Showing posts with label Motorbike. Show all posts
Showing posts with label Motorbike. Show all posts

Tuesday, 18 October 2016

HoNDa RS150R


Spesifikasi motosikal kapcai pertama Boon Siew Honda dengan kapasiti enjin 150 cc.

  • Enjin satu silinder empat lejang DOHC 149.16 cc sejukan cecair
  • Kuasa maksimum : 11.5 kW / 9000 rpm
  • Tork maksimum : 13.5 Nm / 6500 rpm
  • Suntikan bahan api terancang
  • Muatan petrol : 4.5 L
  • 6 transmisi kelajuan
  • Rangka tiub berkembar
  • Suspensi depan : teleskopik
  • Suspensi belakang : monoshock
  • Tayar : 17 inci 90/80 (depan), 120/70 (belakang)

Harga : RM8213.94 (biru, hitam merah), RM8372.94 (Repsol), termasuk GST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Rekabentuk.

Launching.

Source : BH

- Ketam Batu -

Friday, 29 July 2016

Honda CBR250RR 2016 Specifications

Google Image


Honda CBR250RR 2016 was officially unveiled for Indonesian market on July 25, 2016. Available in 2 models, with and without ABS. 


Specifications

Engine, Power and Torque

Displacement : 249.7 cc
Maximum power : 35-38 Bhp
Maximum torque : 26-29 Nm
Engine description : 4 strokes, 8 valves, parallel twin cylinders
Cooling : Liquid cooled with auto electric fan
Fuel system : PGM-FI
Lubrication : Wet (pressing and spray)
Compression ratio : 11.5 to 1
Bore : 62 mm
Stroke : 41.4 mm
Cylinders : 2
Valve system : 8 valve, DOHC

Transmission

No of gears : 6
Clutch : Multiple wet clutch with coil spring
Gear pattern : 1-N-2-3-4-5-6

Brakes

Front brake : 310 mm hydraulic disc, dual piston
Rear brake : 240 mm hydraulic disc, single piston
ABS : Dual-channel ABS

Wheels and Tyres

Front tyre : 110/70 - 17 54S
Rear tyre : 140/70 - 17 66S
Front wheel : 17 inch
Rear wheel - 17 inch
Wheel type : Alloy wheels

Dimensions, Weight and Capacities

Overall length : 2060 mm
Overall width : 724 mm
Overall height : 1098 mm
Ground clearance : 145 mm
Seat height : 790 mm
Wheelbase : 1389 mm
Fuel tank capacity : 14.5 L
Oil tank capacity : 1.9 L

Monday, 4 August 2014

Riders Down @ Susur Ke Rawang Arah Selatan Lebuhraya Plus

As-Salam dan Salam 1Malaysia,

Amachiam, semua suda balik ke habitat asal selepas seminggu berchuti sempena Aidilfitri? Ada yang dah masuk opis pun ari ni, ye dok? Tapi khen pagi tadi masa den nak ke opis tak adalah bz mana jalan raya, agaknya masih ada yang sambung chuti, nak relax2 kat rumah setelah berjam-jam memandu dari kampung semalam.

Setelah sebulan den gantung helmet sebab bulan pose den naik keto ke opis, pagi ni den kembali menyarung helmet dan segala mak nenek riding gears. Gian sehhh nak ride semula ke opis. Semangat memang berkobar-kobar, api menyala-nyala keluar melalui lobang hidong den. Berkobar machiam mana pun, machiam biasa den tetap beringat, SAFETY FIRST bak kata ketua kampong den.

Kekadang bila kita terlebih excited, kita hilang kita punya common sense. Jadi kita pelan2 kayoh. Tadi pun den bawak motor memang syahdu abes, 60-80 km/h. Janji den selamat sampai opis, bukan nak kejar apa pun. Lagi pun Alhamdulillah opis den bukan jenis kena masuk tepat jam 8, asal jangan melampau lewat sudah lah.

Nak dijadikan cherita pagi tadi, sebelum sampai ke susur masuk ke Rawang, sekali dua biji motor tergolek kat depan den. Den tak perasan sangat awal ceritanya, sedar2 dua2 sudah tergolek atas highway. Cepat2 den bagi signal, jeling side mirrors dan dengan sedikit skills yang sempat den berguru dengan Randy Mamola, den mengelak ke kanan. 

