Showing posts with label Pasar Besar Siti Khadijah. Show all posts
Showing posts with label Pasar Besar Siti Khadijah. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

Trip Merdeka 2013 Ke Kota Bharu

Apa yang merdeka sangatnya sampai buat trip ke Kota Bharu? Bila baca title macam nak buat perarakan bagai sempena hari kemerdekaan.... boleh gitu? 

Trip merdeka ini khusus untuk melawat ibunda terchenta di kampung.... sementelah lagi masa Aidilfitri yang lalu ambo tidak berkesempatan untuk pulang menjenguk beliau. Kena pula sejak akhir2 ini kesihatan beliau sedikit terganggu, tapi Alhamdulillah kini semakin beransur pulih.

Entry kali ini ambo akan rewind balik alkisah kami sekeluarga bercuti ke Kota Bharu sempena cuti kemerdekaan yang lepas.

@ LCCT seawal Subuh 30/8/2013

Disebabkan kami pilih penerbangan Air Asia seawal pagi..... awal tak awal mana, flite jam 8.30 pagi..... sekitar 4 am kami sudah meninggalkan rumah menuju LCCT. Kenit bongsu masih nyenyak tidur kami paksa masuk kereta. Trip kali ini hanya kenit bongsu yang follow, kenit sulung tinggal di rumah menemankan neneknya yang baru sampai dari kampung. Biasanya neneknya aka myMIL akan ikut sekali kemana-mana trip yang kami rancang, cuma kali ini beliau agak kepenatan dan lebih suka berehat di rumah.

Keadaan highway lancar membolehkan kami sampai ke LCCT dalam masa kurang daripada 2 jam, ngam2 Subuh kami sampai dan parking kereta kat tempat biasa..... bersebelahan dengan Tune Hotel dengan kadar RM16 sehari. Dari parking lot sebelah Tune Hotel kena menapak la sikit menuju terminal. Oklah exercise keluarkan peluh seawal Subuh..... jalan slow2 15 minit jugalah nak sampai terminal. Kalau solo tak bawa si kenit lagi cepat sampai agaknya.

Bila sampai terminal tunaikan kewajipan dulu kemudian cari sarapan. Tak perlu tergesa-gesa kerana sudah buat web check-in awal2. Mudah betul bila ada kemudahan web check-in, semuanya boleh dilakukan dari rumah, lewat sampai ke terminal pun tak adalah risau mana.

Ambo sangkakan bila lepas Aidilfitri tak akan ramai orang yang ambil peluang untuk bercuti sempena cuti hari merdeka.... akan tetapi telahan ambo dusta belaka. Terminal sikit punya sesak, especially flite menuju pantai timur dan Sabah/Sarawak. Rakyat Malaysia sekarang tak kira masa dan keadaan ekonomi dah.... pantang ada peluang cuti terus rembat menuju destinasi masing2. Nak masuk ke terminal perlepasan pun kena beratur bukan main, sikit punya panjang barisan. 

Tak percaya cuba tengok picca berikut, ambo snap sebagai bukti betapa sesaknya LCCT sehari sebelum 31 Ogos....


Barisan memang cukup panjang jadi bila dikira2 waktu yang masih ada.... cepat2 ambo letakkan AT dan si kenit bongsu dalam barisan. One more thing bak kata ketua kampung ambo, Air Asia makin teliti dengan berat luggage yang kita boleh bawa masuk ke dalam pesawat. Jika ternampak beg yang agak gemok dan montok, staff bertugas akan terus tahan dan beg tersebut akan ditimbang untuk memastikan berat hand luggage tidak melebihi 7 kg. Jadi pastikan beg anda sekurus yang mungkin untuk mengelakkan dari disuruh kembali ke kaunter untuk luggage drop.

Disebabkan kami cuma travelling lite.... barang pun tak banyak mana jadi lepaslah tanpa banyak masalah. Lepasi pemeriksaan keselamatan dengan cemerlang, gemilang dan terbilang lalu melepak dengan santainya di depan gate perlepasan. Ramai juga yang nak balik Kota Bharu rupanya, seat pasti penuh..... kebetulan tambang ke Kota Bharu pun agak murah..... jauh lagi murah berbanding memandu sendiri malahan hampir sama dengan tambang bas!!!!!! TQ Air Asia kerana sering menawarkan tambang promosi yang kekadang tak masuk akal dibuatnya......

Ini masa nak menapak ke pesawat dah ni.......


Matahari masih merah kekuningan..... Masha Allah cantik sungguh ciptaan Ilahi..... snap pakai S3 sahaja sebab malas nak usung Nikon D3100...... travelling lite le katakan.

Penerbangan ke Kota Bahru tak ambil masa lama pun..... tak sampai sejam tapi memang menjadi kelaziman si kenit bongsu.... asal naik kapal terbang mesti kena ada makan minum. Aduyai kita bagi dia makan kenyang2 sebelum naik flite supaya tak ada la dia meragam kelaparan dalam kapal terbang tapi tetap juga nak merasa hidangan mahal dalam flite Air Asia.


Tengok tu bukan main eksyen dok belek menu Air Asia.... tapi sorry der..... flite seawal pagi dan shortie flite mana ada sediakan heavy meal. Yang ada cuma makanan ringan dan minuman..... hahahaha.... hampir menitis air mata si kenit bongsu bila nasi tak ada dalam menu. Sebagai menghilangkan kempunan nak makan dalam flite, kami order jugalah setin minuman ringan untuk si kenit bongsu...... hahahaha. Muncung je sampai landing tak dapat makan.... hahahaha

As usual bila naik flite picca stewardes kena ada sebagai penghargaan atas layanan mesra mereka.....


Picca stewardes pun dapat sipi2 saja sebab mereka pun sibuk ke hulu ke hilir bertugas.... DSLR pun tak bawa jadi susah sikit nak fokus. Tapi bolehlah sekadar meneruskan legasi @ trademark Diari Si Ketam Batu..... naik flite mesti kena capture picca stewardes..... hehehehe.

Flite memang lancar mancar..... cuaca pun bagus..... belum sempat lelap mata dah tiba waktu untuk mendarat. Walawei jimat masa betul..... selama ni dok drive 8 jam...... naik flite tak sampai sejam dah jejak kaki ke Kota Bharu.

@ Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, 30/8/13


Famous amous sesampai sahaja di airport terus cari sarapan. Tapi silap besar pada pendapat ambo dan pada selera tekak kami sekeluarga. Sarapan di airport Kota Bharu tak sesedap mana..... lagi bagus kami terus ke bandar Kota Bharu dan sarapan di sana saja. Sebabnya makan kat gerai2 tepi jalan atau sekitar Pasar Siti Khadijah lagi sedap dan harga pun agak murah.

Deli n Meals Sultan Ismail Petra Airport Kota Bahru.....


Antara hidangan yang ada nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang etc. Cuma rasa tu tak kena..... harga pun agak mahal juga maklumlah dalam airport.

Lepas bersarapan secara ala kadar..... sebab tak sedap.... ambo tinjau2 juga kaunter kereta sewa. Aduyai..... kereta semua sudah fully booked kecuali Proton Exora dan Mitsubishi Triton dengan kadar RM200++ sehari. TQ..... TQ...... belum masanya dan belum terdesak untuk sewa kereta jadi kami cuma ambil teksi untuk ke Kota Bharu. Kalau guna teksi airport, tambang RM30 (satu teksi) dikenakan untuk perjalanan dari airport ke pusat bandar Kota Bharu. Macam kami, turun betul2 sebelah stesen bas Kota Bharu. 

@ Kota Bharu, 30/8/13

Bila tengok jam masih awal..... 9ish am gitu.... jadi ronda2 Kota Bharu dulu. Mall semua baru nak buka mata.... jadi kami menapak ke Bazar Buluh Kubu dulu untuk AT memburu batek asli Kelantan dalam sehelai dua.... p/s: nanti ambo akan iklankan di sini batek asli Kelantan.... COD sekitar Tanjong Malim/Rawang.... harga Inshaa Allah amatlah berpatutan.

Tapi kami terlupa sesuatu, hari Jumaat kebanyakkan kedai di tutup atau dibuka sedikit lewat. Begitu jugalah dengan kedai2 batek di Bazar Buluh Kubu..... hanya beberapa unit sahaja yang dibuka pada hari tersebut. 

Namun begitu, rezeki kami juga untuk bertemu dan berkenalan dengan pemilik Ana Asiah Batik @ Azizah Collections. Kebetulan kedai mereka dibuka pada hari tersebut, jadi sempatlah kami berkenalan bersembang dan berunding pasal harga. Kebetulan juga pemiliknya tahu serba sedikit berkaitan masalah urat....


Mashaa Allah ambo lupa nama haji pemilik Ana Asiah Butik tapi dia yang berusaha pulihkan leher si kenit bongsu yang sedikit terkehel..... salah bantal atau sebab bergasak dengan abangnya. Alhamdulillah keesokkan harinya kembali baik selepas diurut oleh Pak Haji.

Sementara si kenit bongsu seronok diurut dan dilayan.... AT sibuk membelek batek untuk dibawa pulang. Rezeki kami dapat harga yang agak istimewa..... pelanggan pertama untuk hari tersebut. Dari situ juga kami dapat idea untuk memulakan bisnes batek secara kecil-kecilan sebagai orang tengah. Bolehlah cuba2 nasib dalam dunia perniagaan.

Sesi memilih batek yang berkenan di hati.... siap ada model yang memperagakan..... hehehe



Selesai urusan batek di Bazaar Buluh Kubu kami singgah sekejap di Kota Bharu Trade Center..... sekadar untuk cuci mata.

Menjelang tengah hari ambil keputusan untuk balik ke kampung halaman ibunda terchenta ambo. Jaraknya kira2 sejam setengah dari Kota Bharu. Disebabkan kami tidak memandu sendiri pada kali ini, perkhidmatan awam, bas @ kereta sewa merupakan pilihan yang ada untuk sampai ke kampung. Tetapi kami memilih untuk naik bas, bagi peluang si kenit bongsu merasa pengalaman menaiki bas ekspress Kota Bharu-Machang-Kuala Krai.

Stesen bas Kota Bharu.....


Di sini juga ada perkhidmatan menyimpan beg dan barangan. Kalau anda ada banyak barang dan malas nak angkut ke hulu ke hilir boleh simpan di terminal bas Kota Bharu dahulu. Harganya pun amat murah.

Bas ke destinasi berlepas setiap 30 minit.....


Dahulu namanya Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan @ SKMK tapi kini namanya telah diubah kepada CityLiner. Hilang satu lagi nama melayu dalam dunia perniagaan tapi Alhamdulillah pemilik terkini masih lagi Melayu-Islam-Bumiputera.

Kali terakhir ambo menggunakan perkhidmatan SKMK atau namanya kini CityLiner adalah kira2 10 tahun yang lampau. Banyak perubahan yang berlaku, bukan sahaja terhadap SKMK tapi juga bandar Kota Bharu juga. 

Tambang bas juga sudah jauh berubah..... hehehehe. 


Keadaan dalam bas..... bersih dan lebih selesa berbanding 10 tahun yang lalu....


Berposing sebagai tanda kenangan..... hehehehe....



@ Kampung halaman, 30/8 - 1/9/13

Tidak ada apa yang ambo nak kongsi di sini. Macam orang lain juga, kalau di kampung halaman sudah pastilah menziarahi kaum keluarga sahabat handai dan jiran tetangga. Si kenit bongsu juga sempat ambo bawa berjumpa dengan seorang lagi tukang urut untuk betulkan lehernya yang terkehel.

@ Kembali ke Kota Bharu, 1/9/13

Selepas dua hari di kampung halaman kami kembali ke Kota Bharu sedikit awal. Malamnya kami bermalam di Kota Bharu jadi senang untuk kami memborong batek keesokkan harinya, dan penerbangan kami ke LCCT KL di sebelah petang.

Kebetulan my bro and my sister in law ada sedikit kelapangan, jadi mereka bermurah hati untuk tumpangkan kami ke Kota Bharu. Yippeeeee..... tak payah naik bas...... hehehehe. Sebelum turunkan kami di hotel, sempatlah kami makan malam di Stadium Sultan Muhammad IV........ sedap dan juga murah.

Kemudian kami berjalan-jalan di pasar malam...... rupanya bersebelahan KB Trade Center ada pasar malam yang dibuka setiap malam kalau tak silap. Barangan biasa yang kita jumpa di pasar2 malam tempat lain..... pakaian..... makanan..... CD haram..... dan si kenit bongsu sempat rembat CD haram 2 keping.

@ Juita Premier Hotel aka Juita Inn, 1/9/13

Kalau dahulunya Juita Premier Hotel @ Juita Inn merupakan hotel yang agak ternama juga di Kota Bharu. Jadi kami memilih untuk menginap di sini sebelum mengambil penerbangan pulang ke KL keesokkan harinya.

Masa urusan check-in, reception begitu bersungguh-sungguh meminta kami melihat bilik dahulu sebelum mengompemkan diri untuk bermalam. Uik.... apehal ni der..... kami pun ambil kunci naik ke bilik.

Masuk lif untuk ke tingkat 3...... nak habaq mai..... lif dia cukup kecil dan sempit der...... kami 3 beranak pun seakan bersesak-sesakan dalam tu. Kemudian bila sampai ke bilik Mashaa Allah biar bonar bak kata Dato' Hattan..... Juita Inn ke rumah tinggal ni..... hahaha. Rupanya mereka dalam proses renovation..... kebanyakkan bilik dalam usaha dinaik taraf, jadi keadaan bilik jadi sedikit huru hara.

Kalau masih siang memang ambo cari hotel lain sahaja tapi disebabkan sudah lewat malam, ambo sekeluarga bersetuju sahaja untuk bermalam di situ. Turun semula ke reception buat bayaran dan let him know..... okies kami setuju bermalam di sini..... hehehehe. Kadarnya RM100 semalaman. 

Disebabkan penat, naik ke bilik mandi solat dan mata terus lelap dengan amannya. 

Bila buka mata keesokkan harinya..... badan kembali segar bugar.... baru sedar akan kedaifan sebenar Juita Premier Hotel. Tak boleh salahkan mereka sebab receptionist malam tadi sudah minta kami tengok sendiri keadaan bilik baru kompem untuk bermalam. Tapi malam tadi kan penat banget......

Bilik kami..... superior room.....




Kedaifan yang teramat sangat..... mujur juga masih bersih. Kalau selesai kerja renovasi agaknya keadaan hotel akan kembali meletop bak kata Neelofa.


Memang major renovation & refurbishment agaknya.....



Alang-alang ada voucher sarapan, kami turun juga bersarapan di Mahligai Cafe Juita Premier Hotel.....


Pilihan makanan & minuman agak terhad..... nasi lemak, nasi goreng, ayam goreng, roti, kopi, teh dan air oren.





Pelanggan pun tidak ramai yang bersarapan..... agaknya ramai yang memilih untuk bersarapan di luar.


Kenyang bersarapan kami naik ke bilik untuk berkemas apa yang patut sebelum urusan check-out. Urusan check-out agak pantas sebab receptionist memang sudah sediakan resit awal2..... sungguh efisien.



Luaran hotel.......


@ Bazaar Buluh Kubu dan Pasar Besar Siti Khadijah, 2/9/13

Selepas check-out dari Juita Premier Hotel kami menapak menuju stesen bas Kota Bharu untuk simpan barang2 dan beg sebelum bergerak menuju Bazaar Buluh Kubu untuk borong batek. p/s: nantikan kemunculan Ketam Batu Collections menawarkan batek asli Kelantan dengan harga yang amat berpatutan. 

AT lebih suka memborong batek di Bazaar Buluh Kubu kerana harganya jauh lebih murah berbanding di Pasar Siti Khadijah. Tapi bergantung kepada nasib juga, kebetulan kami bertemu dengan pemilik yang sanggup memberi harga borong dan kami juga membeli dengan bilangan borong juga..... hehehehe. Dua tiga jam jugalah kami bertapa di Ana Asiah Butik Bazaar Buluh Kubu untuk memilih koleksi terbaik. 

Selain dari memborong batek.... kami juga berkesempatan untuk merembat beg Deuter..... bukan ORI...... saiz 65L dengan harga RM90. Kami rembat sorang satu..... lepas ni bolehlah berlagak dengan beg Deuter walaupun bukan ORI. Asalnya memang ambo bertekad nak beli beg Deuter ORI tapi keperluan mendesak untuk menambah bilangan beg sebab kami dah borong sakan kain batek di Ana Asiah Butik. 

