Showing posts with label Percutian Ke Taiping. Show all posts
Showing posts with label Percutian Ke Taiping. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

Catatan Perjalanan Ke Taiping | 29 Nov - 1 Dis 2013 | Bhgn III

As-Salam dan Salam Sejahtera readers DSKB yang dihormati,

Bertemu lagi kita di bahagian terakhir catatan perjalanan ambo dan HM ke bumi Taiping. Catatan ini berkisar kepada aktiviti kami pada hari ketiga... lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang, Kota Ngah Ibrahim @ Muzium Matang dan makan-makan di Mee Udang Batu 6 Simpang/Changkat Jering.

Mari kita sama-sama rewind kenangan kami pada hari ketiga...

Ahad (1 Disember 2013)

Mengikut perancangan rakan-rakan sekerja dan anak buah, kami perlu berkumpul di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut pada pukul 8 pagi. Jadi selepas Subuh, masih ada banyak masa untuk mencari sarapan sekitar Pekan Taiping.

Bilik yang kami tempah di Hotel Vistana Micassa melalui Agoda tidak menyediakan voucher sarapan pagi, jadi selepas check-out cadangnya kami cuma cari  mana-mana restoran berdekatan untuk bersarapan.

Nampak papan tanda Full House? Memang semua bilik di Hotel Vistana Micassa fully booked. Masa kami buat panggilan telefon untuk booking bilik pun petugas kata bilik penuh. Nasib baik bila belek Agoda masih ada yang kosong. Brader dalam foto di atas satu-satunya petugas yang ada seawal pagi, dialah yang uruskan kaunter dan dia jugalah yang periksa bilik untuk pengesahan urusan check-out.

Urusan check-out memang pantas kerana kami satu-satunya pelanggan yang berurusan pada pagi tersebut. Petugas pun cuma seorang di kaunter. Lepas kami serahkan kunci untuk check-out, kami kena tunggu petugas yang sama yang akan naik ke bilik untuk inspection.... takut kami bawa balik tuala hotel agaknya.... hehehehe.

Masa berurusan tersebut ambo cuba minta resit hotel tapi tak dapat. Memang menjadi kelaziman agaknya pihak hotel tidak akan mengeluarkan resit bayaran penginapan jika membuat tempahan melalui Agoda.

Kali pertama dulu semasa menginap di Kuching, hotel tersebut juga enggan mengeluarkan resit bayaran penginapan kerana katanya bayaran dibuat melalui Agoda, perantara kepada pelanggan dengan pihak hotel. Masalah juga kalau staf finance kompeni tak mahu terima voucher Agoda sebagai bukti bayaran penginapan.

Tak apalah, balik nanti cuba tanya staf finance macam mana nak claim kalau guna voucher Agoda...

Update terkini (10/12/13)... tak ada masalah sebenarnya kalau guna Agoda. Boleh minta Agoda hantar resit pengesahan bayaran hotel melalui email. 

Caranya;
a) Masuk ke laman web Agoda
b) Pergi ke ruangan Agoda self-service atau manage my bookings
c) Click pada bahagian Get my receipt
d) Isi butiran yang diperlukan seperti nama, email dan alamat.
e) Tidak sampai seminit kemudiannya, anda akan menerima resit bukti pembayaran melalui email daripada Agoda.

Mudah kan? 

Back to the story, selepas check out kami ke Restoran Arahman untuk bersarapan. Restoran ini cuma diseberang jalan dengan Hotel Vistana Micassa dan bersebelahan dengan Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama.

Suasana klasik restoran mamak di sebuah pekan kecil seperti Taiping. Atas meja mesti ada sebekas telur rebus. Jarang sekali masa kini kita nampak telur rebus diletakkan di atas meja makan kalau kita masuk di mana-mana restoran mamak di kota besar kan?

Bersarapan ala kadar dengan segelas teh tarik, roti telur dan maggie goreng, kami kemudiannya bergerak ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang.

