Wednesday 3 September 2014

Inspection Bila Masuk Rumah Baru

As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,

Setelah hampir 7 tahun menyewa, akhirya ambo sekeluarga mampu memiliki rumah sendiri. Kalau dihitung-hitung, banyak juga wang ringgit kami lebur di tangan pemilik rumah terdahulu sebagai sewa rumah. Tak apalah, memang rezeki kami lewat sedikit untuk memiliki rumah sendiri. 

Rumah yang kami diami sekarang dibeli hasil loan gomen - binik yang buat loan sebab loan ambo diguna untuk beli rumah yang lain - Inshaa Allah juga akan siap dalam tahun ini juga. 

Ramai yang tertanya-tanya buat apa beli sampai 2 bijik rumah, beli satu chukuplah, satukan loan dah buleh beli sebijik rumah banglo.

Itu kata mereka, kata ambo pula - ini satu pelaburan & simpanan jangka panjang. Dari duet tu habeh ke tempat lain, baek lebur buat beli rumah. Cadangnya satu rumah untuk kediaman keluarga manakala satu rumah lagi untuk disewa atau pun buat home stay. Mana-mana yang terbaek lah nanti - semua siap baru ambo decide.

Ukies, berbalik kepada cherita rumah yang ambo sekeluarga diami sekarang - kami masuk hujung bulan Mei yang lepas. Pindah barang sedikit demi sedikit dari rumah sewa lama. Barangan perabot kami pindah pakai lori - sewa lori Ka Chuang beserta pekerjanya sekali.

Kenapa sewa lori dari Ka Chuang? Kebanyakkan perabot yang kami beli adalah dari kedai Ka Chuang, lagi pula pekerja2 mereka telah mahir dalam membuka dan memasang kembali perabot. Kalau guna khidmat mereka yang tak mahir, silap2 ada perabot yang longgar dan bergoyang di sana sini selepas dibuka dan dipasang kembali.

Sebelum pindah masuk, ada buat check-up sikit - kami follow tips2 mereka yang terdahulu - memang jenuhlah duk bacha blog2 yang kongsi pengalaman mereka masuk rumah baru. Jadi tips2 mereka itu kami apply semasa masuk rumah baru kami.

Mula2 check segala dinding dan lantai - untuk chari kesan retak. Memang banyak, setiap ruang yang kami check memang ada kesan retak - tapi tak adalah serius mana - sekadar garis2 kecil machiam gambirun berikut;




Setiap ceruk dan pelusuk rumah kami check - asal jumpa retak kami tandakan dengan plaster dan ambil gambirun, supaya mudah kami nak tunjukkan pada pemaju nanti. 

Pekerja yang datang untuk baiki nanti pun mudah nak chari mana tempat yang harus diperbetulkan kerana kami dah tanda siap2.

Kalau boleh bumbung dan atap pun check sama untuk kesan2 kebocoran. Tapi susah sikit nak check kalau musim kemarau, kami naseb baek dalam beberapa minggu yang sudah ada hujan, jadi buleh nampak kesan2 air pada ceiling rumah.


Kemudian kami buka segala machiam paip air - untuk check sama ada paip air, singki dan saluran pembentungan berfungsi dengan ok atau pun tidak. Pastikan air keluar dari paip dengan baik, sinki pun tidak bocor dan saluran pembentungan tidak tersumbat.

Kes kami, paip air dan sinki semua ok tapi saluran pembentungan ada semachiam tersumbat sikit. Bila buka paip air di dapur kering, tetiba air melimpah dalam toilet. Rupanya saluran pembentungan dari dapur dan tandas bersambung di antara satu sama lain. Bila satu tempat tersumbat yang lain pun akan turut sama terhenti dia punya fungsi.

Ini gambirun toilet, maaf tapi nak tunjuk juga;


Tandas cangkung penuh dengan sisa2 pembinaan. Ini buleh bikin tersumbat. Motip pekerja binaan sumbat tandas cangkung kami dengan batu-batuan? Ini pun kami komplen dan report sama pemaju.


Tandas di bilik tidur kami lagi lah menjijikkan, ada kesan taik dan air kenching. Dah melepas tapi malas nak flush ye, jadi kami pun report juga sama pemaju. 

Ini pun mau report ka? 

Ekekekeke, memang kami report dan tidak flush tandas tersebut. Bior pemaju yang selesaikan ekekekeke. Kita bayaq mahal2 mestilah setiap sudut rumah kena tip top ye tak?


Pendek kata jangan malu jangan segan, buat komplen dan report kalau ada perkara2 yang tidak memuaskan hati kita sebagai pembeli. Hatta perkara2 kechil sekali pun, selagi rumah masih dalam tempoh jaminan pemaju, gunakan sepenuhnya jaminan tersebut.

Sebelum lupa, segala suis lampu, plug dan wirering kami check juga. Kalau sudah pasang mentol, cuba pasang. Kami siap buka dan biarkan semalaman, untuk pastikan berlaku lintar pintas atau tak. Electric plug pun kami test satu persatu dengan cara mengecas henpon, hehehehe.

Bila masuk rumah baru ni, sedikit sebanyak mesti kena ubahsuai khen? Bergantung kepada bajet, ada yang mampu sampai kos ubahsuai menyamai kos rumah. Kami yang tak berapa nak mampu ni, ubahsuai mana2 yang patut dan perlu sajalah dulu. Pelan2 kayuh.

Apa yang kami buat cuma plaster ceiling, wirering tambahan, buat dapur basah dan cat mengecat. Ini akan ambo cheritakan dalam entry yang seterusnya.

Sekian & terima kasih.

2 comments:

  1. dinding retak 2 dia baiki cmna ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah kami rupanya contractor dulu tampal plaster sahaja kemudian sapu cat. tapi lama kelamaaan plaster tanggal nampak balik retak (selepas 4-5 tahun). waranti pun dah lama tamat, terpaksa buat sendiri untuk tampal balik.

      Delete