Hasil bantuan pemilik Ana Asiah Butik dapatlah kami beli dengan harga RM90 untuk Deuter tiruan saiz 65L. Kedai beg tersebut letaknya di tingkat 2, tak jauh pun dari Ana Asiah Butik. Pemilik Ana Asiah Butik perkenalkan kami sebagai anak buah, jadi dapatlah kami beli Deuter 65L dengan harga kawan2. Bolehlah....

Selesai shopping mopping kami ke Pasar Besar Siti Khadijah pula untuk lunch..... marbeles syurga makanan. Macham2 ada dengan harga yang amatlah berpatutan..... AT dan si kenit bongsu mahu makan nasi sup (sup dia power rangers der..... sedap menjilat kaki dibuatnya) manakala saya nasi berlaukkan telur ikan dan sotong goreng besar lengan budak.


Kenyang sudah..... masa pun tinggal bersisa..... kami ambil kereta sewa untuk ke airport dari Kota Bharu. Kota Bharu tiada teksi tapi ada kereta sewa. Istilah TEKSI di Kota Bharu merujuk kepada beca roda tiga. Tambang kereta sewa dari Kota Bharu ke airport adalah RM20 sehala (satu kereta sewa). Kereta sewa anda boleh ambil bersebelahan dengan stesen bas Kota Bharu.

@ Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, 2/9/13

Masa kami melepak di KFC airport sebab si kenit bongsu masih lapar walaupun baru kejap tadi lunch di Pasar Besar Siti Khadijah.... terjadi satu melodrama sinetron bagai dengan sorang pak cik ni. Usia dalam warga emas around 60's gitu. Kebetulan dia pun sedang makan KFC sebelah meja kami.

Tetiba dia tegur kami dan tak semena-mena rancak sakan bertanya itu ini dan sembang pasal tu pasal ni. Ambo pun terlajak cakap tinggal kat situ kat sinun, jadi dia pun kebetulan kata pernah berkelana ke tempat2 yang ambo sebut tadi.

Makin lama makin ramah pak cik satu ni..... one thing about me bak kata ketua kampung ambo...... cepat rasa skeptikal dengan orang yang tetiba peramah sakan, ye lah baru sekali jumpa terus sembang nak rak macam dah kenal doploh tigaploh tahun. Cepat2 ambo suruh si kenit bongsu habiskan makanan dan kami beransur keluar dari KFC. Pak cik tadi masih lagi cuba menghabiskan french fries dia.

Jadi kami pun melepak pula di hujung bangunan airport berhampiran kaunter check-in. Tengah melepak sambil kemas2 kan beg dan padatkan mana yang patut, sekali bahu ambo kena cuit. Bila ambo berpaling...... almanak pak cik tadi la dok tersengih seringai sinyum simpul sampai ke telinga.

Antara dialog seterusnya (ambo translate bahasa melayu kelantan ke bahasa melayu stendet).......

Pak cik: Assalamualaikum
Ambo: Waalaikummussalam..... (wajib jawab salam der)
Pak cik: Pak cik bukan ikut dari belakang anak tapi dah memang kebetulan kita jumpa sekali lagi (sambil peluk bahu ambo kasi dekat)
Ambo: Iyolah pak cik..... (cakap dalam hati je der)
Pak Cik: Malu pak cik nak cakap tadi.... segan dengan bini anak...
Ambo: Chetttt poodahhhh..... aku dah agak dah (pun bisik dalam hati je der)

Pak cik: Pak cik ni musafir..... warga emas.... tak ada pendapatan.... boleh bagi pak cik zakat sikit nak...
Ambo: Hehehehehe..... aduyai (ini pun gelak dalam hati gak der)
Pak cik: Pak cik datang airport ni nak cari orang kalau ada yang nak ke Mekah, boleh pak cik minta derma sikit. Tapi tak ada pula orang terbang ke Mekah ari ni....
Ambo: Pengunjung tetap airport rupanya (masih dok monolog dalam hati ni der)

Pak cik: Hulur le sikit nak kat warga emas macam pak cik ni...
Ambo: (Ambo pandang AT sambil naik2 kan kening macam Ziana Zain)
AT: (Dihulurnya RM10 kat pak cik tu buat sodoqoh)
Pak cik: Alhamdulillah semoga Allah murahkan rezeki anak dan selamat dunia akhirat
Ambo: (Masih tercegat blur tak taw nak kata apa..... kehkehkeh)

Ambo cuba follow pak cik tadi nak taw dia gi mana tapi sikit punya laju pak cik tu menapak. Sekejap je dah hilang dari pandangan mata ambo. Dasat gak pak cik tu main cilok2.....

Lepas dari itu kami hanya tersenyum sesama sendiri bila mengingatkan gelagat pak cik tadi. Lepak2 sekejap kat airport sambil tengok gelagat mat dan minah salleh yang baru balik dari Pulau Perhentian. Mengikut pemandu kereta sewa yang kami naiki tadi, memang pada bulan2 tertentu Kota Bharu akan dibanjiri oleh mat dan minah salleh yang transit seketika sebelum bergerak ke Pulau Perhentian.




Dah puas cuci mata dengan gelagat mat dan minah salleh, kami gerak masuk ke balai perlepasan sebab airport KB bukan besar mana pun, kedai pun tak banyak. 

