Showing posts with label Masuk rumah baru. Show all posts
Showing posts with label Masuk rumah baru. Show all posts

Friday, 5 September 2014

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Tangga Rumah & Porch

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Rumah baru kami ini agak 'rare' sikit sebab depan rumah ada tangga. Dah jadi machiam rumah kat kampung2, nak masuk rumah kena panjat tangga.

Ada member datang rumah siap sound 'machiam rumah hindustani la, ada tangga tinggi depan rumah' ekekekeke.

Machiam mana sampai buleh ada tangga?

Ini sebab rumah baru kami ini dibina di area lereng, bukan lereng bukit tapi kawasan yang sedikit bertebing. Ibu rumah memang rata, tangga dan porch saja dibina di area yang bertebing. Maka terpaksalah bina tangga untuk naek ke ibu rumah.

Next project kami is, bukanlah nak runtuhkan tangga tersebut, tapi nak pasang jubin dan ubahsuai sikit kawasan porch. 

Cuba tengok gambirun berikut;


Kan dah habaq tadi, depan rumah kami ada tangga tinggi. Pemaju kedekut sebab tak pasang jubin siap2. Tangga ni pun dah kacau area porch, jadi tak berapa nak luas. Harapkan unik je lah, rumah kat taman perumahan, tapi ada tangga machiam rumah kampung.



Satu lagi benda yang buat ambo tak berkenan pasal porch rumah ambo ini adalah kehadiran tiang seri tuh, yang ambo tanda dengan anak panah merah tu. Keduanya longkang kecil, ada ambo tandakan dengan anak panah biru.

Kehadiran kedua-dua bendalah ini membuatkan ruang parkir menjadi sedikit sempit. Dua kereta sedan buleh masuk, tapi muat2 sajalah. 

Nak buang tiang seri tu idoklah, makan kos juga tu kalau tak silap. Jadi apa yang ambo buat adalah tutup longkang kechil tersebut jadi kereta boleh masuk ke dalam. Anak2 kalau nak bermain pun tak adalah sampai terperosok masuk longkang nanti.


Kali ini ambo tak ambil kontraktor cina lagi dah, tapi upah mamat Bangla yang kerja bina rumah di sekitar perumahan kami. Bila dibanding-banding quotation dari beberapa kontraktor cina, kami dapat jimat hampir RM3k dengan mengupah sendiri mamat Bangla.

Barang2 semua kami beli sendiri, cuma bayar upah kerja saja. Ada kontraktor yang kira lump sum, maknanya kita hulur duet dan dia akan belikan kesemua barang2 binaan. Nak mudah hang pa buat lah cara ini - hang pa huluq duet dan semuanya beres.

Tapi kalau hang pa nak berjimat, baek hang pa pi kedai hardware sendiri - survey barang, survey harga - pada ambo ini lebih menjimatkan.

Ini kerana ada kontraktor yang makan untung atas angin, harga barang yang dia beli pun siap mark-up harga. Itu belum lagi soal kualiti. 

Kalau kita yang pi beli sendiri - sudah tentu kita pilih yang terbaek dari segi harga dan juga kualiti.


Mamat Bangla yang ambo upah ni memang kerja agak bagus. Dulu ambo sedikit tak berapa nak perchaya depa punya hasil kerja. Dulu kan mana ada Bangla kerja binaan, buruh Yindun adalah. Tapi bila tengok hasil kerja depa, bagus juga, cepat pun cepat tak ada delay.


Ini satu lagi yang ambo buat, kasi tutup longkap luar rumah. Sebabnya selain menyakitkan mata ambo bila memandang, pepagi aroma yang keluar dari longkang tersebut amatlah harum semerbak. Jadi ambo decide kasi tutup saja, bau masih ada lah tak boleh nak buat apa dah, cuma mata sajalah tak nampak.



Bila dah tutup ni, buleh lah jadikan tempat parking untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah. Kalau tak tetamu kami terpaksa parking atas jalan raya - dah mengganggu lalu lintas. Jalan depan rumah kami agak sibuk walau masih dalam taman perumahan, ini kerana ia merupakan laluan utama untuk penghuni taman keluar je jalan besar. 

Pemaju pun cherdik, langsung tak bina reserve diantara pagar rumah dengan jalan utama - nak parking kereta kat luar rumah terus jadi susah, kalau parking jugak dah halang lalulintas. Dilemma sungguh - jadi ambo ambil inisiatif untuk tutup longkap supaya tetamu senang nak parking.