Selamat den parking motor den tepi jalan, den huluq la tangan bantu mana yang patut. Rupa-rupanya berlanggar sesama sendiri sebab salah faham masa nak masuk susur ke Rawang. Salah seorang rider shantek terbaring kat tengah jalan, naseb baik masa jatuh tak ada kereta kat belakang. Lepas tengok dua2 ok tak ada kecederaan yang serious, den terus start motor dan teruskan perjalanan ke opis. Lagipun ramai riders lain yang turut sama berhenti hulurkan bantuan.

Cuma satu yang den perasan, kalau motor yang eksiden, jarang bebenor kereta nak berhenti hulurkan bantuan. Kita sesama riders sajalah yang pepakat tolong angkat dan tepon ambulans kalau dah serious sangat. Den tak kata semua pemandu kereta cham gitu, tapi kebanyakkan lah yang den perasan. 

Berbalik kepada kisah eksiden tadi, den pun tak tahu kisah asal. Malas den nak tanya lelebih, dah kawan tu tengah sakit jatuh motor tak kan kita nak soal siasat punca pulak ye tak.

Tapi pada pendapat peribadi den, kekadang kita hilang kita punya common sense bila dah lama tak bawa motor. Mungkin sebulan kita gantung helmet sebab bulan pose kita drive kereta ke opis. Mungkin juga cuma seminggu kita gantung helmet sebab cuti raya. Tak kisahlah seminggu ke, sebulan ke, memang kena berhati-hati lebih masa hari pertama bila kita mula tunggang motor semula. 

Biar jari jemari, tangan, kaki, pancaindera dan segalanya pada tubuh badan kita kembali serasi dengan jentera tunggangan. Lagi kan penunggang profesional pun boleh tergolek, ini kan pula kita yang amatur ni. Pulas minyak pelan2, esok lusa baru kita pecut kaw2, kepada yang suka meroketlah. Den machiam biasa, syahdu dan sendu saja, dah tak reti nak meroket naik motor. Asal sampai sudah.

Pesan2 buat diri sendiri, dan juga rakan2 riders yang lain; tunggang cermat jiwa selamat; ingat orang yang tersayang.

Pin pin..... Rock and ride Nohhhhhh!!!!

Roger and out.

Monday, 7 July 2014

Short Ride | Bukit Beruntung dan Kuala Kubu Baru

Ini cherita Sabtu lepas, buka mata terasa nak ride. Maklumlah sepanjang minggu lepas asyik drive Vios ke opis. Terus sarung riding gear, start engine dan tuju ke Bukit Beruntung. Tujuannya nak singgah kedai servis dan aksesori motosikal MOS Bukit Beruntung, untuk check coolant yang dah sampai ke level low. 

Baru 2 bulan pakai ini motor, mileage baru 2300 km lebih. Takkan coolant dah mengering, ka masa amik motor dulu kedai tak isi penuh? Entahlah, teman bukan check pun level coolant masa amik motor dari kedai dulu.


Memang syiok ride bulan puasa sebab highway pun machiam tak ramai orang kalau Sabtu/Ahad. Moto pun sesekali je melintas, kalau bukan Ramadhan memang bertali arus la pakat ride menuju utara.

Lepas saja tol Bukit Beruntung, berhenti kejap untuk berselfie depan tugu Welkam To Bukit Beruntung. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh saja. Tak pa, ari ni kita buat untuk kenang kenangan.


Kendian terus gerak ke bengkel MOS. Senang saja nak sampai sini, lepas tol Bukit Beruntung ada simpang tiga traffic light, ambil ke kanan. Jumpa lagi traffic light, pusing kanan lagi menuju deretan bangunan kedai. Tepi jalan pun dah boleh nampak bengkel MOS ni.

Kenapa teman nak datang sini, bagus benor ke servis depa? Entahlah tak dapat den nak jawab kerna ini pestaim den datang sini. Sebelum ini memang dah nampak masa menuju Tesco Bukit Sentosa, itu yang buat terpasang niat nak singgah sini.

Selebihnya memang gedik nak ride saja pun, kalau ikutkan setakat nak check coolant tak payah jauh2 datang ke Bukit Beruntung ni hah. Bengkel dekat2 rumah pun ada. Gian nak sarung riding gear le katakan.


Mekanik pun check FZ den punya coolant....

Mekanik: Ok lagi ni bang, radiator masih penuh dengan coolant
Den: Pelik ni dik, check kat reserve ni tunjuk dah low
Mekanik: Low kat reserve ok bang, jangan dalam radiator kering sudah
Den: Gitu ke?

Ya ka, den ingat kena add kalau dalam reserve dah tunjuk low. Entahlah, den bukan pandai sangat bab moto ni, tunggang ke hulu ke hilir tahulah den.

Mungkin ada baiknya den cari pendapat kedua......

Masa nak balik ke Tg Malim, den tak guna highway dah tapi den nak cuba jalan dalam..... kena lalu Bukit Sentosa dan Rasa.


Masa lalu Bukit Sentosa jumpa satu masjid yang sedang dibina. Kalau dah siap memang chantek ini masjid. Terpikiaq lepas raya cadang nak buat ride dari masjid ke masjid. Maksudnya melawat masjid2 lama dan bersejarah, plan sajalah kalau ada rezeki.

Selepas area Bukit Beruntung memang syiok sebab jalan lengang selengangnya. Kiri kanan penuh dengan semak samun tapi sekali ada jumpa satu kolam ternakan ikan tapi malang tak dibenarkan masuk.



Nak tunjuk kolam ikan sebenaqnya dalam gambaq kat atas tapi lokasi ambil gambaq tak chun. Kolam ikan terlindung oleh semak samun. Diseberang jalan pula ada machiam satu kedai makan, tepinya ada anak sungai. Nak singgah ke tak, hmmmm nak singgah buat apa bukan boleh makan pun. Ekekekekeke, chowwww on the bike again.

Manyak senang dan syiok ini hati, jalan manyak kosong. Hari pun manyak chantek dengan langit membiru. Kalau tak pikiaq haus memang sampai Bukit Fraser nih, hehehehee.


Ride punya ride rupanya jalan ni tembus ke Rasa. Pestaim teman guna ini jalan. Nama saja tinggal di Tg Malim, bukan tahu sangat pun jalan belakang area sekitarnya.

Syioknya bermula dari Rasa, Kalumpang hinggalah ke Tg Malim, kiri kanan  penuh dengan peniaga durian dan buah-buahan. La ni kan musim durian guguq, tapi kesian sebab kebetulan dengan Ramadhan. Jadi biz pekebun durian agak terganggu. Rasanya musim ni durian banyak yang jadi tempoyak. Kalau bukan bulan Ramadhan, banyak saja bikers yang datang ke area sini untuk pekena durian dan pau Yik Mun. 

Tak pa lah, adala rezeki depa tu.....

Nak cherita apa lagi..... tadak apa dah sebab ride pun dekat sangat. Sekadar nak lepaskan gian main clutch dan throttle saja. Oklah geng......

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan.

Pin pin..... Roger and out!!!

Pengalaman Renew Lesen L @ JPJ Padang Jawa, Shah Alam/Klang

Tergugat poket dan wallet seketika pagi masa nak renew Lesen L di pejabat pos....

Den: Assalamualaikum, renew lesen ye (sambil huluq lesen)
Kerani Pos: Waalaikummussalam, kejap ye Encik (manis la pulak senyum ekekekeke)

Dia pun godek2 la komputer dan tiba2.....

Kerani Pos: Tak boleh renew la encik, Lesen L encik ni dah tamat tempoh, dah lebih 2 tahun.
Den: Hukalloh, baru 3 bulan lepas saya buat ini lesen.
Kerani Pos: Minta maaf encik, dalam komputer ni kata dah lebih 2 tahun, encik kena rujuk JPJ
Den: Ye ke, alamak. Terima kasih ye

Lalu bergegas la den ke JPJ Padang Jawa, Klang. Kapla dah sedikit kacau, machiam mana Lesen L baru 3 bulan, dalam komputer dah cukup 2 tahun. Aduhhhhh, jenuh la kena keluaq duit lagi untuk buat ujian.

Sesampainya di JPJ Padang Jawa, dah nak parking satu hal sebab penuh, terpaksa lah den yang berpuasa ni parking nun jauh di luar sana. Bila sampai ke kaunter JPJ (untuk renew lesen sila ke Pintu 6 di Tingkat 1, guna tangga di sebelah kiri kaunter perkhidmatan pelanggan), staf bertugas huluq nomboq sambil tersenyum.....


Tu diaaaaaa..... nomboq 1432, nomboq sekarang baru 1355. Maknanya ada 77 umat lagi kat depan den dok beratuq.

Den: Awatnya besaq nombor ari ni?
Staf JPJ: Biasa la encik, ari Isnin memang ramai orang
Den: Tak pa la kalau lagu tu, dugaan bulan Ramadhan
Staf JPJ: Hehehehehe..... betul tu!!!

Berdiri lah den dengan penuh sabaq. Ada la kerusi kosong dua tiga ketui tapi biaq pi lah, kita kasi kepada umat yang lebih memerlukan. Kita yang masih sihat walafiat, berqurban la sikit.

Kapla masih ting tong pasal masalah lesen yang tak leh nak renew kat pejabat pos tadi. Pikiaq punya pikiaq, biaq pi lah, ada rezeki ada la tu.

Dalam dok menunggu, den duk perati kakitangan kaunter JPJ yang bertugas. Kira efficient dan profesional jugalah, bulan Ramadhan masih bertenaga layan pelanggan, senyum tak lekang kat bibiaq. Nombor pun duk ting tong ting tong bunyi kat papan litar, maknanya satu2 pelanggan JPJ tak adalah menunggu lama sangat kat kaunter (dari tempoh kena panggil, bukan dari tempoh dapat nomboq giliran). 

Purata lepas kena panggil ke kaunter, kurang 3 minit selesai lah urusan. Buat lama tang menunggu sebelum nomboq kita dipanggil, itu memang lama. Den sendiri ambil nomboq jam 11.13 pagi, jam 12.10 tengah hari baru kena panggil, tapi urusan nak renew Lesen L cuma kurang 3 minit.

Magicnya, den tak ada masalah apa nak renew lesen. Bila check dengan JPJ, lesen den masih valid sehingga 2017. Magic sungguh.....

Den: Assalamualaikum Puan
Staf JPJ: Waalaikummusaalam (sambil buat muka tergezut)
Den: Amboi, tergezut nampak (ramah la pulak den bulan pose ni, ekekekeke)
Staf JPJ: Ehik hik hik..... tengah kusyuk check rekod ni ha, tetiba kena teguq

Den: Hehehehehe..... saya nak renew L saya ni tapi tadi dah ke pejabat pos..... bla bla bla bla....... (den habaq la masalah den)
Staf JPJ: Kejap ye Encik, saya check dulu. Eh ok je lesen Encik ni boleh renew.
Den: Hukallohhhhh, kenapa di pejabat pos tadi kata tak boleh?
Staf JPJ: Biasalah Encik, kekadang data kita tak telle dengan data post office

Lhorrrrr, itu machiam ka.....

Namun syukur masih boleh renew Lesen L. Pelik juga, Lesen L den baru berumur 3 bulan, machiam mana dalam komputer pejabat pos boleh jadi dah lebih 2 tahun?

Den renew untuk 6 bulan - RM40. Kira cukuplah sebab lepas raya baru den nak sambung belajar bawa moto besaq kat driving skool dan test untuk Lesen B Full.

Masa nak tunggu lesen den siap, sembang2 kejap dengan staf JPJ. Memang kompem terbaru dari JPJ, Lesen L hanya valid untuk tempoh masa 2 tahun maksimum. Lepas 2 tahun kena ambil ujian bertulis/komputer semula di mana2 sekolah memandu. 

Tadi pun ramai yang dah datang ke JPJ Padang Jawa, Klang untuk renew L, terpaksa patah balik semula kerana L masing2 telah melewati tempoh 2 tahun. Jadi kepada sesiapa yang masih memegang Lesen L, cepat2 lah upgrade sebelum melewati tempoh 2 tahun. Tarak buat kalu, kena keluaq duit lagi untuk ambil ujian L kat sekolah memandu (ingatan untuk diri sendiri juga).

Selesai urusan, den pulang ke opis dengan senang hati ngeeeeeeee!!!!!

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan

Roger and out!!!

Update 30/8/2016

Maklumat lanjut boleh dilayari di portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ - Soalan Lazim

Friday, 4 July 2014

Nimota CK9

Nimota - sepanjang hayat, baru dua kali terserempak dengan Nimota CK9. Kali pertama semasa berhenti untuk isi minyak di Shell. Tengah kusyuk dan tawadduk kasi Vios minum FuelSave Unleaded RON95, datang sebiji motor merah parking chantek kat sebelah. 

