Showing posts with label kedai lampu hiasan Achiever Sg Buloh. Show all posts
Showing posts with label kedai lampu hiasan Achiever Sg Buloh. Show all posts

Thursday, 4 September 2014

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Kipas dan Lampu Hiasan

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Boleh dikatakan kesemua lampu perhiasan dan kipas kami beli dari House of Lightings Bandar Puchong Utama, yang sememangnya cukup femes emos.

House of Lightings
No. 33 & 35, Jalan BPU 6
Bandar Puchong Utama
47100 Puchong, Selangor.
Tel: +6012-266 3790 @ +603-5882 3790 

Ada juga dua tiga ketul yang kami beli dari Kedai Lampu Hiasan Achiever Sungai Buloh

Achiever Lighting
No. 51-3 & 53-3
Jalan Nautika AU20/A
TSB Commercial Centre
Sungai Buloh, Selangor.
Tel: +603-6150 8408

Kalau nak dikira dari pilihan dan harga, memang House of Lightings thorbaek - jejak masuk saja ke dalam kedai, memang terus rambang mata.

Tapi yang tak best pasal House of Lightings, sesak machiam pasar malam terutamanya pada hujung minggu. Pendek kata memang bergesel montot.

Achiever Lighting pula, pilihan dan harga tak lah heaven machiam House of Lightings. Tapi orang tak ramai, kita nak memilih barang pun rasa lega yang amat.

Ini antara hasil rampasan di House of Lightings;






Kalau hang pa beli dari House of Lightings dan rumah hang pa tak jauh dari Bandar Puchong Utama, mereka menyediakan perkhidmatan pemasangan lampu2 hiasan dan kipas yang dibeli dari kedai depa. Kos pemasangan ambo tak pasti berapa, ambo tak tanya sebab kepompem rumah ambo jauh dari Pusat Bandar Puchong Utama.

Jadi ambo terpaksa menchari kontraktor untuk kerja2 pemasangan lampu2 hiasan dan kipas. Ambo survey harga dari beberapa kontraktor - Indon, Bangla, malahan kontraktor Cina - biasanya mereka caj RM30 untuk setiap lampu atau kipas yang dipasang. Kalau lampu jenis biasa mungkin murah sikit, tapi kalau jenis chandelier yang kena susun satu persatu, lagi mahal kos pemasangan.

Ambo sedikit bernaseb baek kerana kontraktor yang buat plaster ceiling dan electrical wirering rumah ambo bersetuju untuk pasang kesemua lampu2 hiasan dan kipas tanpa caj tambahan. Kira chin chai lah kata Ah Wai (kontraktor plaster ceiling & electrical wirering). Chin chai pun ambo rasa dia dah kenyang sakan - kontraktor Cina mana pernah chin chai pasal duet maaaaaa!!!!!

Kalau minat D-I-Y, memang lumayan lah kos yang dapat anda jimatkan. Ambo pun minat juga D-I-Y cuma tak berapa nak konpiden je. Alang2 kontraktor plaster ceiling nak tolong pasangkan, 'biaq pi la ngan depa', hehehehehe.

Roger & out!!! 

Monday, 5 May 2014

Kedai Lampu Hiasan Achiever, Sungai Buloh

Minggu lepas ada singgah Achiever Sungai Buloh sekejap untuk top-up lampu rumah. Dulu dah borong sakan di House of Lighting tapi tak cukup. Kena cari lagi 2x lampu pagar, 1x lampu untuk beranda dan 2x lampu untuk dapur basah.

Nak turun Puchong dah malas, jadi kami ke Sungai Buloh sahaja. Lokasi kedai ini di Dataran Komersial TSB, di kawasan yang sama ada dua kedai lampu hiasan dan salah satunya adalah Achiver.

Jadi apa perbezaan di antara House of Lightings Puchong dan Achiever Sungai Buloh?

Ini yang dapat kami simpulkan berdasarkan pengalaman peribadi,

(i) Achiver tak sesesak House of Lightings (kedua-duanya kami kunjungi pada hujung minggu). Lebih selesa untuk memilih tanpa perlu bersesak-sesak. Sales person pun boleh luangkan lebih masa untuk anda.

(ii) Stok di Achiever tak sebanyak di House of Lightings, dan harganya pun tak semurah di House of Lightings.

(iii) Design di Achiever jauh lebih baik berbanding House of Lightings (bergantung pada citarasa individu).

Itu pada pandangan peribadi kamilah..... lebih relax untuk shopping di Achiever berbanding House of Lightings.

Bangunan hijau milik Achiever, sebelahnya kedai kereta VW.

Pilih punya pilih jumpa satu design untuk pagar rumah, harga bawah seratus untuk satu set, tapi stok hanya available keesokkan harinya. Termenung lagi, mata lilau sana lilau sini jumpa satu design ala-ala Jepun tapi tanpa ukiran buluh, terus sambar 2 set.

Kemudian untuk beranda atas, ambil jenis lekap terus, malas nak beli yang tergantung sebab takut tercabut kalau angin kuat. Harganya RM59.

Dapur basah pula kami ambil lampu kalimantang biasa saja, RM79 satu set. Kalimantang LED pun ada, lagi terang tapi risau susah cari spare part di TGM. Lagipun dapur basah je kan.....

Antara koleksi yang ada.

Pilihan lampu untuk pagar rumah.

Total kali ini tak berhabis mana sebab perlu top-up mana yang belum ada saja.

Next time datang lagi tak walaupun harga di Achiever tak semurah House of Lighting?

Jawapan kami..... iye kami pasti datang sebab tak perlu bersesak-sesak (kami hanya ada masa Sabtu/Ahad saja, weekdays kena kerja maaaaaa!!!).

Kami the only customer pada masa tersebut.

Sales lady dalam pic di atas very helpful. Thanks and kudos for them.

Kalau yang berminat ini alamat Achiever Sungai Buloh;

Achiever Lighting Sdn Bhd
No. 51-3 & 53-3
Jalan Nautika AU20/A
TSB Commercial Centre
Sungai Buloh, Selangor
Tel: +603-6150 8408

Lain-lain cawangan adalah di Selayang, Puchong, Shah Alam, Petaling Jaya, Kampung Baru Subang dan HQ Kajang.

Roger and out.