Kebetulan pesawat yang membawa kami dari KB ke LCCT agaknya pesawat yang berulang-alik dari LCCT ke destinasi Indonesia. Sebabnya dari pilot sampailah ke sebahagian besar anak kapal adalah macit Indon.... bukan Indon pembantu rumah taw tapi tahap2 Indon sinetron semuanya. Montok2 dan comel2..... hehehe. Malangnya tak bawa DSLR jadi tak berapa nak fokus paras rupa masing2, tetapi sebagai trade mark picca stewardes kena ada walaupun hanya sipi2.....



Si kenit bongsu pula seperti biasa sibuk dengan agenda makan..... maggi ayam pun jadilah..... huhuhu. Makan..... makan..... dan makan..... itu sajalah kerjanya.


Landing di LCCT sekitar 5.30 pm dan Alhamdulillah penerbangan cukup lancar tanpa sebarang masalah. Keluar saja dari airport, ambil kereta dan terus shoot balik rumah...... rehat puas2 sebabnya esok dah kena masuk opis.

Ariyos!!!!!

Tuesday, 7 May 2013

Trip Ke Gua Musang - Kuala Krai - Machang - Kota Bharu, Kelantan 3-6 Mei 2013

Bersempena dengan PRU-13 ambo dan famili mengambil peluang untuk bercuti ke negeri Kelantan Darul Naim. Tambahan pula majikan ambo amat bermurah hati memberi pelepasan tugas kepada semua staff sehingga hari Selasa 7 Mei bagi memudahkan urusan balik ke kampung untuk mengundi..... terima kasih daun keladi boss!!!! 

Kiranya trip kali ini serampang dua mata atau bak kata ketua kampung ambo, kill two birds with a single stone...... balik mengundi dan bercuti ke negeri tumpah darah ambo. Mari kita pakat2 ikuti perjalanan ambo 4D3N ke Tanah Serendah Sekebun Bunga.

3 Mei 2013, Cape Malim - Gua Musang
Ambo satu keluarga memulakan perjalanan dari Cape Malim menuju Kelantan melalui Genting Highland kemudian turun ke Karak. Keadaan trafik amatlah lancar walau kereta agak banyak berbanding hari biasa.... nak balik ngundi le tu!!!!

Disebabkan ambo hanya keluar sejurus solat Jumaat, pemanduan ambo amatlah santai de mantai. Niat di hati sememangnya akan singgah di mana2 untuk rehat dan tidur barang semalaman sebelum tiba di kampung ambo, Kuala Krai.... Lagipula ambo memang bermasalah untuk memandu pada waktu malam kerana mata ambo mudah silau yang membawa kepada fening2 lalat....

Ini terbukti apabila ambo meliwati melewati laluan Lipis - Gua Musang.... keadaan yang gelap ditambah dengan hujan lebat beserta angin kencang memaksa ambo memandu dengan kelajuan di bawah 40 kmh... amatlah selow ditambah pula kereta di hadapan ambo turut dipandu selow de mollow.....

Nak malang lagi tetiba kereta di hadapan ambo give-up dan mengibarkan bendera putih memaksa ambo memimpin convoy sepanjang 2 km dibelakang ambo..... rasanya hangin kereta dibelakang sebab ambo memandu amatlah selow and steady.... nak buek macam mano memang ambo bermasalah kalau memandu waktu malam plus hujan.

Safety first kata ketua kampung ambo.... jadi ambo teruskan pemanduan secara slow de mollow dan Alhamdulillah sejurus kemudian hujan dan angin kuat pun reda. Tetiba meroket semua kereta dibelakang ambo memotong.... agaknya nak lepas geram kerana dari tadi dok follow buntut kereta ambo....

Hasil jimat cermat memandu dan tawakkal (lebam muka MIL ambo ketakutan melihat gaya pemanduan ambo pada waktu malam.... kah kah kah) kami selamat tiba di Gua Musang kira2 jam 10 malam. 

Malas nak teruskan pemanduan berhemat ambo sekeluarga ambil keputusan untuk bermalam di Gua Musang.... amat menepati gaya perjalanan santai de mantai yang ambo prektiskan pada trip kali ini. 

Kepada pengunjung ke Kelantan, jangan risau kini ada banyak hotel terutamanya budget hotel & boutique hotel tumbuh bak cendawan diserata daerah yang anda lalui.... memudahkan anda untuk mengawan bermalam jika terasa penat @ mengantuk di waktu malam.

Ada banyak hotel sebenarnya di Gua Musang tapi ambo sekeluarga memilih untuk bermalam di Goa Inn Gua Musang. Hotel ini disyorkan oleh kawan ambo yang pernah menginap di sini.... Rupanya ramai juga yang singgah bermalam kat sini, bilik semua penuh kecuali bilik superior twin dengan harga RM85 semalaman. p/s: N3 berkaitan Goa Inn akan ambo buat seketika nanti.

Goa Inn Gua Musang... lain kali nak cuba hotel lain pula untuk variasi.

Lufer nak war2kan.... dalam perjalanan tadi ambo sekeluarga singgah makan malam @ ketua kampung ambo panggil dinner di Din Tomyam & Seafood.... letaknya di Kuala Lipis, hanya tepi jalan tapi ambo lufer nama kampung dan lokasinya secara spesifik.

Deco dalaman Din Tomyam & Seafood, Kuala Lipis
Kerang bakar pun ada.... anda minat kerang?
Nak makan kat luar pun boleh tapi macam tak terjaga @ pembinaan terbantut... Din Tomyam & Seafood sila  ambil perhatian ye.
Hasil air kaki tangan Din Tomyam & Seafood nampak biasa tapi sodap!!!!

4 Mei 2013, Gua Musang - Kuala Krai
Sejurus azan Subuh dilaungkan, kami mencelikkan telinga mata.... lena sungguh tido malam tadi walau bilik agak sempit, penat punya pasai.

