Masjid ini dahulunya dikenali sebagai Masjid KLIA, kerana dibina oleh Malaysia Airports Holdings Berhad dan lokasinya tidak jauh dari KLIA.
Pembinaannya bermula pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998. Seterusnya dirasmikan oleh Pemangku Sultan Selangor pada waktu itu, Tengku Idris Shah pada 12 Ogos 2000.
Senibina masjid ini dikatakan gabungan senibina tradisional Melayu dan Timur Tengah.
Jumlah kubahnya adalah 3 manakala minarets pula 2.
Facebook : Masjid KLIA
Sewaktu LCCT masih beroperasi, aku kerap singgah di masjid ini, sama ada untuk menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa, ataupun sekadar menghabiskan masa sementara menunggu waktu berlepas.
Tetapi sebaik sahaja KLIA2 berdiri megah, aku tidak lagi melencong ke Masjid KLIA, sebaliknya solat sahaja di surau KLIA2.
Sehinggalah beberapa hari yang lepas, tergerak hati aku untuk sana. Sewaktu dalam perjalanan ke KLIA, kebetulan masuknya waktu Asar.
FIL gusar sebab telah masuk waktu dan aku pula terlajak RnR.
Masjid KLIA pilihan yang tepat dan paling dekat untuk bersolat pada masa itu.
Menghampiri masjid, baru aku tahu namanya kini telah bertukar kepada Masjid Sultan Abdul Samad.
Keadaannya masih sama seperti beberapa tahun yang lepas. Tidak banyak perubahan.
To be continued, pics akan menyusul kemudian !
Update 28/11/2016
Update 28/11/2016
Kubah dan menara Masjid KLIA.
Laluan !
Pandang belakang !
Pandang depan !
Wudu' or ablution area.
Laluan hijau, brilliant idea untuk elakkan dari tergelincir kerana lantai agak licin terutama jika hari hujan.
Ruang solat luar @ open air.
Dewan solat utama.
Taman @ smoking area ?
Lega ! Berhampiran ablution area.
- Ketam Batu -
macam mana nk ke masjid ni eh kalau dari klia2 ? ada public transport x utk ke situ?
ReplyDeleteMohon maaf, saya tidak tahu. Mohon readers bagi info ye, Inshaa Allah.
Delete