?

Makanan pun cepat saja sampai. Cuma hampir tertukar dengan pesanan pelanggan sebelah meja aku. Member siap salah hantar ikan melintang ke meja aku ! terbeliak mata anak-anak aku !

Nasi goreng USA untuk aku dan anak kedua. Jauh tapi cepat sampai lepas aku roger Mr POTUS Trumph !

Chicken chop untuk anak  sulung aku !

Nyam nyam ! Dap dap dap !

Tidaklah marbeles tapi sedap !

Total termasuk minuman tak sampai 30 ringgit. Entah mahal atau murah. Aku rasa murah je, lagipun dalam mood holiday kan !

- Ketam Batu -

Friday, 18 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 02 : Kedai Makan Silaturrahim @ Jalan Teluk Batik (Sedap Dan Murah !)

Kedai kampung biasa je !

Aku sebenarnya tak pernah dengar pun pasal kedai makan Silaturrahim, Jalan Teluk Batik. Jumpa pun secara tak sengaja. 

Dari penginapan aku di Marina Cove, aku meligau cari kedai makan sebab anak-anak aku cepat kebuluq. 

Aku drive hingga ke simpang tiga jalan masuk ke Teluk Batik, nampak banyak kereta duk parking kiri dan kanan bahu jalan.

Firasat aku, kalau ramai orang mesti sedap !

Kebetulan ada ruang parking kosong, ngam-ngam depan kedai dan ngam-ngam buat kereta aku. 

Buat brek mengejut dan kilas masuk. Nasib baik belakang tiada kereta, kalau tak mampos kena maki !

Mula-mula tengok seat, masih banyak kosong. Tak perlu risau sangat.

Kemudian tinjau lauk pauk. Mak ko ijo ! sikit punya heaven. Banyak nau lauk pauk dan paling best ulam-ulaman !

Masakan kampung segala jenis, ikan bakar, ayam bakar, ikan pekasam, bergoreng, bergulai dan segala macam jenis.

Meleleh ayaq liuq !

Lauk pauk !

Goreng-gorengan !

Gulai-gulaian !

Itu baru sikit tau ! sebab orang makin ramai dan sibuk memilih lauk. Jadi aku naik segan nak snap sana, snap sini.

Ulam-ulaman kampung memang fresh ! siap dengan budu sambal belacan. Tempoyak je tak ada. Lupa aku nak snap gambar ulam-ulaman itu semua, nampak fresh dan menyelerakan.

Konsep kedai ini adalah layan diri @ onani ! Ko pilih dan ambil lauk sendiri, bawa ke meja dan baru panggil pembantu kedai untuk kira. Dah habis makan baru bayaq !

Minum-minuman pun layan diri, kecuali kalau ko nak minum minuman panas. Untuk minuman sejuk, berderet pilihan, ko cuma perlu ambil dan tambah ais.

Tapi amaran keras dari aku, minuman kat sini bagi aku memang stok untuk potong kaki. Manis giler ! anak-anak aku duk ulang tambah ais sebab terlampau manis.

Secawan boleh bahagi 2 orang, kalau tak tahan manis sangat !

Tambah ais banyak-banyak !

Pelbagai cordial penggamit kencing manis !

Antara menu yang sempat aku anak beranak bedal ialah ayam bakar, ikan pari masak asam pedas, ikan pekasam, ulam-ulaman, buah tembikai sebagai pencuci mulut dan opkos minum-minuman cordial.

Aku baru nak suap, pinggan anak kedua aku dah licin !

Dua hari berturut aku repeat makan kat sini, sebab sedap dan anak-anak aku suka ayam bakaq depa ! Tak hangus dan tak juga separa masak, just nice orang kampung kata.

Harga aku rasa murah dan berpatutan; tiga pinggan nasi, 4 gelas cordial, dua ketul besar ayam bakaq, 1 ekor ikan pekasam, sambal belacan, dan 3 potong tembikai. Total kos sekitar 24 hingga 27 ringgit.

Murah ke mahal ?

Murah bagi aku ! kalu mahal pun tak kisah sebab memang sedap !

Kedai makan Silaturrahim ini mengingatkan aku kepada Restoran Tasik Raban kat Gerik nun. Dua-dua kedai menggunakan konsep yang sama, menu selera kampung, sedap dan murah.

Bila aku balik opis dan gugel, memang dah ramai buat review. Mostly sependapat, kedai makan ini memang sedap dan murah !

Akan ku repeat jika ke Lumut lagi !

Aku tak pasti apa alamat kedai makan ini, yang aku tahu betul-betul tepi jalan simpang masuk ke Teluk Batik. Kalu korang sesat atau tak jumpa cari, roger saja owner kedai 019-574 7491.

Kedai dibuka setiap hari kecuali Jumaat, jam 11 pagi hingga 4 petang.

- Ketam Batu -

Thursday, 17 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 01 : Pantai Teluk Batik & Chalet Denai Impian

Sayup-sayup !

PART 02 : Kedai makan sedap di Teluk Batik ! 
PART 03 : Tomyam di Teluk Batik !
PART 04 : Main air di Marina Water Park !
PART 05 : Pusat Ekologi Vale !
PART 06 : Merentas hutan Teluk Batik dan Teluk Rubiah !
PART 07 : Bird watching di Teluk Batik !

Aku bawa anak-anak jalan-jalan ke Pantai Teluk Batik.

Lepak-lepak hirup udara segar tepi pantai. Sambil memerhatikan gelagat pengunjung.

Anak-anak aku nak mandi laut, tapi aku keberatan untuk izinkan. Muncungs !

Jom ikut abah snappy gambar gambir, nanti upah ais-krim ! Kembali ceria.

Anak sapa le ni !

Nak naik bot tak ?

Naik pisang ! Anak aku nak, tapi aku gayat !

3 ringgit kepada operator sebelum boleh labuhkan punggung !

Merenung jauh, kena inteprem dengan kapal-kapalan !

Abam-abam NAVY berBBQ, tak ajak pong !

Abam2 NAVY main bola tampar pantai ! 

Berdekatan pantai ada banyak deretan kedai. Kedai makan dan kedai cenderamata.

Tapi aku tak ambush pun kedai-kedai itu semua. Malas ! nak bermalas-malasan tepi pantai bersama anak-anak sahaja sambil makan ais-krim.

Dataran pun aku tak pergi sebab waktu hampir tengah hari, panas terik.

Malam ada aku singgah dataran, tapi banyak nyamuk pula untuk melepak. Serius, area sini memang banyak nyamuk waktu malam !

Kalau melepak malam next time, akan aku bawa ubat nyamuk. Sapu repellant pun tak jalan !

Chalet dan resort pun banyak sekitar Pantai Teluk Batik. Antara yang sempat aku skodeng adalah Chalet Denai Impian.

Pengusaha bumiputera !

Melarikan diri dari nyamuks ! banyak nyamuks !

Chalet 3 segi !

Reception.

Deretan chalets.

Close up ! nak jenguk sampai dalam segan/takut, bukan aku kenal owner/client chalet !

Gerai mee hun sup tapi tutup !

Info lanjut boleh layari FB dan blog mereka.




Chalet dan resort sekitar Pantai Teluk Batik




- Ketam Batu -

Monday, 7 November 2016

aPa YaNG MeNaRiK Di DaeRaH MaNJuNG, PeRaK ?

Entri aku pada kali ini lebih kepada bentuk pertanyaan.

Musababnya, aku tak pernah ke daerah Manjung, iaitu salah satu dari 11 buah daerah atau jajahan negeri Perak Darul Ridzuan.

Tapi betul ke aku tak pernah ke Manjung ?

Bila aku Google untuk menyelongkar keunikan Manjung, tetiba aku rasa nak hempuk kepala sendiri ke dinding !

Baru ku tahu, Manjung adalah daerah yang menempatkan lokasi percutian terkenal di negara kita iaitu Pangkor, Lumut dan Teluk Batik !

Aku pernah ke Lumut !

Aku pernah ke Teluk Batik !

Jadi maknanya aku pernah ke daerah Manjung !

Cuma aku tak pernah cuba menyelongkar khazanah Manjung selain Lumut dan Teluk Batik. 

Lebih lahanat lagi, aku langsung tidak tahu ! Rupanya selama ini Lumut dan Teluk Batik aku telah jejakkan kaki, tanpa aku sedar sebenarnya aku telah ke Manjung !

Lupakan seketika episod pening lalat aku berkenaan Manjung. 

Sejarah daerah Manjung yang sempat aku extract dari Wikipedia...

Daerah Manjung sebelum 1973 dikenali sebagai daerah Dinding. Pada zaman pemerintahan British, atau lebih tepat lagi zaman Negeri-negeri Selat terbentuk, Dinding menjadi sebahagian daripada Pulau Pinang.

Susulan daripada perjanjian Pangkor, kerajaan Perak terpaksa menyerahkan Dinding kepada Pulau Pinang dan hanya dikembalikan semula selepas 10 tahun, iaitu pada tahun 1937.

Menariknya menurut cerita, alasan Sultan Perak untuk menuntut kembali Dinding adalah kerana tanpa Dinding, Perak akan kekal sebagai negeri tidak berpantai !

Kini daerah Manjung merangkumi Sitiawan, Lumut, Pangkor, Pantai Remis, Ayer Tawar, Lekir dan Beruas dengan pusat pentadbiram di Seri Manjung.

Menarik di Manjung;

1. Teluk Batik
2. Teluk Rubiah - kini Vale Eco Centre
3. Lumut Waterfront
4. Pantai Pasir Panjang
5. Teluk Senangin
6. Pasir Bogak
7. Teluk Nipah
8. Pantai Puteri Dewi
9. Pangkor
10. Kota Belanda
11. Muzium Beruas

Serta aku pasti bermacam lagi yang menarik ada di Manjung !

Kenapa aku gigih sangat Google pasal Manjung ?

Minggu depan aku kena campak ke Manjung, out station kata orang kampung aku. Lebih tepat lagi sekitar Seri Manjung dan Beruas.

Sekarang tengah Google pula penginapan yang ok di Manjung. Ada masa ada rezeki aku tulis entri aktiviti aku di Manjung nanti.

Sekian, terima kasih baca entri merapu !

- Ketam Batu -