Total kos;

Bahan binaan (jubin, batu, pasir, simen etc) - RM3500++
Upah buruh Bangla - RM3700

Nanti ambo update gambirun hasil kerja depa.

Roger & out.

Thursday, 4 September 2014

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Kipas dan Lampu Hiasan

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Boleh dikatakan kesemua lampu perhiasan dan kipas kami beli dari House of Lightings Bandar Puchong Utama, yang sememangnya cukup femes emos.

House of Lightings
No. 33 & 35, Jalan BPU 6
Bandar Puchong Utama
47100 Puchong, Selangor.
Tel: +6012-266 3790 @ +603-5882 3790 

Ada juga dua tiga ketul yang kami beli dari Kedai Lampu Hiasan Achiever Sungai Buloh. 

Achiever Lighting
No. 51-3 & 53-3
Jalan Nautika AU20/A
TSB Commercial Centre
Sungai Buloh, Selangor.
Tel: +603-6150 8408

Kalau nak dikira dari pilihan dan harga, memang House of Lightings thorbaek - jejak masuk saja ke dalam kedai, memang terus rambang mata.

Tapi yang tak best pasal House of Lightings, sesak machiam pasar malam terutamanya pada hujung minggu. Pendek kata memang bergesel montot.

Achiever Lighting pula, pilihan dan harga tak lah heaven machiam House of Lightings. Tapi orang tak ramai, kita nak memilih barang pun rasa lega yang amat.

Ini antara hasil rampasan di House of Lightings;






Kalau hang pa beli dari House of Lightings dan rumah hang pa tak jauh dari Bandar Puchong Utama, mereka menyediakan perkhidmatan pemasangan lampu2 hiasan dan kipas yang dibeli dari kedai depa. Kos pemasangan ambo tak pasti berapa, ambo tak tanya sebab kepompem rumah ambo jauh dari Pusat Bandar Puchong Utama.

Jadi ambo terpaksa menchari kontraktor untuk kerja2 pemasangan lampu2 hiasan dan kipas. Ambo survey harga dari beberapa kontraktor - Indon, Bangla, malahan kontraktor Cina - biasanya mereka caj RM30 untuk setiap lampu atau kipas yang dipasang. Kalau lampu jenis biasa mungkin murah sikit, tapi kalau jenis chandelier yang kena susun satu persatu, lagi mahal kos pemasangan.

Ambo sedikit bernaseb baek kerana kontraktor yang buat plaster ceiling dan electrical wirering rumah ambo bersetuju untuk pasang kesemua lampu2 hiasan dan kipas tanpa caj tambahan. Kira chin chai lah kata Ah Wai (kontraktor plaster ceiling & electrical wirering). Chin chai pun ambo rasa dia dah kenyang sakan - kontraktor Cina mana pernah chin chai pasal duet maaaaaa!!!!!

Kalau minat D-I-Y, memang lumayan lah kos yang dapat anda jimatkan. Ambo pun minat juga D-I-Y cuma tak berapa nak konpiden je. Alang2 kontraktor plaster ceiling nak tolong pasangkan, 'biaq pi la ngan depa', hehehehehe.

Roger & out!!! 

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Penambahan Ruang Untuk Dapur Basah

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Entry yang lepas ambo dah sembang pasal pemasangan plaster ceiling dan grill. Next project renovasi rumah baru kami is ubahsuai dapur basah.

Banyak2 renovasi rumah yang telah kami buat, dan mungkin juga yang akan datang, tang dapur basah ini paling sempoi dan paling koboi kami buat.

Pendek kata memang simple sakan kami punya dapur basah, cuma pasang awning dan tambah satu dinding (itu pun tak guna bata, tapi cuma tambah grill) - terus siap ruang untuk dapur basah.

Sempoi sangat bunyi nye tu kan?

Asalnya ruang dapur basah tersebut merupakan porch belakang rumah - keluar saja dari pintu dapur kering, ada sedikit ruang dalam 10 x 12 kaki, sebelah kiri adalah pagar batu yang memisahkan rumah kami dengan rumah jiran belakang manakala sebelah kanan adalah dinding rumah kami sendiri. Depan memang open sajalah.

