Tuesday, 7 April 2015

JoM ReNDaM KaKi Di TaMaN ReKReaSi aiR PaNaS (TRaP) SuNGai KLaH, SuNGKai, PeRaK

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ini cerita masa Chinese New Year yang lepas. Ada member dari Singapore datang bertandang, jadi kenalah bawa jalan-jalan kut bosan terperap di rumah. Paling mudah dan dekat dengan rumah kami adalah Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah-Felda Residence.


Tempat ini memang menjadi tumpuan setiap minggu, sama ada oleh pengunjung tempatan mahupun dari luar. Tapi ini kali pertama ke TRAP Sg Klah pada cuti umum dan natijahnya; terpaksa bersesak-sesak. Ramai sungguh pengunjung, nak parking kereta pun agak sukar.


Ada family yang siap hampar tikar mengkuang berpicnic kat luar. Nak habiskan bekal makanan katanya sebab outside foods memang langsung tak dibenarkan masuk. 



Ini pengangkutan yang disediakan oleh TRAP Sg Klah kepada para pengunjung. Sebaik sahaja melepasi kaunter tiket, anda boleh naiki trem ini untuk ke kolam air panas.


Jika rajin atau nak keluarkan sedikit peluh, boleh saja menapak ke kolam air panas. Tak perlu naik trem. Nak kata dekat sangat tu tak lah, jauh pun tak juga. Kami menapak lemah gemalai ambil masa lebih kurang 10 minit.

Jika setakat minuman boleh lepas lagi, tapi janganlah bawa masuk makanan kenduri untuk empat puluh orang. 


Anak-anak kecil kena jaga-jaga. Jangan nanti dicelup tangan dalam takungan air panas. Ok bagi kita, tapi kulit anak-anak kecil masih mulus, mudah untuk tercedera.


Air panas den bertingkek-tingkek kata W.A.R.E.H!!!


Amaran cukup jelas dan nyata!!!


Jom tukar baju mandi. Pastikan anda masuk ke KLAH melalui kolam air panas. Jika melalui kolam air gunung, jauh sikitlah untuk menapak ke bilik persalinan.


Jika ada duit lebih boleh sewa jakuzi peribadi. Setiap jakuzi boleh memuatkan sekitar 6-10 orang.


Jom kita rebus telur secara berjemaah.


Pakar merebus telur. Sila perhatikan telur anda. Keselamatan telur anda adalah tanggungjawab anda sendiri!!!


Membawa telur sendiri ke KLAH adalah dilarang keras. Jangan risau untuk meninggalkan telur anda di rumah kerana di KLAH, ada gerai yang sudi menjual telur kepada anda. Enam biji dengan harga 5 ringgit.


Tidak berminat untuk merebus telur, kita boleh rebus kaki sendiri. Bagus untuk kesihatan katanya.


Tumpuan anak-anak, kolam air gunung. Kuat bau klorin, tapi anak-anak tetap layan.


Tapak perkhemahan.


Nak kata terbaru pun tak juga, tapi kini di KLAH sudah ada aktiviti extreme.


Open hot pools, pakat ramai-ramai rendam kaki.


Kiosk menjual cendermata, t-shirt dan ice-cream. Ada pula yang mengidam ice-cream Magnolia Gold. Harganya faham-faham sajalah.


Buat sakit hati, sebelahnya ada jual aiskrim kampung dengan harga yang jauh lebih murah.


Hanya untuk kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas. Tapi terubat juga keinginan anak-anak masa ke Taiping dahulu, ada bike khusus untuk kanak-kanak bawah 10 tahun.


Mulanya ingatkan uncle spek hitam ni turis, rupanya salah seorang petugas KLAH. 


Last resort, kita mandi di kolam air panas pula.


Jika masa sampai kami jalan kaki masuk, nak balik dah tak larat. Jadi kita naik tuk-tuk!!!

Pernah dengar ayam goreng bunian?


Ini pernah masuk TV, pasal satu kedai makan yang sajikan nasi bambu dan ayam goreng bunian. Restoran nasi bamboo ini letaknya di Sungkai juga, tidak jauh pun dari KLAH. 


Jadi jika perut terasa kosong setelah berendam lama dalam kolam air panas, bolehlah singgah restoran nasi bamboo. Tapi perlu diingat, pengunjung bak ulat, lambat sampai beratur panjang. Kena banyak sabaq kalau tengah lapaq.


Kami cadangnya nak singgah, tapi bila nampak barisan sikit punya panjang, terus shoot cari kedai makan lain.


Sekian.

4 comments:

  1. Assalam,
    kat sini lebih banyak xtvt boleh buat
    compare dengan kat ulu legong yer
    emmmmmm
    nanti nak kaji detail laaaaaaa
    he3

    ReplyDelete