Tuesday 20 December 2016

BOB-APP-ETIT # Patron Bakery & Cafe @ Tanjong Malim

Patron Bakery & Cafe
No.38 Jalan Bernam 1
Taman Bernam Baru
35900 Tanjong Malim
Perak

Facebook : Patron Bakery & Cafe



Aku tertarik untuk mencuba antara cafe terbaru di Tanjong Malim, Patron Bakery & Cafe. Lagipun ada kain rentang depan kedai berkenaan dengan promotion patron economy set, chicken chop yang sememangnya antara hidangan peberet anak-anak aku.

Usha dari luar, nampak tak ramai orang, jadi aku agak tak perlu ambil masa lama untuk menunggu santapan tiba. Aku sebenarnya ada masa yang agak terhad pada masa tersebut, tapi dah anak-anak merengek nak menyantap chicken chop, aku layankan saja.

Menu-menuan terus datang mengadap sebaik sahaja montot kami mencecah kerusi. Orang tak ramai kan, cepat aje kena entertain. Terus galak anak-anak aku membelek menu, macam semua dalam menu nak dimakannya. 

Lama pula anak-anak aku membelek menu, terus aku bagi kata putus sebab kami tak boleh lama. Aku order chicken chop untuk depa beserta minum-minuman Coke dan Sprite. 

Bini aku order chili burger dan lemonade. Asalnya aku tak mahu makan, tapi tak kan nak duduk tengok orang makan saja kan. Jadi aku pun order sama dengan bini aku, chili burger dan air, cuba vanilla sedas. 

Time untuk snappy-snappy sementara menunggu hidangan dipersiapkan oleh chef kehormat.

Geram anak-anak aku tengok patung robot dan mainan yang dijadikan hiasan di atas para-para.

Susun atur dalaman kedai. Buat masa ini belum ada ruang makan luaran untuk perokok tegar !

Bagi aku, dengan keadaan pelanggan yang tidaklah ramai, tempoh masa menunggu untuk makanan tiba agak lama jugalah. 

...... dan bila makanan tiba !

Patron Great Chili Burger, RM14.00

Chicken chop, RM13.00

Tergaman seketika masa burger aku sampai. Aku andaikan burger mestilah guna roti burger yang bulat tu kan? Tapi kat sini guna roti sandwich !

Memang ada ye burger guna roti sandwich, ke aku yang ketinggalan MRT? Patron Great Chili Burger kalau aku boleh describe dia punya komposisi; dua keping roti sandwich mengepit erat selonggok daging cincang beserta dengan kekacang panggang. Yup, dia guna daging cincang ! Kemudian ada salad, hirisan tomato dan timun diletakkan disisi sebagai penambah perisa.

30 minit kemudian !

Puas anak-anak aku duk kelebek makanan, cuba makan tapi memang tak kena dengan selera. Ada something yang tak berapa nak masuk. Makan ayam, lain-lain tinggal. 

Aku pula cuba habiskan burger tadi, tak nak membazir le katakan. Tapi tetap juga tertinggal sisa yang tak boleh dihabiskan. Bini aku pun sentuh sikit-sikit saja burger yang dia order.

Nak kata apa ye? 

Tak kena dengan selera kami kut ! Maklumlah, dah biasa makan burger tepi jalan je he he he !

Total damage, RM73.00

- Ketam Batu -

1 comment: