Showing posts with label cendol pulut behrang. Show all posts
Showing posts with label cendol pulut behrang. Show all posts

Monday, 2 February 2015

JoM MaKaN : Cendol Pulut Behrang | 28/12/2014


Kali kedua singgah sini, pertama dulu dengan group moto kali ini bawa family pula. Ini merupakan kedai asal Cendol Pulut Behrang, cawangan ada di Hulu Bernam.

Nak cari Cendol Pulut Behrang senang saja, set dalam GPS Pasar Awam Behrang. Kepompem jumpa.

Masa pestaim makan kat sini, cuma rasa cendol special saja. Kali ini minta extra rojak buah. Nampak sedap masa mula2 datang dulu.

Mula2 kami pakat pekena cendol pulut special...


Nampak pulut dan jelly? Marbellesssss.

Santan pula cukup lemak berkrim disukai ramai der. Addicted ambe dengan cendol pulut behrang versi special. Tapi anak2 lebih suka cendol jagung dan cendol kacang merah.

Kemudian kami pekena rojak buah pula...



Memang thorbaek, terasa dia punya kuah meresap ke jiwa. Bahan2 untuk kuah rojak diadun sebati dan cair di mulut. Adehhhh memang sedap. Nasib baik anak2 tak suka, dapatlah mak pak merasa lebih hehehehehe.

Makanan ok, harga pun ok. Cendol special cuma RM2++ dan rojak buah kalau tak silap, cuma bawah RM3. Lupa dia punya harga sebenar.

Pendek kata memang berbaloi kalau nak merasa.

Adios!!!

Monday, 15 December 2014

RiDe To EaT : Cendol Pulut Behrang Original | Dec 14, 2014

As-Salam & Salam Sejahtera,

Siri kedua Ride To Eat versi DSKB sekali lagi kita pekena cendol. Pada edisi sulung dulu, ambe dan BMP (moto kesayangan ambe) ke Cendol Pulut Behrang cawangan Hulu Bernam. Kali ini ambe dan BMP sekali lagi ke Cendol Pulut Behrang, bukan di Hulu Bernam tapi kedai asalnya di Behrang Station.

Justeru itu dalam tajuk entri ada tambah word 'ORIGINAL', bukan bermaksud sudah ada Cendol Pulut Behrang palsu, cuma ingin merujuk kepada kedai asalnya sahaja.

Bagaimana mahu ke sana?


Jika dari plaza tol Tg Malim;

1. Susur ke kiri pada persimpangan lampu isyarat.
2. Pada setiap persimpangan isyarat (ada 4 kesemuanya) yang anda temui seterusnya, cuma teruskan pemanduan ke depan, don't belok2.
3. Pada lampu isyarat ke 5 (anda boleh nampak Balai Polis Behrang), anda ambil susur ke kiri.
4. Kurang 500 meter dari simpang tersebut anda akan nampak pasar awam Behrang Station di sebelah kanan.
5. Cendol Pulut Behrang (medan selera) hanya setentang dengan pasar awam Behrang Station. 

Inilah Cendol Pulut Behrang, kedai asal yang mula dibuka pada 1997. Bisnes ini dibiayai oleh Agro Bank.

Jom order; perut masih kenyang jadi ambe cuma order cendol pulut. Menu lain yang available; cendol kacang, cendol jagung, laksa, mee bandung, meehun sup utara, mee goreng dan rojak buah. Khabarnya rojak buah di sini lazat juga, tak pa next time kita cuba.

Ari ni ambe cuma mahu menchoba cendol pulut;

Ni dia, cendol pulut. Nampak biasa saja kan tapi bila masuk ke mulut; Fuhhhh!!! terasa dia punya lemak santan. Harganya cuma RM2, amat berbaloi-baloi. Tak terkata sedap, pendek kata sendiri punya mulut kena menchoba.

Kalau cendol bukan selera tekak anda, sebelah menyebelah Cendol Pulut Behrang ada beberapa gerai menjual beraneka jenis makanan; nasi lemak, nasi ayam, mee dan sebagainya.