Solat Subuh dan bersiap lebih kurang ambo sekeluarga check-out dari Goa Inn dan meneruskan perjalanan ke kampung ambo di Kuala Krai. Jarak di antara Gua Musang ke Kuala Krai kira2 2 jam perjalanan bergantung kepada gaya rambut pemanduan anda. 

Malas nak cari tempat sarapan di bandar Gua Musang sebab masih awal pagi.... cadangnya nak singgah saja dimana2 warung sepanjang lebuhraya Gua Musang-Kuala Krai tapi kentut nasi malang tidak berbau kerana setiap warung yang kami singgah kehabisan makanan.... dey macha, len kali masak la lebih sikit, musim macam ni ramai yang balik kampung.... sila peka dengan situasi persekitaran anda... alert & grab the opportunity kata ketua kampung ambo.

RnR Gua Musang pun kehabisan stok sarapan... lauk pauk tinggal belulang sahaja.

Give-up lepas singgah dari satu warung ke satu warung kami ambil keputusan untuk sarapan saja di Bandar Kuala Krai.... jauh juga tu lagi. Kena tahan lapar untuk sejam perjalanan lagi.... MHD dan QM dah mengamuk kebuluran.... terpaksalah pujuk untuk tahan lapar. Bekal roti atau biskut pun AT lufer bawa... p/s: len kali jangan lufer ye!!!!

Kami tiba di Kuala Krai menjelang tengah hari.... terbabas dari jadual asal disebabkan keadaan trafik yang sedikit sibuk. Jeling jam kat dashboard Vios dah hampir jam 12 tengah hari.... ini bukan sarapan lagi dah, boleh terus lunch kata ketua kampung ambo.

Tiba2 terimbau restoran Taman Tasik Kerai dalam kotak kasut fikiran ambo.... dulu, maksud ambo 20 tahun yang lampau ambo pernah lunch & date kat situ. Cadangnya nak bawa anak2 ambo lunch kat sana, sekali bila sampai dia punya bussiness sudah lingkup.... jadi kami brunch saja di salah satu warung berhampiran Taman Tasik Kerai.

Semua melahap tak tengok kiri kanan.
Taman Tasik Kerai pernah menjadi saksi betapa rakusnya ambo di zaman muda beliya dahulu!!!!
Jika diamati dengan kanta pembesar, masih terukir nama ambo & nama ex-gf ambo pada batang pokok kelapa yang tidak berdosa ini.

Lepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut mahu terberak senang hati ambo ambil sedikit masa untuk bawa MHD dan QM bersiar-siar seketika di sekitar Taman Tasik Kerai.... dahulunya ada Mini Zoo & Mini Muzium di sini tapi khabarnya telah ditutup dan digantikan dengan Taman Burung.

Entrance ke Taman Burung Kuala Krai. Kami tak masuk pun cuma meninjau-ninjau dari luar.
 
Zulla Kraf pun kami tak masuk, letaknya hanya bersebelahan dengan entrance ke Taman Burung Kuala Krai.


Kesuntukkan masa membuatkan ambo tak bawa MHD & QM masuk ke Taman Burung Kuala Krai tambahan pula masing2 kepenatan. Ambo meneruskan perjalanan ke rumah mek ambo kira2 12 km dari Bandar Kuala Krai. Mek ambo dah banyak kali telepon tanya bila sampai.... ye lah bertolak dari petang semalam tapi masih belom sampai2..... risau orang tua tu kat rumah plus eager nak jumpa cucu2.

Brudder Yie mengungguli carta sebagai usahawan ayam proses terbesar di sekitar kampung ambo. Dia ni bekas kawan baik brudder ambo dan ambo pun kenal dia dari kecik lagi.... p/s: ayat plastik nak bodek beli ayam murah!!!!

5 Mei 2013, Kuala Krai - Kota Bharu (Bazaar Buluh Kubu & Pasar Siti Khadijah)
Hari mengundi wei..... jom kita pakat2 keluar memangkah calon pilihan hati. Tepuk dada tanya tetek selera, sila pilih calon yang mampu membawa kemajuan dan bukannya sekadar menanam tebu di tepi parit bibir.

Opssssss terlebey suda.... ini bukan blog politikus ye.

Solosai menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara seawal pagi, ambo sekeluarga bertolak ke Kota Bharu untuk sesi shopping menyoping.... mek ambo tak nak ikut sebab masih kurang sihat katanya.

Lagipun yang sexcited nak menyoping adalah AT dan MIL... dah bertahun meroyan nak g Pasar Siti Khadijah.... huhuhu tapi ambo malas nak bawa sebab bila balik Kelantan saja jalan mesti jammed tak bley belah....

Bila dikenang2 rupanya dah hampir 5 tahun ambo tak menjengah Kota Bharu. Liku jalan di KB pun ambo sudah lupa semuanya... GPS lupa bawa, terpaksa tanya brudder ambo mengenai selok belok KB. Waze juga amat membantu, ambo baru download Waze masa nak bertolak ke KB.... 


Aik macam mana bole double uploads ni?

Sepanjang laluan ke Kota Bharu meriah dengan poster dan kelibat peraih2 undi. Kadang kala lalu lintas sedikit terganggu bila melalui kawasan yang menjadi pusat pengundian.... namun kemeriahan tetap terasa dengan para pemandu membunyikan hon kenderaan masing2 sebagai tanda sokongan..... Oh! Malaysiaku.

Mari kita tinjau aktiviti kami di Kota Bharu....


Kota Bharu Trade Centre... tapak asalnya dikenali sebagai Padang Bas. KBTC merupakan salah satu mercu tanda bandar KB dan pusat membeli belah selain daripada KB Mall.


 Ambo parking kereta di KBTC... laluan naik ke aras parkir curam yang amat, arkitek mana  yang design la agaknya. Boleh dikatakan laluan dalam bangunan paling curam ambo pernah jumpa. Tak perlu bayar untuk parking, ambo tak pasti ini kerana public holiday atau untuk setiap masa.


Tandas awam di KBTC ambo puji.... bersih dan kemas. Mutusamy & kebersihan tandas2 awam di sekitar KB pada ambo amat memuaskan berbanding 10 tahun yang lampau. Lepas menunaikan hajat ambo gerak menuju Pasar Siti Khadijah dahulu, masa balik nanti baru ronda2 KBTC.


Stesen bas Kota Bharu.... banyak kenangan ambo di sini. Salah satunya beg pakaian ambo kena amik dengan security guard sebab letak tepi surau, masa tu ambo baru Tingkatan 4 (siap paw ambo 50 sen kalau nak beg ambo balik... bunguk!!!!). 

Keduanya ambo pernah kena tinggal bas on the way ke Dungun, jadi master station called pemandu supaya datang amik ambo.... jenuh ambo kena maki dengan drebar bas (marah ambo buat apa, marahlah master station yang suruh dia pusing balik.... kah kah kah)


Sebenarnya ambo sekeluarga makan tengah hari atau lunch kata ketua kampung ambo di Pasar Besar Siti Khadijah. Memang dari dulu ambo suka makan kat sana, murah dan sedap. Murah memang pasti, sedap pada selera masing2.

Ambo peratikan lantai Pasar Siti Khadijah terutamanya tempat makan telah disimen rapi dan dipasang dengan tiles. Dulu mana ada tiles, hitam berlumut lantai.... dah tu siap ada longkang kecil untuk salur air dari tempat basuh pinggan ke longkang besar. Kalau anda jenguk ke bawah masa tu mmg tak lalu nak makan.

Kini semuanya sudah berubah.... ada peningkatan tapi masih ada bilik untuk penambahbaikan @ rooms for improvement kata ketua kampung ambo..... nak tunjuk pixs tempat makan tapi lufer nak snap, lapo sangat masa tu.....

Lepas makan apa kami buat?


Apa kami buat?... shopping kain batik opkoz. Opss bukan kami tapi At & MIL. Rambang mata AT lihat batik Kelantan berjuntaian. Mata ambo, tetap kuyu tahan mengantuk kah kah kah!!!!

Banyak tempat kami lalu tapi sangkut kat kedai Kak Mah Cikgu. Pakai tudung kaler hijau tu Kah Mah, owner kedai. 

Kat sini AT sempat rembat tiga pat helai batik untuk dibuat baju. Suko.... suko..... AT suko sebab dapat batik, Kak Mah suko sebab manyak untong!!!!!

p/s: Item harga RM350 dapat dengan harga RM270 lepas tawar menawar... kalau lagi superb dalam bab tawar menawar boleh dapat harga lagi rendah kot.


Laman Siti Khadijah memisahkan Pasar Siti Khadijah dengan Bazaar Buluh Kubu. Ada banyak kiosk di sini yang menawarkan pelbagai jenis makanan/minuman serta pakaian.

Puas perabihkan boreh duit di Pasar Siti Khadijah ambo bawa AT & The Gengs ke Bazaar Buluh Kubu. Bazaar Buluh Kubu hanya bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah..... abg ipar & kakak ambo kata harga barangan di Bazaar Buloh Kubu lagi mahal tapi mari kita lihat apa yang AT dapat....

Masa zaman matrix dulu ambo suko datang sini untuk gunting rambut. Tukang gunting peberet ambo tu nyah nama dia Kak Jue, nama betul Julpikar Sapiron. Ambo suko cara dia gunting... lepas gunting Kak Jue suka urut2 bahu & kepala ambo.... legaaaaaaaaa!!!!!! Tapi kini ambo telah kembali ke pangkal jalan.... kah kah kah!!!!!


Kat sini AT dapat a few items dengan harga yang agak murah.... jauh lebih murah berbanding di Pasar Siti Khadijah. Kalu beli borong laaaaaaagi murah, boleh rondeng kalau berminat.

p/s: Item yang AT dapat dengan harga RM270 dari Kak Mah Cikgu dijual dengan harga RM200 di sini!!!!!


D'Matahari Boutique.... AT nak sambar bat shirt atau Mat Salleh panggil baju kelawar tapi tiada saiz.


Alang2 dah sampai ambo beli jugalah baju batik sehelai.... kan staff gomen kena pakai batik ari Khamis.

p/s: ambo bab tawar menawar memang lingkup.... batik harga RM250 ambo tawar dapat sampai RM170 sahaja.


Habis episod Bazaar Buluh Kubu ambo cadang nak bawa AT ke Pasar MPKB pula tapi AT dah hangkat bendera merah putih tanda tak mo shopping dah takut lari bajet ***kah kah kah***

Tak jadi ke Pasar MPKB kami menapak kembali ke KBTC. Tetiba MHD ternampak kedai jual barangan Apple... dia ni memang gila gajets walau masih belum sunat. Dari dulu menangis minta iPad.


Godek sana godek sini.... ambo risau je botol Pepsi tu tumpah.


Gegeh menunjal iPad.


Akhirnya kompem iPad 4th Gen menjadi gadjet terbaru ambo.... suko bukan main MHD tapi dia belom taw iPad tu ambo punya.... untuk dia ambo cadang nak cari iPad celop Made in China saja.... kah kah kah!!!!!


