Tuesday 14 October 2014

TOYOTA VIOS : Major Service Toyota Vios [80,000 km] Di Toyota Service Centre

As-Salam & Salam Sejahtera,

Kesinambungan dari entry terdahulu (sila klik) berkaitan major service Toyota Vios di Toyota Service Center. 

Major service ini dilakukan ke atas Toyota Vios yang telah mencecah perjalanan sejauh 80,000 km.

Antara kerja2 yang dijalankan adalah penukaran engine oil, brake fluid, automatic transmission fluid, air filter, spark plug, coolant dan fuel filter.

Kos keseluruhan yang dikenakan adalah RM1180.55, berdarah hidung!!!!!


Inilah rupa-paras fuel filter Toyota Vios yang katanya wajib ditukar setelah mencapai 80,000 km perjalanan. Harganya RM443.85 termasuk labour charge dan government tax. Ambe masih simpan fuel filter lama kut2 ada yang nak, nampak machiam masih ok.


Ambe dari awal memang guna Toyota Genuine Motor Oil, semi synthetic dengan harga RM107/4L. Manual kata kena tukar setiap 5000 km tapi lately ambe selalu lajak sampai 7000 km.


Brake fluid Dot3, harganya RM14.90 sebotol. Tapi Toyota Vios perlukan sebotol lebih. Ada balance lagi bawa balik untuk top-up kalau tetiba level brake fluid berkurang. Brake fluid ikut manual perlu ditukar setiap 40,000 km.


Gear automatic kena jaga betul2. Sebaiknya setiap 20,000 km tukar automatic transmission fluid. ATF Toyota harganya RM182.40/4L. Tak habis pun 4L, simpan untuk top-up. Berguna bukan sahaja untuk Toyota Vios ambe tapi juga Yamaha FZ.


Toyota Injector Cleaner, asal hantar Toyota Service Centre untuk periodic service depa mesti sumbat injector cleaner dalam tangki minyak. Harga RM45.40 sebotol. Orang kata tak isi pun tak pa, kalau isi boleh kurangkan kerak dalam enjin.

Lain2 barang tak sempat nak snap seperti air filter dan beraneka jenis gasket.

Memang berdarah hidung kalu hantar kereta untuk servis di Toyota Service Centre. Harganya agak mahal, sebab itu ada yang lebih suka hantar kereta ke bengkel2 biasa, cuma kena lebih berhati-hati dengan penggunaan minyak Made in China dan spare parts tiruan.

Roger and out!!!

38 comments:

  1. toyota vios 2015 guna minyak break dot3 ker..apa beza dengan dot 4?

    ReplyDelete
    Replies
    1. IMHO, DOT3 biasanya digunakan pada kereta yang dilengkapi brek disc di depan dan brek drum dibelekang sepertimana. Manakala DOT4 untuk kereta yang dilengkapi brek disc depan dan belakang.

      DOT4 lebih berprestasi berbanding DOT3 kerana mampu bertahan pada suhu yang lebih tinggi.

      Kenderaan atau sistem brek yang menggunakan minyak brek DOT3 boleh bertukar kepada DOT4. Tetapi sistem brek yang menggunakan minyak brek DOT4 tidak boleh menggunakan DOT3.

      Mohon perbetulkan jika silap - kalau tak silap Vios 2015 masih dilengkapi dengan brek disc di depan dan brek drum dibelakang. Maknanya DOT3 sudah memadai, nak upgrade ke DOT4 pun tiada masalah kecuali harga mungkin sedikit berbeza.

      Delete
    2. Utk toyota 2004 bole pakai ka

      Delete
  2. Miyk Toyota 10w-40 semi ok x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. IMHO ok tiada masalah dengan keadaan cuaca kita.

      Delete
  3. Apa beza major service dengan normal service

    ReplyDelete
    Replies
    1. IMHO normal or basic service bermaksud tukar minyak hitam, oil filter dan inspection keadaan kenderaan (body dan engine).

      Major service biasanya melibatkan penukaran kebanyakan pelincir (minyak enjin, minyak gear, brake fluid etc). Mungkin juga termasuk tyre balancing dan alignment jika perlu. Details boleh rujuk manual kenderaan.

      Delete
  4. Nak tnya.. Perlu ke kita tukar oil filyer gerabox atau tempat strainer dia tu.. Ke just tukar minyak gearbox je setiap 20km.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya minyak gearbox setiap 20,000 km (jika guna genuine brand Toyota biasanya sampai 40,000 km). Oil filter gearbox, saya pernah dengar tapi saya sendiri tak pernah tukar (mileage kereta saya dah mencapai 240,000 km).

      Delete
    2. Biasa 40K km baru tukar atf.. gearbox filter ada pomen toyota sendiri ckp kalau filter guna besi tak perlu tukar.. cuci je dgn atf sendiri.. jgn guna apa² minyak/pembersih lain takut nnt kalo komponen masih ada berbaki dlm filter nnt bercampur atf akn bagi masalah plk pd gearbox

      Delete
  5. Mileage kereta bos semasa tukar fuel filter ? Ada tanda2 performance drop ke, Sebab tu tukar ? Atau rasa perlu tukar sebab manual book suruh tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. semata-mata follow manual tuan. kereta tak ada masalah apa2 tapi service centre kata kena tukar setiap 80,000 km. Tapi sekali tu je saya tukar. masa 160,000 dan 240,000 km saya tak tukar pun, Alhamdulillah kereta masih ok.

      Delete
    2. Fuel filter tu mmg dtg set dgn fuel pump ke.. nampak mcm ada fuel pump je tu.. ke aku yg silap tgk.. Haha
      Guna vios ncp150 ke bro?

      Delete
    3. entahlah bro, agaknyalah hahaha. bukan ncp150, model yang sebelumnya lagi hehe.

      Delete
  6. Salam bossku, saya pengguna kereta toyota vios tahun 2004, suda lama menggunakan minyak engin 10w40.. akan tetapi kelamaan minyak engin berkurangan sebelum sampai 5000km untuk ditukarkan.. ada cadangan pomen perlu saya menukar kepada minyak yang lebih kelikatan nya.. 15w50.. apa pandangan tuan.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://sini.com.my/business/sales/lgmsalesPostDetail/14000006722

      Tuan cuba rujuk artikel di atas, mungkin dapat sedikit idea.

      Delete
  7. Fuel filter ni kat bawah seat belakang atau kt tengah2 ekzos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tuan, saya tidak tahu. Readers mohon bantuan bagi info ye.

      Delete
    2. Bawah seat belakang ni..

      Delete
  8. Saya mengunakan toyota vios tahun 2016. Mohon pertanyaan utk vios ini, minyok ron apa yg sesuai utk enjin? Terima kasih

    ReplyDelete
  9. Vios tahun 2014 guna minyak gear jenis apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon user Vios 2014 bantu kawan kita ni ye....

      Delete
  10. Vios2013 minyak injin dan minyak atf apa yang baik ..
    Kos berapa..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum bos.. tumpang tnya, filter auto vios ncp93 ni perlu tukar atau x? sbb sy tnya dekat sc ,pomen sc bgtau xperlu tukar. tp pomen kat luar suruh tukar..sekarang mileage kereta sy dh cecah 160k KM.. mohon pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ini pendapat peribadi saya. Kalau tiada dalam manual, saya tidak akan tukar. Namun ada pendapat yang kata filter auto bila tiba masa-masa tertentu perlu ditukar. Tapi bagi sahaja, manual adalah rujukan utama, jika pengeluar tak sarankan, buat apa tukar.

      Delete
  12. Boleh bagi manual kereta vios tak bos? Vios ncp93

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://toyota.com.my/aftersales-services/toyota-careplus

      Delete
  13. Klau nk tukat minyak gear box (aotu).jenis minyak apa yg sesuai brpa km boleh ditukar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akan guna genuine Toyota, setiap 40,000 km kena tukar.

      Delete
  14. Masa on aircond dan kereta x jalan, kipas (untuk high speed temp) xstop.kipas aircond ikut cut off compressor sperti biasa.temp meter x blinking pula.water pump, thermostat, cap radiator semua ok, apa punca? Mohon otai2 share

    ReplyDelete
  15. Berapa kos air filter original Toyota Vios. Kat shopee n lazada harga pelik pelik

    ReplyDelete
  16. saya baru beli vios ncp150 thn 2014 spec J.sy tgok stick note engine oil dgn ATF dh nk sampai waktu kna tukar kedua2 item ini,jadi kt sini minyak engine apa yg sesuai dgn mnyak gearbox auto unt kereta sya.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan Irwan, bergantung kepada di mana tuan akan service Vios tuan. Jika tak mahu pening kepala, bawa saja ke Toyota Service Centre. Pasti akan guna engine oil dan ATF original Toyota.

      Tetapi jika tuan service di bengkel luar, kena berhati-hati sikit. Pergi ke bengkel yang boleh dipercayai. Saya, kalau service kat luar, engine oil saya beli di petrol station sahaja. Jenama pelbagai, Petronas, Shell semua saya pernah guna (dulu semi synthetic, sekarang mineral sahaja). ATF oil pula walau kat luar saya tetap akan guna ATF Oil jenama Toyota.

      Delete
    2. Minyak gear box auto msti pakai toyota..klau tersalah mmg rosak gear box..minyak enjin je bleh guna brand yg disukai..

      Delete
  17. Minyak gearbox vios auto 2014 adalah toyota ws. Kt dipstick dan manual ade ckp x perlu tukar unless guna untuk tow. Tp sy pun tukar gak pada mileage 180k. Minyak tu waktu tukar masih clear lagi sy tgk. Mungkim betul kata toyota xyah tukar.

    ReplyDelete