Lokasinya kira-kira 10 km dari bandar Taiping dan terletak dalam Hutan Simpan Jebong. Hutan Paya Larut Matang mempunyai keluasan kira-kira 101,877 hektar termasuklah 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.

Antara tarikan utama Hutan Paya Larut Matang adalah kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, hutan simpanan dara dan Pusat Eko Pelajaran yang akan kami kunjungi pada hari ini. Hutan Paya Larut Matang dibuka kepada umum untuk aktiviti seperti memancing, berkhemah malahan penyelidikkan hutan paya bakau.

Masuk adalah percuma dan dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang. Tiada khidmat jurupandu tapi pengunjung boleh menikmati keindahan Hutan Paya Larut Matang dengan berjalan melalui titian kayu sejauh kira-kira 1 km.... Inshaa Allah selamat.

Kepada yang berminat, boleh juga menginap di sini kerana kemudahan chalet turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Manakala kemudahan jeti bot membolehkan pengunjung menyusuri muara dan melawat lokasi pembiakan kelip-kelip. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan tempahan chalet dan pengangkutan bot, anda boleh berhubung secara terus dengan; 

Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang
34000 Taiping, Perak.
Tel: +605-8072 672
Fax: +605-8067 743

Rombongan dari mana-mana institusi pendidikan juga amatlah dialu-alukan. Jadi anda hanya perlu berhubung dengan pejabat hutan jika memerlukan bantuan berkaitan dengan lawatan anda.

Papan tanda yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Hutan Paya Larut Matang. Lengkap dengan maklumat berkaitan Hutan Paya Larut Matang. 


Ucapan alu-aluan dan briefing oleh pegawai perhutanan Hutan Paya Larut Matang. 

Maklumat tambahan berkaitan Hutan Paya Larut Matang dan kepentingannya dari sudut ekonomi boleh anda perolehi dengan mengunjungi galeri milik Jabatan Perhutanan yang dibina khusus bagi tujuan eko pendidikan.


Titian kayu sejauh lebih 1 km ini membolehkan pengunjung melihat dengan lebih dekat keunikkan hutan paya bakau. Ia bermula dari galeri perhutanan dan berakhir di jeti milik Jabatan Perhutanan.

Antara spesis bakau yang tumbuh subur di kawasan Hutan Paya Larut Matang. 

Salah sebuah chalet untuk kemudahan pengunjung. Berkaitan harga dan tempahan, sila berhubung secara terus dengan Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang.


Anda boleh menyewa bot untuk menyusuri muara yang terdapat di Hutan Paya Larut Matang.

Hasil kayu bakau dari Hutan Paya Larut Matang biasanya dituai untuk industri pembuatan kayu arang dan kebanyakkannya dieksport ke Jepun. Kayu arang ini digunakan secara meluas dalam pembuatan produk kosmetik dan juga pharmaceuticals.

Kalau ada masa dan berminat, anda boleh kunjungi kilang kayu arang berdekatan. Kami tiada kesempatan dan juga tiada minat... hehehe.

Untuk pengetahuan juga, kedai Mee Udang Mak Jah hanya 20 meter dari pintu masuk  ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang. Tiada rezeki untuk kami mencuba kelazatan mee udang Mak Jah kerana khabarnya ia hanya dibuka lewat tengah hari, tapi bila dirujuk blog berkaitan jam 11 pagi dah buka.... mana satu betul ni?

Persinggahan terakhir kami sebelum bergerak pulang adalah Kota Ngah Ibrahim ataupun  Muzium Matang. Kota Ngah Ibrahim asalnya dibina oleh Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim Bin Jaafar pada tahun 1854. Kota ini dibina sebagai pusat pentadbiran bagi daerah Larut, kediaman rasmi Ngah Ibrahim dan juga pusat pengumpulan hasil bijih timah.

