Showing posts with label Sungai Klah. Show all posts
Showing posts with label Sungai Klah. Show all posts

Tuesday, 7 April 2015

JoM ReNDaM KaKi Di TaMaN ReKReaSi aiR PaNaS (TRaP) SuNGai KLaH, SuNGKai, PeRaK

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ini cerita masa Chinese New Year yang lepas. Ada member dari Singapore datang bertandang, jadi kenalah bawa jalan-jalan kut bosan terperap di rumah. Paling mudah dan dekat dengan rumah kami adalah Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah-Felda Residence.


Tempat ini memang menjadi tumpuan setiap minggu, sama ada oleh pengunjung tempatan mahupun dari luar. Tapi ini kali pertama ke TRAP Sg Klah pada cuti umum dan natijahnya; terpaksa bersesak-sesak. Ramai sungguh pengunjung, nak parking kereta pun agak sukar.


Ada family yang siap hampar tikar mengkuang berpicnic kat luar. Nak habiskan bekal makanan katanya sebab outside foods memang langsung tak dibenarkan masuk. 



Ini pengangkutan yang disediakan oleh TRAP Sg Klah kepada para pengunjung. Sebaik sahaja melepasi kaunter tiket, anda boleh naiki trem ini untuk ke kolam air panas.


Jika rajin atau nak keluarkan sedikit peluh, boleh saja menapak ke kolam air panas. Tak perlu naik trem. Nak kata dekat sangat tu tak lah, jauh pun tak juga. Kami menapak lemah gemalai ambil masa lebih kurang 10 minit.

Jika setakat minuman boleh lepas lagi, tapi janganlah bawa masuk makanan kenduri untuk empat puluh orang. 


Anak-anak kecil kena jaga-jaga. Jangan nanti dicelup tangan dalam takungan air panas. Ok bagi kita, tapi kulit anak-anak kecil masih mulus, mudah untuk tercedera.


Air panas den bertingkek-tingkek kata W.A.R.E.H!!!


Amaran cukup jelas dan nyata!!!


Jom tukar baju mandi. Pastikan anda masuk ke KLAH melalui kolam air panas. Jika melalui kolam air gunung, jauh sikitlah untuk menapak ke bilik persalinan.


Jika ada duit lebih boleh sewa jakuzi peribadi. Setiap jakuzi boleh memuatkan sekitar 6-10 orang.


Jom kita rebus telur secara berjemaah.


Pakar merebus telur. Sila perhatikan telur anda. Keselamatan telur anda adalah tanggungjawab anda sendiri!!!


Membawa telur sendiri ke KLAH adalah dilarang keras. Jangan risau untuk meninggalkan telur anda di rumah kerana di KLAH, ada gerai yang sudi menjual telur kepada anda. Enam biji dengan harga 5 ringgit.


Tidak berminat untuk merebus telur, kita boleh rebus kaki sendiri. Bagus untuk kesihatan katanya.


Tumpuan anak-anak, kolam air gunung. Kuat bau klorin, tapi anak-anak tetap layan.


Tapak perkhemahan.


Nak kata terbaru pun tak juga, tapi kini di KLAH sudah ada aktiviti extreme.


Open hot pools, pakat ramai-ramai rendam kaki.


Kiosk menjual cendermata, t-shirt dan ice-cream. Ada pula yang mengidam ice-cream Magnolia Gold. Harganya faham-faham sajalah.


Buat sakit hati, sebelahnya ada jual aiskrim kampung dengan harga yang jauh lebih murah.


Hanya untuk kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas. Tapi terubat juga keinginan anak-anak masa ke Taiping dahulu, ada bike khusus untuk kanak-kanak bawah 10 tahun.


Mulanya ingatkan uncle spek hitam ni turis, rupanya salah seorang petugas KLAH. 


Last resort, kita mandi di kolam air panas pula.


Jika masa sampai kami jalan kaki masuk, nak balik dah tak larat. Jadi kita naik tuk-tuk!!!

Pernah dengar ayam goreng bunian?


Ini pernah masuk TV, pasal satu kedai makan yang sajikan nasi bambu dan ayam goreng bunian. Restoran nasi bamboo ini letaknya di Sungkai juga, tidak jauh pun dari KLAH. 


Jadi jika perut terasa kosong setelah berendam lama dalam kolam air panas, bolehlah singgah restoran nasi bamboo. Tapi perlu diingat, pengunjung bak ulat, lambat sampai beratur panjang. Kena banyak sabaq kalau tengah lapaq.


Kami cadangnya nak singgah, tapi bila nampak barisan sikit punya panjang, terus shoot cari kedai makan lain.


Sekian.

Monday, 4 November 2013

Edisi Hujung Minggu @ Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah

Ini cerita dua minggu lepas..... pemalas betul nak hapdate blog lately. Tapi alang2 dah selfie bagai sayang pula tak tepek kat blog. Alkisah ceritera bermula sejurus minum kupik  seawal pagi Ahad.... srupppp...... sruppppp hirup kupik panas.

Labui: Abahhhhh, ari ni kita pigi mana?
Ambo: Haaaaahhh?????
Labui: Kita pigi manaaaaaa?
Ambo: Ntah..... tanya Mama....
Mama: Klah.... Klah..... (lajuk sajork bagi sagessyen!!!!!!)

Buat kali ke berapa ntah kami menjadikan KLAH sebagai destinasi berwisata hujung minggu.... hehehe. Lagi pun tak jauh mana pun, nak lagi efisyen siap ajak kaum pergi berkelah sama. Ramai lagi meriah ye tak?

Habis kupik secawan dua kami gerak dari rumah, pergi ambil kaum @ Proton City dulu kemudian guna jalan lama menuju Sungkai. Malas nak guna highway, jimat TOL dan jimat masa juga sebenarnya. Nak kenal jalan masuk ke Felda Sg Klah dari jalan utama (kalau guna jalan lama menuju Ipoh) senang sajork... ada sekolah betul2 kat simpang masuk. Sekolah Rendah @ Menengah Sungkai kalau tak silap.

Dari simpang tersebut ambil masa dalam 15-20 minit juga (pemanduan santai) sebelum sampai ke pintu masuk TRAP. Nak rushing ke mana sangat ye tak, lagipun jalan dalam Felda just ngam2 dua kereta berselisih. Mandu sambil enjoy pemandangan awexs Felda yang ranum indah menghijau.

Hijau2 pun panas hangat juga area Felda Sg Klah ni..... ngam2 kami sampai matahari dah fully ON. Cari tempat redup sikit untuk parking Vios kemudian cargas pergi beli tiket. Orang tak ramai sebab dah hujung bulan, tak perlu beratur panjang. 

Tips nombor satuk # elakkan bercuti @ gedik santai waktu public holiday, lebih2 lagi kalau weekend yang bersambung dengan cuti perayaaan/public holiday. Hazab bedah yang amat nanti..... berduyun-duyun umat sampai jalan pun jammed.... p/s: ini kes bercuti kat Cameron Highland weekend lepas, nanti ambo stori de mori dengan lebih lanjut.

Beli tiket.... beli tiket...... bak sini duit mamanya..... tak de duit kecik ni..... hehehehe. Adult kena bayar RM12 satu kepala manakala bebudak kechik RM10 satu kepala. Dah bayar nanti awex kaunter bagi gelang kertas @ tag kata orang kampung ambo. Jangan pakai sendiri, sebab ada mamat/awex yang akan tolong pakaikan.... hahahaha, dah bayar mahal2 takkan nak self service ye tak.... muahahahahaaa!!!!!!

Dari gate tiket kena menapak sikit.... sikit2 pun 5-10 minit juga kena menapak sebelum sampai ke kolam air panas. Nak menapak ikut jalan bertar buleh, nak ikut jejambat kecil yang mana bawahnya ada longkang laluan air panas pun buleh. Tapi masa kami pergi jejambat tersebut dalam proses restorasi.... restorasi, ayat tak buleh nak blahhhhh!!!!!

Kalau malas nak menapak boleh naik benda ni......



Naik free je pun.... kalau dulu kena bayar, la ni dah masuk sekali dengan harga tiket. Masa datang dulu budak kechiks berdua tu menangis sakan nak naik tapi tak sempat. Jadi recent trip bagi peluang mereka rasa naik ketapi kontot hatta walau sekejap. Hahahaha..... walau sekejap dah seronok sakan dah. Bebudak kechiks seronok, mak bapak pon bolehlah berpicnic dengan aman dan damai.... hehehehe.


Dari gate utama tadi, ketapi akan bawa pengunjung sampai ke hujung, berhampiran cafe apa namanya ntah.... kemudian pengunjung kena jalan sikit menuju ke kolam air gunung. Kalau bebudak kechiks, kolam air gunung dia tuju dulu. Mak bapak budak pula boleh proceed ke takungan air panas untuk terapi, kasi lega urat saraf.

Tapi biasanya akan ada mangsa yang kena jaga bebudak kechiks tu mandi kolam air gunung sementara yang lain dengan senang lenangnya beriadah di kolam air panas...... hehehehe..... dan mangsa itu adalah...... tak payah cakaplah bak kata Nipis (korang taw tak Nipis tu sape? Gi tengok KL Zombie kalau nak taw).


Mandi lebih kurang..... ala2 badak berendam mandi. Bebudak kechiks tu memang nak berkubang lelama bak kerbau tapi ambo tak berapa berkenan dengan tahap kebersihan kolam. Hijau macam berlumut, kemudian ada ranting2 dan serangga mati..... bukan nak cerewet sangat tapi tetiba teringat kes kencing tikus. Dah la bebudak tu asal menyelam saja tertelan air.... lazat sangat agaknya.

****Nee Nong***** bila teringat pasal kes kencing tikus terus ajak bebudak kechiks naik dan sama2 rendam kaki di kolam air panas. In between kolam air gunung dengan takungan air panas tu ada tempat merebus telur.


Katanya.... kata orang lah bukan ambo kata.... telur yang direbus dalam air panas bersulfur amat berkhasiat. Bagus untuk kesihatan... macam auntie kat atas tu, gegeh berkerusi roda datang asalkan dapat makan telur yang direbus dalam air panas bersulfur. Bagus untuk menyucikan dan mensucikan buah pinggang katanya.

Barang diingat..... hahahaha..... pengunjung tidak dibenarkan membawa telur sendiri ke KLAH. Membawa telur2 anda masuk ke KLAH adalah dilarang sama sekali dan dianggap berdosa oleh pihak pengurusan KLAH. Apa jadik kalau anda ditangkap bersama telur2 anda? Nescaya telur2 anda akan dirampas dan dipecah-pecahkan..... hahahahaha..... ngeri tak?

Sebagai imbalan, pihak pengurusan KLAH ada menjual telur2 kepunyaan mereka untuk kegunaan pengunjung. Anda boleh beli telur2 mereka dan rebus...... sodap dimakan dengan kichap cap kipas udang kata auntie kat atas tu..... hehehehe.

Cukup2 suda cerita pasal telur, jom kita pakat2 rendam kaki.....


Ada beberapa kolam air panas dengan kadar kepanasan yang berbeda-beda. Celup jangan tak celup..... celup slow2 and gently kata mat salleh, baru terasa nyaman.... wet and warm..... hahahaha. Lepas mencelup dalam setengah jam, dia punya feeling fuhhhhh..... lega der, siap berpeluh-peluh lagik. Ringan rasa badan. Aktiviti celup mencelup kaki ke kolam yang hangat itu sayugia diingatkan tidak melebihi 30 min satu sesi. Jika aturan ini dilanggarin nescaya akan mengundang kemudharatan pula, lebih2 lagi kepada yang menghidap darah tinggi dan koncheng manis.

Memang disekitar kolam air panas akan ditepek dengan peringatan ini....


Watch your time guys, nak celup jangan lebih 30 min ye. Lepas aktiviti celup mencelup apa lagi kita boleh buat? Ni dia, ada juga tempat untuk menunjal tapak kaki..... ala refleksologi cara pijak batu tu..... bagi yang tak biasa memang hazab bedah, sakit yang amat. Tapi bagi yang sihat walafiat dan dah biasa, jalan sambil kunyah kachang sajalah... slumber sajork. Katanya, kata orang bukan kata ambo.... kalau rasa sakit masa pijak batuan tersebut, maksud tersirat adalah ada ada penyakit tertentu. Kena pergi berubat cepat 2 tu....


Ahkak kat atas siap nangis2 tahan sakit tapi tetap gegeh nak jalan atas batu. Nak bagi sihat katanya... hehehehe. Moga hilang sakit2 sengal kepala lutut ahkak tu. Inshaa Allah

Kena ingat ye, bila celup mencelup dalam kolam air panas, perut kita cepat memulas lapar!!!! Masalahnya tidak dibenarkan bawa makanan sendiri dan makanan kat cafe juga agak hampeh pada hemat ambo. Tapi sebenarnya brader yang jaga pintu masuk tak adalah strict sangat kekadang, kalau setakat makanan ringan tu dia pejam mata saja. 

Ikut nasib juga kena tengok mamat/minah mana yang check bungkusan, kekadang bawa nasik siap periuk belanga pun lepas. Nak malang bawa teh O panas pun kena tegur (agak2 la der). 

Macham kami ari tu, bawa roti je sikit buat alas perut. Letak elok2 kat celah2 tuala dan baju2. Security lady jenguk2 dengan hujung mata saja. Bolehlah buat alas perut lepas penat celup mencelup. 

Bawa dan minum air masak banyak2, untuk ganti air yang hilang sebab anda akan banyak berpeluh. Macam buat kerja berat jugalah, kena banyak minum.


Mak bapak dan kaum kerabat memang dah puas mencelup, perut pun dah lapar dan ready nak balik. Tapi bebudak kechiks mana tahu puas, gedik tak nak balik. Bagi berendam dalam kolam air panas pula, biar rasa lapar perut sama..... hehehehe. Kolam air panas yang ni tak panas mana, sekadar suam2 kuku. Sesuai sangatlah dengan bebudak.... celup2 apa yang patut..... hehehehe.

Ok guys, kami tak tahan lapar dah ni. Pujuk kemudian paksa bebudak kechiks bersiap untuk balik. Bilas2 apa yang patut, cepat2 cari pintu keluar. Rasa jauh betul, sebab masing2 lutut dah macam longgar. Habis daya berjalan keluar, naik kereta kemudian cari kedai makan. Sekitar KLAH ada satu dua gerai tapi kami singgah kedai makan betul2 tepi persimpangan jalan lama Ipoh-KL. Masakan dia boleh tahan sedapnya, atau memang sebab kami tengah lapar. Bila dah lapar, tongkol kayu pun nampak sedap.

Bila dah suap ke mulut masa lapar, terasa itulah hidangan paling lazat di atas muka bumi ini.... sedap sungguh. Makan tak tengok kiri kanan dah, mertua lalu belakang pun tak perasan, kalau lalu depan sah2 la nampak ye tak.

Dah kenyang baru rasa sempurna hidup. Call the day OFF, drive balik rumah buat apa yang patut dan rehat cukup2. Esok dah kena gi kerja.....

Monday, 4 February 2013

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah

Janji mesti ditepati... tak gitu Tok Najib? Hahahahaha... seperti mana yang dijanjikan kami bawa Si Sulung (MHD) dan adiknya QM bergedik santai di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah @ TRAP di Felda Sg Klah, Sungkai Perak. Seawal jam 9 pagi (tak awal mana pun...) kami meninggalkan rumah di Cape Malim menuju TRAP. Kami guna jalan lama, sebab tak mahu bayar tol. Kalau reader guna PLUS menuju utara dari KL, exit nanti di Sungkai dan selepas plaza tol, pusing kiri... follow saja signage menuju TRAP.

Perjalanan dari Cape Malim-TRAP tidak jauh, kira2 45 minit itupun sebab tersasul masuk ke Felda Trolak.... simpangnya hampir sama seperti simpang masuk ke Felda Sg Klah. Tersasul sebab kali terakhir kami ke TRAP kira2 5 tahun yang lalu... masa tu MHD baru umur setahun dan QM masih dalam perut.

Nak kenal simpang masuk yang betul senang, selain ada signage, di simpang tersebut ada sekolah... lupa pula nama sekolah tersebut.... SK @ SMK Sungkai/Sg Klah. Jalan menuju TRAP masih seperti dahulu... akan melalui ladang kelapa sawit yang permai... nampak lembu kiri kanan... suka betul QM.... bakal jadi vet dia ni.... 

Infrastruktur jalan raya agak baik pada mulanya tapi sebaik melepasi perkampungan Felda Sg Klah, jalan menuju TRAP makin mengecil dan sempit.... muat2 kereta berselisih. Alangkah bagusnya jika jalan ini dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung. 

Homestay juga tumbuh bak cendawan... bagus untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat. Paling hebat, Residence Hotel & Villa dah siap, masa kami ke sini 5 tahun lalu ia masih dalam pembinaan. Jeng2... kena cuba bermalam bila ada masa dan modal nanti.

Gerbang utama menyambut kehadiran pengunjung ke TRAP dan Felda Residence.

Masa kami sampai, pengunjung separa penuh.... kawasan parkir berhampiran kaunter tiket penuh.... jadi kami parkir di kawasan sebelah kiri pintu masuk ke TRAP. Keluarkan barang2 makanan kemudian baru nampak signage kata pengunjung tidak dibenarkan bawa makanan, minuman dan juga telur dari luar. Semuanya kena beli dari kedai2 yang ada dalam TRAP. Tawakkal sajalah, lagipun pengunjung lain pun selamber badak je usung makanan masuk.

Kena beratur panjang... ingatkan untuk beli tiket rupanya beratur untuk security check sebelum dibenarkan masuk. Kaunter tiket lengang je...harga tiket RM12 untuk dewasa, RM10 untuk kanak2 dan RM7 untuk senior citizen. Senior citizen kena tunjuk IC sebagai bukti. Dah ada tiket kat tangan kembali masuk barisan untuk security check... masa ni pun cuak juga sebab ada pengunjung yang siap kena buka beg... Lain2 tak kena pun.

Harga tiket... kaunter tiket pun nampak lengang walau pengunjung agak ramai. Lain2 pengunjung masa ini tengah sabar menanti kehadiran tren untuk membawa pengunjung ke kawasan rekreasi TRAP.

Dari main entrance hendak menuju kawasan rekreasi (kolam air panas, kolam air gunung etc) ada 3 laluan, sama ada menggunakan tren (kena bayar ke free?), ikut laluan titi kayu ataupun laluan biasa berturap simen. Kami memilih untuk berjalan kaki menggunakan laluan yang diturap.

Nak masuk area rekreasi pun ada satu lagi security check point... cuak betul tapi security guy buat donno saja. Sekarang kami berada di dalam kawasan rekreasi TRAP. Kemudahan pertama yang menyambut kami adalah kolam air panas tapi kami bercadang untuk mandi-manda di kolam air gunung terlebih dahulu yang terletak di bahagian paling hujung TRAP. 

Teruja betul MHD dan QM melihat gelunsur air yang ada di kolam air gunung TRAP. Tanpa membuang masa terus lucut pakaian nak terjun kolam. Alahai... bila lihat MHD dan QM dengan swimming trunk, macam sarung nangka pula. A sign untuk carikan mereka pakaian renang yang baru. 

Tatatertib penggunaan kolam air gunung TRAP.

Tidak sesak mana... just nice untuk berjimba-jimba dan santai gedik seisi keluarga. Rugi tak bawa DSLR *wink*wink*

Mana lifeguard pergi?

Ni ha lifeguard... tengah kusyuk jaga peralatan audio visual.

