Showing posts with label Kedai Makan Tanjong Malim. Show all posts
Showing posts with label Kedai Makan Tanjong Malim. Show all posts

Tuesday, 18 July 2017

CERITA SELEPAS RAYA !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahatera,

Hari ini 24 Syawal 1438H, bermakna seminggu lagi Syawal akan pergi meninggalkan kita. Tahun ini rasa sekejap sangat puasa dan sekejap sangat raya.

Maknanya masa makin pantas berlalu, atau kita terlalu leka dengan duniawi sehingga tidak sedar akan masa yang sentiasa berdetik.

Sedar atau tidak, kita semakin menghampiri detik untuk bertemu dengan Sang Pencipta, Allah SWT.

INSOF..... INSOF...... INSOF lah wahai umat !

Sepanjang Ramadhan memang aku tak update blog langsung. Kalau update pun, bukan kat sini tapi blog surau perumahan aku. Tak ada cerita apa pun, sekitar aktiviti mengimarahkan surau dan Ramadhan je.

Raya baru-baru ini aku balik kampung angkat, Sabah nun. Hari-hari update kat Insta sebagai diari. Senang aku nak recall balik kalau nak nulis dalam blog nanti. 

Pic raya aku gabung menggunakan apps Layout. Aku malas nak simpan pic banyak-banyak dalam henpon sebab memori kecik. Simpan banyak gambar buat henpon aku pening lalat. Kejung tak tentu pasal.


Aku bukanlah hardcore mamak ! Tapi anak jantan aku nombor 2 suka sangat nasi lemak mamak ! Madeena Curry House merupakan salah satu port peberet dia.

Balik dari cuti raya, bawa dia datang sini untuk sarapan. Lepas gian selepas sebulan berpuasa. Siap bertambah lagi.

Berbalik pada bulan puasa, sepanjang Ramadhan kami langsung tak jejak kaki ke param kecuali pada hari terakhir. 

Jejak kaki pun kerna terpaksa, kami dah kemas rumah dan kemas dapur elok-elok sebelum bercuti raya.

Aku rasa banyak betul dapat berjimat bila tak jejak kaki ke param. Bayangkan, sekali pergi busuk-busuk 30-50 ringgit melayang untuk satu family (dua dewasa plus 3 kanak-kanak).

Masak kat rumah memang boleh save banyak, masak pun simple-simple saja. Kekadang berbuka lauk telur dadar dengan ikan masin je hahahaha ! Kesian anak-anak aku.

Bini aku kerja, masak pun ala kadar kecuali hari minggu atau cuti umum. Aku pulak dah nak Maghrib baru sampai rumah, kalau aku masak grand macam mana pun, tetap depa kata tak sedap LoL !


Ini pula nak lepas gian bini aku, sup urat keting. Kalau di Sabah, kacang je nak cari warung yang saji juadah sup urat. Kat sini susah sangat nak jumpa terutama yang dekat-dekat dengan perumahan aku.

Kalau jalan jauh sikit mungkin ada kut, tapi aku memang malas nak drive jauh-jauh melainkan ada keperluan yang mendesak sangat.

Open house banyak tak korang dapat jemputan. Aku rasa ekonomi makin baik kut tahun ni berbanding tahun lalu. Open house makin meriah berbanding tahun sudah yang agak sunyi sepi. Tahun lalu masing-masing tutup pintu, tahun ni dah berani buka balik.

Trend tahun ini diperumahan aku, buat open house di surau. Ataupun buat open house lepas solat Ishaa', jemput orang surau datang. Siang pun ada juga, lebih kepada untuk keluarga dan kenalan terdekat.

Cukuplah dulu ye sembang, nak sambung buat kerja, jam 2 dah ni. Ada masa aku buat entri raya.

- Ketam Batu -

Thursday, 2 March 2017

BON-APP-ETIT # Destina Tomyam Tanjong Malim

Menu peberet dulu, kini dan selamanya !

Apokobondo anak aku minum ni !

Kerabu perut dan sup ekor berpisah tiada.

- Ketam Batu -

Wednesday, 1 March 2017

BON-APP-ETIT # Seri Maju Tomyam Tanjong Malim

Jedi kalau singgah makan, owner tak bagi bawa masuk lightsaber, wajib tinggalkan kat luar.

Deko sakan !

Air tangan makcik siam kat sini sedap tapi aku pelik kenapa jedi2 tak ramai melepak sini.

Menu aku dari dulu, kini dan selamanya mungkin. Tak pernah nak berubah.

Sup ekor tak pernah miss !


Menu-menuan !

