As-Salam & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah, pada sambutan Hari Raya Aidiladha yang lalu ambe berkesempatan menjalankan ibadah qurban bersama-sama jiran tetanggga.
Keseluruhannya, sebanyak 4 ekor lembu diqurbankan di qariah ambe. Harga setiap bahagian di antara RM400-450. Sedikit naek berbanding tahun2 sebelumnya tapi Alhamdulillah masih diberi rezeki oleh Allah SWT untuk ambe dan rakan2 qariah untuk sekali lagi menyempurnakan ibadah qurban.
Seronoknya ibadah qurban dijalankan secara gotong royong, bermula dari hari menangkap lembu, penjagaan sebelum hari qurban sehinggalah sewaktu upacara melaksanakan ibadah qurban. Seterusmya daging qurban dilapah dan disiang beramai-ramai.
Meriah chukup meriah, masa ini jugalah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama ahli qariah. Juga peluang untuk berjumpa rakan2 lama, maklum sajalah masing2 sibuk dengan urusan sendiri sebelumnya, lebih2 lagi anak rantau yang chuma sesekali pulang ke desa.
p/s: berikut adalah gambirun sepanjang upachara tersebut berlangsung. mohon maaf kepada rakan2 yang bukan beragama Islam, bukan untuk menyinggung tapi sekadar berkongsi kepercayaan kami kaum Muslimim. bagi kita kaum Muslimin Muslimat, ini adalah ibadah, bukan kekejaman terhadap haiwan. cara haiwan diqurbankan adalah yang terbaik berdasarkan syariat Islam.
Lembu jantan yang akan diqurban perlu sempurna dari segi fizikal tanpa cacat cela dan sihat tubuh badannya. Hatta jika kudung satu telinga pun dikira tidak sempurna untuk diqurbankan. Lebih baik lagi jika pemakanannya dijaga oleh penternak, contohnya tidak meragut tanam-tanaman jiran dan tumbuhan yang mungkin belum dihalalkan oleh pemiliknya.
Kerja merebahkan lembu tidaklah sukar jika dilakukan sechara beramai-ramai dan oleh mereka yang berpengalaman. Salah langkah, ada yang kena side kick jika bukan tanduk yang menyondol perut.
Sembelihan qurban dilakukan dengan penuh tertib dan rasa hormat kepada haiwan yang diqurbankan. Niat sembelihan kepada Allah SWT tapi bukan bermaksud Allah mahukan qurban darah atau haiwan. Ia lebih kepada simbolik kepada pengorbanan diri kita sendiri dalam menchari keredhaan Allah SWT.
Rakan ambe dari dunia barat pernah mempertikaikan kaedah kita umat Islam dalam menjalankan ibadah qurban. Katanya cara sembelihan umat Islam amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Ambe hormati pendapat beliau - ini kerana pendapat itu bersandarkan pemahamannya yang cetek terhadap dunia Islam dan bersandarkan kepada pemahaman Scientology beliau.
Tapi wajib bagi ambe mempertahankan keperchayaan kita umat Islam - ambe terangkan bagaimana dan kenapa sembelihan kita umat Islam sebegitu rupa. Soal beliau mahu menerima atau tidak, tidak menjadi hal kerna ambe telah menjalankan tanggungjawab ambe dalam menjaga nama baek agama suci kita.
Menurut Mazhab Syafi'e yang menjadi anutan umat Islam di negara kita Malaysia, sembelihan wajib memutuskan dua jenis urat iaitu urat halqum (urat pernafasan) dan urat marih (urat makan dan minum) manakala sunat untuk memutuskan 2 urat darah yang berada di kiri dan kanan leher haiwan bagi mempercepatkan kematian.
Kaedah ini akan mengeluarkan sebanyak mungkin darah kotor dari tubuh haiwan qurban, juga menghilangkan rasa sakit kerana signal sakit ke otak telah terputus - ambe tidak pasti jika telah ada kajian saintifik dijalankan untuk membuktikan fakta ini tapi kita umat Islam amat percaya ini adalah kaedah sembelihan yang terbaik untuk haiwan qurban.
Hasil didikan arwah bapa ambe, kami adik beradik tiada masalah untuk melapah haiwan qurban, tapi tidaklah sebagus dan sepantas pelapah profesional. Kerja ini jika dilakukan sechara bergotong royong hanya mengambil masa kurang 2 jam, dari saat sembelihan sehinggalah selesai proses melapah.
Alhamdulillah selesai, daging qurban dikumpul untuk dibahagi-bahagikan.
Antara mereka yang layak untuk menerima daging qurban adalah anak2 yatim, fakir miskin dan saudara seagama kita yang lain (afdal kepada mereka yang tidak berqurban atau tidak mampu untuk berqurban). Cara agihan, biasanya daging mentah. Tapi boleh juga yang telah siap dimasak untuk dijamu kepada jiran tetangga seagama.
Hidangan ringkas untuk tetamu yang berkunjung ke rumah.
Amachiam, anda pula bagaimana? Pengalaman kita dalam menjalankan ibadah qurban mungkin sama tapi tak serupa.
Sama tapi tak serupa?
Maksudnya mungkin ada pengalaman2 lucu ke, genting ke, seronok ke sewaktu ibadah tersebut berlangsung.
Contohnya lembu yang hendak disembelih tiba2 hilang, atau tiba2 terlepas dan melarikan diri. Tak pun ada yang ada pengalaman kena side kick atau ditanduk oleh lembu qurban. Paling sadis ada lembu yang disembelih tiba2 boleh berdiri dan berlari kenchang bak kuda hitam, ada tau pengalaman pelik sebegini.
Jika sudi, jum kongsikan bersama untuk tatapan readers yang laen.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment