Showing posts with label Jejak Masjid. Show all posts
Showing posts with label Jejak Masjid. Show all posts

Monday, 27 February 2017

JEJAK MASJID # Masjid India Muslim Ipoh


Masjid dengan usia melebihi 100 tahun, diiktiraf sebagai bangunan warisan dan tersenarai dalam Heritage Trail di bandaraya Ipoh.

Mengikut catatan sejarah, masjid ini dibina pada tahun 1908 oleh Sheikh Adam berketurunan Tamil.

Disebabkan itu, rekabentuk masjid ini cenderung ke arah Chitya India, yang banyak dipengaruhi oleh gaya Moghul. 

- Ketam Batu -

Friday, 25 November 2016

JEJAK MASJID # Masjid Sultan Abdul Samad @ Masjid KLIA

Masjid ini dahulunya dikenali sebagai Masjid KLIA, kerana dibina oleh Malaysia Airports Holdings Berhad dan lokasinya tidak jauh dari KLIA.

Pembinaannya bermula pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998. Seterusnya dirasmikan oleh Pemangku Sultan Selangor pada waktu itu, Tengku Idris Shah pada 12 Ogos 2000.

Senibina masjid ini dikatakan gabungan senibina tradisional Melayu dan Timur Tengah.

Jumlah kubahnya adalah 3 manakala minarets pula 2.

Facebook : Masjid KLIA

Sewaktu LCCT masih beroperasi, aku kerap singgah di masjid ini, sama ada untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, ataupun sekadar menghabiskan masa sementara menunggu waktu berlepas.

Tetapi sebaik sahaja KLIA2 berdiri megah, aku tidak lagi melencong ke Masjid KLIA, sebaliknya solat sahaja di surau KLIA2.

Sehinggalah beberapa hari yang lepas, tergerak hati aku untuk sana. Sewaktu dalam perjalanan ke KLIA, kebetulan masuknya waktu Asar.

FIL gusar sebab telah masuk waktu dan aku pula terlajak RnR. 

Masjid KLIA pilihan yang tepat dan paling dekat untuk bersolat pada masa itu.

Menghampiri masjid, baru aku tahu namanya kini telah bertukar kepada Masjid Sultan Abdul Samad.

Keadaannya masih sama seperti beberapa tahun yang lepas. Tidak banyak perubahan.

To be continued, pics akan menyusul kemudian !

Update 28/11/2016


Kubah dan menara Masjid KLIA.

Laluan !

Pandang belakang !

Pandang depan !

Wudu' or ablution area.

Laluan hijau, brilliant idea untuk elakkan dari tergelincir kerana lantai agak licin terutama jika hari hujan.

Ruang solat luar @ open air.

Dewan solat utama.

Taman @ smoking area ?

Lega ! Berhampiran ablution area.

- Ketam Batu -

Monday, 17 October 2016

JEJAK MASJID # MaSJiD NuRuSSaLaM, GeRiK, PeRaK

Masjid Nurussalam Gerik.

Masjid ini mula digunakan mulai tahun 2015. Bukan sahaja penduduk setempat, masjid ini juga sering menjadi persinggahan para musafir yang menggunakan Lebuhraya Timur-Barat.


Rekabentuk masjid.

Dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada tanggal 11 Julai 2015. 

Facebook : Masjid Nurussalam

Masjid Nurussalam
Jalan Kuala Rui
33300 Gerik
Perak

- Ketam Batu -

Sunday, 16 October 2016

JEJAK MASJID # SuRau KuNiNG KG aiR PaNaS (HiLiR), GeRiK, PeRaK


Surau diberi gelaran KUNING, mungkin kerana warnanya kuning. Letaknya di Kampung Air Panas (Hilir), Gerik iaitu sebuah perkampungan Melayu tradisional. Cuba Google tapi tiada maklumat lanjut berkaitan surau ini.

- Ketam Batu -

Friday, 14 October 2016

JEJAK MASJID # MaSJiD MuKiM LaKoTa, JaJaHaN JeLi, KeLaNTaN

Luaran masjid.

Masjid ini dibina di atas sekeping tanah yang diwakafkan oleh seorang penduduk kampung bernama Pak Mat pada awal tahun 70an. Asalnya sebuah surau yang kemudiannya dinaiktaraf sebagai masjid pada tahun 80an.


Ruang solat.


Setor dan ruang untuk musafir berehat.


Lakota bermaksud batu sempadan. Ini kerana mukim ini hampir dengan sempadan Malaysia - Thailand.

Rujukan Masjid Mukim Lakota

Masjid Mukim Lakota
Mukim Lakota
17600 Jeli
Kelantan

- Ketam Batu -

Thursday, 13 October 2016

JEJAK MASJID # MaSJiD aL-TauFiQiaH, KuaLa KaNGSaR, PeRaK

Alamat lengkap Masjid Al-Taufiqiah.


Luaran masjid - rekabentuk agak lama.


Halaman masjid agak luas, ada beberapa unit kedai.


Ruang solat.


Tanda asas majlis perasmian.


Kutipan dana untuk projek penambahan ruang.


Masjid Al-Taufiqiah
Kampung Chuar Kati
33020 Kuala Kangsar
Perak.

- Ketam Batu -