Seri Maju antara gerai tomyam peberet aku di Tanjong Malim. Pelanggan tak ramai kalau datang awal, jadi tempoh menunggu tak lama. Makanan pun sedap.

- Ketam Batu -

Tuesday, 20 December 2016

BOB-APP-ETIT # Patron Bakery & Cafe @ Tanjong Malim

Patron Bakery & Cafe
No.38 Jalan Bernam 1
Taman Bernam Baru
35900 Tanjong Malim
Perak

Facebook : Patron Bakery & Cafe



Aku tertarik untuk mencuba antara cafe terbaru di Tanjong Malim, Patron Bakery & Cafe. Lagipun ada kain rentang depan kedai berkenaan dengan promotion patron economy set, chicken chop yang sememangnya antara hidangan peberet anak-anak aku.

Usha dari luar, nampak tak ramai orang, jadi aku agak tak perlu ambil masa lama untuk menunggu santapan tiba. Aku sebenarnya ada masa yang agak terhad pada masa tersebut, tapi dah anak-anak merengek nak menyantap chicken chop, aku layankan saja.

Menu-menuan terus datang mengadap sebaik sahaja montot kami mencecah kerusi. Orang tak ramai kan, cepat aje kena entertain. Terus galak anak-anak aku membelek menu, macam semua dalam menu nak dimakannya. 

Lama pula anak-anak aku membelek menu, terus aku bagi kata putus sebab kami tak boleh lama. Aku order chicken chop untuk depa beserta minum-minuman Coke dan Sprite. 

Bini aku order chili burger dan lemonade. Asalnya aku tak mahu makan, tapi tak kan nak duduk tengok orang makan saja kan. Jadi aku pun order sama dengan bini aku, chili burger dan air, cuba vanilla sedas. 

Time untuk snappy-snappy sementara menunggu hidangan dipersiapkan oleh chef kehormat.

Geram anak-anak aku tengok patung robot dan mainan yang dijadikan hiasan di atas para-para.

Susun atur dalaman kedai. Buat masa ini belum ada ruang makan luaran untuk perokok tegar !

Bagi aku, dengan keadaan pelanggan yang tidaklah ramai, tempoh masa menunggu untuk makanan tiba agak lama jugalah. 

...... dan bila makanan tiba !

Patron Great Chili Burger, RM14.00

Chicken chop, RM13.00

Tergaman seketika masa burger aku sampai. Aku andaikan burger mestilah guna roti burger yang bulat tu kan? Tapi kat sini guna roti sandwich !

Memang ada ye burger guna roti sandwich, ke aku yang ketinggalan MRT? Patron Great Chili Burger kalau aku boleh describe dia punya komposisi; dua keping roti sandwich mengepit erat selonggok daging cincang beserta dengan kekacang panggang. Yup, dia guna daging cincang ! Kemudian ada salad, hirisan tomato dan timun diletakkan disisi sebagai penambah perisa.

30 minit kemudian !

Puas anak-anak aku duk kelebek makanan, cuba makan tapi memang tak kena dengan selera. Ada something yang tak berapa nak masuk. Makan ayam, lain-lain tinggal. 

Aku pula cuba habiskan burger tadi, tak nak membazir le katakan. Tapi tetap juga tertinggal sisa yang tak boleh dihabiskan. Bini aku pun sentuh sikit-sikit saja burger yang dia order.

Nak kata apa ye? 

Tak kena dengan selera kami kut ! Maklumlah, dah biasa makan burger tepi jalan je he he he !

Total damage, RM73.00

- Ketam Batu -

Sunday, 18 December 2016

BON-APP-ETIT # Secret Recipe Taman Anggerik 2, Tanjong Malim

Miss, take away please !

Cappuccino cheesecake, RM8.80

Blueberry cheesecake, RM8.80

Moisture chocolate, RM8.80

Chocolate indulgence, RM8.80


Secret Recipe @ Tanjong Malim
No. 20 Jalan Cahaya
Taman Anggerik 2
35900 Tanjong Malim
Perak

Tel/Fax : +605-458 4996

- Ketam Batu -

Friday, 16 December 2016

BON-APP-ETIT # Gerai Burger Meleleh Taman Wangsa Tanjong Malim - PPP KKLW


Meleleh tang mana bro ?

Tersengih-sengih brade burger bila aku bertanya begitu. Nama gerai dia memang ada perkataan 'meleleh' !

Bukan lelehan dia atau burger aku nak sembang tapi gerai brade tersebut dibiayai oleh KKLW melalui Program Peningkatan Pendapatan.

Menarik !

Program Peningkatan Pendapatan oleh KKLW ini bertujuan mengeluarkan kumpulan sasar dari belenggu kemiskinan. 

