Bersempena dengan PRU-13 ambo dan famili mengambil peluang untuk bercuti ke negeri Kelantan Darul Naim. Tambahan pula majikan ambo amat bermurah hati memberi pelepasan tugas kepada semua staff sehingga hari Selasa 7 Mei bagi memudahkan urusan balik ke kampung untuk mengundi..... terima kasih daun keladi boss!!!!
Kiranya trip kali ini serampang dua mata atau bak kata ketua kampung ambo, kill two birds with a single stone...... balik mengundi dan bercuti ke negeri tumpah darah ambo. Mari kita pakat2 ikuti perjalanan ambo 4D3N ke Tanah Serendah Sekebun Bunga.
3 Mei 2013, Cape Malim - Gua Musang
Ambo satu keluarga memulakan perjalanan dari Cape Malim menuju Kelantan melalui Genting Highland kemudian turun ke Karak. Keadaan trafik amatlah lancar walau kereta agak banyak berbanding hari biasa.... nak balik ngundi le tu!!!!
Disebabkan ambo hanya keluar sejurus solat Jumaat, pemanduan ambo amatlah santai de mantai. Niat di hati sememangnya akan singgah di mana2 untuk rehat dan tidur barang semalaman sebelum tiba di kampung ambo, Kuala Krai.... Lagipula ambo memang bermasalah untuk memandu pada waktu malam kerana mata ambo mudah silau yang membawa kepada fening2 lalat....
Ini terbukti apabila ambo meliwati melewati laluan Lipis - Gua Musang.... keadaan yang gelap ditambah dengan hujan lebat beserta angin kencang memaksa ambo memandu dengan kelajuan di bawah 40 kmh... amatlah selow ditambah pula kereta di hadapan ambo turut dipandu selow de mollow.....
Nak malang lagi tetiba kereta di hadapan ambo give-up dan mengibarkan bendera putih memaksa ambo memimpin convoy sepanjang 2 km dibelakang ambo..... rasanya hangin kereta dibelakang sebab ambo memandu amatlah selow and steady.... nak buek macam mano memang ambo bermasalah kalau memandu waktu malam plus hujan.
Safety first kata ketua kampung ambo.... jadi ambo teruskan pemanduan secara slow de mollow dan Alhamdulillah sejurus kemudian hujan dan angin kuat pun reda. Tetiba meroket semua kereta dibelakang ambo memotong.... agaknya nak lepas geram kerana dari tadi dok follow buntut kereta ambo....
Hasil jimat cermat memandu dan tawakkal (lebam muka MIL ambo ketakutan melihat gaya pemanduan ambo pada waktu malam.... kah kah kah) kami selamat tiba di Gua Musang kira2 jam 10 malam.
Malas nak teruskan pemanduan berhemat ambo sekeluarga ambil keputusan untuk bermalam di Gua Musang.... amat menepati gaya perjalanan santai de mantai yang ambo prektiskan pada trip kali ini.
Kepada pengunjung ke Kelantan, jangan risau kini ada banyak hotel terutamanya budget hotel & boutique hotel tumbuh bak cendawan diserata daerah yang anda lalui.... memudahkan anda untuk mengawan bermalam jika terasa penat @ mengantuk di waktu malam.
Ada banyak hotel sebenarnya di Gua Musang tapi ambo sekeluarga memilih untuk bermalam di Goa Inn Gua Musang. Hotel ini disyorkan oleh kawan ambo yang pernah menginap di sini.... Rupanya ramai juga yang singgah bermalam kat sini, bilik semua penuh kecuali bilik superior twin dengan harga RM85 semalaman. p/s: N3 berkaitan Goa Inn akan ambo buat seketika nanti.
Goa Inn Gua Musang... lain kali nak cuba hotel lain pula untuk variasi. |
Lufer nak war2kan.... dalam perjalanan tadi ambo sekeluarga singgah makan malam @ ketua kampung ambo panggil dinner di Din Tomyam & Seafood.... letaknya di Kuala Lipis, hanya tepi jalan tapi ambo lufer nama kampung dan lokasinya secara spesifik.
Deco dalaman Din Tomyam & Seafood, Kuala Lipis |
Kerang bakar pun ada.... anda minat kerang? |
Nak makan kat luar pun boleh tapi macam tak terjaga @ pembinaan terbantut... Din Tomyam & Seafood sila ambil perhatian ye. |
Hasil air |
4 Mei 2013, Gua Musang - Kuala Krai
Sejurus azan Subuh dilaungkan, kami mencelikkan telinga mata.... lena sungguh tido malam tadi walau bilik agak sempit, penat punya pasai.
Solat Subuh dan bersiap lebih kurang ambo sekeluarga check-out dari Goa Inn dan meneruskan perjalanan ke kampung ambo di Kuala Krai. Jarak di antara Gua Musang ke Kuala Krai kira2 2 jam perjalanan bergantung kepada gaya rambut pemanduan anda.
Malas nak cari tempat sarapan di bandar Gua Musang sebab masih awal pagi.... cadangnya nak singgah saja dimana2 warung sepanjang lebuhraya Gua Musang-Kuala Krai tapi kentut nasi malang tidak berbau kerana setiap warung yang kami singgah kehabisan makanan.... dey macha, len kali masak la lebih sikit, musim macam ni ramai yang balik kampung.... sila peka dengan situasi persekitaran anda... alert & grab the opportunity kata ketua kampung ambo.
RnR Gua Musang pun kehabisan stok sarapan... lauk pauk tinggal belulang sahaja. |
Give-up lepas singgah dari satu warung ke satu warung kami ambil keputusan untuk sarapan saja di Bandar Kuala Krai.... jauh juga tu lagi. Kena tahan lapar untuk sejam perjalanan lagi.... MHD dan QM dah mengamuk kebuluran.... terpaksalah pujuk untuk tahan lapar. Bekal roti atau biskut pun AT lufer bawa... p/s: len kali jangan lufer ye!!!!
Kami tiba di Kuala Krai menjelang tengah hari.... terbabas dari jadual asal disebabkan keadaan trafik yang sedikit sibuk. Jeling jam kat dashboard Vios dah hampir jam 12 tengah hari.... ini bukan sarapan lagi dah, boleh terus lunch kata ketua kampung ambo.
Tiba2 terimbau restoran Taman Tasik Kerai dalam kotak kasut fikiran ambo.... dulu, maksud ambo 20 tahun yang lampau ambo pernah lunch & date kat situ. Cadangnya nak bawa anak2 ambo lunch kat sana, sekali bila sampai dia punya bussiness sudah lingkup.... jadi kami brunch saja di salah satu warung berhampiran Taman Tasik Kerai.
Semua melahap tak tengok kiri kanan. |
Taman Tasik Kerai pernah menjadi saksi betapa rakusnya ambo di zaman muda beliya dahulu!!!! |
Jika diamati dengan kanta pembesar, masih terukir nama ambo & nama ex-gf ambo pada batang pokok kelapa yang tidak berdosa ini. |
Lepas gendang gendut tali kecapi kenyang perut mahu terberak senang hati ambo ambil sedikit masa untuk bawa MHD dan QM bersiar-siar seketika di sekitar Taman Tasik Kerai.... dahulunya ada Mini Zoo & Mini Muzium di sini tapi khabarnya telah ditutup dan digantikan dengan Taman Burung.
Entrance ke Taman Burung Kuala Krai. Kami tak masuk pun cuma meninjau-ninjau dari luar. |
hahaha ente punya bahasa/ayat manyak syiookk punyoo
ReplyDeletehehehehe TQVM sudi singgah sini.
Delete