Kota Ngah Ibrahim dengan tembok batu sepanjang 131 meter dan 110 meter lebar, pernah diduduki oleh Kapten Tristam Speedy iaitu Penolong Residen Perak setelah Ngah Ibrahim dihukum buang negeri kerana menentang campur tangan Inggeris di Perak sesudah Perjanjian Pangkor 1874. 

Kota ini juga menjadi lokasi kepada perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor  atas tuduhan membunuh Residen British yang pertama di Perak, J.W.W Birch. Malahan di depan kota inilah kedua mereka dihukum gantung sampai mati pada 21 Januari 1877.

Kemudiannya Kota Ngah Ibrahim ini pernah menjadi kampus Maktab Perguruan Melayu pada tahun 1913. Manakala pada zaman pendudukkan Jepun, ia menjadi ibupejabat Pentadbiran Tentera Jepun.

Pada tahun 1985 Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti untuk dipulihara sebagai Kompleks Sejarah Matang @ Muzium Matang.

Antara yang anda boleh lihat dan pelajari dari Kota Ngah Ibrahim @ Kompleks Sejarah Matang...


Perkarangan masuk ke Kota Ngah Ibrahim atau kini dikenali juga sebagai Kompleks Sejarah Matang @ Muzium Matang. Masuk adalah percuma.


Kota Ngah Ibrahim turut tersenarai sebagai Tapak Warisan Negara.


Monumen memperingati bagaimana Long Jaafar menemui bijih timah di Larut. Malahan nama Larut diambil sempena nama gajah kepunyaan Long Jaafar. Menurut cerita gajah tersebut, Si Larut namanya telah hilang selama 3 hari. Apabila ditemui, Long Jaafar dapati badan Si Larut diselaputi bahan aneh. Lalu Long Jaafar menghantar sampel ke Pulau Pinang untuk dianalisa. Gumbiranya hati Long Jaafar apabila didapati bahan aneh tersebut adalah bijih timah lalu dibawanya sekumpulan orang Cina dari Pulau Pinang untuk memulakan aktiviti melombong bijih timah di Larut.


Salah satu ruangan dalam Kompleks Sejarah Matang ada menceritakan persengkataan dua kumpulan kongsi gelap Cina, Ghee Hin dan Hai San yang membawa kepada berlakunya Perang Larut I, II, dan III.


Sebaik sahaja Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles, Kota Ngah Ibrahim diambilalih oleh penjajah British. British telah membina sebuah penjara di tingkat bawah Kota Ngah Ibrahim, dan di sinilah Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor dipenjara sebelum dibicarakan atas tuduhan membunuh J.W.W. Birch.


Kamar milik Ngah Ibrahim, tempat beliau beradu dan melelapkan mata.


Ruang pejabat Ngah Ibrahim.


Sewaktu penjajahan Jepun, Kota Ngah Ibrahim dijadikan ibupejabat pentadbiran tentera Jepun.

Banyak sejarah yang kita boleh perolehi dan jadikan iktibar dengan mengunjungi lokasi seperti Kota Ngah Ibrahim. Bagaimana sebuah daerah yang maju dan kaya akhirnya dikuasai oleh orang luar setelah pembesar tempatan bersengketa dan berebut kuasa sesama sendiri. Sejarah mungkin berulang..... hanya Allah Maha Mengetahui...

Kota Ngah Ibrahim merupakan destinasi terakhir lawatan kami.... seterusnya saya dan HM bergerak menuju ke highway untuk beransur pulang. Sebelum tiba ke plaza tol Changkat Jering, kami singgah di satu warung, Mee Udang Batu 6, letaknya di sempadan Simpang dan Changkat Jering.

Disamping mee udang, warung ini turut menyediakan masakan Melayu yang lain. Terpesona dengan lauk-pauk yang kelihatan lazat, ambo dan HM makan tengah hari dengan nasi campur... tapi sempat tapau juga mee udang special untuk makan malam nanti. Harga amat berpatutan untuk nasi dan lauk pauk. Mee udang biasa berharga RM7 dan mee udang special RM10.

Selesai makan tengah hari, kami terus masuk ke susur tol Changkat Jering untuk pulang ke rumah yang sudah 3 hari ditinggalkan. Perjalanan pulang Alhamdulillah amat lancar dan kami selamat tiba menjelang petang.... Alhamdulillah.

Oleh itu berakhirnya sesi bekerja sambil bercuti ambo dan HM ke Taiping.

Insya Allah kita berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya.... ambo akan review hotel-hotel yang sempat kami inap semasa ke Taiping.

Sekian.

Wednesday, 4 December 2013

Catatan Perjalanan Ke Taiping | 29 Nov - 1 Dis 2013 | Bhgn I

Bandar Taiping merupakan ibu kota bagi Daerah Larut, Matang dan Selama, juga ibu negeri Perak sehinggalah tahun 1937. Nama asal Taiping adalah Klian Pauh yang mana Klian bermaksud lombong manakala pauh pula merujuk pada buah mangga kecil. 

Pada zaman kolonial, Taiping atau pada masa itu lebih dikenali sebagai Jajahan Larut amat terkenal sebagai pusat penghasilan bijih timah. Justeru itu penjajah British telah membangunkan pelbagai hasil binaan dan kemudahan yang mana sebahagiannya masih kekal sehingga kini menjadi monumen sejarah. 

Rujukan: Wikipedia



Itu dia serba sedikit sejarah dan tanda kenal Bandar Taiping yang terletak dalam daerah yang paling lembap di Semenanjung Malaysia. Purata hujan tahunan sekitar 4000 mm setahun menyumbang kepada keunikkan tumbuhan yang hidup subur terutamanya di sekitar Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut. Ini ditambah lagi dengan tinggalan sejarah kolonial yang menjadikan Taiping dan kawasan sekitarnya menjadi salah satu destinasi wajib kunjung.

Kunjungan ke Taiping kali ini merupakan kali kedua bagi ambo dan HM, kali pertama dulu purely for vacation manakala pada kali ini lebih kepada official field visit. Official field visit pun cuba juga curi-curi masa untuk bersantai dan berwisata kerana bila hujung minggu pun kena kerja, terpaksalah curi tulang sesekali untuk merehatkan badan serta minda.

Kebetulan field visit ambo ke Taiping bertepatan dengan musim cuti sekolah, nak dapatkan tempat penginapan sedikit sukar malahan dengan surcharge yang sedikit tinggi. As usual, sebagai spontaneous traveller, ambo cuma contact pihak hotel untuk tempahan bilik sejurus sebelum bergerak ke Taiping..... memang kerja last minute.... hehehehe. Natijahnya, kebanyakkan hotel idaman hati dan menepati isi poket ambo telah fully-booked.... padan muko den......  

Ekcelli, ambo dah list down a few hotels yang sememangnya cucuk dengan kelayakkan ambo tapi pagi nak bertolak baru gegeh nak call hotel idaman qolbu. Akhirnya dapat juga booked Flemington Hotel untuk semalaman, bilik superior dengan kadar RM148 semalaman. Ambo amatlah berpuas hati dengan kondisi hotel yang masih baru, lokasinya pula amat strategik iaitu bertentangan dengan Taman Tasik Taiping. Cuma malangnya bilik superior di Flemington Hotel only available for one nite, the next day yang ada cuma suite pada kadar RM310 semalaman. Memang kopak kalau masuk suite.... pilihan yang ada pindah hotel lain pada hari kedua.