Mata terus tertumpu, chantek design motor tapi model apa kah ini? Tanpa segan silu (malu bertanya sesat berjalan, in this case bukan berjalan lagi dah, tapi buta nama motor) terus kaki melangkah ke arah motor tersebut, dibelek dan dikelebek.

Nimota rupanya, asyik sangat sampai lupa nak tegur rider pemilik Nimota merah tersebut, alamak sorry der, motor lu chun la der..... hehehehe!!!! 

Balik rumah terus Google cari info pasal Nimota. Nampak tak penangan Nimota CK9. Design dia memang chun wa cakap lu. Unsangkarable juga, dengan design dan saiznya, engine capacity Nimota CK9 cumalah 150 cc. Unsangkarable sungguh, bila dipandang berkali-kali ingatkan motor 250 cc!!!!!

Kali kedua terserempak dengan Nimota CK9 adalah semasa tengah driving on the way ke tempat kerja, juga Nimota kaler merah. Lu memang chun siol!!! Rasa mahu angkut sebijik. Tapi model ini memang jarang-jarang nampaklah di kejiranan den (Tg Malim-Rawang). 

Bila dah jarang2 nampak yang buat teman takut nak ambil risiko, risiko untuk cari alat ganti. Al-maklumlah den hanya pandai bawa motor, bab2 teknikal memang ke laut. Namun kalau dah ada di pasaran, patutnya spare part pun no problem le kan?

Pemilik CK9 kata spare part boleh kacuk. Antaranya, spocket belakang sama dengan Yamaha FZ, spocket depan pula boleh masuk dari Honda NSR 150. Kalau terdesak sangat pun boleh order direct dari kilang di Johor. 

Note: Sila add Jeffrey Loo dalam FB Nimota Group. Beliau orang kanan Nimota, sebarang permasalahan berkaitan Nimota dan spare parts, sila rujuk beliau.

Paling best, engine Nimota khabarnya hasil sentuhan Honda. Teknologi old timer dari Honda (opkoz takkan Honda nak bagi teknologi terbaru kat Nimota ye tak?). Walau teknologi sedikit terbelakang tapi reputasi Honda memang dah terbukti, tengok sahaja kapchai Honda C70 kat kampung2, masih gegeh berbakti.

Kalau ikut komen2 rider pemilik CK9 di MBC, motor ni memang sedap bawak, pick up pun ok. Fuel consumption katanya, full tank boleh pergi sekitar 260 km tapi tak pasti pula selaju mana brader tersebut sebat di highway.



Sumber: Google Image

Nimota CK9R Spesifikasi

Dimension (mm): 2075 x 780 x 1045
Net Weight: 135 kg
Engine: SOHC, Air Cooled, 4 Strokes
Engine Capacity: 150 cc
Starter: Electric/Kick
Front Brake/Rear Brake: Disc/Drum
Front Suspension: Telescopic
Rear Suspension: Mono
Front Tyre: 100/80-17
Rear Tyre: 180/60-17
Tank Capacity: 12 L

Baru-baru ni dah ada Nimota CK9 SE pula. Apa bezanya di antara CK9R dan CK9 SE? Antaranya adalah;

Upside down fork (apa maksudnya, tunggang terbalik?)
Rear disc break (model CK9R, rear disc- drum)
Improve performance (ya ka?)
Michelin tyre
Sporty design sport rim
Sporty colour 'orange'

Kiranya model SE ni machiam model Proton SE jugalah. Improve engine sikit2 tapi kasi chantek dia punya body, tambah aksesori sana sini. Tapi kenapa kaler cuma 'The Orangje', penyokong Belanda ka?

Ini dia rupa paras Nimota CK9 SE.....


Sumber: Google Image

Harga tengok dekat mudah.com bagi model CK9R sekitar RM6000 manakala model SE, sekitar RM6600-6700. Itu harga di mudah.com kalau kedai tak tahulah. Lebih kurang le kot..... kot la!!!

Kira murah jugalah berbanding Yamaha FZ150i. Kalau nak branded boleh lah sambar FZ tapi kalau modal ada kureng, bolehlah pertimbangkan CK9. 

IMHO, untuk jadi rider kepada model seperti Nimota dan jenama2 yang masih baru di pasaran, kita kena rajin berkomuniti. Maksudnya joint kelab, joint FB Group dan sebagainya. Bukan apa, senang dapat info berkaitan masalah motor, alat ganti disamping mengikat ukhuwwah sesama rider. IMHO sajalah.....