Bantuan kewangan dan pengurusan disalurkan melalui agensi KKLW dan agensi kerajaan yang lain seperti Felcra, Felda, Risda, Giat Mara, Kemas dan sebagainya.

Bantuan kewangan maksimum RM10,000 diberi kepada mereka yang layak, juga bantuan latihan bernilai RM1500.


Agak ramai juga pelanggan brade burger tersebut, bertali arus tak putus-putus. Aku kira pendapatannya semalaman agak lumayan juga. Semoga beliau terkeluar dari belenggu kepayahan hidup.

p.s : burger biasa yang brade tersebut jual RM3.20 sebiji, sedap dan meleleh jugalah !

- Ketam Batu -

Wednesday, 30 November 2016

BON-APP-ETIT # Garden Seafood Tanjong Malim

Garden Seafood
8 Jalan Wangsa Utama
Taman Wangsa
35900 Tanjong Malim
Perak.

Phone : +605-458 3398

Operation hours : Daily 11 am - 11 pm

Satu dari dua kedai chinese food yang memiliki sijil halal di Tanjong Malim, jika aku tidak silap. Menjadi pelanggan Garden Seafood untuk belasan tahun yang lampau. Bukan untuk setiap hari tapi agak kerap jugalah makan di sini terutamanya hujung minggu.

Kebiasaan Garden Seafood akan penuh sesak pada hujung minggu. Dibanjiri oleh bukan sahaja dengan penduduk setempat, tapi juga oleh para pelancong yang dibawa oleh deretan bas persiaran. Tapi biasanya pelancong ada ruang khas untuk mereka. Jadi tidaklah mengganggu kami yang bukan pelancong ini.

Tiba-tiba tour guide inteprem semasa aku nak snap ruang makan untuk para pelancong. Ini baru segerombolan kecil, kalau dua tiga bas persiaran tiba serentak memang penuh sesak tempat ini. Juga hingar bingar penuh meriah terutamanya jika pelancong tersebut dari Tanah Besar China he he he !

Menu ada pelbagai variasi. Boleh pilih sama ada nak makan seafood, non-seafood, eksotik seperti rusa dan ostrich, juga vegetarian. Pendek kata sesuai untuk pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Harga mampu makan, dan bukan sekadar mampu tengok. Aku pun tak perasan, rasanya harga masih kekal sejak belasan tahun lalu. Jika ada sebarang peningkatan pun, masih agak minimal sampai aku tak perasan. Tapi aku memang, kalau makan, dan sedap memang tak peduli apa yang berlaku di sekeliling !

Kangkung goreng belacan, sotong goreng, ikan masak masam manis dan tofu bean curd. Small size. Actually ada order ayam goreng, tapi tidak sampai !

Total RM70++ termasuk nasi putih 4, minuman untuk 4 orang plus semangkuk meehun soup. 

Tarikan utama makan di sini bukan sekadar pada makanan sahaja. Tapi tatarias kedai, cukup menarik. Owner peminat tegar barangan antik. Koleksinya turut dipamerkan di kedai.

Koleksi jam lama, photo, basikal dan sebagainya.

Makan sambil cuci mata !

- Ketam Batu -

Monday, 28 November 2016

BON-APP-ETIT # Restoran Faizal Behrang 2020

Luaran biasa-biasa sahaja. Mudah untuk cari, simpang masuk ke Behrang 2020 dari jalan utama, sebelah kiri nampak Masjid Biru Behrang 2020 dan sebelah kanan deretan kedai termasuklah Restoran Faizal.

Setting kedai pun biasa-biasa juga. Gambaran gelap sebab segan nak pakai flash. Hujung minggu dan masih awal pagi, jadi pelanggan masih belum ramai.

Menu sarapan pagi juga biasa-biasa. Selera luar bandar seperti nasi goreng, mee goreng dan mee hun goreng. Presentation pun ala kadar. Tapi orang kampung aku kata don't judge nasi goreng by dia punya bekas !

Nasi lemak pun ada. Aku memang suka sambal nasi lemak yang banyak bawang ! Ikan bilis sikit tarak apa, jangan bawang yang kurang !

Sarapan seorang chempiang ! Sambal bawang, campur-campur mee dan nasi goreng. Teh tarik kurang manis sebagaia pelengkap.

Bagai dikata oleh berita yang disampaikan dari mulut ke mulut. Menu biasa-biasa sahaja tapi sedap, cukup rasa dan cukup perencah. Harga pula amatlah berpatutan. Apa lagi yang sang chempiang mahu ?

Makan sedap, dan murah ! Alhamdulillah.