Lip lap lip lap tron tronnnnnn.... bunyi siren menandakan STOP shopping. Kena sedar diri sebab lepas ni banyak nak kena pakai duit..... dapat batik sehelai + iPad Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit.

OTW balik ke Kuala Krai singgah sekejap rumah kakak sulung ambo di area Limbat. Ambo dulu suka singgah rumah dia sebab pada tekak ambo ikan ayo singgang + acar timun hasil tangan dia memang pada tahap marbeles. Tapi kali ni dia hanya masak ikan masak pedas + telur kerutub.... huhuhuhu

p/s: kakak ambo kata harga barangan di Bazaar Tok Guru juga amat murah.... berbanding Pasar Siti Khadijah & Bazaar Buluh Kubu.

6 Mei 2013, Kuala Krai - Machang - Cape Malim
Hari terakhir ambo di Kelantan. Paginya sebelum bertolak balik ke KL (uik.... suka suki guna KL walau dok di Cape Malim) AT ajak jalan2 ke pasar Isnin Machang. Pasar Isnin Machang hanya ada pada hari Isnin.... dah namanya Pasar Isnin hehehehe..... kalau datang Machang pada hari lain masih boleh membeli belah tapi di Pasar Besar Machang sajalah...

Apa kelebihan Pasar Isnin berbanding Pasar Besar Machang? Harga barangan di Pasar Isnin jauh lebih murah.... ini kerana peniaga di sini tak perlu sewa kedai, cukup dengan sewa tapak macam pasar malam....

Peniaga baru nak pasang khemah dan siapkan barang jualan. Biasanya peniaga Pasar Isnin Machang memulakan perniagaan selewatnya jam 7 pagi tapi mungkin disebabkan semalam PRU 13 masing2 tido lewat.... jadi jam 9 pagi baru nak start meniaga.


Kalau tak silap ambo, Uncle & Auntie ni dah berbelas tahun meniaga kat sini.... masa ambo masih sekolah dulu pun mereka dah ada kat sini. MIL sempat rembat periuk kukus Made in Siam dengan harga RM18.


Kami tak menyopping mana sebab semalam dah hangus banyak.... sekadar periuk kukus by MIL & tudung by AT. Kemudian barangan makanan seperti budu, keropok ikan, kuih muih dan buah-buahan.


Baik punya cilok sekali MHD & QM mahu terkucil..... nasib baik Pasar Besar Machang ada tandas awam. Tahap kebersihan memuaskan tapi masih boleh diperbaiki.


Peringatan untuk semua.... memandu dalam pasar?


Matahari hampir tegak atas kepala bana kami beransur balik rumah mek ambo..... punggah segala barangan masuk kereta untuk balik KL semula....

Nak cerita perjalanan balik KL pun tak perlu rasanya sebab tak ada apa yang menarik.... jalan jammed yang amat bila masuk area Raub, Bentong & Karak.... 



Lunch @ Merapoh
Biasanya ambo jarang singgah di RnR atau restoran yang juga menjadi tempat persinggahan bas ekspres kerana harga makanan yang pada ambo cekik tulang darah.


Anda kenal buah keranji? Sudah lama tidak kelihatan tapi kini banyak dijual di gerai2 tepi jalan Merapoh-Kuala Lipis. harganya RM5 sepaket.


@ Bentong singgah lagi untuk makan kerana MHD dan QM lapar!!!!!


Lepas makan di Tani Tomyam Sejati keadaan lalulintas makin teruk. Minyak pun tinggal 2 bar saja lagi.... jadi ambo singgah di Shell Bentong untuk isi minyak. Sementara lain2 pergi tandas tunai hajat, ambo isi minyak sambil sembang2 dengan Mat Bangla pump attendant.

Ambo:  Macha... jammed teruk la ari ni... (ambo pun tak taw apa motip ambo start sembang)

Mat Bangla: Dari pagi suda jammed bosssssss..... saya duduk rumah sana mao datang sini amik masa setengah jam padahal bukan juga jauh

Ambo: Tu la pasal... kejang dah kaki aku ni (sambil mata menjeling ke meter pam minyak)

Tetiba ambo tersentak bila nampak pada meter ambo kena bayar RM100 lebih untuk isi full tank Vios (ambo guna kad kredit).... biasanya cuma RM70 lebey.... dengan penuh konpiden ambo sound Mat Bangla pump attendant.

Ambo: Macha!!!!! Ini pump rosakka? Tinguk saya kena bayar RM100 lebih untuk isi penuh.... biasa RM70 saja. 

Mat Bangla: Ada tidak betul ka boss ini mesin (sambil ketuk2 pam minyak + garu2 kepala)

Ambo: Ya la... biasa isi penuh cuma RM70 tapi ni kenapa sampai RM100 lebih?

Mat Bangla: Aiyoooooooooooooo boss memang la.... Boss isi Shell VPower Ron 97 memang mahal!!!!!!!!!!!!

Kah kah kah.... bunguk!!!! Rupanya ambo silap cucuk minyak. Biasanya ambo guna Shell Fuelsave.... kali ni tersilap cucuk minyak mahal... adoiiiiiiii!!!!!!!!!!!

Karak Highway mengalahkan tauhu sumbat.... semua kereta bersesak-sesak sepanjang laluan.

Karak sesak teruk + hujan lebat dan kabus tebal di laluan Genting Highland menyebabkan kami liwat lewat tiba..... dari Kelantan jam 11.30 pagi hampir 11 malam baru sampai rumah..... pitam terus wei lepas mandi!!!!!