As-Salam dan Salam Sejahtera,
Ambe mula menggunakan Toyota Vios mulai Julai 2012. Pengalaman selama 2 tahun menggunapakai model ini, amatlah memuaskan hati. Tidak pernah meragam Alhamdulillah [maklumlah kereta first hand], pemanduan yang agak selesa [opkoz tak selazat Camry] dan paling penting, jimat minyak [Ron 95 dah naik 2 posen pulok doh].
Sepanjang 2 tahun ini juga regular service setiap 5000 km ambe lakukan di authorised Toyota Service Centre. Sakit jugalah kos menyelenggara jika dilakukan di Toyota Service Centre, namun terpaksa juga semata-mata menjaga kelayakan warranty yang masih berbaki [2 tahun atau mileage 100,000 km, mana2 yang terdahulu].
Bila dipikiyor-pikiyor, kos menyelenggara jadi lebih mahal berbanding harga kereta itu sendiri. Memang memelihara kereta ini mahal ongkosnya tapi kereta juga sudah seakan satu keperluan asas, lebih2 lagi jika sudah berkeluarga.
Dua hari sebelum Aidil Adha baru2 ini, ambe ada hantar Toyota Vios ambe ke Toyota Service Centre. Mileage telah mencapai 80,000 km. Jika dirujuk kepada MaxCheck Periodic Maintenance Service, ini merupakan major service [Maxcheck Advance Plus].
Major service untuk model Toyota Vios menurut manual perlu dilakukan setiap 80,000 km. Selain daripada engine oil dan oil filter yang sememangnya perlu ditukar setiap 5000 km, segala jenis fluids dan coolant juga perlu diganti setelah bacaan odometer mencapai 80,000. Selain daripada itu, air filter dan spark plug turut ditukar baru.
Paling hazab adalah fuel filter, menurut manual perlu ditukar setiap 80,000 km dan penukaran fuel filter ini memakan kos yang agak besar dan sedikit mengambil masa.
Disebabkan itu, anggaran masa sekitar 3.5 - 4 jam diperlukan untuk menyelenggara Toyota Vios yang telah mencapai jarak perjalanan 80,000 km.
Berikut adalah butiran kerja yang dilakukan termasuk ongkos;
1. Engine oil, semi synthetic brand Toyota [ditukar setiap 5000 km menurut manual] - RM107/4 liter. Ambe dapat discount RM16.69, jadi hanya perlu bayar RM90.31
2. Oil filter, ditukar setiap kali anda menukar EO [kira2 setiap 5000 km jika anda menggunakan EO semi synthetic] - 1 unit x RM30.70
3. Drain plug gasket, juga ditukar apabila anda menukar EO - 1 unit x RM1.80
4. Air filter - 1 unit x RM85.00
5. Spark plug - 4 unit x RM8.60 = 34.40
6. Brake fluid Dot3G - 2 botol x RM14.90 = RM29.80
7. ATF atau minyak gear automatik - RM182.40/4 liter
8. Super Long Life Coolant - RM86.90/4 liter
9. Gasket radiator - 1 unit x RM2.90
10. Petrol injector cleaner - RM45.50
11. Window washer - RM2.30/30 ml
12. Labour charges untuk Maxcheck Advance Plus - RM136.50
13. Tax [6%] ke atas labour charges - RM8.19
Jadi kos keseluruhan [item 1-13] = RM736.70
Chopppppp.... itu belum selesai lagi. Habaq tadi kan, fuel filter pun kena tukaq bila odometer dah capai 80,000 km.
Antara barangan dan kos yang terlibat dalam penukaran fuel filter;
1. Ring O - 2 unit x RM7.20 = RM14.40
2. Ring O - 1 unit x RM8.40
3. Gasket, fuel suction - 1 unit x RM7.40
4. Fuel filter - 1 unit x RM379.80
5. Labour charges - RM 32.50
6. Tax (6%) ke atas labour charges - RM1.95
Kos keseluruhan penukaran fuel filter = RM443.85
Bil keseluruhan = RM736.70 + RM443.85 = RM1180.55
Hamek ko, seribu lebih. Nganga jap, kejap sajalah nganga sebab memang dah kena habaq awal2 itulah kos servis Toyota Vios yang telah mencapai jarak perjalanan 80,000 km
Memang mahal gile kan?
Persoalannya, perlu sangat ka keluarkan kos sampai sebegitu rupa? Kalau tanya Toyota Service Centre, memanglah depa kata perlu, dah depa niaga dan untung kat depa.
Kita pengguna ni machiam mana?
Ambe ada tinjau banyak blog dan forum dalam menchari pendapat berkenaan perkara ini. Ada yang kata perlu dan ada yang kata tak perlu.
Hujah mereka yang kata perlu, kebanyakkannya untuk preventive maintenance. Mudah kata sebagai pencegahan awal dari berlakunya sebarang kerosakkan di masa hadapan. Ada juga yang buat semata-mata nak pelihara 'warranty period', machiam ambe le jugak. Kena buat sebab kereta masih dalam warranty, kut2 lepas ni nak malang ada jadi apa2 boleh claim tanpa banyak songeh dari pihak Toyota.
Mereka yang kata tak perlu pula berhujah, Toyota Service Centre ini orang meniaga dan nak untung, kekadang benda tak perlu pun dimasuk sama. Contohnya window washer dan petrol injector cleaner. Tak tambah pun takpe, tak adalah kesan sangat. Taruk saja air paip sekadar nak clearkan cermin hadapan.
Fuel filter pun ada yang kata tak perlu follow sangat manual Toyota. Katanya ada yang dah cechah 100,000 km lebih, fuel filter tak pernah ditukaq dan tak ada benda berlaku pun. Selagi fuel filter tak hitam legam, balun sajalah.
Tapi machiam mana kome tahu fuel filter belum hitam, kan benda tu dalam enjin?
Jadi perlu follow manual ke tak perlu ni? Masing2 ada hujah yang ternyata ada kebenarannya.
Ambe sendiri, memang ambe follow manual dan tukaq semua yang disyorkan - satunya sebagai preventive action dan keduanya supaya 'warranty' yang bersisa masih boleh sahlaku.
Anda pula machiam mana?
Roger and out!!!