Showing posts with label Kedai Makan Rawang. Show all posts
Showing posts with label Kedai Makan Rawang. Show all posts

Wednesday, 21 October 2015

BeRSaRaPaN SeLeRa PaNTai TiMuR Di D'GaNu SeLeRa BeSuT @ FooD CouRT DaTaRaN KuaLa KuBu BaRu


Kalau ada yang on the way ke Bukit Fraser, bolehlah singgah Food Court Dataran Kuala Kubu Baru untuk makan2 atau sekadar untuk menghilangkan lenguh memandu.

Ada beberapa kedai makan yang agak popular di Food Court Kuala Kubu Baru, antara yang paling pemos amos adalah Asam Pedas. Memang sering menjadi tumpuan penduduk setempat dan mereka yang dalam perjalanan untuk ke Bukit Fraser.

Tapi yang ambe nak review pada kali ini bukan Asam Pedas tapi jirannya iaitu D'Ganu Selera Besut. Pada namanya saja sah2 menu yang ditawarkan berasaskan selera orang pantai timur.

Kunjungan ambe ke D'Ganu Selera Besut adalah pada waktu pagi, untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke KPJ Rawang (guna jalan lama, gegeh tak nak bayar tol).

Antara menu untuk sarapan pagi di D'Ganu Selera Besut adalah nasi berlauk, nasi dagang, nasi minyak dan kuih muih. Aneka jenis lauk terhidang membuka selera, sehingga tak tahu nak kaut yang mana satu.

Tamak punya pasal, segala jenis lauk mahu disenduk masuk pinggan. Tengok sahaja pun dah buat kecur liur, bila masuk ke mulut tak terkata sedapnya (pada selera tekak ambe lah). Tapi selera kena kontrol, muda2 dulu bolehlah suap segala aneka masuk perut. Bila usia menjelang 4series, segala penyakit mungkin datang menjengah, jadi pemakanan terpaksalah dijaga rapi (uhuk uhuk uhuk napsu makan menangis).

Antara menu yang menjadi santapan kami sekeluarga pada pagi tersebut. Anak2 memang menjadi kelaziman untuk bersarapan sama ada dengan nasi lemak ataupun nasi kerabu. Manakala ambe sah2 nasi berlauk menjadi pilihan. Kelazatan nasi berlauk terletak pada sambalnya, tidak terlalu pedas dan juga tidak terlalu manis manakala gulainya perlu sedikit berlemak. 

Final verdict; memang tak rugi singgah sini untuk bersarapan. Harganya juga berpatutan dan boleh dikategorikan sebagai murah. Jadi kalau anda kebetulan on the way ke Bukit Fraser, cuba2 lah untuk bersarapan di D'Ganu Selera Besut, Dataran Kuala Kubu Baru.

Address;
D'Ganu Selera Besut
Dataran Kuala Kubu Baru.
Kuala Kubu Baru, Selangor.

GPS;
N/A

Contact number;
+6012-528 4178

Facebook;
N/A


Thursday, 4 December 2014

JoM MaKaN : Restoren Sukho Thai Bukit Beruntung | 30/11/2014

As-Salam & Salam Sejahtera,


Address;
No. 29, Jalan Adenium 2G/13, Pusat Perniagaan Adenium BB5, Bukit Beruntung, Rawang, Selangor.

Reservasi;
+603-6021 7862 & +6012-232 2859

Waktu operasi;
Masakan Melayu 7.30 am - 3 pm
Masakan Thai 3 pm - 11.45 pm

Sukho Thai ini merupakan salah satu tempat makan yang menjadi sebutan di sekitar Bukit Beruntung mahu pun Rawang. Pendek kata ia menjadi tumpuan jika ada event makan2 dikalangan keluarga terdekat mahu pun bersama rakan2.

Namun begitu, ini merupakan kali pertama kami sekeluarga ke sana walau tempat tinggal kami dikira tidak jauh mana dari Sukho Thai. Singgah ini pun kerana terasa lapar selepas menemankan anak2 berenang di Bukit Beruntung Golf & Country Club.

Pertama kali menjejakkan kaki, terasa akan kelainan Sukho Thai berbanding restoren yang lain. Suasananya agak santai dan terasa privacy. Mungkin sebab masa kami tiba, pelanggan masih belum ramai.

Kami memilih sudut yang agak terpencil. Agar lebih privacy dan juga kerna anak2 yang agak nakal, silap2 waktu makan sudu garpu boleh terbang ke sana-sini.

Satu lagi yang buat Sukho Thai meyakinkan, layanannya cukup pantas. Letak saja punggung kerusi, pelayan terus tiba membawakan menu dan menunggu untuk ambil order. 

Terkebil-kebil juga kami memilih menu, maklumlah perut tengah lapar, terasa semua mahu dimakan. Fikir punya fikir kami pesan nasi puteh bersama sup cendawan dan ayam masak merah untuk anak2. Menu kami pula tomyam Sukhothai, kerabu mangga, kangkung goreng belacan beserta nasi putih dan sepinggan mihun goreng.

Sementara menunggu hidangan yang kami pesan tiba, ambe ambil kesempatan untuk mengambil beberapa shoot untuk dikongsi sama;

Anak2 suka main instrumen untuk panggil petugas restoren, nasib baik tak tertekan butang. Nakal sungguh!!!

Lukisan pada dinding, cantik.

Pemilihan warna yang tepat dan pencahayaan yang sederhana membuatkan suasana di Sukhothai cukup mendamaikan.

Eh! Baru pelayan bawa hidangan kitalah!!!

Tidak perlu menunggu lama, santapan kami telah tiba kecuali teh tarik yang sedikit lambat;

Limau asam boi Sukhothai memang marbeles kecuali sedikit manis. Anak2 ambil kesempatan untuk minum fresh orange dan sirap bandung berais. Kalau kat rumah jangan harap ais boleh disentuh.

Tomyam Sukhothai, rasanya masam2 manis walaupun pelayan yang ambil order kata ianya pedas. Isinya cendawan, ayam dan segala machiam seafood. Rasanya pada tekak ambe, cukup unik dan marbeles tak terkata. Dah rasa machiam makan kat Krabi pula.

Mihun goreng out sebab lembik. Kangkung goreng belacan biasa2 saja tapi kerabu mangga mencapai stendet tekak ambe.

Sup cendawan pun marbeles, tapi ayam masak merah just ok2 saja. Namun tetap dibedal sehingga licin pinggan.

Tak pasti tekak orang lain, tomyam Sukhothai dan sup cendawan memang marbeles, menu lain yang kami order bagi ambe biasa2 saja. Overall agak puas hati datang makan kat sini, paling penting environment Sukhothai ambe suka.

Total RM56, dengan suasana restoren, pada ambe harga ini cukup berbaloi.

Malangnya sebaik tiba di rumah kami semua ter-cherry. Tak tahu kat mana silapnya. Masa makan tadi tak pula terasa basi kat mana2. Mungkin perut kami tak tahan dengan tomyam Sukhothai kut.

Cherry pun rasanya kami tak serik untuk ke Sukhothai lagi.

Tapi sebelum itu nak cuba Restoren Mohd Chan Abdullah dulu, menu Cina Muslim juga di Bukit Beruntung.

Sampai masa ambe kongsi di sini k.bai!!!