Jadi kami cuma perlu tambah satu lagi dinding untuk tutup porch tersebut menjadi dapur basah, kemudian tambah awning untuk teduhan - ini kes nak minimakan kos untuk buah dapur basah. 

Lepas siap buat awning dan tambah dinding, tak nak bagi nampak koboi sangat dapur basah kami, ambo upah Bangla untuk buat benchtop dan pasang jubin sikit pada lantai. Kemudian upah lagi plumber mamat India untuk pasang sinki dan pili air.

Kalau ikut napsu kedekut ambo, memang tak de maknanya nak buat benchtop dan pasang jubin ekekekeke. Dah binik kata nak kasi chantek sikit dapur basah kami yang teramatlah 'pprt' dia punya rekabentuk - ukied kita kasi pasang itu jubin, murah2 sudahlah ekekeke.

Ini gambirun dapur basah 'pprt' kami;



Asal2 machiam kat atas lah dapur basah kami, lantai simen tanpa jubin. Kabinet dapur memang tak ada, dapur gas pun chap 'pprt'. 

Lama kemudian ambo keluarkan sedikit duet untuk pasang jubin dan buat benchtop, pun masih nampak ala2 'pprt'.




Jejiran lain sikit punya chantek depa punya dapur basah, tapi kami punya gini sajalah, 'pprt' sungguh. Tapi nak buat machiam mana, dengan simpanan yang kami ada, ini sajalah ongkos yang kami mampu keluarkan.

Lagi pun, ini cuma temporary saja. Bila dah betul2 ada ongkos, baru planning baek punya dapur basah.

Total kos;

Awning - will be updated soon
Grill dapur basah - will be updated soon
Simen, pasir, jubin etc - RM983
Pili air dan sinki berkembar - RM481 (termasuk kos kepala paip untuk bilik air)
Upah tukang Bangla - RM1500
Upah plumber India - RM200 (termasuk upah tukar kepala paip bilik air)

Ini secara kasarlah yang sempat ambo rewind balik.

Roger & out!!!

Wednesday, 3 September 2014

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Pemasangan Grill & Awning

As Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Bila mula masuk rumah baru, selain pemasangan lampu & kipas, kita juga perlu segerakan pemasangan grill bagi tujuan keselamatan. 

Tidak pasang kalu, silap2 penyamun dan perompak bergelandangan dalam rumah sewaktu kita di tempat kerja. Malam2 pun tidur tak lena, takut kalau2 pintu rumah kena umpil dengan perampok.

Jadi machiam orang lain juga, dapat saja kunchi rumah, terus ambo chari kontraktor untuk pasang grill. Kami maen redah saja, tanya jejiran setaman sape yang ok untuk pasang grill kat Tg Malim, terus nama Ah Meng terkeluar. Ok, set ini apek kami lantik sebagai kontraktor untuk pasang grill rumah kami.

Beriyalah si Ah Meng ni datang rumah untuk ukur dan tunjukkan design. Quotation dari si Ah Meng ni pun kami tak banding dengan kontraktor laen. Asal rasa kami mampu dan tawar menawar yang patut, terus on hehehehe.

Design yang kami pilih biasa2 saja, tak minat sangat yang jenis berbunga-bunga dan berawan larat ni. Ambo minat yang jenis simple, yang penting kukuh dan selamat. La ni ambo duk perati, ramai yang guna design jenis palang tu, orang kata machiam penjara hehehehe.

Ni dia punya gambirun;




Ini pula gambirun grill untuk tingkap;




Amachiam, ada nampak machiam penjara ka? Ekekekekeke...

Setiap tingkap dan pintu kami pasang grill. Pada mulanya ambo nak pasang grill untuk tingkap dan pintu di tingkat bawah saja manakala tingkat atas togel tanpa grill. Tujuannya adalah untuk jimat kos hehehehe. 

Sekali kena sanggah dengan Ah Meng;

"Lu ingat perampok tak boleh panjat ka, sudah pasang grill pun perampok buleh masuk, inikan pula lu tak mau pasang"

Aiyak, ok ok kasi pasang satu rumah lah.

Selain daripada grill, ambo pasang juga awning dibelakang rumah. Ada la machiam ruang kosong sikit yang akan ambo jadikan sebagai dapur basah. Dapur basah tersebut ambo tak pasang batu sepenuhnya tapi guna grill untuk lebihkan pengudaraan.