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan

Pin-pin..... Roger and out.

Wednesday, 2 July 2014

HVM Bikers Seksyen 7 Shah Alam

Bikers sekitar Kelantan dan Jerteh memang dah familiar sakan dengan HVM Bikers. Dulu kalau balik kampung den memang selalu jenguk2 HVM tapi masa tu masih belum ada motor, jadi cuma ushar2 line saja.

Kini setelah kembali on the bike, HVM pula dah buka cawangan di Seksyen 7 Shah Alam, mudahlah dan mungkin makin keraplah den ke HVM untuk menambah aksesori mana yang patut.

Tadi pun sempat singgah di HVM Seksyen 7 Shah Alam, sebab desperated nak cari glove baru dan riding boot. Nak turun Pertama Complex @ KL bulan2 puasa ni memang idok le teman, tak daya nak layan arus trafik. Lagipun ari ni turun dari rumah naik kereta. Bila tiba bulan puasa jalan makin sesak pula, agaknya ramai yang rehatkan motor sepanjang Ramadhan.

Cari-cari punya cari, dapatlah sepasang riding boot, Hex Probiker Speed. Last kopek punya saiz, tak dapat tawar menawar pun sebab katanya dah bagi harga paling murah, RM240. Murah ka geng? Malas nak banding2 dengan harga di Pertama Complex sebab kalau murah mana pun di Pertama Complex, lepas campur duit minyak tol penat segala, baik beli di Shah Alam saja.

Kemudian sambar juga MSC Icon Glove, RM100 sepasang. Kat rumah memang dah ada sepasang tapi bila hari2 pakai, belum sempat peluh kering dah kena sarung balik. Bila ada dua tiga glove, harapnya tak adalah masam sangat tangan nanti bila dah sampai opis.

Belanja gambar sikit.....


Ada yang nak jadi model percuma la pulop!!!

MSC Icon Glove - RM100.

Probiker Speed - RM240.

Ini alamat HVM Bikers Shah Alam kepada yang berminat;

Ground Floor No. YG-2
Jalan Plumbum Y7/Y
Pusat Komersial Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: +603-5512 3530
Fax: +603-5512 3580

Memang ada banyak aksesori dan barangan motor - tunggu pilih yang mana berkenan di hati dan pada poket saja. Ingat kalau ada bajet lepas raya mahu borong barang sikit di HVM, mahu kasi motor chantek bah!!!!

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan 

Pin-pin..... Roger & Out.

Tuesday, 1 July 2014

Demak Skyline 200

Demak Motor merupakan salah satu pengeluar motosikal di Malaysia yang berpusat di Sarawak. Mungkin dari situlah bermulanya nama Demak sebagai jenama sebuah motosikal tempatan, diambil sempena nama tempat di mana syarikat ini bermula.

Terkini, Demak telah melancarkan variasi terbaru mereka, Demak Skyline 200 iaitu sebuah jentera 'naked' yang lebih sporty dan ditawarkan pada harga di antara RM9000 sehingga RM10000. Demak Skyline 200 masih lagi dikuasakan oleh enjin 200 cc sepertimana abangnya iaitu Demak DZM 200.

Sumber: Google Image

Model ini datang dengan empat pilihan warna yang menawan iaitu biru, merah, hijau dan hitam. Mana satu menambat hati anda?

Spesifikasi Demak Skyline 200!!!

Engine: Single Cylinder, Air Cooled, 4 Strokes
Engine Capacity: 193.2 cc
Dimension (mm): 2020 x 710 x 1070
Wheelbase (mm): 1360
Maximum Power: 11 kW/7500 rpm
Maximum Torque: 14 Nm/6500 rpm
Lubrication: Pressure, Splash
Ignition: CDI
Compression Ratio: 9.0:1
Bore x Stroke (mm): 63 x 62
Transmission System: Chain Drive
Brake (Front/Rear): Disc/Disc
Dry Weight: 143 kg
Starter: Electric/Kick
Front Tyre: 110/70-17
Rear Tyre: 130/70-17
Seat Height: 790 mm
Clutch Type: Multiplate Wet Clutch
Ground Clearance: 150 mm
Rider Capacity: 2
Fuel Tank Capacity: 13 L
Battery: 12V/9AH

Sebagai perbandingan, disertakan spesifikasi milik abangnya, Demak DZM 200!!!

Engine: Single Cylinder, Air Cooled, 4 Strokes
Engine Capacity: 193.2 cc
Dimension (mm): 2040 x 800 x 1100
Wheelbase (mm): 1375
Maximum Power: 11 kW/7500 rpm
Maximum Torque: 14 Nm/6500 rpm
Lubrication: Pressure, Splash
Ignition: CDI
Compression Ratio: 9.0:1
Bore x Stroke (mm): 63 x 62
Transmission System: Chain Drive
Brake (Front/Rear): Disc/Disc
Dry Weight: 130 kg
Starter: Electric/Kick
Front Tyre: 110/70-17
Rear Tyre: 130/70-17
Seat Height: 800 mm
Clutch Type: Multiplate Wet Clutch
Ground Clearance: 180 mm
Rider Capacity: 2
Fuel Tank Capacity: 15 L
Battery: 12V/6.5AH

Tiada perubahan besar dilakukan ke atas Demak Skyline 200 berbanding abangnya Demak DZM 200. Perubahan lebih kepada kosmetik disamping kapasiti bahan api yang sedikit berkurang pada Demak Skyline 200.

Sememangnya jenama Demak masih lagi diragui ramai tapi menurut pengguna-pengguna Demak, kualitinya jauh berbeza kini berbanding di awal kemunculannya. Ini terbukti dengan kejayaannya ditunggang hingga ke UK oleh seorang pengembara solo (lupa pula nama brader kita ni!!!). Thailand jangan cakaplah, setakat Chiang Mai sehinggalah Golden Triangle, dah jadi machiam balik kampung saja kepada pemilik Demak!!!

Seringkali juga Demak dicerca sebagai pengeluar 'copy and paste' kerana meniru design dan teknologi luar terutamanya dari negara China (CEO Demak Motor nama dia Gao Rong pun Made in China). Namun ramai yang lupa bahawa pengeluar motosikal di negara Jepun, Korea, Taiwan dan China juga bermula dengan meniru design dan teknologi negara yang lebih maju sebelum berupaya untuk berdikari. Jepun bermula dengan strategi 'produce by licence' products US, Korea copy paste Jepun, Taiwan pun sama bergurukan Korea, China lagilah memang terkenal sebagai raja chiplak. Tapi lama-lama mereka mampu menghasilkan teknologi sendiri, semuanya berkat reversed-engineering.

Mungkin suatu hari nanti Demak mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pengeluar motosikal dunia yang lain. Bukan saja Demak, tapi Modenas juga. Sama-samalah kita lihat dan saksikan nanti.

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan  

Honda CB650F & Honda CBR650F

Menjelang Ogos 2014, peminat-peminat superbike Malaysia akan dihidangkan dengan model terbaru dari Honda, iaitu CB650F dan CBR650F. 

Ini sudah semestinya membuatkan penguasaan Kawasaki dan Yamaha dalam segmen 650 cc sedikit tergugat. Faktor harga akan menjadi salah satu faktor utama dalam menarik bakal pembeli, malangnya sehingga kini tanda harga bagi CB650F dan CBR650F masih belum diumumkan.

CB650F (Image by Google)

CBR650F (Image by Google)

CBR650F (Image by Google)

Sama-samalah kita tunggu akan pengumumannya nanti. Mana tahu ada yang akan menunggang/membonceng model terbaru Honda ini di laluan Karak menjelang September nanti... wink*wink*wink*.

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan

Roger and out.

Wednesday, 18 June 2014

My FZ150i @ Ketam Besi - Servis Kedua (Bacaan Odometer 2301 km)

Lama tak update pasal motor kan, jadi ari ni nak sembang pasal kes tayar motor ambo tercucuk paku pagi tadi. Tak pasti tercucuk kat area mana, semasa syiok menunggang di lorong motor Guthrie atau pun area Shah Alam. Tak pun tercucuk paku masa singgah kedai hardware awal pagi tadi sebelum bertolak ke tempat kerja.

Itu pun nasib baik ternampak besi bersinar pada tayar motor masa parking tepi opis pagi tadi. Memang dah jadi habit ambo untuk belek motor dulu sebelum masuk opis. Belek punya belek, kelebek punya kelebek sekali ternampak paku sudah cucuk tayar ambo punya FZ150i daaaaaa!!!!