Nak tak nak masa dok lepak-lepak di Flemington Hotel, terpaksa gegeh kembali buka website Agoda untuk cari bilik. Banyak hotel sekitar Taiping sebenarnya cuma nak kena dekat dengan tempat field work dan paling penting kena dengan bajet kompeni. Nanti bukan boleh claimed pun kalau over budget. Pilih punya pilih, terbooked Vistana Micassa Hotel, bilik superior with window dengan kadar RM180 semalaman. Hotel tak sebagus Flemington Hotel tapi harga lebih mahal sebab surcharge untuk weekend plus public holidays.

Ralat juga bila terpaksa downgrade penginapan.... patutnya upgrade baru seronok bekerja sambil bercuti. Tapi tak dapek den nak nolong, spontaneous traveller ye tak? Hehehehe....

Nanti ambo akan buat entry berkaitan untuk review dan berkongsi maklumat mengenai Flemington Hotel dan Hotel Vistana Micassa. Entry yang ini kita sembang-sembang dan kongsi-kongsi catatan perjalanan ambo dan HM ke Taiping buat kali kedua.

Ok kita rewind balik kenangan sejurus sebelum ambo dan HM meninggalkan rumah menuju Taiping.....

Jumaat (29 Nov 2013)

Usai solat Jumaat  baru kami tinggalkan rumah menuju Taiping. Itu pun selepas make a phone call untuk booking Flemington Hotel. Bergerak dengan  Vios menuju utara (kesian Vios, patut dah kena hantar service, tapi tangguh dulu lah sebab tak sempat), perjalanan agak lancar sebab masih belum banyak kereta. 

Masa nak masuk highway dari rumah tadi, gabra juga sebab ada sekatan jalan raya sempena Ops Cantas Trafik.... ambo memang ada 11 saman tertunggak tapi masa lalu depan sekatan.... angkat tangan bagi salam.... dan brader misai dengan senang hati bagi signal untuk ambo teruskan perjalanan. Alhamdulillah..... tak sangkut.....

Ekoran memang dah tak tertanggung dengan beban saman tertunggak maka ambo dengan berhemahnya memandu secara santai. Tak ada apa-apa cerita yang hendak dikongsikan sepanjang perjalanan, cuma bila sampai Hentian Rehat Sg Perak arah utara kami berhenti sekejap for lunch.


Lebuhraya Butterworth-Kulim... ambo tak pernah lalu tapi nampak menarik sebab disepanjang laluan ada banyak tempat-tempat berwisata untuk disinggah. Signage ini ambo snap semasa menuju rest room di Hentian Rehat Sungai Perak.

Kenderaan yang berhenti memang banyak, terpaksalah tercari-cari tempat parking. Alhamdulillah jumpa satu.... cepat-cepat masuk parking dan berlarian ke rest room sebab dah rasa nak terkucil sangat dah ni. Bila masing-masing dah tertunai hajat baru gerak ke gerai-gerai untuk mencari sesuap nasi buat alas perut.

Hentian Rehat Sungai Perak arah utara memang selesa, cukup kemudahan dan banyak gerai makan. Cuma kualiti makanan macam tak berapa nak jadi.... dah banyak kali ambo dan HM singgah sini tapi memang tiap kali ambil makanan dapat nasi mentah. Patah selera makan.... lepas dua tiga suap terus tak ada rasa nak makan dah. Memang lepas daripada ini ambo akan banned terus gerai makan di Hentian Rehat Sg Perak arah utara. Kalau singgah pun sekadar untuk solat dan melegakan pundi kencing.


Masing-masing tengah termenung berfikir nak makan apa. Pilihan lauk pauk memang banyak, pilih saja mengikut selera masing-masing.


Sayang rezeki.... lauk nampak sedap tapi nasi mentah, terus hilang selera makan.

Kenyang melihat nasi mentah terbuang begitu sahaja, kami meninggalkan Hentian Rehat Sungai Perak menuju Taiping. Keadaan trafik amat lancar dan berpandukan GPS kami exit melalui susur keluar Changkat Jering. 

