Showing posts with label Renew Lesen L. Show all posts
Showing posts with label Renew Lesen L. Show all posts

Monday, 7 July 2014

Pengalaman Renew Lesen L @ JPJ Padang Jawa, Shah Alam/Klang

Tergugat poket dan wallet seketika pagi masa nak renew Lesen L di pejabat pos....

Den: Assalamualaikum, renew lesen ye (sambil huluq lesen)
Kerani Pos: Waalaikummussalam, kejap ye Encik (manis la pulak senyum ekekekeke)

Dia pun godek2 la komputer dan tiba2.....

Kerani Pos: Tak boleh renew la encik, Lesen L encik ni dah tamat tempoh, dah lebih 2 tahun.
Den: Hukalloh, baru 3 bulan lepas saya buat ini lesen.
Kerani Pos: Minta maaf encik, dalam komputer ni kata dah lebih 2 tahun, encik kena rujuk JPJ
Den: Ye ke, alamak. Terima kasih ye

Lalu bergegas la den ke JPJ Padang Jawa, Klang. Kapla dah sedikit kacau, machiam mana Lesen L baru 3 bulan, dalam komputer dah cukup 2 tahun. Aduhhhhh, jenuh la kena keluaq duit lagi untuk buat ujian.

Sesampainya di JPJ Padang Jawa, dah nak parking satu hal sebab penuh, terpaksa lah den yang berpuasa ni parking nun jauh di luar sana. Bila sampai ke kaunter JPJ (untuk renew lesen sila ke Pintu 6 di Tingkat 1, guna tangga di sebelah kiri kaunter perkhidmatan pelanggan), staf bertugas huluq nomboq sambil tersenyum.....


Tu diaaaaaa..... nomboq 1432, nomboq sekarang baru 1355. Maknanya ada 77 umat lagi kat depan den dok beratuq.

Den: Awatnya besaq nombor ari ni?
Staf JPJ: Biasa la encik, ari Isnin memang ramai orang
Den: Tak pa la kalau lagu tu, dugaan bulan Ramadhan
Staf JPJ: Hehehehehe..... betul tu!!!

Berdiri lah den dengan penuh sabaq. Ada la kerusi kosong dua tiga ketui tapi biaq pi lah, kita kasi kepada umat yang lebih memerlukan. Kita yang masih sihat walafiat, berqurban la sikit.

Kapla masih ting tong pasal masalah lesen yang tak leh nak renew kat pejabat pos tadi. Pikiaq punya pikiaq, biaq pi lah, ada rezeki ada la tu.

Dalam dok menunggu, den duk perati kakitangan kaunter JPJ yang bertugas. Kira efficient dan profesional jugalah, bulan Ramadhan masih bertenaga layan pelanggan, senyum tak lekang kat bibiaq. Nombor pun duk ting tong ting tong bunyi kat papan litar, maknanya satu2 pelanggan JPJ tak adalah menunggu lama sangat kat kaunter (dari tempoh kena panggil, bukan dari tempoh dapat nomboq giliran). 

Purata lepas kena panggil ke kaunter, kurang 3 minit selesai lah urusan. Buat lama tang menunggu sebelum nomboq kita dipanggil, itu memang lama. Den sendiri ambil nomboq jam 11.13 pagi, jam 12.10 tengah hari baru kena panggil, tapi urusan nak renew Lesen L cuma kurang 3 minit.

Magicnya, den tak ada masalah apa nak renew lesen. Bila check dengan JPJ, lesen den masih valid sehingga 2017. Magic sungguh.....

Den: Assalamualaikum Puan
Staf JPJ: Waalaikummusaalam (sambil buat muka tergezut)
Den: Amboi, tergezut nampak (ramah la pulak den bulan pose ni, ekekekeke)
Staf JPJ: Ehik hik hik..... tengah kusyuk check rekod ni ha, tetiba kena teguq

Den: Hehehehehe..... saya nak renew L saya ni tapi tadi dah ke pejabat pos..... bla bla bla bla....... (den habaq la masalah den)
Staf JPJ: Kejap ye Encik, saya check dulu. Eh ok je lesen Encik ni boleh renew.
Den: Hukallohhhhh, kenapa di pejabat pos tadi kata tak boleh?
Staf JPJ: Biasalah Encik, kekadang data kita tak telle dengan data post office

Lhorrrrr, itu machiam ka.....

Namun syukur masih boleh renew Lesen L. Pelik juga, Lesen L den baru berumur 3 bulan, machiam mana dalam komputer pejabat pos boleh jadi dah lebih 2 tahun?

Den renew untuk 6 bulan - RM40. Kira cukuplah sebab lepas raya baru den nak sambung belajar bawa moto besaq kat driving skool dan test untuk Lesen B Full.

Masa nak tunggu lesen den siap, sembang2 kejap dengan staf JPJ. Memang kompem terbaru dari JPJ, Lesen L hanya valid untuk tempoh masa 2 tahun maksimum. Lepas 2 tahun kena ambil ujian bertulis/komputer semula di mana2 sekolah memandu. 

Tadi pun ramai yang dah datang ke JPJ Padang Jawa, Klang untuk renew L, terpaksa patah balik semula kerana L masing2 telah melewati tempoh 2 tahun. Jadi kepada sesiapa yang masih memegang Lesen L, cepat2 lah upgrade sebelum melewati tempoh 2 tahun. Tarak buat kalu, kena keluaq duit lagi untuk ambil ujian L kat sekolah memandu (ingatan untuk diri sendiri juga).

Selesai urusan, den pulang ke opis dengan senang hati ngeeeeeeee!!!!!

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan

Roger and out!!!

Update 30/8/2016

Maklumat lanjut boleh dilayari di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ - Soalan Lazim