Alahai paku, motor ambo juga kau cucuk!!!

Tapi bagusnya guna tubeless, angin tak sempat keluar habis, slow motion gittew. Jadi ambo masuk opis dulu siapkan kerja apa yang patut, dalam kul 12 nak masuk waktu lunch baru ambo keluar cari bengkel.

Slow-slow tunggang menuju Seksyen 7 Shah Alam, syurga student UiTM duk lepak-lepak dan makan. Tapi ari ni machiam tak meriah pula, agaknya masing-masing berkubu kat bilik study sebab minggu depan dah start final exam. 

Pusing-pusing punya pusing terjumpa bengkel Adam Motor. Berhadapan dengan Giants dan juga HVM Bikers. Ini first time ambo ambil servis Adam Motor, cubalah kot servis dia ok, nak tampal tayar bocor je pun.  

Brader yang kerja sini memang sempoi, tanya apa pasal motor pun ok. Mesra alam gittew, jadi dari sekadar tampal tayar bocor ambo terus servis sekali. Odometer dah lepasi angka 2000, dah capai 2301 km pun, memang dah kena servis. 

*Lari tajuk sakan....okies now kita sembang pasal tukar minyak hitam.

Guna EO Motul 3100 Gold 10W40 sama machiam servis kali pertama dulu. Oil filter pun ambo tukar sama, lepas ni bolehlah start tukar OF berselang seli dengan EO. Awal-awal ni kita kasi manja dulu itu motor, lepas ni bolehlah ligan sakan tak de manja-manja dah.

Tampal je ke bang, tukar Maxxis terus je lah, Kenda mana sedap ligan atas highway!!! Rachun paraquat siut!!!

Odometer dah capai 2301 km - perjalanan ulang alik 196 km sehari.

Orang kata Motul bagus, ambo pun layanlah Motul.

Kira nasib baiklah, Alhamdulillah, tayar tak kempis masa kat highway tadi. Kalau tidak tersadailah kat tepi jalan tunggu pomen bergerak datang. Ongkosnya sudah tentulah berlipat kali ganda, keadaan terdesak le katakan.

Pengajaran dari itu, make sure wallet sentiasa terisi RM secukupnya. Lebih baik lagi sediakan kit kecemasan untuk tampal tayar kalau bocor semasa dalam perjalanan, pump pun jangan di lupa. Mengambil ikhtibar, terus ambo sambar kit untuk tampal tayar bocor, RM15 je pun harganya. Murah banget, nak tampal tayar motor boleh, kereta pun boleh kot!!! Nanti balik rumah nak cari pump pula kat TF.

Mana tahu, sejarah mungkin berulang. Kita buat langkah pencegahan dan berjaga-jaga dari awal. Selain untuk diri sendiri, mungkin boleh tolong rider yang lain juga, Inshaa Allah special price maaaaaaaa!!!!! Hehehehe, no lah, Inshaa Allah tak amik duit punya, percuma saja ambo tolong hehehehe.

Dalam duk kalut nak tampal tayar bocor, terkalut juga rasa nak tukar tayar motor sekali. Layan Kenda stok kilang standet mendet ni ada sikit kuereng lah dia punya kemut. Rasa nak tergelincir je kalau lalu jalan yang tak berapa nak rata atau berminyak. Masa hujan lagi lah, rasa nak bersepai je atas jalan, terhenti degupan jantung kejap.

Ushar punya ushar, Adam Motor tak ada stok Pirelli, Duro banyaklah stok. Tapi ambo mahu Pirelli atau Maxxis saja. Tanya harga Maxxis, untuk Maxxis Diamond 90/80 harganya RM125 manakala Maxxis Promax 110/70 harganya RM178.

Boleh tahan juga harganya, tunggu gaji dulu lah dik, hehehehe!!!! Poket kering la sikit la ni!!! Inshaa Allah gaji nanti ambo berhijrah dari Kenda ke Maxxis.

p/s: Sepatutnya hari ni adalah Wordless Wednesday, terpaksa langgar pantang sebab cuma on Wednesday ambo kurang sibuk dan on Wednesday jugalah idea untuk menulis datang mencurah-curah, hehehehe!!!!

Kita Rider Tiada Beza - Utamakan Keselamatan.

Roger and out.