Dari plaza tol Changkat Jering memang sudah tidak jauh dari bandar Taiping dan disebabkan kami hanya dibenarkan untuk check-in di Flemington Hotel selepas jam 3 petang, kami terus ke site untuk sedikit tugasan. Ambo selesaikan dahulu tugasan rasmi seperti mana yang diarahkan untuk hari tersebut dan hanya check-in di Flemington Hotel sekitar jam 5 petang.

Kondisi hotel dan bilik amatlah memuaskan hati.... bilik masih baru dan amat bersih. Dari bilik hotel boleh nampak Taman Tasik Taiping yang terbentang luas menghijau.


View dari bilik hotel, separuh nampak bangunan dan separuh lagi boleh nampak Taman Tasik Taiping.

Nampak saja tilam empuk kami terus melenakan diri sekejap.... sekadar untuk re-charge tenaga. Selepas waktu Maghrib kami bergerak ke Taiping Central Mall untuk makan malam dan cuci mata.

Flemington Hotel ke Taiping Central Mall tidak jauh mana cuma keadaan jalan yang sedikit sesak melambatkan perjalanan. Agaknya Taiping Central Mall adalah pusat membeli belah utama di Taiping, sebelahnya adalah pasaraya Tesco.

Malas nak cari tempat makan lain, kami dinner sahaja di tingkat paling atas Taiping Central Mall. Ada satu gerai tomyam namanya, Restoran Thai Village One.


Thai Village... selain Thai Village ada juga tempat makan lain di Taiping Central Mall seperti Mekdi or Kepsi (lupa yang mana satu...), Starbucko etc.

Staff Thai Village.... dari belakang ingatkan jantan rupanya pompuan.


Rezeki kami untuk malam tersebut.... Alhamdulillah sedap dan harganya berpatutan.

Pada malam kami kunjungi Taiping Central Mall, kebetulan ada pertandingan karaoke. Selepas makan malam kami lepak-lepak sekejap berhampiran pentas untuk dengar dendangan para peserta. Ada yang suara sumbang mahram tapi tidak kurang juga memiliki suara tahap Power Root..... hehehehe.

Terhibur dengan persembahan para peserta dan tidak kurang juga yang membingitkan anak telinga, kami beransur pulang ke Flemington Hotel untuk mendapatkan rehat yang cukup. Esok awal-awal pagi memang kena keluar untuk selesaikan beberapa tugasan. Perancangannya kalau boleh, siapkan semua tugasan cepat-cepat esok dan masa yang masih berbaki boleh juga jalan-jalan sekitar Taiping.

Bila mana mata hampir terlelap, dapat text message dari rakan sekerja yang mengajak ke Kuala Sepetang, operasi memburu mee udang Mak Jah yang dikatakan tersohor ke saentero Nusantara. Memandangkan kami pun sudah kenyang makan malam di Thai Village tadi, ajakan rakan tadi terpaksa kami tolak. Tapi ada bagusnya juga, sejam kemudian rakan tersebut hantar text message sekali lagi berbunyi....

"bro.... nasib baik ko tak ikut..... mee udang Mak Jah sold out la bro.... dah tiga kedai mee udang aku masuk, semua sold out'....

Tu dia sikit punya laku mee udang Mak Jah, kena pula musim cuti sekolah memang ramai pelanggan yang datang dari segenap pelusuk kota.

Masa baca text message tersebut, mata ambo dah suam-suam kuku nak terlelap.... entah masa bila dalam cuba nak reply text message rakan tersebut mata ambo tiba-tiba kelam dan gelap.

zzzzzZZZZZZZ zzzzz....... dengan itu berakhirnya hari pertama kembara kami ke Taiping. 

Nanti kita ketemu lagi dalam entry yang seterusnya.... kita bercerita pula tentang pengalaman kami ke Bukit Larut, Taman Tasik Taiping, Taiping War Cemetery, Muzium Perak dan Kota Ngah Ibrahim.

Sekian.