Monday, 8 December 2014

2 Wheels Festival 2014

As-Salam & Salam Sejahtera,

2 Wheels Festival, edisi kedua ini telah berlangsung di Space U8 Eco Mall, Shah Alam dari 5-7 Disember 2014. Motto festival ini, 'Malaysia Biggest Indoor Motoring Event'.

Motto festival ini cukup gah, jadi ambe memang dah choop awal2 tarikh festival ini dalam planner. Kut2 terbabas tarikh atau lupa.

Ini merupakan kali pertama ambe ke festival ini dan juga kali pertama mengunjungi Space U8 Eco Mall. Ikut serta tak lain tak bukan, budak kecik iaitu anak bongsu ambe.


Gerbang masuk ke festival, parking luar dipenuhi dengan big bikes dan juga small bikes milik kelab2 permotoran yang turut sama hadir memeriahkan suasana.

Entry point tapi kena beli tiket dulu. Mana kaunter tiket? Ukies bersebelahan saja dengan pintu masuk ke festival.

Tiket masuk RM3 untuk dewasa. Kanak2 adalah percuma.

Masuk sahaja memang rambang mata lebih2 lagi kalau anda peminat big bikes. Arena dipenuhi oleh dealers2 moto dan juga aksesori.

Yamaha R1 atau nama Melayunya Arwan hehehehe. SOLD!!! Siape la owner bertuah tu agaknya, tahniah dan safe ride bro!!!

Honda CBR600. Jika anda berjiwa kelajuan, selain Arwan, ini adalah antara model yang boleh anda pertimbangkan. Nampak moto kaler puteh kat belakang CBR600? Hayabusha tu der!!!

Gosok bang, jangan tak gosok. Antara pengusaha auto spa khusus untuk big bikes.

Redza, salah satu jenama big bikes tempatan. Harga juga cukup competative tapi mana dia punya representative? 

Stage masih kosong, kejap lagi meriah dan havoc dengan pelbagai acara. Sementara itu follow ambe jalan2 usha apa yang ada disekitar ruang pameran. Tadi tu baru kat depan2.

Ruang dalam Space U8 dimana berlangsungnya 2 wheels festival. Tak crowded mana, mungkin kerana ini hari terakhir. Bagus sebab tak perlu bersesak-sesak.

Dah machiam alien dah ambe nengok Z1000 bogel. Ada member besit sampai 230 km/h, tapi selamber cakap 'selow lagi tu bro, buleh pulas lagi tu'. Chehhhhhh, ambe 120 km/h pun dah goyang.

Tengah tinjau Z1000 tetiba budak kecik tarik tangan ajak ke gerai aksesori ini. Kenapa, takkan nak beli riding gear kut.

Ini rupanya, pocket bike. Memang dah lama anak ambe teringin nak ada satu. Representative pun sakan melobi, siap hidupkan enjin dan bagi anak ambe tunggang. Adehhhhh, RM800 tu nak, sekolah bulan depan nak kena keluar belanja lagi. Bukan tak nak beli tapi, belanja sekolah lagi penting nak ye!!! Terus munchung mulut hahahaha.

Dah jangan muncung lagi, jom kita ziarah Encik Ducati. Merah menyala En Ducati kita.

H-devitshen!!! Teringat mini siri CHiPs zaman 80an dulu. Sape sini peminat CHiPs masa kechik2 dulu? Kompem la ni kamurang sudah menghampiri usia 40's kan?

Kustom tu der, ehhhh K.U.S.T.O.M - bila masa dimelayukan ini wording?

Rekabentuk Naza Blade memang tidak dinafikan agak cun dan harganya pun cukup mampu milik. Cuma tak menahan kena menungging, sakit pinggang der kalau long distance.

Tapi Blade 250 Bogel ok, postur badan agak tegak. Harga pun sekitar RM14k+++

Bergaya abam2 kita ni dengan Triumph. Lagenda British kembali ke Tanah Melayu.

SPYDER, nak panggil big bike roda 3 ke hape ni? Kompem kat highway kena bayar tol. Kompem juga susah untuk menyelit kalau jalan tengah jem, panas lagi tu sebab tak ada bumbung. Hujan lagi kes naya. Eh! mengondem ke hape ni?

H-devitshen pada sudut yang lain.

Tengok moto je, bunge2 penyeri tadak ka?

Ade, ade tapi tak berapa nak menonjol sangat (apa yang tonjol menonjol?).

Miss pengacara majlis, siapa dia ni? Ascent melayu dia lebih kepada Bahasa Indonesia.

Staff on duty semasa 2 wheels festival 2014. Cantik t-shirt tapi tak jual rasanya.