- Ketam Batu -

Friday, 21 October 2016

JuS BuaH GeLaS BeSaR @ PYoRR TaNJuNG MaLiM

Jus buah gelas besor !

Antara restoran yang paling kami suami isteri suka kunjungi dahulu. Dahulu maksudnya 10 tahun yang lampau. 

Zaman belum ada anak. Selepas ada anak dan anak2 pun sudah besar yakni 10 tahun kemudian, datang keinginan untuk mengimbau kenangan lama.

Juga nak bagi peluang anak2 merasa jus buah yang pernah menjadi ketagihan mak bapak depa dahulu kala.

Nostalgia beb !

Pekerja memang sah2 dah bertukar tapi kondisi kedai masih macam dulu. Menu pun sama, menu siam. Pyorr ni kedai makan siam, tomyam style.

Popular suatu ketika dahulu sebab satu-satunya kedai di Tg Malim yang serve jus buah dalam gelas yang bapak punya besar. La ni trend tersebut mungkin dah out dated tapi memori masih ada beb !

Makan besar !

Alang2 dah re-visit mesti order makan sekali. Sup ekor sudah tentu, ikan siakap masak 3 rasa, kangkung ikan masin dan telur dadar.

Masih sedap macam dulu, harga pun masih berpatutan. Memang puas hati.

Tapi anak2 tak ada pula kata nak repeat. Agaknya trend jus buah gelas besar memang bukan untuk zaman bebudak la ni, dah out dated hahaha !

- Ketam Batu -

Wednesday, 11 November 2015

NiKMaTi SuP SeDaP Di SauDaGaQ SuP JuNioR @ TaNJoNG MaLiM


As-Salam dan Salam Sejahtera,

Bandar atau pekan lain meriah dengan Ani Sup Utara, di Tanjong Malim pula pakat berpusu-pusu ke Saudagaq Sup Junior kalau tetiba teringin nak pekena sup.

Berpusu-pusu memang kena dah, sebab tiap kali ambe lalu depan Saudagaq Sup Junior, cukup meriah cukup ceria, pelanggan tak putus-putus datang menjamu selera.

Itu juga yang membuatkan ambe rimas nak masuk, tak biasa makan kat tempat penuh sesak de.

Sehinggalah cuti sempena Deepavali semalam, Tanjong Malim seakan dilanggar garuda senyap sepi. Saudagaq Sup Junior pun nampak sedikit lengang, jadi terus ambe sekeluarga singgah untuk makan lewat tengah hari.

Deko dalaman Saudagaq Sup Junior.

Susun atur kerusi meja Saudagaq Sup Junior agak rapat dan padat. Imagine saja kalau pelanggan penuh sesak, sah2 berlaga montot kalau nak keluar masuk. Biasanya restoran ini sentiasa dipenuhi oleh siswa-siwi UPSI. Main gesel montot dengan siswi memang lumayan, tapi kalau dengan siswa memang kena mandi bunga 40 hari 40 malam.

Kalau pergi mana-mana kedai sup, servis memang pantas dan cargas. Waitress laju saja ambil order dan laju pula makanan sampai. Sama jualah keadaannya dengan Saudagaq Sup Junior. Jadi kalau dah kebuluq, terjah saja kedai sup, lebih2 lagi sewaktu tak ramai pelanggan.

Menu di Saudagaq Sup Junior sah2 berasaskan sup semata. Rasanya tomyam dan menu bergoreng haram nak jumpa.

Minum-minuman pada harga stendet mendet.

Nasi ayam @ RM4.50 sepinggan.

Sup perut @ RM5.50 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup tulang @ RM6.00 semangkuk, portion untuk seorang.

Sup di Saudagaq Sup Junior memang padu baq ang! Memang sedap dan pekat likat tapi kalau jenis ada darah tinggi, agak2 lah nak hirup. Sebab sup dia kaya dengan garam, agak sedikit masin tapi sedap. Ajinomoto entah ada ke tak, sebab ambe tak reti nak beza masakan ditambah Aji ataupun tidak.

Portion sup pun kira banyak juga, semangkuk sebenarnya portion untuk seorang tapi kalau untuk berdua pun dah kira banyak melainkan untuk kaki melantak.

Nasi ayam pun lepas ISO anak-anak. Hampir licin depa makan kira sedap dah tu. Ambe rasa pun memang mencanak ibu jari naik ke atas tanda sedap!

Harga kira stendet tak mahal dan tak murah. Lagi pun dekat dengan UPSI, kira harga kowtim sajalah.

Alamat:
Saudagaq Sup Utara
Jalan U1, Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Landmarks;
UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Hotel Malim dan Hotel Taman U.

Sekian.