As-Salam, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,
Rumah baru kami ini agak 'rare' sikit sebab depan rumah ada tangga. Dah jadi machiam rumah kat kampung2, nak masuk rumah kena panjat tangga.
Ada member datang rumah siap sound 'machiam rumah hindustani la, ada tangga tinggi depan rumah' ekekekeke.
Machiam mana sampai buleh ada tangga?
Ini sebab rumah baru kami ini dibina di area lereng, bukan lereng bukit tapi kawasan yang sedikit bertebing. Ibu rumah memang rata, tangga dan porch saja dibina di area yang bertebing. Maka terpaksalah bina tangga untuk naek ke ibu rumah.
Next project kami is, bukanlah nak runtuhkan tangga tersebut, tapi nak pasang jubin dan ubahsuai sikit kawasan porch.
Cuba tengok gambirun berikut;
Kan dah habaq tadi, depan rumah kami ada tangga tinggi. Pemaju kedekut sebab tak pasang jubin siap2. Tangga ni pun dah kacau area porch, jadi tak berapa nak luas. Harapkan unik je lah, rumah kat taman perumahan, tapi ada tangga machiam rumah kampung.
Satu lagi benda yang buat ambo tak berkenan pasal porch rumah ambo ini adalah kehadiran tiang seri tuh, yang ambo tanda dengan anak panah merah tu. Keduanya longkang kecil, ada ambo tandakan dengan anak panah biru.
Kehadiran kedua-dua bendalah ini membuatkan ruang parkir menjadi sedikit sempit. Dua kereta sedan buleh masuk, tapi muat2 sajalah.
Nak buang tiang seri tu idoklah, makan kos juga tu kalau tak silap. Jadi apa yang ambo buat adalah tutup longkang kechil tersebut jadi kereta boleh masuk ke dalam. Anak2 kalau nak bermain pun tak adalah sampai terperosok masuk longkang nanti.
Kali ini ambo tak ambil kontraktor cina lagi dah, tapi upah mamat Bangla yang kerja bina rumah di sekitar perumahan kami. Bila dibanding-banding quotation dari beberapa kontraktor cina, kami dapat jimat hampir RM3k dengan mengupah sendiri mamat Bangla.
Barang2 semua kami beli sendiri, cuma bayar upah kerja saja. Ada kontraktor yang kira lump sum, maknanya kita hulur duet dan dia akan belikan kesemua barang2 binaan. Nak mudah hang pa buat lah cara ini - hang pa huluq duet dan semuanya beres.
Tapi kalau hang pa nak berjimat, baek hang pa pi kedai hardware sendiri - survey barang, survey harga - pada ambo ini lebih menjimatkan.
Ini kerana ada kontraktor yang makan untung atas angin, harga barang yang dia beli pun siap mark-up harga. Itu belum lagi soal kualiti.
Kalau kita yang pi beli sendiri - sudah tentu kita pilih yang terbaek dari segi harga dan juga kualiti.
Mamat Bangla yang ambo upah ni memang kerja agak bagus. Dulu ambo sedikit tak berapa nak perchaya depa punya hasil kerja. Dulu kan mana ada Bangla kerja binaan, buruh Yindun adalah. Tapi bila tengok hasil kerja depa, bagus juga, cepat pun cepat tak ada delay.
Ini satu lagi yang ambo buat, kasi tutup longkap luar rumah. Sebabnya selain menyakitkan mata ambo bila memandang, pepagi aroma yang keluar dari longkang tersebut amatlah harum semerbak. Jadi ambo decide kasi tutup saja, bau masih ada lah tak boleh nak buat apa dah, cuma mata sajalah tak nampak.
Bila dah tutup ni, buleh lah jadikan tempat parking untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah. Kalau tak tetamu kami terpaksa parking atas jalan raya - dah mengganggu lalu lintas. Jalan depan rumah kami agak sibuk walau masih dalam taman perumahan, ini kerana ia merupakan laluan utama untuk penghuni taman keluar je jalan besar.
Pemaju pun cherdik, langsung tak bina reserve diantara pagar rumah dengan jalan utama - nak parking kereta kat luar rumah terus jadi susah, kalau parking jugak dah halang lalulintas. Dilemma sungguh - jadi ambo ambil inisiatif untuk tutup longkap supaya tetamu senang nak parking.
Total kos;
Bahan binaan (jubin, batu, pasir, simen etc) - RM3500++
Upah buruh Bangla - RM3700
Nanti ambo update gambirun hasil kerja depa.
Roger & out.
Ubah suai rumah ,kolam ikan dan landskap untuk area bangi,kajang,cheras ,bdr seri putra dan nilai sebut harga adalah percuma,hubungi sy amir 0192945175
ReplyDeleteUbah suai rumah ,kolam ikan dan landskap untuk area bangi,kajang,cheras ,bdr seri putra dan nilai sebut harga adalah percuma,hubungi sy amir 0192945175
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN. KAMI KONTRAKTOR RENOVATE DAN BUAT RUMAH AREA SELANGOR TERUTAMA LEMBAH KLANG. KERJA BERMUTU DAN ADA WARANTY. SILA HUBUNGI 0122528706 MAT. SEBUTHARGA/QUOTATION DAN SITE VISIT PERCUMA. TERIMA KASIH.
ReplyDelete