Pilih saja mana yang boleh membuka selera anda.

Lepas pekena cendol pulut Behrang yang sedapnya tak terkira, ambe bawa BMP jalan2 menyusuri Felda Gedangsa dan Felda Soeharto. Cuci mata dan layan corner, tapi tak boleh nak corner mana pun sebab saban ceruk ada kenduri kawen dan kereta banyak diletakkan di tepi jalan.

Next kita kemana pula, mungkin Nasi Bamboo Sg Kelah?

Yooshhhhh!!!!

Monday, 8 December 2014

RiDe To EaT : Cendol Pulut Behrang (Cawangan Hulu Bernam) | Dec 6, 2014

As-Salam & Salam Sejahtera,

Ride To Eat atau Eat To Ride?

Mana yang paling menyeronokkan?

Edisi sulung siri Ride To Eat ini kita ke Cendol Pulut Behrang, bukan kedai original tapi cawangannya di Hulu Bernam. Kedai cendol ini antara yang menjadi sebutan di Tg Malim, malahan pernah menghiasi dada2 akhbar tempatan.

Kalau anda dari pekan Tanjung Malim, sebaik sahaja melepasi Masjid Hulu Bernam dan Pusat Kesihatan Hulu Bernam (belah kanan anda), terus susur ke kiri. Simpang masuk ini sedikit tersembunyi oleh deretan kedai dan kadang kala kenderaan yang parking di tepi jalan.

Lokasi kedai cuma kurang 10 meter dari simpang tersebut.

Jika anda dari plaza tol Tg Malim pula ada dua arah yang anda boleh sampai ke Cendol Pulut Behrang cawangan Hulu Bernam. 

Jalan pertama, sebaik melepasi plaza tol Tg Malim terus susur ke kiri dan jalan terus sehingga anda nampak Pusat Kesihatan dan Masjid Hulu Bernam di sebelah kiri anda. Anda perlu belok ke kanan, pada simpang yang betul2 menghadap pusat kesihatan.

Jalan kedua dari plaza tol Tg Malim adalah, sebaik melepasi plaza tol, anda teruskan pemanduan ke hadapan sedikit dan belok kiri pada persimpangan lampu isyarat. Teruskan perjalanan sehingga tiba di satu lagi persimpangan isyarat (Taman Bahtera, Hotel Sahara). Di persimpangan tersebut anda perlu susur ke kiri, anda akan melalui kawasan perkampungan, dusun dan anak sungai. Teruskan memandu dan kedai tersebut akan berada di sebelah kiri anda.

Ini dia cendol special. Isinya ada segala rencham seperti pulut, jagung, kacang, cincau dan beberapa lagi yang ambe tidak kenal akan namanya.

Rasanya, anda kena rasa sendiri baru tahu akan kelazatannya. Tekak ambe jelas amat menyukai cendol dari kedai ini. Rasa santan dan manisannya diadun sebati dan secukup rasa.

Tidak terhad kepada cendol special, ada juga lain2 cendol seperti cendol biasa, cendol pulut, cendol kacang, cendol jagung dan cendol cincau.

Harganya, untuk semangkuk cendol di antara RM1.50 sehingga 2.50;

Ini harga cendol bungkus atau take away. Jika makan di kedai tolak saja harga di atas sebanyak 20 sen. Murah kan?

Cendol Pulut Behrang ini bukan sekadar menjual cendol semata malahan makanan dan minuman panas juga. Nasi goreng, mee goreng, mee bandung dan makanan bergoreng yang lain pada harga RM6 ke bawah.

Ambe sempat mencuba mee bandung Cendol Pulut Behrang. Sedap juga, lain 2 menu ambe belum berkesempatan untuk mencubanya.

Apa lagi, hidupkan enjin kereta atau moto anda. Cendol Pulut Behrang sedang menunggu kehadiran anda.

Selamat menunggang dan selamat menjamu selera!!!