Masa kat kolam air gunung AT sempat berkenalan dengan akak asal dari Semporna... ini pun gara2 pelat MHD dan QM yang masih pekat berbahasa Sabah.... hehehehe. Beliau itu (meminjam kata2 my FIL & MIL) sudah 4 tahun merantau seorang diri ke TRAP mencari rezeki, dipinjamkan dari TRAP Sandakan. Next time akan contact beliau sebelum datang ke TRAP sebab boleh guna staff discount untuk tiket masuk ke TRAP dan juga Residence Hotel & VIlla.

Puas berendam di kolam air gunung... kaki dan tangan pun sudah kecut... kami bergerak ke kawasan untuk merebus telur dan juga Taman Terapi. Di tempat merebus telur, pengunjung boleh merebus telur... katanya telur yang direbus di sini lebih lazat dan tidak hanyir. Telur ada dijual, RM10 untuk sebakul (ada 6 biji telur rasanya)... mahal kata my FIL. Lebih baik bawa telur sendiri.

Dedikasi pakcik nan satu ni bekerja... peramah dan suka sembang dengan pengunjung. Tapi teloq mahal sangat la pakcik!!!!

Di Taman Terapi pula disediakan kolam2 kecil untuk pengunjung merendamkan kaki... airnya agak panas... kena masukkan kaki perlahan2. Awas bagi penghidap darah tinggi, kencing manis dan asma...anda tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di Taman Terapi bagi tujuan keselamatan. Pengunjung yang sihat dinasihatkan untuk berendam tidak melebihi 30 minit.

Taman Terapi juga tersedia laluan batuan kecil untuk refleksologi kaki. Batuan agak meruncing dan menyakitkan tapi selamber saja QM berlari-lari... kulit kaki *tut* dia ni. Juga ada jakuzi peribadi untuk kegunaan keluarga dengan harga RM75-120 sejam. Dulu kami pernah guna, 5 tahun yang lepas dengan harga cuma RM50. Agak selesa dan amat sesuai untuk pasangan yang berbulan madu.

Cuba teka kaki sapa... keh3

Private jacuzzi nun jauh di sana... terperosok di dalam belukar2 kecil. Amat sesuai untuk pencinta alam dan mereka yang sukakan kedamaian.

Selesai ber'refleksologi bagai... makan2 dahulu bekalan yang dibawa. Ada meehun goreng, nasi lemak dan juga kuih muih. Cepat betul perut lapar kalau berendam air panas. Tengok jam sudah hampir jam 1. Bergegas kami ke kolam air panas pula untuk berendam. Lagi sedap sebab air di kawasan berendam ini suam2 kuku. Segar rasa badan. 

Uncle yang saya jumpa kat sini cakap kolam air panas ini bagus untuk penghidap lemah tenaga batin... sebab lepas mandi di sini semua urat darah kembang semangkuk... hehehe.

Air dalam tempayan bagak ini sejuk bonar. Gunanya untuk membersihkan diri selepas berendam dalam kolam air panas. AT sempat bermasam muka dengan satu family sebab berebut gayung.... kah3

Sesudah puas berendam air panas (MHD dan QM mana pernah rasa puas...) kami gerak untuk keluar sebab hari hampir menjelang petang. Menuju pintu masuk/keluar dari TRAP kami menggunakan titian kayu.... pengunjung akan lalui kawasan punca air panas.... suhunya menjangkau 90-100 darjah Celcius. Panas berwasap-wasap.... di tengah titi kayu ada satu pondok kecil... lantainya jarang2 membenarkan wap dari punca air panas meluap ke atas mengenai pengunjung yang berdiri. Tak sampai 5 minit kami dah berpeluh sakan.

Saksikan sendiri fenomena alam ini... tanda kebesaran Ilahi.

Berhampiran main entrance/exit ada tren sedang menunggu. MHD dan QM meluru untuk naik... satu hal kena pujuk... janji manisnya kali ini.... percutian ke Paka, Terengganu minggu hadapan... huhuhu.

Tren yang menjadi igauan MHD dan QM... hehehehe.