Ini amoi promo sejenis helmet, yang bukan saja buleh pandang depan (memang dah!!!) tapi juga ada komponen machiam cermin pandang belakang (dalam helmet). Inovasi yang menarik, memudahkan lagi sesi selit menyelit.

Kesian akak ni, tengah pregnant. Penat duduk dulu ye kak!!!

Adehhhhh, terfokus moto le pulak. Representative BSN Credit, nak guna loan BSN untuk beli big bikes buleh bincang dengan miss termenung kita ni.

Ini pun representative BSN Credit. Serius duk explain pada potential client.

Ini amoi jual ape ye, lupa dah!!!

Nampak helmet yang amoi baju hitam pegang, ada mirror pandang belakang der!!!

Kita dewasa datang auto atau moto show memang niat suci nak tengok moto atau kereta le kan. Kalau budak kecik?

Dia nak cuba paintball la pulak. Ok, RM10 untuk 30 biji peluru. Not bad kan, ke mahal?

Tengah diberi tunjuk ajar, pestimer le katakan. Tapi pestimer pun kira ok, 7 sasaran dari 14 berjaya dijatuhkan. Shabbas betta kata Amitab Bachan.

Memanah pun nak juga, RM5 untuk 7 arrow. Aktiviti ini dikatakan bagus untuk melatih daya tumpu kanak2. Kelab memanah ini berpusat di Bukit Beruntung, dalam area masjid. Keahlian RM30 setahun, setiap sesi latihan RM15 tanpa had masa atau arrow. Panah le sesuka sesuki hati ahli kelab.

Sementara anak ambe sibuk dengan memanah dan paintball, ambe sibuk usha H-devitshen. Mantopnya H-devitshen.

Deretan H-devitshen beraneka model.

Apa caption yang paling sesuai untuk gambirun ini?

Dah puas memanah dan layan paintball nak? Jom kita sambung tengok moto.

Satu set tayar pun dah RM1k lebih, mampu ambe nak bela big bike? Berdarah hidung der!!!

Berdarah hidung nak bela pun, model terbaru dari Kawasaki iaitu Vulcan S 650 cukup menggugat keimanan. Price tag dijangka below RM30k. Nak tengok image Vulcan S, sila google.

Sakan abam kita ni.

Eh ada cabutan bertuah la der. Cepat tengok nombor siri tiket masing2. Ada yang dapat t-shirt. topi dan sebagainya.

Hahahaha nombor ambe pun naik juga tapi cuma dapat Koyoko (engine power booster) 2 botol. Ok lah, Alhamdulillah dapat le jugak hadiah lucky draw.

Adrenaline Oh! Adrenaline

Adrenaline lagi dan lagi. Adrenaline di mana-mana!!!

Hati2 miss, tergolek nanti jatuh tangga. Tapi jatuh pun tak pe sebab ramai yang duk menunggu nak sambut. Siap berdoa mintak ada yang tergolek hehehehe.

'Malaysia Biggest Indoor Motoring Events' - rasanya belum cukup biggest lagi. Maklumlah baru tahun ke-2 event ini berlangsung. Kut2 tahun depan lagi lah gempak.

Jadi apa seronoknya datang event sebegini selain dari tengok moto dan cikaro?

Penting cuba ringankan mulut sembang dengan representative dan otai2 rider. Cari le peluang nak curi ilmu dari depa. Tak rugi, depa pun rasanya tak adalah kedekut nak kemut ilmu depa sampai mati.

Urite, cukup sampai di sini. Moga ketemu lagi kita dalam events yang berikutnya.

Yoooshhhhhh kata Aziz Desa!!!

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan Terima Kasih Admin Si Ketam Batu.. saya Wan Shairi penganjur 2 Wheels Festival 2013 & 2014. Terima kasih atas komen komen menbina Tuan. Saya sangat terharu. Maaf atas segala kekurangan sebab kita masih "baby" dalam event permotoran tetapi Insya Allah kita akan terus membina empire 2 Wheels Festival seterusnya... Insya Allah jika umur panjang kita jumpa lagi di... 3rd International 2 Wheels Festival 2015.. Tahun 2015 akan sangat berbeza sebab 2013 belajar, 2014 ulangkaji & 2015 kita berani betul2 untuk International.. Kita akan buat selama 4 hari 3,4,5,6 Dec 2015.. venue antara PICC atau PWTC.. memerlukan informati tambahan sila call saya 012 3303577.. Ilmu untuk dikongsi bukan di simpan... kita akan share semua... Rezeki dari Allah... Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM atas makluman, saya pasti akan kunjungi event yang seterusnya.

      Delete
  2. Join us for 2015 events as below link

    http://www.mybikersevents.com/joomla/index.php/component/vikevents/?task=viewevent&itid=1

    ReplyDelete