Gambirun grill dan awning untuk dapur basah;





Sila abaikan periuk belanga yang bergantungan ekekekeke. Bila dah siap nampak machiam open sangat dah dapur basah kami. Next project is kena kasi tutup sikitlah, sebab la ni kucheng pun buleh lompat masuk.

Kos untuk pasang grill dan awning untuk rumah cluster 2 tingkat

Setelah Ah Meng godek2 dia punya sempua, angka RM7000 lebih terpacul dari mulutnya. Aiyak manyak mahal la Ah Meng, kasi murah lagi lah. Tawar punya tawar - terhenti pada harga RM6800. 

Pecahan harga;

Grill untuk rumah - will be updated soon
Awning dapur basah - will be updated soon
Pintu besi & grill dapur basah - will be updated soon

Murah ka mahal ka, kami maen redah saja. Janji rumah kami terpasang grill.

Roger and out!!!

Pengalaman Ubahsuai Rumah Baru | Plaster Ceiling & Wirering

As Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Kita sambung sembang pasal pengalaman masuk rumah baru. Perkara pertama yang kami renovate adalah pasang plaster ceiling dan buat wirering tambahan. 

Kontraktor yang terlibat adalah Emchek Ah Wai, yang kebetulan membeli rumah di kawasan yang sama dengan kami. Rumahnya pun tak jauh dari rumah kami, deretan belakang saja.

Kami kenal Ah Wai ni pun sebab tetiba dia datang menyinggah masa kami jenguk2 rumah semasa masih dalam pembinaan. Asal kami jenguk rumah saja, pasti Ah Wai datang menyinggah untuk promote plaster ceiling dan wirering. 

Dah kami rasa machiam dia ni ada pasang CCTV kat mana2, machiam tahu2 saja kami ada datang untuk jenguk rumah. Kekadang kami sengaja tak buka pintu, tapi sabirun sungguh dia duk tunggu kat luar pagar ekekekeke.

Mula2 rasa rimas gak, sebab kalau buleh kami nak chuba tanya kontraktor laen juga. Tapi lama2 nampak menarik juga design plaster ceiling yang ditunjuk oleh Ah Wai. 

Siap dibawanya kami ke salah satu rumah yang sedang dipasang plaster ceiling olehnya. Rumah sape la agaknya, TQVM tuan rumah dan maaf kami masuk tanpa izin. Nampak kemas dan chantek hasil kerjanya.

Lagi pula Ah Wai tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan kami, kalau berlaku apa2 machiam ceiling runtuh ke, nanti senang kami nak chari dia.

Jadinya kami bersetuju untuk lantik Ah Wai sebagai kontraktor untuk menyiapkan plaster ceiling dan buat wirering tambahan. Ah Wai pula subcon kerja2 plaster ceiling kepada kawannya manakala wirering kepada adiknya.

Agaknya kalau saya direct saja kontek apek yang buat plaster ceiling tu mesti dapat harga lagi murah. Tapi masalahnya tanpa Ah Wai, mana mungkin saya tahu nombor telefon apek tersebut, hukallohhhhh!!!

Design yang kami pilih adalah yang jenis kotak2 tu, yang jenis orang kata buat simpan habuk tu!!!! Orang katalah, design yang kami pilih ni nanti buat simpan habuk saja, dan jenuh kena bersih selalu. Tak apalah, simpan habuk pun simpan habuk lah, dah kami suke design tersebut hehehehe.

Kami buat plaster ceiling untuk satu rumah, dalam tandas pun habis kena plaster ceiling. Ruang tamu utama, dapur kering dan bilik tidur utama kami buat plaster ceiling jenis kekotak, laen2 area buat plaster ceiling biasa saja.

Kos yang kami habes in total RM7800, plaster ceiling dan segala machiam wirering dalam plaster ceiling tersebut. Itu pun dah sakan kami nego, siap minta harga tersebut dah termasuk kos untuk mentol segala. Tapi kami tambah juga RM600 untuk beli lampu LED.


Semasa kerja2 pemasangan plaster ceiling ini, sesekali ambo singgah juga untuk jenguk progress. Janji Ah Wai, paling lama 2 minggu buleh siap, plaster ceiling dan wirering sekali. 

Gambirun atas adalah kerja2 awal pemasangan plaster ceiling. Kerangka besi dipasang. Pada masa yang sama kerja2 wirering turut dijalankan serentak.


Mamat tak berbaju ini adalah adik kepada si Ah Wai, dialah yang buat kerja2 wirering. Nampak kemas hasil kerjanya, wire2 elektrik disimpul kemas dan guna pipe untuk melindungi wire2 dari dimamah oleh si tikus.

Selepas pada itu, ambo tak jenguk dah kerja2 pemasangan plaster ceiling tersebut sebab ada urusan di kampung. Sekembalinya ambo dari kampung 2 minggu kemudian, segalanya telah siap.


Gambirun kat atas ini design plaster ceiling di ruang tamu, dapur kering dan bilik tidur utama. Lampu LED dalam kekotak plaster ceiling untuk ruang tamu dan dapur kering kami gunakan kaler kuning. Manakala untuk bilik tidur utama, LED yang kami pilih menggunakan kaler biru.


Lampu2 hiasan dan kipas pun dipasang oleh adik si Ah Wai. Upah pemasangan dah termasuk dalam upah pemasangan plaster ceiling. Nak kata jimat pun tak juga, sebab sebenarnya harga yang dikenakan oleh Ah Wai untuk pemasangan plaster ceiling dan wirering agak tinggi jika dibandingkan dengan kontraktor yang lain. Cuma ambo amat berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Selain daripada itu, ambo juga guna khidmat Ah Wai untuk buat wirering tambahan. Maklum sajalah, berapa sangat soket dan plug elektrik yang disediakan oleh pemaju. Nak tak nak memang kena tambah, tambah beberapa electric plug di dapur kering, ruang tamu dan bilik tidur. 

Disebabkan banyak penambahan soket dan electric plug, Ah Wai kata kena pasang juga 2 unit breaker circuit untuk keselamatan. Ini penting untuk elak overload serta litar pintas, kata Ah Wai lah. 

Kami juga pindahkan soket telefon dan soket untuk Astro ke sudut yang lain sebab soket yang disediakan oleh pemaju semachiam tidak ngam dengan susun atur perabot kami. 

Total kos yang dikenakan RM4200 - tambahan soket/plug, 2 unit breaker circuit dan soket telefon/Astro.

Kemudian Ah Wai promote lagi untuk buat wirering bagi auto-gate. Katanya baik buat awal2, nanti kalau dah siap pasang jubin, susah mau buat kerana kena pechahkan lantai. Ukies, ambo termakan lagi umpan si Ah Wai. Tambah lagi RM1000 untuk wirering auto-gate, tapi ambo minta harga tersebut dah termasuk sekali wirering untuk pasang lampu atas pagar luar rumah dan untuk pasang satu soket bagi memudahkan ambo vacuum kereta.

Semua sekali RM13600 duet ambo mengalir masuk ke poket Ah Wai and The Gang. Itu baru plaster ceiling, wirering tambahan dan auto-gate. Belum laen2 renovation lagi tu. Betul lah orang kata, nak renovate rumah baru, poket kena kembang semangkuk baru chun.

Adehhhhhhh!!!!!

Roger and out.

Inspection Bila Masuk Rumah Baru

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Setelah hampir 7 tahun menyewa, akhirya ambo sekeluarga mampu memiliki rumah sendiri. Kalau dihitung-hitung, banyak juga wang ringgit kami lebur di tangan pemilik rumah terdahulu sebagai sewa rumah. Tak apalah, memang rezeki kami lewat sedikit untuk memiliki rumah sendiri. 

Rumah yang kami diami sekarang dibeli hasil loan gomen - binik yang buat loan sebab loan ambo diguna untuk beli rumah yang lain - Inshaa Allah juga akan siap dalam tahun ini juga. 

Ramai yang tertanya-tanya buat apa beli sampai 2 bijik rumah, beli satu chukuplah, satukan loan dah buleh beli sebijik rumah banglo.

Itu kata mereka, kata ambo pula - ini satu pelaburan & simpanan jangka panjang. Dari duet tu habeh ke tempat lain, baek lebur buat beli rumah. Cadangnya satu rumah untuk kediaman keluarga manakala satu rumah lagi untuk disewa atau pun buat home stay. Mana-mana yang terbaek lah nanti - semua siap baru ambo decide.

