Showing posts with label tempat menarik di Teluk Batik. Show all posts
Showing posts with label tempat menarik di Teluk Batik. Show all posts

Monday, 21 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 05 : Vale Eco Centre (Pusat Ekologi Vale)

Reception and mini gallery.

Vale Eco Centre (Pusat Ekologi Vale)
Persiaran Teluk Batik
Teluk Batik
32200 Manjung
Perak

Tel : +605-690 9502 (Office), +6011-3602 3362 (Mobile)

Open Daily (Monday To Sunday including Public Holidays)

Time : 8.30 am - 6.00 pm

NO Admission Fee (FREE !)


Website : Vale Malaysia

Facebook : Vale Eco Centre

Vale Eco Centre merupakan satu tarikan terbaru ke Teluk Batik. Terbaru dari segi penjenamaan semula. 

Asal kawasan ini merupakan hutan simpan, iaitu Hutan Simpan Teluk Muroh @ Hutan Simpan Teluk Rubiah.

Hutan simpan ini sering dikunjungi oleh anggota Navy untuk aktiviti riadah dan aktiviti pasukan.

Aku sendiri tak pernah dengar keduanya, sama ada Vale Eco Centre mahupun Hutan Simpan Teluk Muroh @ Hutan Simpan Teluk Rubiah.

Jadi aku mula menggunakan khidmat encik gugel untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Agak menarik, dan kontroversi juga asal-usul Vale Eco Centre. 

Maklumat gugel jelas menyatakan Vale merupakan pemain global industri perlombongan bijih besi, berasal dari Brazil dan mempunyai cawangan di serata dunia.

Beberapa tahun lepas, Vale telah mengembangkan operasinya ke Malaysia dan dikurniakan sebidang tanah yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Teluk Muroh @ Teluk Rubiah.

Vale kemudiannya telah membangunkan kilang bijih besi, dan ini mencetuskan reaksi negative dikalangan penduduk setempat dan juga pencinta alam sekitar.

Ini kerana sebahagian Hutan Simpan Teluk Muroh @ Teluk Rubiah telah digondolkan untuk pembinaan kilang tersebut. Selain daripada itu, dikhuatiri juga pencemaran dari bijih besi itu sendiri.

Bijih besi dari serata dunia dikumpulkan di kilang besi Vale Teluk Rubiah, sebelum diedarkan ke serata pasaran Asia.

Meredakan bantahan awam dan juga sebagai sebahagian daripada CSR @ Corporate Social Responsibility, Vale telah menggazetkan sebahagian daripada hutan simpan yang dikurniakan (715 acre out of its 1196 acre property) untuk tujuan pemuliharaan ekologi.

Maka, Vale Eco Centre dilancarkan pada Oktober 2015, sebagai platform untuk mempromosikan kepentingan biodiversiti Hutan Simpan Teluk Rubiah !

Developed separuh dan conserved separuh ! ! !

Kajian saintifik bersama MSN pada Januari 2014 menunjukkan Hutan Simpan Teluk Rubiah (Vale Eco Centre) cukup kaya dengan kepelbagaian spesis;

  • lebih 100 jenis species tumbuhan 
  • 125 species burung
  • 28 species pepatung
  • mamalia kecil termasuk 3 species primate
  • coral dan species marine yang lain !


Sejak dahulu lagi kawasan hutan simpan ini bebas dimasuki oleh orang awam untuk aktiviti riadah.

Tapi sebaiknya, lapor diri dulu di reception Vale Eco Centre untuk sebarang aktiviti riadah.

Antara aktiviti utama di Vale Eco Centre adalah menjejaki denai hutan dan bird watching.

Disamping itu, mereka juga active menjalankan aktiviti bulanan bagi tujuan pelestarian, dengan penglibatan masyarakat seperti pelajar sekolah, IPT dan orang awam.

Jika berminat, boleh terus berhubung dengan mereka untuk keterangan lanjut.

Kut la ada cikgu cikgi nak bawa anak murid untuk lawatan sambil belajar, cuti sekolah pun dah tak lama !

Atau ketua kampung nak bawa anak buah skodeng burung !

Semua dialu-alukan, hubungi sahaja nombor seperti di atas untuk maklumat lanjut.

Aku sendiri sewaktu TRIP KE TELUK BATIK sempat skodeng Vale Eco Centre, dan merasai sendiri aktiviti menjejaki denai dan bird watching.

Tidak perlu guide, sebab setiap denai telah ditanda dengan penunjuk arah yang lengkap.

Kalau perlu khidmat guide juga, boleh minta khidmat nasihat dan bantuan pihak Vale Eco Centre.

Next entry aku akan tulis pengalaman aku sewaktu hiking dan skodeng burung di Hutan Simpan Teluk Rubiah (Vale Eco Centre) !

- Ketam Batu -

Thursday, 17 November 2016

TRIP KE TELUK BATIK (NOVEMBER 2016) - 01 : Pantai Teluk Batik & Chalet Denai Impian

Sayup-sayup !

PART 02 : Kedai makan sedap di Teluk Batik ! 
PART 03 : Tomyam di Teluk Batik !
PART 04 : Main air di Marina Water Park !
PART 05 : Pusat Ekologi Vale !
PART 06 : Merentas hutan Teluk Batik dan Teluk Rubiah !
PART 07 : Bird watching di Teluk Batik !

Aku bawa anak-anak jalan-jalan ke Pantai Teluk Batik.

Lepak-lepak hirup udara segar tepi pantai. Sambil memerhatikan gelagat pengunjung.

Anak-anak aku nak mandi laut, tapi aku keberatan untuk izinkan. Muncungs !

Jom ikut abah snappy gambar gambir, nanti upah ais-krim ! Kembali ceria.

Anak sapa le ni !

Nak naik bot tak ?

Naik pisang ! Anak aku nak, tapi aku gayat !

3 ringgit kepada operator sebelum boleh labuhkan punggung !

Merenung jauh, kena inteprem dengan kapal-kapalan !

Abam-abam NAVY berBBQ, tak ajak pong !

Abam2 NAVY main bola tampar pantai ! 

Berdekatan pantai ada banyak deretan kedai. Kedai makan dan kedai cenderamata.

Tapi aku tak ambush pun kedai-kedai itu semua. Malas ! nak bermalas-malasan tepi pantai bersama anak-anak sahaja sambil makan ais-krim.

Dataran pun aku tak pergi sebab waktu hampir tengah hari, panas terik.

Malam ada aku singgah dataran, tapi banyak nyamuk pula untuk melepak. Serius, area sini memang banyak nyamuk waktu malam !

Kalau melepak malam next time, akan aku bawa ubat nyamuk. Sapu repellant pun tak jalan !

Chalet dan resort pun banyak sekitar Pantai Teluk Batik. Antara yang sempat aku skodeng adalah Chalet Denai Impian.

Pengusaha bumiputera !

Melarikan diri dari nyamuks ! banyak nyamuks !

Chalet 3 segi !

Reception.

Deretan chalets.

Close up ! nak jenguk sampai dalam segan/takut, bukan aku kenal owner/client chalet !

Gerai mee hun sup tapi tutup !

Info lanjut boleh layari FB dan blog mereka.




Chalet dan resort sekitar Pantai Teluk Batik




- Ketam Batu -