Thursday 2 October 2014

Trip Bersama Junior Ke Lata Sungai Bil, Tanjung Malim/Slim River


Bila kali terakhir ambo mandi manda di Sungai Bil?

###krikkrikkrikkrikbunyicengkerik####

Memang lama sungguh, kalau tak silap Juniors pun belum lahir lagi kekdahnya. La ni depa masing2 dah umuq 6 dan 7 tahun.

Untuk makluman semua, Lata Sungai Bil letaknya kira2 setengah jam dari pekan Tanjung Malim jika berkereta. Kena guna laluan lama/dalam untuk ke Slim River. Mudah kata follow saja signboard ke Kg Slim.

Pengunjung akan melalui kebun2 kelapa sawit dan beberapa buah perkampungan tradisional yang terletak dalam laluan tersebut.

Kalau naek motor memang layan, buleh hirup udara segar dan bau kentut alam semulajadi. Nak layan korner pun buleh, tapi tak berapa nak menchabar mana. Lagipun kena sopan sintun sebab lalu kampang orang. Silap pulas throttle kalu, ketua kampung baling dengan tukul.

Apa aktiviti yang kita buleh buat di Lata Sungai Bil?

Banyak der, antaranya mandi manda, berkelah, nak memanching ikan buleh memanching aweks pun buleh, berkhemah malahan jungle tracking pun buleh der.

Kemudahan seperti dewan orang ramai, tandas awam dan tempat letak kereta pun turut disediakan untuk para pengunjung menjalankan aktiviti mereka.

Lagi satu, katanya empangan hidro pun ada tapi ambo belum nampak dengan mata kepala ambo sendiri. Entah kat ceruk mana letaknya.

Kiranya Lata Sg Bil memang cukhup lengkap kalau nak beriadah. Memang lokasi ini sering digunakan oleh pelajar2 dari institusi pendidikan berdekatan untuk menjalankan aktiviti mereka.

Belanja gambirun sikit;


Ini amaran oleh JKKK Sg Bil - Lata Sungai Bil letaknya dalam kampung. Kalau hang pa duk pulun bersuka-ria sampai memalam buta takut mengganggu ketenteraman awam dan penduduk kampung nak berehat/beribadat. Jadi hormatilah permintaan depa nohhhhh!!!!


Ini pemandangan dari arah tandas awam Lata Sg Bil. Seberang sana nun ada satu lagi tempat parking awam dan tapak untuk berpicnic.


Mandi-manda memang syiok, katanya kalau rajin buleh panjat atas sikit jumpa air terjun kechil.


Ayaq sungai masih jernih, nampak dingin, kalau terjun waktu tengah panas memang layan.


Unggun api, kut2 nak halau unggas sewaktu bermalam kat Sg Bil. Tapi buleh bermalam ka, kata JKKK Sg Bil dah limit time, jam 7 'u need to get lost from our kampung'!!!!!


Jangan kata orang kampung Sg Bil, ambo pengunjung luar ni pun sakit hati bila tengok sampah duk bertimbun machiam ini. Sepatutnya amalkan sikap 'hang dah bawak sampah sarap bekas makanan bagai, apa kata bungkus elok2 dan bawa balik rumah'. Jangan duk timbun sampah sarap kat tempat awam sebegini.


Wakaf untuk berteduh, kut2 hujan ada mai atau rasa nak selesa sikit masa berpicnic. Kalau hang pa semua dewasa sihat tubuh badan tak payah le nohhhhh guna wakaf untuk berpicnic. Utamakan kepada ibu2 yang mengandung ka, ibu bersama anak kechil ka, orang2 tua ka dan OKU. Ini tidak, hang pa datang sini dating dengan pasangan duk pulun conquer wakaf tak peduli orang yang lebih memerlukan.

Jadi apa kami berdua buat?

Ambo dan junior chuma lepak2 makan aiskerim, bergambirun dan tengok gelagat pengunjung.

Mandi-manda?

Nehiiiiiii....... semenjak isu kenching tikus yang tersebar dibeberapa lokasi di negara kita, ambo dah tak bernapsu nak bagi anak2 mandi sungai. 

Sekadar singgah, paling kuat pun maen chelup2 kaki. Nak mandi menyelam bagai tu idok le teman.

Memang anak2 memberontak tapi kalau nak malang tu, Naudzubillah. Baek kita menchegah dari merawat ye tak?

Lupe nak habaq, sesi lepak2 ini hanya disertai oleh junior bongsu. Junior sulung kena tinggal kat rumah, dah moto buleh naek 2 orang saja. 

Jadi petangnya bawa satu famili lepak2 kat AEON, sesambil bayaq hutang AEON.


Tak puas2 naek moto. Pagi naek moto betul, petang nak naek moto hat ni pulak.

Inilah chara ambo spending quality time dengan family. Kira weekend totally untuk hobi dan keluarga. Kalau buleh weekend memang tak mo ingat langsung pasal kerja. Weekdays pulun chukup2, tak siap kalu tunggulah Isnin depan baru buka file balik.

Sekian dahulu untuk kali ini, ada masa kita sembang lagi.

Roger and out!!!

No comments:

Post a Comment