Ukies, berbalik kepada cherita rumah yang ambo sekeluarga diami sekarang - kami masuk hujung bulan Mei yang lepas. Pindah barang sedikit demi sedikit dari rumah sewa lama. Barangan perabot kami pindah pakai lori - sewa lori Ka Chuang beserta pekerjanya sekali.

Kenapa sewa lori dari Ka Chuang? Kebanyakkan perabot yang kami beli adalah dari kedai Ka Chuang, lagi pula pekerja2 mereka telah mahir dalam membuka dan memasang kembali perabot. Kalau guna khidmat mereka yang tak mahir, silap2 ada perabot yang longgar dan bergoyang di sana sini selepas dibuka dan dipasang kembali.

Sebelum pindah masuk, ada buat check-up sikit - kami follow tips2 mereka yang terdahulu - memang jenuhlah duk bacha blog2 yang kongsi pengalaman mereka masuk rumah baru. Jadi tips2 mereka itu kami apply semasa masuk rumah baru kami.

Mula2 check segala dinding dan lantai - untuk chari kesan retak. Memang banyak, setiap ruang yang kami check memang ada kesan retak - tapi tak adalah serius mana - sekadar garis2 kecil machiam gambirun berikut;




Setiap ceruk dan pelusuk rumah kami check - asal jumpa retak kami tandakan dengan plaster dan ambil gambirun, supaya mudah kami nak tunjukkan pada pemaju nanti. 

Pekerja yang datang untuk baiki nanti pun mudah nak chari mana tempat yang harus diperbetulkan kerana kami dah tanda siap2.

Kalau boleh bumbung dan atap pun check sama untuk kesan2 kebocoran. Tapi susah sikit nak check kalau musim kemarau, kami naseb baek dalam beberapa minggu yang sudah ada hujan, jadi buleh nampak kesan2 air pada ceiling rumah.


Kemudian kami buka segala machiam paip air - untuk check sama ada paip air, singki dan saluran pembentungan berfungsi dengan ok atau pun tidak. Pastikan air keluar dari paip dengan baik, sinki pun tidak bocor dan saluran pembentungan tidak tersumbat.

Kes kami, paip air dan sinki semua ok tapi saluran pembentungan ada semachiam tersumbat sikit. Bila buka paip air di dapur kering, tetiba air melimpah dalam toilet. Rupanya saluran pembentungan dari dapur dan tandas bersambung di antara satu sama lain. Bila satu tempat tersumbat yang lain pun akan turut sama terhenti dia punya fungsi.

Ini gambirun toilet, maaf tapi nak tunjuk juga;


Tandas cangkung penuh dengan sisa2 pembinaan. Ini buleh bikin tersumbat. Motip pekerja binaan sumbat tandas cangkung kami dengan batu-batuan? Ini pun kami komplen dan report sama pemaju.


Tandas di bilik tidur kami lagi lah menjijikkan, ada kesan taik dan air kenching. Dah melepas tapi malas nak flush ye, jadi kami pun report juga sama pemaju. 

Ini pun mau report ka? 

Ekekekeke, memang kami report dan tidak flush tandas tersebut. Bior pemaju yang selesaikan ekekekeke. Kita bayaq mahal2 mestilah setiap sudut rumah kena tip top ye tak?


Pendek kata jangan malu jangan segan, buat komplen dan report kalau ada perkara2 yang tidak memuaskan hati kita sebagai pembeli. Hatta perkara2 kechil sekali pun, selagi rumah masih dalam tempoh jaminan pemaju, gunakan sepenuhnya jaminan tersebut.

Sebelum lupa, segala suis lampu, plug dan wirering kami check juga. Kalau sudah pasang mentol, cuba pasang. Kami siap buka dan biarkan semalaman, untuk pastikan berlaku lintar pintas atau tak. Electric plug pun kami test satu persatu dengan cara mengecas henpon, hehehehe.

Bila masuk rumah baru ni, sedikit sebanyak mesti kena ubahsuai khen? Bergantung kepada bajet, ada yang mampu sampai kos ubahsuai menyamai kos rumah. Kami yang tak berapa nak mampu ni, ubahsuai mana2 yang patut dan perlu sajalah dulu. Pelan2 kayuh.

Apa yang kami buat cuma plaster ceiling, wirering tambahan, buat dapur basah dan cat mengecat. Ini akan ambo cheritakan dalam entry yang seterusnya.

Sekian & terima kasih.